Sabtu, 23 Ogos 2014

Ayam Masak Sambal Ala Johor

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
2 batang serai(diketuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)


Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia


Cara:

ayam dipotong kecil,dicuci dan digaul bersama garam dan kunyit.kemudian goreng ayam separuh masak.sementara itu panaskan minyak tumis bahan yang dikisar bersama serai yang telah diketuk tadi sehingga cili benar-benar masak.setelah cili masak masukkan bawang besar,ayam yang telah digoreng,garam dan gula secukup rasa.sedia dinikmati seisi keluarga...

Kiriman: liya

Rendang Hati

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram hati lembu yang segar
4 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam*(*disangai hingga harum dan kisar halus)
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
5 batang serai, hiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu dihiris nipis, cuci dan toskan. Gaul dengan 1camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan bawang perang. Tambah bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah2 yang dikisar halus tadi. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga naik minyak, kacau selalu. Tuang santan, kacau dan masak hingga pekat. Tambah hati lembu, gaul rata dan masak hingga pekat.
  3. Tambah kerisik, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga kering sedikit, akhir sekali tambah daun kunyit yang dihiris halus tadi dan kacau rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedap dimakan bersama nasi panas, roti, ketupat atau lemang.
sumber : http://www.tiffinbiru.com/

Nasi ayam madu

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
[hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang.
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak.
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh.
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
oleh: Nadia

Jumaat, 22 Ogos 2014

Nasi minyak hujan panas

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
[bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak.
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.
oleh: Makyong

Acar Jeruk

Bahan-Bahan:

2 cawan jeruk (mangga. limau atau belimbing)
1½ cawan cuka
1 sudu teh halba
2 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia (dihiris)

Bahan giling:

20 biji cili kering
2½ sudu besar jintan putih
2.5 sm kunyit
1.2 sm halia

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan. Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau hingga rata barulah diangkat.

Sumber: Buku Pandai Memasak

Sambal Nenas

Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan )

  • 2 hiris nenas
  • 15 cili padi
  • 2 cili merah
  • 2 sudu besar belacan hancur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit aji jika suka
  • * boleh jugak kalau nak tambah ikan bilis sikit

Cara-cara

  1. tumbuk semua bahan keculi nenas hingga lumat...dah lumat..masukkan nenas yg dihiris..tumbuk pelan2..sat gi mercik la airnya...dah sebati...siap..:)
  2. sambal ni sedap makan dgn ulam2 atau sayur2 rebus...elok gunakan nenas yg dah betul2 masak baru sedap..:)
oleh: quinnie

Khamis, 21 Ogos 2014

Danish Butter Cookies

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
sumber : http://sue-hasue.blogspot.com/
Resepi: Kak Fida@myresipi.com

Nasi Jagung

BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 1 tin kernel jagung , toskan dan simpan airnya
  • 2 camca besar mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun sup-dipotong2
BAHAN TUMIS :
  • 1 biji bawang besar-dimayang
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 inci halia- dihiris
  • 1 helai daun pandan, di kerat 4 @ disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan mentega dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap (lebih kurang 2-3 minit. Matikan api.
  • Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, masukkan jagung, susu cair, jus dari jagung kernel dan juga air rebusan ayam. Masukkan garam secukup rasa, kacau hingga semua sebati.
  • Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Masukkan daun sup yang telah dipotong..gaul nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Bila nasi masak,hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2....selamat mencuba...
sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/

Homemade Pizza

resepi diambil dr blog skyblue.. hehe same dgn resepi kat bungkusan tepung roti Defiance..

Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )

  • 500 g tepung roti
  • 12 g garam
  • 8 g yeast
  • 16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
  • 250 ml air suam
Topping:
  • shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
  • pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
  • tomato paste secukupnya.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
  2. Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.
  3. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
  4. Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
  5. Letak kan topping pilihan.
  6. Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
  8. Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.
oleh: yummiez

Rabu, 20 Ogos 2014

Acar Mangga

Bahan-Bahan:

6 biji mangga muda (dikupasnya & dihiris tipis-tipis)
½ cuka putih
1 ¼ cawan gula pasir
1 ½ sudu garam
2 ulas bawang putih (dihiris tipis)

10 batang lada kering (dibuang bijinya,direndam, ditoskan & digiling)
60 gm halia jeruk
7 gm halia hidup
12 biji buah badam (dicelur & dihiris halus memanjang)
2 sudu kismis


Cara:

Cuka,gula & garam dijadikan sirap. Masukkan bawang putih,lada giling,halia, jeruk & halia hidup Didihkan perlahan-lahan hingga selama 10 minit. Masukkan mangga & teruskan mendidih dengan perlahan-lahan hingga ia lembut. Jaga,Jangan sampai mangganya hancur. Masukkan buah badam & kismis.Didihkan perlahan-lahan selama 10 minit,atau hingga campuran tadi pekat. Sesuaikan rasanya & angkat dari api.Apabila sejuk,masukkan ke dalam botol. Hidangkan bersama sebarang hidangan utama.

Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Mee Rebus Kedah

Bahan-bahan ( 5-6 orang leh.. )

  • 1/2 kilo udang-rebus, asing udang n air
  • 1/2 kilo daging-rebus, asing daging n air
  • keledek-rebus n lenyek
  • cili boh-ikut pedas
  • bawang merah-kisar
  • bawang putih-kisar
  • halia-kisar
  • 3 asam keping
  • sos tomato
  • bunga lawang
bahan hiasan:-
  • telur rebus
  • taugeh-celur
  • tauhu-goreng n potong dadu
  • udang n daging rebus tadi
  • limau kasturi
  • mee secukupnya

Cara-cara

  1. tumis bunga lawang n bahan kisar hingga naik bau. masukkan cili boh, sos tomato dan kacau.
  2. masukkan air rebusan daging n udang serta keledek tadi.
  3. masukkan asam keping, garam, gula (jika suka) n serbuk perasa (optional).
  4. masak hingga kuah jadi agak pekat.
oleh: junjs11

Acar Buah

Bahan-Bahan:

500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering

30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis


Cara:

Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

Sumber: Jelita November 1987

Selasa, 19 Ogos 2014

Nasi Goreng Tomyam

Bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 1/2 sudu besar pes tomyam
  • Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 1 batang serai-dihiris halus
  • 1 sudu besar sos ikan-ni optional
  • sedikit hirisan lengkuas
  • 10 ekor udang
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  • Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  • Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
  • Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
  • Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.
sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/

Kek Marble Terbaik...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • pewarna makanan ikut suka anda

Cara-cara

  1. masukkan gula dan majerin dan kacaukan hingga sebati.
  2. kemudian masukkan telur dan tepung kacau hingga tiada saki baki tepung di dalam bekas.
  3. masukkan 2 sudu susu pekat dan esen vanilla kacau hingga sebati.
  4. asingkan adunan tadi kedalam tiga bekas dan letakkan pewarna mengikut cita rasa anda.
  5. letakkan semua adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
  6. selepas kukus keluarkan dan letakkan di dalam oven dalam masa 40 minit pada suhu 150 darjah menggunakan api bawah.
  7. selepas siap dimasak hias mengikut kreativiti anda atau makandengan begitu sahaja
  8. senangkan ..selamat mencuba ^_^
oleh: nuraisyah.zulkernine

Isnin, 18 Ogos 2014

Rendang Daging Minang

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1kg daging lembu/ayam/kambing dipotong
  • 1 kotak kecil santan kara
  • 3 serai diketuk
  • 3 daun limau purut disiat
  • 3 daun salam x taruk pun xpe
  • 1 daun kunyit disiat
  • 3sdm kerisi
  • 2 ketul kecil gula melaka+garam secukup rasa
Bahan dikisar:
  • 10 cili kering rendam dulu
  • 1sk ketumbar disangar dulu kalau M xpayah
  • 4 bawang besar+5 ulas bawang putih+3 buah keras
  • 3cm halia+3cm lengkuas
  • 10 biji cili padi

Cara-cara

  1. Masuk daging,santan,dedaun,serai,bahan kisar,gula melaka dan air secukupnya didalam periuk dan masak hingga daging empuk.
  2. Kalau kering tapi daging belum empuk mestilah tambah2 air.Sudah empuk masuk kerisik dan garam.Masak hingga ikut selera masing2 nak berkuah atau agak kering.
  3. Makan ngan pulut enak sekali!
oleh: Razzizz

Nasi Daging Utara

Bahan-bahan.
Bahan A-Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis

    ****semua bahan2 diatas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.Simpan didalam bekas kedap udara.
BAHAN-BAHAN untuk Nasi:-)
  • 1 kg daging batang pinang-potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
  • 6 cawan beras basmathi-direndam 15-20 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah - di hiris @ di tumbuk halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resepi di atas.
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang @ daun sup untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
  • Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
  • Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
  • Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.
  • Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindahkan ke dalam rice cooker , kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi masak.
  • Bila nasi betul2 masak, keluarkan daging, gemburkan dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
  • Sebelum dihidangkan hiris nipis2 daging tadi dan boleh dihidang bersama "air asam tomato kerisik"dan juga "acar timun"....Selamat mencuba..
sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/

Ahad, 17 Ogos 2014

Nasi Himpit Berlauk

Bahan-bahan ( satu keluarga )

  • 1 bahagian dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk)
  • Segenggam ikan bilis (kisar)
  • 1 batang lobak merah (kisar)
  • 4 dahan brokoli (kisar)
  • 2 senduk santan segera
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk kuah secukupnya
  • Nasi himpit sepadan dengan kuah yang dibuat

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan hirisan dada ayam dalam periuk.
  2. Buka api perlahan. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Boleh kuatkan api.
  3. Masukkan santan segera dan garam secukupnya. Kacau supaya tidak bakhil.
  4. Tambah air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki. Masak hingga kuah menggelegak.
  5. Siap untuk dihidang bersama nasi himpit yang telah direbus dan disejukkan terlebih dahulu.
oleh: rosmawati saibi

Tepung Goreng Pisang Norazie

Bahan
10 sudu tepung beras
2 sudu tepung ubi kayu
1/2-1 sudu gula pasir1 biji telur
1/2 sudu kapur makan di campur dgn air, tapiskan.
Garam secukup rasa
Cara
  1. Gaulkan semuanya sehingga sebati.
  2. Celup pisang yang telah dipotong serong ke dalam adunan.
  3. Goreng ke dalam minyak yang panas.