Sabtu, 30 Ogos 2014

Nasi Ayam Sarawak

Bahan-bahan ( 4 org )

BAHAN NASI
  • 500 gram beras (basuh dan toskan)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan stock ayam maggi
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam (potong 8)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ketul kiub ayam maggi
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
BAHAN ACAR
  • 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
  • 1 batang lobak merah ( potong lidi)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • Garam secukup rasa
BAHAN SOS
  • 1 cawan sos cili
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa
BAHAN KICAP
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap masin
  • 1/2 cawan air
  • 5 biji cili padi (belah 2)

Cara-cara

NASI
  1. Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
AYAM
  1. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
  2. Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
ACAR
  1. Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
SOS
  1. Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
KICAP
  1. Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
  2. Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.
oleh: Delila

Black Pepper Fried Rice

Bahan-Bahan:

6 cawan nasi
2 keping isi ayam(rebus-potong dadu)
6 biji bawang puteh (cincang)
1 biji bawang besar(hiris)
4-5 biji telor
2 sudu makan lada hitam
1 chicken kiub
Sayur kobis (hiris)
Sadikit daun bawang
6 sudu kicap manis cap kipas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang hiris,goreng hingga bawang layu.Masukan daging ayam.Goreng lagi lebihkurang lima minit.
  2. Masukan telur,digaul hingga separuh masak,masukan kicap dan lada hitam.Gaul rata.
  3. Masukan sayur kobis,nasi dan chicken kiub,digoreng lagi hingga lima atau pun sepuluh minit baru masukan daun bawang dan tutup api.
Cadangan Hidangan:

Lebih enak dimakan ketika masih panas.

Tambahan:

Bagi yang suka pedas bolehlah taruh lebih lada hitam.

Kiriman: Zainab B

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sotong Goreng Rangup

Bahan-bahan

  • 1 kg sotong besar - cuci,potong bulat 1cm tebal & tos kan atas penapis.
  • 7 ulas bawang putih - ditumbuk*, 2 sudu mkn rempah kari ikan* & 1/2 sudu mkn garam*
  • 2 cawan tepung jagung, 1 cawan tepung beras, 4 sudu makan rempah kari ikan & 1 sudu teh garam - semua dimasukkan dlm bekas bertutup lalu digoncang2 supaya bercampurata.
  • 2 biji telur dikacau ringan & minyak utk mnggoreng terendam.

Cara-cara

  1. gaul sotong yg tlh dihiris bulat bersama bahan2bertanda* - ketepikan.
  2. pastu, celup sotong satu persatu dlm telur & terus golekkan dgn tepung campuran tadi.paling senang, goncang je bekas bertutup tu supaya tepung menyaluti sotong dgn rata.
  3. seterusnya goreng lah sehingga keperangan. jangan goreng terlalu garing nanti sotong akn jadi liat.
  4. campuran tepung tu jika berlebih, blehlah dibungkus dlm plastik & disimpan dlm esbok. bleh diguna lain kali..
oleh: kakbesah

Ayam panggang yougurt

Bahan-bahan ( 2 orang makan. )

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 **aku guna 1bahagian je. Untuk 2 orang makan je pun.
  • 1 cawan yogurt asli**aku guna 2 sudu besar yougurt sahaja.
  • 3 sudu makan minyak zaitun **kat rumah tak ada minyak zaitun jadi aku guna butter je.
  • 2 sudu makan jus lemon **tukar, guna jus limau nipis.
  • Garam secukup rasa.
  • 2 sb gula.
  • 1 sudu makan serbuk cili.
  • 1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk.
  • 1/2 susu jintan halus - ditumbuk.
  • 1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk.
  • 1 sudu makan lada hitam kasar.
  • 1 inci halia - ditumbuk halus.
  • 1/2 sudu serbuk kunyit.
  • 2 batang serai di ketuk - saya tumbuk bersama halia.

Cara-cara

  1. Ayam di rebus terlebih dahulu separa masak. Semasa merebus tu, letakkan seulas bawang putih, 1inci halia yang diketuk dan sesudu perasa.**Saya guna perasa Maggie cukup rasa je.
  2. Satukan kesemua bahan dan lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam. **aku perap semalaman. Kira-kira 12 jam jugakla.
  3. Susun atas dulang pembakar dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan garing lebih kurang 50 minit bergantung pada oven masing masing. **saya bakar hampir 2 jam jugakla kerana oven saya yang tak seberapa nak panas. Alhamdulillah. Tak hangit pun. Aluminium foil tu saya guna untuk tudung ayam tu kerana tak mahu wap rempahnya keluar. Apabila ia dah nak masak, baru saya bukak sekejap untuk bagi dia kelihatan garing dan kemudian, kembali menutupnya. 15minit selepas masak, barulah saya bukak balik. Dan sedia untuk dihidang..
oleh: AdamIda

Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
¾ tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar:

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga

Cara:

Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

sumber : http://resepi.mesra.net/

Khamis, 28 Ogos 2014

Nikmati secawan kopi bersama 'blondies'!

Siapa di kalangan anda yang gemarkan brownies? Sedap bukan?

Namun ada daripada anda yang kurang gemarkan juadah pencuci mulut ini kerana rasanya yang kadang-kala terlampau manis.

Bagi mereka yang inginkan rasa yang sederhana namun kelazatannya terasa apabila saat dimasukkan ke dalam mulut apa kata anda cuba hasilkan sendiri 'blondies' coklat cip di rumah.

Nikmatinya dengan secawan kopi, pasti hari anda lebih ceria daripada biasa. Cubalah!

Bahan-bahan:
1 - ½ cawan gula perang
½ cawan mentega cair
2 biji telur (pukul sedikit)
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 – ½ cawan tepung gandum
½ sudu kecil 'baking powder'
½ sudu kecil garam
1 cawan semisweet coklat cip

Cara menyediakannya:
1. Campurkan gula perang, mentega cair, telur, ekstrak vanila sehingga sebati dan kacau menggunakan 'hand whisk'.
2. Selepas itu, masukkan tepung, 'baking powder' dan garam dan gaulkan sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan pula coklat cip dan satukan adunan tersebut.
4. Letakkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9x13" atau pun 10x10" mengikut citarasa anda.
5. Bakar di dalam oven pada suhu sekitar 175 darjah celcius dan biarkan dalam 18 hingga 20 minit.
6. Sejukkan dan potong, dan sedia untuk di makan.
7. Inginkan kelainan ketika menjamu para tetamu, hidangkan bersama ais krim berperisa vanilla.

Nah, kelihatan lazat bukan?

Selamat mencuba!

[Kredit resipi: Intai Dapur]
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Bersantai minum petang dengan mufin Nutella

Khas buat suri rumah di luar sana yang gemar menyediakan minuman petang buat anak-anak di kala duduk bersantai di rumah, apa kata kali ini anda sediakan mufin buat mereka.

Sekali imbas mengenai asal usul mufin ini, ianya merupakan suatu bentuk roti yang dihasilkan daripada tepung yis yang sering dimakan ketika sarapan pagi di Amerika Utara dan Australia.

Selain itu, mufin juga sangat terkenal sebagai hidangan minum petang di sekitar negara England dan kebiasaannya dimakan dengan cara dipisahkan, dibakar, dimentegakan dan kemudian dimakan dengan suatu inti yang tidak manis atau manis seperti madu.

Namun, bagi mereka yang lebih sukakan sesuatu yang ringkas dan mudah, apa kata anda cuba sahaja resipi mufin Nutella ini!

Bahan-bahan:
1 cawan Nutella
2 biji telur
10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (diayak)
*Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama ¼ sudu serbuk penaik dan ayak.

Cara menyediakannya:
Pertama sekali, anda perlu memanaskan oven pada suhu sebanyak 180 darjah celcius.
Kemudian, masukkan kesemua bahan tadi di dalam mangkuk besar dan kacaukan sehingga sebati.
Selepas itu, dengan menggunakan sudu asingkan ¾ adunan dan letakkan ke dalam acuan mufin.
Letakkan satu sudu kecil Nutella di tengah acuan jika inginkan lebih rasa coklat.
Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit.

Gunakan lidi untuk memastikan mufin dimasak dengan sempurna, jika lidi yang dicucuk pada tengah mufin kekal bersih apabila ditarik keluar, maka mufin anda telah masak dengan jayanya.

Sungguh mudah bukan?

Selamat mencuba!
[Kredit resipi: mStar]
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Nasi Beriani Ayam Ala Thai

Bahan Utama:
Beras dibasuh dan ditos air secukupnya.
Ayam dipotong ketul.

Bahan-bahan A:
Jintan manis }
Jintan putih } digoreng dan dikisar
Rempah biji (ketumbar) }

Bahan-bahan B:
Cili padi
Daun ketumbar
Susu cair
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan C:
Bawang putih }
Bawang besar } dipotong
Sedikit halia }

Penyediaan:
  • Panaskan minyak sapi. Tumis bahan C. Bila telah wangi, masukkan air, bahan A dan B hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak.
  • Angkat ayam yang telah masak dan letakkan di bekas berasingan.
  • Tambahkan lagi air secukupnya dan biarkannya ia mendidih. Kemudian masukkan beras.
  • Bila nasi telah kering, dibalik-balikkan dan kemudian masukkan ayam tadi dan ditutup sampai nasi masak.
sumber : http://sajiandapurbonda.blogspot.com/

Rabu, 27 Ogos 2014

Kek Sarang Semut

Bahan-bahan:
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur >Hasue guna 5 biji telur
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air>saya guna 1 1/2 cawan 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Hasue tambah esen vanila
Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
  2. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air.kacau sehingga sebati dan cair,biarkan sejuk.
  3. Masukkan butter cair,tepung gandum (yang diayak bersama dengan soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur.
  4. Kacau sebati dan tapiskan.
  5. Peram selama 3-4 jam (lagi lama lagi elok untuk menghasilkan lubang-lubang yang lebih banyak)
  6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170-180C lebih kurang 40-45 minit atau sehingga masak.
* perlu berhati-hati masa menuang air ke dalam gula yang tengah panas dan nasa mengacaunya ya..bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati-hati.

sumber : http://dilaella.blogspot.com/

Masak lemak cili api ikan masin

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 1-2 keping isi ikan masin (campur tulang pun boleh) spt ikan talang/kurau
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • santan secukupnya
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit/2-3 daun limau purut
  • 1 batang serai-titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sayur pilihan seperti terung (boleh juga isi nenas)
  • 2 biji cili merah/hijau-dibelah
  • 3-4 cili api-tumbuk

Cara-cara

  1. Masukkan semua kedalam periuk. masak seperti gulai lain.
  2. Tambah garam jika perlu (jun biasanya x isi sbb ikan masin tu dah cukup masin)
oleh: junjs11

Beriani Dua Sejoli

Bahan-Bahan:

3 camca besar minyak sapi
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar, dihiris
5 biji pelaga
5 cm kulit kayu manis
6 kuntum cengkih
½ camca teh serbuk kunyit
3 cawan beras Basmahti, dibasuh dan disejat

3 ½ cawan air panas
Garam secukupnya
1 cawan gajus
2 tangkai daun kari (15 helai)
3 biji cili hijau, dihiris dan dibuang bijinya
2 camca teh biji sawi
Serbuk lada hitam secukupnya


Cara:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang, pelaga, kulit kayu manis dan cengkih hingga bawang keperangan. Keluarkan separuh bawang goreng. Masukkan serbuk kunyit dan beras. Kacau hingga rata. Tuang air dan masukkan garam. Apabila air beras kering, kecilkan api dan tutup periuk. Biar hingga nasi masak. Panaskan baki minyak sapi dan minyak di dalam kuali. Goreng gajus hingga kuning. Angkat. Tumis daun kari, cili hijau dan biji sawi 2-3 minit lalu tuangkan pada nasi beriani. Kacau rata. Masukkan juga separuh bawang goreng tadi dan serbuk lada hitam.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil :43

Selasa, 26 Ogos 2014

Nasi Goreng Kampung

BAHAN-BANAN

3 pinggan nasi putih
Kacang panjang dipotong kecik kecik (mcm dlm gambar)
Isi ayam yg dipotong kecik kecik
3 biji telur
Garam secukup rasa
5 sudu besar minyak
1/2 peket perencah adabi "Nasi goreng kampung"

CARA-CARA
  1. Dlm kuali, panaskan minyak, then goreng ayam sampai masak, masukkan kacang panjang, kacau dan masak for about a minute.
  2. Masukkan telur, jgn dikacau dan biarkan sampai setengah masak.
  3. Bila dah setengah masak, baru kacau supaya mix ngan other ingredients.
  4. Masukkan nasi putih.
  5. Taburkan setengah peket perencah adabi "nasi goreng kampung". Nak letak semua pun boleh tapi alamatnya pedas lar dan budak² takleh plak nak makan.
  6. Gaul sampai perencah sebati ngan nasi dan bahan bahan lain.
  7. Masukkan garam secukup rasa.

sumber : http://resepi-anak-pakcik-karim.blogspot.com/

Resepi Udang Lada Hitam

Bahan-bahan :
 
200 gram udang segar - bersihkan tanpa buang kulit
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu garam
100 gram tepung gandum
Minyak masak untuk goreng & menumis
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang - potong 1 inci
1 biji lada benggala - potong dadu
2 sudu sos lada hitam
1 sudu serbuk lada hitam
Sedikit jus limau nipis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng udang.
  2. Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam hingga mesra. Kemudian golek-golekkan pada tepung gandum dan masukkan ke dalam kuali. Goreng hingga udang berubah warna, angkat dan ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah bersama bawang putih dan halia hingga lumat. 
  4. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan tumis hingga kuning keemasan.
  5. Masukkan lada benggala, daun bawang, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Kacau hingga mesra.
  6. Masukkan udang yang telah digoreng dan kacau hingga mesra. Tutup api dan perasakan dengan perahan limau nipis.
Sedia untuk dihidangkan.
 
sumber : http://www.resepi4u.com/

Butter Rice dan Nasi Mentega

rasa ala ala nasi KFC.. tak sempat ambil gambar dah licin

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 4 cawan beras
  • 1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 cawan kismis

Cara-cara

  1. Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
  4. Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.
kiriman : ikanpatin

Isnin, 25 Ogos 2014

Roti Jala Bertelur

Bahan-bahan ( untuk makan 5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum sebiji telur untuk adunan
  • 2 biji telur untuk ditebar
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tidak cukup cair) pewarna kuning garam sedikit minyak

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan adunan dalam blender dan kisarkan hingga sebati.
  2. panaskan kuali leper tidak melekat dan lenser dengan sedikit minyak.
  3. tebarkan adunan menggunakan pengadun roti jala.
  4. tebarkan selapis lagi dengan telur yang telah dipukul.
  5. biarkan masak dan lipatkan seperti biasa.
  6. hidangkan bersama dalca atau sambal tumis.
oleh: sarimah_mohmi@yahoo.com.my

Kari Ketam dengan Nenas

BAHAN-BAHANNYA

1.2 kg ketam bunga (bersepit biru)
1 biji nenas madu saiz sederhana
3 batang serai
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS 

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
15 bij cili padi
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA
  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, kerat 2 setiap sekor jika ketam bersaiz besar, ketuk sepitnya. Kaki2 kecilnya dikerat sedikit. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas kemudian hiris kasar, ketepikan.
  2. Masukkan ketam dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih, jika perlu tambah sedikit air.
  3. Masukkan nenas dan masak sekejap. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
sumber : http://www.tiffinbiru.com/

Banana Chocolate Chip Muffin

Bahan-bahan ( 18 biji muffin kecik )

Bahan A
3/4 cup tepung gandum
3/4 cup tepung naik sendiri
1/4 cup tepung jagung
1 tsp baking powder
1 tsp garam (kalau guna minyak)

Bahan B
3/4 hingga 1 cup pisang dilecek (agak-agak 3 biji pisang sederhana besar)
3/4 cup minyak/ mentega dicairkan

Bahan C
1/2 cup gula perang
1/2 cup gula pasir
3 biji telur
1 tsp esen vanila
1 cup cip coklat

Cara-cara

  1. Ayak bersama semua bahan A. Gaul rata.
  2. Lecek pisang (bahan B). Ketepikan.
  3. Pukul semua bahan C menggunakan mixer hingga berbuih.
  4. Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  5. Campurkan bahan B satu persatu. Pukul lagi.
  6. Sekarang masuk pulak semua cip coklat. Jangan pukul dah. Gaul je.
  7. Isikan dalam muffin cups 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 celcius, selama 1/2 jam. Kalau nak lebih garing, bolehlah bakar lagi lama.
  8. Selamat mencuba!
  9. **Boleh jugak buat sebagai kek pisang. Bakar dalam loyang instead of muffin cups.**
oleh: humaira'

Ahad, 24 Ogos 2014

Gulai Ketam Johor

BAHAN-BAHANNYA

4 ekor ketam bunga saiz XXL (kurang lebih 1.3 kg)
1 biji timun saiz besar
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
15 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA

  1. Ketam dibersihkan, kemudian kerat 2 setiap 1, cuci bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih. Sementara itu, kupas kulit timun, kerat 3, kemudian kerat 4 untuk setiap keratan. Buang empulurnya dan ketepikan.
  2. Tuang santan cair ke dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tambah air jika perlu. Masukkan timun, tambah daun kunyit dan masak sekejap. Tuang pati santan dan masak dengan api kecil hingga timun lembut tapi tidak lembik. Kacau sentiasa.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan sambal belacan.
sumber : http://www.tiffinbiru.com/

Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.
oleh: choppy

Nasi Beriani Berkerisik

Bahan-Bahan:

225 gm beras Basmathi
2 camca besar minyak sapi
3 camca besar cili giling
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya
450 ml santan, daripada setengah biji kelapa

2 camca besar kerisik
4 cm lengkuas-dikisar halus
6 biji bawang merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar halus
2 cm halia-dikisar halus
1 batang serai-dikisar halus


Cara:

Beras dicuci dan direndam 20 minit baru disejat. Ketepikan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar halus hingga wangi. Masukkan serai dan cili. kacau rata 2-3 minit. Masukkan daun kunyit, garam dan santan. kacau lagi hingga air mendidih. Pastikan api perlahan. Akhir sekali masukkan kerisik dan beras. Kacau nasi sekali-sekala hingga air kering. Tutup periuk dan kecilkan api serta biar hingga nasi betul-betul masak.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil :43