Resepi mudah cucur badak, juadah berbuka puasa yang agak popular
dikalangan masyarakat melayu, pastikan anda menggunakan kelapa yang
segar bagi mendapatkan cucur badak yang sedap. Tapi jangan pula
diletakkan badak di dalam cucur ini, hanya nama saja badak, macam mana
boleh dapat nama cucur badak saya pon tak berapa pasti, yang pasti
badak mesti suka.
Ditulis oleh : zalia/iresipi.com/
Masa: Penyediaan: 30 minit | Memasak:
30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 15
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan utama:
·
1 Kilogram keledek(di lecek)
·
2 Cawan tepung gandum
·
1/2 Biji kelapa parut
Bahan untuk di giling:
·
10 biji cili kering
·
3 sudu besar udang kering
·
8 ulas bawang merah
·
3 batang serai
·
1/2 sudu teh ketumbar
·
1/2 sudu teh jintan manis
·
1/2 sudu teh jintan putih
·
1 inci halia
·
1 inci kuncit
·
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1.
Panaskan minyak dan tumis bahan
giling hingga naik baunya,
2.
Masukkan kelapa dan sedikit air
3.
Bila dah kering angkat dan sejukkan
4.
Gaulkan ubi keledek dengan tepung
hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
5.
isikan intinya dan dibulakan semula
6.
Panaskan minyak dan goreng hingga
masak.