Sabtu, 10 Mei 2014

Mi Udon Goreng Berlada Hitam

(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:

400 gm mi udon
50 gm isi ayam
3 ulas bawang putih – dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
3 tangkai cili merah - dihiris
20 gm tauge
10 ml minyak masak

Bahan-bahan perencah:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
1 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu besar minyak bijan

Cara menyediakan:

  1. Celur mi udon selama satu minit dalam air yang mendidih.
  2. Tuskan airnya dan biarkan seketika.
  3. Sementara itu, panaskan kuali dan tuangkan minyak masak.
  4. Tumis bawang putih dan isi ayam sekali gus.
  5. Apabila isi ayam mulai masak, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.
  6. Kemudian, masukkan kesemua bahan perencah. Kacau rata.
  7. Barulah dimasukkan mi udon yang telah dicelur tadi.
  8. Gaul rata agar mi udon meresap bahan-bahan perencah.
  9. Akhir sekali, masukkan tauge dan gaul lagi.
  10. Bolehlah angkat dan hidangkan mi udon ini panas-panas.

Nasi Ayam Hainan

Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan Nasi:

2 cawan beras siam
21/2 cawan sup
1 inchi halia -kisar
2 ulas bawang putih- kisar
1 helai daun pandan
Minyak bijan
Chicken stock cube

* Campurkan semua bahan dalam periuk nasi dan masak nasi macam biasa.

Bahan Perap Ayam:

Ayam sup
Kicap manis
Madu
Kicap Cair
Bahan kisar dari nasi
*Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perap selama 2 jam atau semalaman dalam peti sejuk.

Bahan Sup:

Bunga lawang
Kulit kayu manis
Cengkih
Bawang merah dimayang
Bawang putih diketuk
Minyak untuk menumis
*Tumis bawang hingga layu dan sedikit garing.  Masukkan sekali herba tumis. Masukkan ayam dan masak sup hingga mendidih.  Perasakan dengan garam dan gula.

Sup Sayur dan Ikan

Resepi ini sesuai untuk bayi yang berusia 9-11 bulan. Resepi ini mudah untuk dimasak dan mengambil masa yang singkat untuk disediakan. Selamat mencuba =)

Bahan-bahan ( seorang )

  • 60 g atau ¼ cawan isi ikan tanpa tulang dicincang halus
  • 20 g atau 2 sudu makan kacang buncis dicincang halus
  • 20 g atau 2 sudu makan lobak merah dicincang halus
  • 1 biji tomato dicincang halus
  • 15 g kentang dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Angkat tumisan tersebut dan letakkan di atas pinggan.
  2. Masukkan kentang, lobak merah, dan kacang buncis. Tumis sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan yang telah ditumis tadi. Rebus selama 10 minit.
  4. Masukkan tomato.
  5. Selepas lembut, matikan api dan lenyek bersama nasi lembik.
  6. Pastikan suhu resepi ini tidak terlalu panas untuk dihidangkan kepada bayi anda.
oleh: mansur keluargabaru

Kentang Goreng Wedges Herba Barat dan Bawang Putih

RESEPI KENTANG GORENG WEDGES HERBA BARAT DAN BAWANG PUTIH.

BAHAN: 
  • 4 biji kentang jenis russet (kentang ini mahal sikit boleh dapati di hypermarket pemilik omputih). Bersihkan kulit dan potong wedges. Belah dua memanjang ubi dan potong empat bahagian serong 45 darjah setiap separuh ubi. Satu ubi kita buat 8 bahagian. jadilah wedges.
  • 3 sudu besar minyak masak kalau takut badan naik pakai minyak zaiton. mamak Haji pakai minyak Murni untuk naikan saham FElda.
  • 4 siung (ulas) bawang putih, diketuk dgn parang dan cincang lumat sampai dendam kesumat anda hilang terhadap pemimpin politik kita.
  • 1/2 sudu kecil daun oregano kering.
  • 1/2 sudu kecil thyme kering.
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili atau paprika.
  • 1/2 sudu kecil lada putih.
  • 1 sudu kecil garam.
Nota: Kalau anda beli herba oregano dan thyme ini memang mahal sikit. Bagi mamak haji, kalau ke Jusco suka cari discount 50% herba ini dari beli sepaket RM1.00 (harga asal yg segar RM2.00). Bawa balik herba ini, ikat dengan benang kasar dan gantung dipenyidai baju dan jemur terik matahari. Dalam dua hari ia kering dan masukkan dalam botol dan simpan.

CARA-CARA MEMASAK:
  1. Anda boleh adunkan semua bahan-bahan itu, sapu minyak pada tray pembakar dan lekatkan Foil Aluminium. Susun wedges kentang dalam tray pembakar dengan bahagian kulit kebawah dan terus masukkan dalam ketuhar yang telah di panaskan sedia-kala 220 darjah centigrade atau 425 darjah F.
  2. Bakar selama 20 minit, kemudian terbalikan wedges kentang tadi dan bakar semula 25 – 30 minit.
CARA GORENG UBI KENTANG WEDGES BERTEPUNG:
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung beras. (kalu nak berniaga tambah 1 sudu besar lagi untuk kekalkan kekerasan bila sejuk).
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu kecil serbuk baking powder.
  • 1 sudu kecil (tsp) herba kering mat salleh seperti di atas.
  • Sedikit cili flakes atau serbuk cili pun boleh.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk goreng.
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Adunkan semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam sebuahbeg plastik yang berzip atau yang biasa pun boleh.
  2. Masukkan wedges yang telah siapkan seperti mamak haji terangkan pada awal.
  3. goncangkan beg palstik supaya tepungnya melekat pada wedges. Simpan di peti sejuk.
  4. Panaskan minyak dan goreng.
NOTA: Mamak Hjai lebih suka rebus kentang separuh masak dan buat tepung cair seperti goreng ayam berempah dan goreng macam biasa saja. Rebus kentang separuh masak mempercepatkan lagi kentang itu cukup masak dan tak perlu khuatir kentang hangus. Ini, “Mamak Style”, bukan “Gangnam style”..hahaha!.

RESEPI KENTANG PUTAR ATAU POTATOES MASHED.
  • 6  biji kentang russet yang agak besar sedikit.
  • 2 sudu besar (tbsp) butter.Jangan beli butter tiruan yang berperasa butter diperbuat dari minyak sawit. Cari pure butter. Ia agak mahal tapi sedap.
  • 50ml susu, kalau dapat cream lagi sedap tapi itulah mahal!!!.
  • Secubit lada hitam dan garam secukup rasa. Garam ini payah bagi sukatan ada jenis garam yang halus, kasar, yang masin kuat dan pulak ada yang kuat masin ada yang anti masin. Pandai-pandailah.
CARA- CARA MEMASAK.
  1. Kopek kentang, potong dadu kentang. Rebus, tos air dan lenyek.
  2. Masukan susu, mentega gaul rata, masukkan serbuk lada hitam dan garam. Dah siap pun.
9. CARA BUAT SOS:
  • 650 ml air stock ayam. Ingat lagi cara buat sup creamer ayam. Sama juga caranya buat air stock ayam ini.( 1 liter = 4.2 cup/mangkok, 1 sudu besar (tbsp) = 15 ml., 1 cup = 23.7ml). Kalu malas pakai 2-3 kiub ayam ready made.
  • Setengah biji bawang kuning (holland mai) kalau bawang biasa baunya lebih kuat dari bau stok ayam. Di ptong kiub.
  • 3 sudu besar butter. butter kalau dipanaskan cepat hangus. Untuk elakan butter ini cepat hangus guna 3-4 titik minyak felda.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar besar sos tomato.
  • 1 sudu besar sos perasa tiram
  • 1 sudu besar worchester sauce yang kini dihalakan JAKIM.
  • 2-3 titis kicap perasa maggi.
  • kalau nak kehitaman sikit boleh titis dua tiga titis kicap kramel (kalau nak black is beautiful). Tapi mamak haji suka brown girl in the rain.
  • 1 sudi kecil lada hitam yang kasar sedikit.
  • Garam jangan lupa pulak.
CARA MASAK SOS:
  1. Masukan butter dalam pan, biarkan cair, masukan bawang. jangan hangit bawang dan butter. Bawang takat layu je cukup.
  2. masukan tepung gandum dan kacau rata sehingga jadi warna coklat (jgn hangus).
  3. Masukkan air stok ayam kacau serata. masukkan air sedikit demi sedikit kalau tidak ia berkental. Mamak haji gunakan pemukul telur untuk kacau rata.
  4. Masukkan sos-sos yang tersebut di atas. Modify saja ikut selera anda. Tapi jangan jadi kari nasi kandar sudah!.

Resepi Asam Pedas Tenggiri Nyonya

Bahan-bahan:


500 gram ikan tenggiri
6 batang bendi
1 biji tomato -belah 6
6 biji bawang merah
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2.5cm belacan
6 tangkai cili kering
1 batang serai
1 tangkai bunga kantan - belah 2
2 tangkai daun kesum
2 cawan air
100 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:


Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup, belacan, cili kering, dan serai bersama dengan sedikit air sehingga halus.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan bunga kantan, bunga kesum dan air. Kacau hingga rata.

Masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.

Masukkan bendi, setelah separa layu masukkan tomato. Biarkan mendidih lagi beberapa saat dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Tat Oreo Keju

Bahan-bahan untuk kulit:

250 gm mentega
500 gm tepung gandum
80 gm gula
100 gm serbuk badam
50 gm koko oreo
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk inti tat:

250 gm keju
100 gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk limau nipis

Cara menyediakan:

  1. Satukan semua bahan inti tat. Kemudian pukul hingga kembang.
  2. Untuk membuat kulit tat, pukul mentega, gula dan telur hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila dan pukul hingga rata.
  4. Masukkan tepung gandum, koko oreo dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tat. Bentukkan lubang di tengah-tengah acuan.
  6. Masukkan inti tat ke dalam lubang acuan.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius hingga masak.

Jumaat, 9 Mei 2014

Nasi Arab Mandy

Bahan-bahan:

Beras Basmathi FAIZA (Rendam setengah jam)

Rempah campur (sangai dan tumbuk lumat)
Halia secukupnya
Ayam
Kunyit
Serbuk kunyit
Daun Thyme
Salad dressing
Chicken stock powder
Bawang merah
Bawang putih
Rempah kasar

Cara penyediaan:

Bahan2 diatas boleh di agak2 ikut jumlah hidangan la ye..so, mula2 kita buat stok ayam dulu dengan merebus ayam bersama rempah campur tumbuk, halia, kunyit, daun Thyme, pepper dan garam.  Bila ayam sudah lembut, ketepikan ayam.  Perap ayam dengan bahan sama dengan rebusan tadi, cuma kali ni tambah salad dressing, gula dan chicken stock. Perasakan secukupnya.  Perap ayam sekurang-kurangya 4 jam.

Dalam periuk nasi, tumis bawang mayang halus bersama rempah kasar.  Guna minyak sapi atau planta.  Masukkan beras Basmathi yang telah ditoskan.  Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan pepper.  Tambah dua sudu makan susu pekat dan stok rebusan ayam.  Tanak hingga masak.

Untuk ayam tadi, bakar atau panggang dalam grill hingga garing.  Tumis bersama bawnag besar hiris.  Jika mahu sedikit berkuah, boleh tumis bahan kisar dan pekatkan dengan santan.

Untuk rasa pedas, kisar tomato, cili api dan sedikit daun ketumbar, untuk dimakan bersama nasi.
Selamat Mencuba.

Gulai Lemak Udang Nenas

Bahan-bahan ( satu family (ikut perutlah saiz apa) )

  • 1. 1/2kg udang
  • 2. 1biji nenas
  • 3. *4 biji bawang merah
  • 4. *3 ulas bawang putih
  • 5. *1/2 inci kunyit hidup
  • 6. 2 sb ladah boh/ lada giling
  • 7. Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 8. 1 batang serai
  • 9. garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 10. 1 1/2 cawan santan pekat (300gm). Saya guna santan kotak ayam brand yg kecil 1 1/2 kotak.
  • 11. 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)

Cara-cara

  1. Bersihkan udang dang buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras.

Resepi Ayam Masak Halia Bersos Kicap

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg – 1.8kg. Potong 1o bahgian dan tentukan dadah ayam itu dibelah dua untuk masak sekata dengan bahagian-bahagian lain semasa membakar. Dada yang kalau tebal memerlukan masa yang lama dari bahagian lain.
  • 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
  • 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
  • 5 tbsp halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai leper dan cincang lebih mudah.
  • 1 tsp atau sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
  • 1 tbsp kicap ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
  • 2-4 tsp minyak bijan (seasame oil).
CARA-CARA MASAK:
  1. Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan diantara satu sama lain ketulan ayam itu dalam bekas pembakar.
  2. Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
  3. Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
  4. Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, larskan semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
  5. Anda boleh hidangkan dipingan hidangananda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Cencaru Bakar Bercili

Resepi Ikan Cencaru Bakar Bercili

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana)
~Boleh juga gantikan ikan cencaru dengan ikan lain untuk resepi ini~
4 tangkai cili kering - dikisar halus
2 biji cili merah - dikisar halus
3 biji cili padi - dikisar halus
2 cm halia  - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
2 ulas bawang merah - dikisar halus
1 cm belacan
1 sudu jus limau
1 sudu gula merah
1 sudu minyak masak
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan cencaru dan buang bahagian kulit yang jeras. Perap ikan bersama bersama kesemua bahan yang lain selama sejam.

Setelah diperap, balut ikan menggunakan daun pisang atau foil aluminium sehingga menutupi semua bahagian ikan.

Bakar pada suhu atas api sedarhan selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak. Balik-balikkan untuk masak sekata dan masak sempurna.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ulam-ulaman.
Selamat mencuba.

Kacang Pol Arab

Written by  Norimy Aimi

Bahan-bahan:


1 tin kacang pol
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih – dikisar
1 labu bawang besar – dipotong dadu
2 tangkai cili hijau – dhiris
2 biji telur – digoreng mata kerbau
1 sudu besar minyak sapi
1 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

 

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. 
  2. Tumis bawang putih, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan sedikit air dan gaul rata kesemua bahan.
  4. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan kacang pol dan gaul sebati dengan bahan tumis.
  6. Masukkan bawang besar, hirisan cili hijau dan garam. Gaul rata.
  7. Sendukkan kuah ke dalam mangkuk.
  8. Letakkan telur mata yang sudah siap digoreng mata kerbau di atas kuah.
  9. Kuah Kacang Pol ini enak dimakan bersama roti.

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan ( boleh makan satu family 6 org )

  • 1/2 kg ikan pari
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dipecah2kan)
  • belacan sebesar duit 50 sen
  • 2 helai daun limau purut
  • cili kering (bila kite blend dlm blender tu dia jadi 500 ml)
  • *** rempah yang perlu disangrai
  • 1. 1 sudu makan ketumbar
  • 2. 1 sudu makan jintan manis
  • 3. 1 sudu makan lada hitam
  • ### aksesori tambahan
  • 2 biji buah tomato
  • 5 batang bendi
  • asam jawa segenggam (dicampur dgn air menjadi 1 liter)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh bersih ikan dengan limau kasturi. sediakan bahan2 tumbuk
  2. panaskan secawan minyak masak. tumis bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan. bila dah garing masukkan cili yg telah dkisar tadi.
  3. setelah pecah minyak, boleh la masukkan daun limau purut dan juga ikan pari yg telah dibersihkan
  4. masukkan juga rempah2 yg telah disangrai dan juga ditumbuk tu
  5. setalah ikan separuh masak, masukkan pula air asam jawa.
  6. biarkan mendidih untuk beberapa ketika. dan boleh lah ditambah dengan lain-lain aksesori tu. tomato dan bendi. jgn lupa masukkan garam dan rasa la kemasinan dan kemasaman kuah tu tadi.

Khamis, 8 Mei 2014

Resepi Mee Jawa

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 Kg. Mee Kuning.
  •  1 kg udang kapas.
  • 1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
  • 50 gm. gula melaka/ gula merah.
  • 200 gm taugeh.
  • 2 cawan santan.
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis.
  • 2 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah.
  • 3 liter air
  • 2 sudu besar rempah kari daging.
  • Garam secukup rasa.
Bahan-Bahan untuk Hiasan:
  • 5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
  • 6 biji cili hijau dhiris.
  • 5 biji cili merah dihiris.
  • 10 biji limau kasturi dibelah dua.
  • 6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
  • 12 cawan baang goreng.
  • 1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
  • 1 cawan daun salad bunga dihiris.
Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:
  • 3 batang serai dihiris.
  • 15 biji bawang merah (kecil).
  • 6 biji ulas bawang putih.
  • 4 inci lengkuas.
  • 2 inci halia.
  • 15 tangkai cili kering direbus.
  • Sedikit air asam jawa.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bersihkan udang, goreng udang sehingga kulitnya menjadi merah. Kemudian rebus udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukan.  Kisar uadang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.
  2. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan air rebusan udang tadi.
  4. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.
  5. Masukkan serbuk rempah kari dan santan.  Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih.
  6. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalag. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
  7. Tambah garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.
  8. Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan kedalam bekas air untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara asingan. Hidangan mee serta bahan hiasan diatas mee jawa anda.
  9.  Selamat mencuba.
RESEPI KEREPEK :
Mee Jawa ini tanpa kerepek seperti tidak ada yang kena, dengan itu Mamak Haji tambah resepi ini untuk cuba sama-sama.
Bahan-Bahan:
  • 250gm tepung beras.
  • 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour).
  • Minyak untuk goreng.
Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
  • 1 biji telur.
  • 50 ml santan cair.
  • Garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
  2. Cairkan  tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
  3. Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur (kitchen toel paper) untuk menyerap minyak.
  4. Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas  hidangan mee jawa anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan mee jawa anda.

Resepi Tandoori Ikan

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili

Cara penyediaan:

  1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
  2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
  3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
  4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.

Pasta Dakwat Sotong

Written by  Norimy Aimi


(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:

600 gm pasta (jenis pasta dakwat sotong)
300 gm tomato – dikisar kasar
100 gm tomato puri
60 gm bawang putih – dikisar
60 gm bawang kecil – dikisar
1 helai daun salam
1 ekor sotong bersaiz besar – dipotong kecil
1 biji lada benggala – dicincang
150 gm minyak masak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit hirisan keju parmesan

Cara menyediakan:

  1. Rebus pasta sehingga masak dan tuskan. Ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih, bawang kecil dan daun salam sehingga naik bau dan bertukar warna kekuning-kuningan.
  4. Masukkan tomato puri dan kacau sehingga sebati.
  5. Setelah itu, masukkan pula tomato yang dikisar kasar. 
  6. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
  7. Apabila kuah sudah sebati, masukkan sotong dan lada benggala.
  8. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  9. Hidangkan kuah bersama pasta yang telah direbus tadi.
  10. Lebih sedap jika ditambah dengan sedikit hirisan keju parmesan.

Rabu, 7 Mei 2014

Ayam Merah Cinta

Bahan-bahan:

1 pek ayam (stir fry) 
1/2 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecik kicap manis
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/4 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tomato
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Potong dadu dan bersihkan ayam.  Tumis bawang dan cili hingga garing.  Masukkan kicap dan gula.  Tujuannya untuk hhasilkan karamel yang boleh menambah rasa pada lauk nanti.

Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga sedikit garing.  Peraskan dengan sos, garam, lada sulah dan minyak bijan.  Akhir sekali tambah air sedikt dan masak hingga ayam empuk.

Burger Malaysia

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Resepi Nasi Kandar / Nasi Calca Pulau Pinang

Untuk Ahli Keluarga 6 -8:
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 11/2 cawan basmathi.
  • 1/2 cawan kacang dal / paruppu.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak sapi tulin.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) biji jintan putih atau Jeera.
  • 1 sudu besar (tbsp) puri tomato.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 1 dengan ukuran panjang 1 inci keping kayu manis
  • 2 helai daun salam India/beriani.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1/4 sudu keci (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1/2 sudu keci (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1/2 cawan mix.vege / kacang campur.
  • 5 cawan (cup) air.
  • Bawang Goreng dan Daun pudina untuk hiasan.
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
  1. Basuh beras dan kacang dal.  Rendamkan bersama 20 -25 minit.
  2. Panaskan periok nasi, masukkan minyak sapi dgn satu sudu minyak masak (minyak masak untuk mengelak minyak sapi mudah terbakar). Bila minyak mula panas masukkan biji jintan putih. Masukkan Goreng beberapa saat tapi jangan sampai hangus. Masukan kayu manis, bunga cengkih, pelaga, tumis sehingga keluar baunya. Masukan pes halia bawang putih dan tumis sehingga baunya naik.
  3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga warna hirisan bawang bertukar kepada warna kuning keemasan. Masukkan serbuk kunyit dan adunkan dengan bawang yang sedang goreng. Masukan kacang campur/ mix vege. Sekiranya anda gunakan mix vege yg sejukbeku/ frozen, Tentukan ia dimasukan dalam air panas dan toskan. Masak mix vege itu 3 minit dengan tutup tudung periok nasi.
  4. Buka tudung periok masukkan satu sudu puri tomato, gaulkan dengan rata. Anda perlu lakukan semua ini dengan api dapur yang minimum. Jangan sampai adunan ini terbakar.
  5. Toskan beras basmathi dan kacang dal yang telah rendam. Adunkan adunan di atas dengan beras dan kacang dal. Masukan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan garam masala, garam dan gula. Adunkan dengan sekata semua bahan-bahan rempah.
  6. Masukkan 5 cawan air dalam campuran tadi. tutup tudung periok dan masak dengan api sederhan kecil. Masa yang diambil nasi anda dan masak oalah 20 -25 minit. Hidangkan nasi ini dengan dihias bawang goreng dengan daun pudina. Ia juga boleh makan bersama sald timun dicampur dengan yogurt asli dan juga sebarang lauk ayam. selamat mencuba.

Resepi Oat Dengan Pisang

Bahan-bahan


40 gm oat
20 ml susu
25 gm pisang masak (potong dadu)
10 gm koko krunch
10 gm ornflakes
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya


Rebus susu sehingga mendidih. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang. Kacau ia hingga sebati. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.

Info Kesihatan
Pisang memang kaya dengan karbohidrat berbanding buah-buahan lain. Pisang menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh. Pisang juga kaya dengan zat besi dan baik untuk pesakit anemia bagi proses terapi nutrisi.

Salmon Goreng Lada Benggala

( * Resipi oleh Chef Naqiuddin (Chef Naq) dari Restoran Maidah Cuisine, No 28-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. No telefon: 03-51911716)

Bahan-bahan:

200 gm ikan salmon
1 biji lada benggala merah
1 labu bawang kuning – dipotong dadu kecil
7 sudu besar minyak jagung
300 ml jus epal merah
1 biji ubi kentang jenis Russet
1 helai daun bay
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula, perapkan ikan salmon dengan minyak jagung, garam dan serbuk lada hitam. Biarkan ia seketika.
  2. Sementara itu, bakar lada benggala di atas dapur sehingga kulitnya menjadi hitam.
  3. Angkat lada benggala ini dan kupas kulitnya.
  4. Belah lada benggala ini untuk dibuang bijinya.
  5. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumis bawang kuning sehingga naik bau.
  6. Masukkan pula lada benggala dan gaul sebati.
  7. Tuangkan jus epal merah dan daun bay. Kacau dengan api yang besar.
  8. Setelah sedikit masak, tutup api.
  9. Kisar bahan-bahan tumisan itu tadi sehingga lumat dan dijadikan sos.
  10. Sementara itu, lumur kentang dengan sedikit minyak jagung, lada hitam dan garam.
  11. Bakar kentang ini selama 20 minit dalam ketukar pembakar yang bersuhu 160 darjah selsius.
  12. Dalam pada itu, bolelah panggang ikan salmon yang telah diperap tadi sehingga masak.
  13. Hidangkan ikan salmon dan kentang bakar. Tuangkan sos yang telah dikisar tadi di atas salmon dan kentang.

Ayam Rempah @ Chakeren

Sumber : TV

Bahannya (agak2 ekk sbb diorg tak kasi sukatan)
  • Ayam ptg kecil
  • 4 ulas bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • Sehiris lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sebtg serai
  • 2-4 biji cili api
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam
  • Gula
  • Gula nira
Caranya
  1. Tumbuk semua bahan kecuali daun limau
  2. Panaskan kuali, tumis bhn tumbuk
  3. Masuk ayam, goreng sebati
  4. Masuk garam, gula secukupnya
  5. Masuk sedikit air. Goreng hingga airnye kering

Selasa, 6 Mei 2014

Resipi Ayam Masak Hijau Poojaann..

Bahan-bahan

Seekor ayam (potong ikut suka nak kecil/besar) - goreng dengan garam kunyit, jangan garing sangat
*3-4 labu bawang besar (ikut size)
*3-4 ulas bawang putih
*3-4 batang cili hijau besar
*20-30 biji cili padi hijau (terpulang nak pedas camner, leh kurangkan)
3 batang serai diketuk
1/2 kotak santan MS
garam/gula
1-2 asam keping (bgantung pada kemasaman)
4-5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit (optional)
Minyak utk menggoreng
*Bahan dikisar

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga betul2 masak
  2. Masukkan garam, gula dan asam keping (garam masuk sikit dulu sbb kat ayam dah ada garam)
  3. Masukkan ayam, kacau sebati. Biarkan seketika
  4. Masukkan santan, kacau n biarkan kering2 lembap giteww..
  5. Masukkan daun limau purut n daun kunyit yang dah disiat2. SIAP!!
Nota :
 
Aku suke letak bawang banyak sbb akan lebih memberi perisa dan lebih byk sambal dpt dihasilkan.  Selain dari ayam, leh guna pakai utk daging, ikan, ikan bilis.  Utk ikan bilis, aku x letak santan, daun limau purut kunyit bagai. Goreng ikan bilis garing2..pastu masuk dlm bahan tumis hijau tu...empph...makan ngan nasi putih panas2 pun sodap.

Resepi Apom Lenggang / Apom Manis

RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.
    appom
  • 1 cawan beras.
  • 1 cawan nasi sejuk.
  • 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih).
  • 1 sudu kecil halba.
  • 1/2 sudu besar (tbsp) gula.
  • 1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil baking soda atau 1/2 sudu kecil (tsp)yis segera kering.
  • 3 sudu besar(tbsp) santan pekat.
CARA PENYEDIAAN:
  1. Basuh beras sehingga bersih dari kanjinya dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. kacang tosai atau urad dal dan juga halba perlu direndam (soak) berasingan. Selepas tempoh rendaman, basuh kembalu beras, urad dal adan juga halba. Mulakan kisar kacang tosai/urad dal. jadikan pes halus dan asingkan. Kisar pula diikuti dengan halba, jadikan pes dan asingkan. Kisaran beras perlu lakukan dgn air yang digunakan untuk kisar sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom merekah.
  2. Ambil 3-4 sudu besar hasil kisaran beras dan diadunkan dengan 1 cawan air. Masak campuran ini dgn api kecil sederhana. Sebatian mula memekat dan menjadi seperti nestum makanan bayi, keluarkan dari dapur dan biarkan ia sejuk. sekarang adunkan semua bahan seperti pes kacang tosei, pes halba dan pes beras ini dengan adunan beras yg telah kisar. adun rata. sekarang adunan anda dah sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurangnya 12 jam. Makananya kalau anda fermantasikan pukul 6:00 ptg esok Pukul 6:00 boleh lenggang adunan ini.
  3. Bila sedia untuk lenggang, tentukan adunan anda cair sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan air sedikit jika perlu. Pada masa inilah anda perlu masukkan gula, garam dan baking soda dan santan kedalam adunan itu, kacau sebati dan tunggu 15 minit. Ok anda dah boleh…lenggang kali lenggang.

Resepi Pai Coklat (istimewa untuk pesakit diabetes)

1 cawan gula Equal-Lite
1/2 cawan serbuk coklat masakan
5 susu tepung jagung
3 cawan susu
3 biji kuning telur, dipukul
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh mentega
1 kulit pai (pie crust) 9 inci
Krim putar untuk hiasan, jika suka

Masukkan gula Equal,serbuk coklat dan tepung jagung di dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.

Tuang susu ke dalam periuk bersaiz sederhana dan panaskan.
Keluarkan 1/2 cawan susu dan masukkan kuning telur; kacau hingga sebati.

Masukkan campuran coklat tadi ke dalam susu dan kacau berterusan sehingga dipekatkan.

Setelah pekat, tutup api. Masukkan vanila dan marjerin. Kacau sehingga adunan menjadi sebati.

Masukkan adunan ke dalam kulit pai. Lapisi permukaan atas pai dengan krim putar jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

Udang Mentega Bersitrus

Bahan-bahan:

6 – 7 ekor udang – dibersihkan tapi jangan buang kulitnya
2 ulas bawang putih – diketuk
2 sm halia – disagat halus
250 gm mentega
1 tangkai cili merah – dipotong dadu
Sedikit akar dan batang daun ketumbar
Jus lemon secukupnya
Sedikit parutan kulit lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:

  1. Ambil periuk dan cairkan mentega di atas api perlahan.
  2. Masukkan bawang putih, halia, akar dan batang daun ketumbar.
  3. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  4. Apabila mentega cair sepenuhnya, masukkan udang dan tutup periuk.
  5. Biarkan udang masak dalam mentega dengan perlahan-lahan.
  6. Masukkan jus lemon bersama parutan kulit lemon.
  7. Apabila udang sudah masak, angkat dan hidangkan.
  8. Sebagai hiasan, taburlah hirisan daun ketumbar dan cili merah yang dipotong dadu.

Ayam Bakar Nasi Ayam

Bahannya
  • 1 ekor ayam (bersih n potong kecil n direbus bersama halia, air rebusannyer dibuat sup, toskan)
  • 2 ulas bwg putih ]ditumbuk halus
  • 2 cm halia ]ditumbuk halus
  • sedikit garam
  • 3 s/b sos tiram
  • 4 s/b kicap manis
  • 1 s/b kicap masin
Caranya
  1. panaskan oven 300 darjah.
  2. ayam ditoskan.
  3. sebatikan semua bahan lain dan gaul bersama ayam biar seketika.
  4. bakar selama 10 minit dan kemudian balikkan kemudian bakar lagi 10 minit.
  5. baki bahan perap ditapis dan dibuat bahan sos kicap.

Isnin, 5 Mei 2014

Kerabu Suun Sotong

Bahan-bahan:

300 gm suun
100 gm sotong – dipotong bulat dan dibersihkan
20 gm cili padi – dihiris
20 gm cili merah - dihiris
60 gm bawang merah – dihiris
2 batang serai – dihiris
1 batang bunga kantan – dihiris
10 gm udang kering – ditumbuk
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis – diambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula, celurkan suun dan tuskan airnya.
  2. Celurkan juga sotong dan ketepikan seketika.
  3. Ambil satu bekas dan masukkan suun, sotong, cili padi, cili merah, bawang merah, serai, bunga kantan dan udang kering.
  4. Kemudian, masukkan sos ikan, jus limau nipis, garam dan gula.
  5. Gaul rata kesemua bahan tersebut.
  6. Bolehlah dihidangkan sebagai pembuka selera.

Ikan Goreng Selayang Masak Taucu

BAHAN-BAHAN:

- 5-6 ekor Ikan selayang.
- 4-5 sudu besar taucu..basuh dan bersihkan taucunya.
- 2 biji bawang labu dihiris bulat.
- 3 ulas bawang putih dihiris.
- 1 inci halia dihiris halus.
- 5 tangkai cili api dibelah-dua memanjang.
- 1 tangkai cili merah..belah-dua memanjang.
- 1 biji lada benggala/ capsicum – dihiris.
- 1 biji tomato dibelah empat.
- 1 btg serai dibelah dua..atau diketuk.
- 1 sudu besar gula pasir.
- 1 sudu besar asam jawa dijadikan satu cawan air asam.
- 2-3 sudu besar minyak masak.

CARA MEMASAK:

  1. Ikan selayang dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan garing sedikit.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 2 sudu besar. Masukkan serai dan tumis serai hingga naik baunya, masukkan bawang, putih, bawang, halia, cili api, cili merah dan lada benggala. Bila tumisan mula keluarkan bau haruman (layu saja) masukkan taucu 4 sudu besar dan diikuti dengan air asam jawa secawan. Tunggu hingga air asam mendidih. Masukan gula secukup rasa (untuk matikan keasinan taucu).
  3. Tuangkan di atas ikan goreng. Hidangkan.

Curry bun

Bahan-bahan ( 8~10 biji )

  • dough;
  • 250g tepung roti
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/4 camca teh bicarbonate soda
  • 1/4 camca teh garam
  • 150ml susu
  • 1 sudu besar gula
  • 45g mayonnaise
  • inti;
  • sepotong bawang besar-dicincang(dlm 1-2 sudu besar)
  • seulas bawang putih-diracik halus
  • 50g daging ayam-dipotong dadu
  • sebiji kentang-dipotong dadu
  • sebiji telur-scramble egg (optional)
  • 2 sudu besar mix vege
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • garam dan gula secukup rasa
  • coating;
  • sebiji telur
  • 20g serbuk roti
  • minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara

  1. inti-tumis bawang besar dan bawang putih
  2. masukkan ayam, kentang dan sedikit air
  3. slps 5minit(lebih-kurg ayam dan kentang separuh masak/empuk), masukkan mix vege, scramble egg dan serbuk kari yg dah dilarutkn dlm air panas
  4. masukkan air secukupnya hingga kentang empuk
  5. tambah garam dan gula secukup rasa.masak hingga kering
  6. dough-gaul semua bahan, uli hingga sekata
  7. bahagikan kpd 8-10 bahagian(bulat2)
  8. tekan2/tarik2 biar jadi kepingan bulat yg leper(lg nipis lg bagos..bleh ltak inti byk2)
  9. letak inti atas kepingan dough(1-2 sudu/semaksimum yg boleh) kemudian tutup rapat2
  10. celupkan roti yg sudah siap dlm telur yg dipukul kemudian guling2kn atas serbuk roti
  11. masak dgn minyak byk(kalau minyak separuh je, pandai2la paling2kan supaya masak sama-rate) sampai warna keperang-perangan

Resepi Hati Lembu Bersama Pegaga

Bahan-bahan:


100 gram hati lembu – hiris nipis
1 ikat daun pegaga – dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 inci halia – tumbuk halus
1 inci kunyit hidup – tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
5 ulas bawang merah – tumbuk halus
Sedikit lada hitam – tumbuk halus
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:


Rebus hati lembu hingga empuk.
Kemudian perap hati lembu bersama kesemua bahan yang telah ditumbuk halus dan sedikit garam selama setengah jam.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah diperap dan akhir sekali masukkan daun pegaga.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Daging Hitam Manis

Written by  Norimy Aimi

Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang – dipotong nipis
4 labu bawang besar – dihiris
10 ulas bawang merah – dihiris
10 ulas bawang putih – dihiris
3 sm halia – dikisar
5 biji buah keras – dikisar
½ cawan cili boh
1 cawan kicap pekat
¼ cawan kicap lemak manis
¼ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
1 cawan sos tomato
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula pasir
½ biji cili benggala hijau – dipotong memanjang
½ biji cili benggala kuning – dipotong memanjang
½ biji cili benggala merah – dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Campurkan setengah cawan kicap pekat, gula, air limau nipis, tepung jagung dan serbuk lada hitam.
  2. Gaul kesemua bahan itu sehingga sebati.
  3. Gaulkan daging dengan bahan campuran tersebut.
  4. Perapkan daging ini selama semalaman.
  5. Untuk membuat kuahnya, tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan buah keras.
  6. Apabila tumisan ini agak garing, masukkan cili boh dan sedikit garam.
  7. Setelah cili boh menjadi garing, barulah masukkan daging yang sudah diperap semalaman.
  8. Tuang sedikit air dan dikacau rata.
  9. Apabila ia mendidih, masukkan pula setengah cawan kicap pekat, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  10. Gaul rata kesemua bahan.
  11. Tunggu sehingga daging empuk, barulah dimasukkan cili benggala hijau, kuning dan merah.
  12. Biarkan ia masak seketika.
  13. Daging Hitam Manis ini sedia diangkat dan hidangkan panas-panas.

Ahad, 4 Mei 2014

Popia goreng

resepi dari mak kfiza

Bahan-bahan ( Satu family leh mkn. )

  • semestinya kulit popia..boleh beli atau buat sndiri.
  • utk inti:
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 biji sengkuang (sagat)
  • 1 btg lobak merah (sagat)
  • 2 sb udang kering
  • 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.
  6. Goreng dlm minyak sederhana panas hingga kekuningan.
  7. Enak di mkn panas2 besama cili sos.kalau rajin bleh buat sos sndiri.
  8. shredder yg kfiza guna utk sagat sengkuang & lobak merah.

Ayam Masak Merah Ketuk-ketuk Ramadhan

Resipi:

1 ekor ayam (sukati potong kecik ke besor ke, digoreng garam kunyit dulu, jangan garing sangat)
3-4 labu bawang besar*
5-6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih and apa lagi satu tu ya)
1-2 helai daun pandan
2 senduk cili kering dikisar
1 sdb sos tomato
1 sdb kicap manis
1/4 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air utk kuah (2 cawan)

*kisar

Cara-cara:

  1. Tumis 4 sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai.  Tumis sehingga bawang masak kekuning2an...naik minyak sikit.
  3. Masukkan cili kering dikisar dan gula.  Tumis hingga betul2 masak dan terbit minyak. 
  4. Masukkan sos tomato dan kicap.
  5. Masukkan ayam.  Kacau rata.  
  6. Masukkan air utk kuah. Terpulang nak kuah pekat ke cair ke. Masukkan garam dan gula. 
  7. Tambahkan susu cair atau santan untuk rasa yang lebih menarik.
  8. SIAP.

Tips:

  1. Jangan kedekut bawang.  Itu rahsia untuk sambal yang sedap dan akan bagi lebih gravy pada masakan anda esp sambal menyambal.  Kalau gulai menggulai, bawang tak boleh banyak. Spoil.
  2. Tumis bawang and cili mesti betul2 masak.  Kacau sentiasa supaya tak hangit utk steps ni.
  3. Reason letak gula awal2 masa tumis cili sebab ianya akan bagi efek kaler yang cantik, kata mak saya).  Masak sehingga terbit minyak.  Kalau bawang and cili tak masak, maka spoil la masakan anda.  Ingat tu ya....
  4. Jangan takut letak minyak banyak masa menumis bagi pastikan bawang betul2 masak. Nanti lepas siap, boleh ceduk minyak terlebih tu.  Tapi jangan over lebih pulak.  Agak2 lah.
  5. Sos tomato jangan terlebih nanti susah nak adjust rasa masam.  Dalam kes ni, sos tomato adalah agen pemasam menggantikan asam jawa or asam keping.
Kredit: Buku Resipi Ayam Masak Merah Ketuk2 Ramadhan first edition oleh Sheila Rusly.  I luv this book so much.  Banyak resipi yang sedap dan menjadi bila dicuba...

Selamat mencuba!!