Jumaat, 31 Oktober 2014

Sup Sayur Tofu Telur (healthy soup)

Ingredients

  • 2 tiub Tofu Telur
  • 4 pokok sayur sawi jepun/bok choy (di potong kasar)
  • 1 ketul dada ayam (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dititik) - lebihkan pun tiada masalah
  • 1 cawan brokoli (optional)
  • 1/2 cawak lobak merah (optional)
  • Lada hitam (ikut rasa)
  • Garam (optional)
  • 1 kiub ayam (jika tiada gunakan garam)
  • 4 cawan air (jika suka sup banyak kuah lebihkan air)

Instructions

  1. Didihkan air dan masukkan bawang putih dan lada hitam
  2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam yang dihiris dan kiub ayam. Biarkan sebentar sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan tofu telur yang dihiris (cara nak hiris tofu telur - potong tiub kepada dua, picitkan hujung tiub, dan perlahan tofu keluar. Kemudian hiris tofu ikut cara kegemaran anda)
  4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan dalam 30 saat-1 minit (tak perlu lama-lama sebab nak maintain khasiat sayur)
  5. Rasa dan jika perlu tambah garam, tambahkan sedikit. Siap. Voila~
Submitted By