Khamis, 24 Oktober 2013

Kari ayam mamak style

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  1. 1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
  2. bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
  3. bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
  4. bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
  5. bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
  6. ubi kentang - ikut suka byk mana
  7. 3/4 santan atau susu cair
  8. bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
  9. garam secukup rasa

Cara-cara

  1. tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.
  2. masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
  3. masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
  4. tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  5. bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.
  6. bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
  7. ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.

Rabu, 23 Oktober 2013

Nasi Goreng Jawa..

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • garam, gula, dan perasa tambahan kesukaan anda secukup rasa
BAHAN2 AYAM GORENG 'MAT GENT'
  • 1 paha ayam yang bsr
  • kicap cair 4 sudu besar
  • garam, gula, aji no moto, lada hitam- secukup rasa..
  • lupa satu lagi... minyak masak untuk nasi 4SB untuk ayam deep fry.

Cara-cara

  1. panaskan minyak di atas kuali dgn api sederhana
  2. masukkan isi ayam jika nak..(sy bg resepi yg mudah siap jer)
  3. pecahkan telur
  4. masukkan nasi putih dan kacau hingga sebati
  5. masukkan sayur , atau sayur campuran kacau dan anda boleh letakkan kunyit, kalau boleh elakkan guna garam guna kicap cair (dalam senarai kata guna garam ttp sy elakkan)
CARA GORENG AYAM
  1. perap dengan bahan2 yg sy sebutkan d atas...

Mee Hailam pedas

Bahan-bahan ( 2 orang )

200 gm mee kuning
6 ekor udang (sederhana besar)
2 ekor sotong (besar)
sawi
kobis
2 biji tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
sedikit lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam
3 ulas bawang putih (dicincang)

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan udang. Biarkan selama seminit.
  2. masukkan batang sawi dan kobis. Kemudian masukkan semua sos, lada hitam, garam dan air.
  3. biarkan selama lebih kurang 2 minit.
  4. masukkan tomato, mee dan sawi. Biarkan lagi selam lebih kurang 2 minit.
  5. Sedia untuk dihidangkan. (Kena makan panas2, nanti tak sedap pulak)

Udang masam manis borneo

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang, 3 sb sos cili, 3 sb sos tomato, 3 sb sos tiram, 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 hiris limau nipis, 1 biji tomato dan sedikit daun sup
  • Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk sebagai bahan tumisan

Cara-cara

  1. Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumisan. Masukkan ketiga-tiga sos, kacau sebentar dan masukkan udang.
  3. Masukkan bawang besar, tomato dan akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Tutup api dan perahkan sedikit asam limau.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Goreng Nampla

Bahan-bahan untuk 2 org

  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • 10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih
  • 2 ekor sotong (bersih & potong)
  • Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan ajinomoto
  • Sedikit minyak masak
  • **Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka**

Cara-cara

  1. Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
  3. Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
  4. Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan ajinomoto. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.

Daging goreng tumbuk masak padang

Bahan-bahan ( 4 -5 orang )

1 kati daging,
15 tangkai cili kering,
2 ulas bawang putih,
2 labu bawang besar,
Sedikit belacan, Sedikit air asam jawa,
2 sudu besar gula, Garam secukup rasa, Ajinamoto (secukup rasa),
1/2 cawan kicap pekat manis, Minyak masak (secukupnya).

Cara-cara

Daging dipotong nipis dan diperap dengan kicap pekat selama 10 minit. Cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih di kisar atau ditumbuk tapi jangan terlalu halus. Daging yang telah diperap tadi digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing. Kemudian daging itu ditumbuk sekeping- sekeping supaya menjadi lembut. Minyak bekas goreng daging tadi boleh digunakan untuk menumis. Tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto). Masukkan pula, daging yang telah siap ditumbuk tadi. Masak dengan api yang sederhana. Apabila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kueh teow ladna

Bahan-bahan

  • kueh teow
  • 3 ulas bawang putih dicincang kecil2
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu sos tiram
  • sekeping dada ayam
  • lobak merah
  • kobis bunga
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • cili padi
  • kobis
  • air
  • garam dan secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  3. masukkan lobak merah terlebih dahulu.
  4. bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  5. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

Selasa, 22 Oktober 2013

Mee Tom Yam Sayur

Bahan-bahan

1 peket mee telur (cap 3 ayam)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (diketuk)
3 biji cili padi (diketuk)
1 keping daun limau purut
Sedikit kobis, lobak merah & baby corn
2 Kiub tomyam
Sedikit garam (secukup rasa)
Sedikit daun bawang & daun sadri (untuk hiasan)
Sedikit bawang goreng (untuk hiasan)

Cara-cara

  1. Mula-mula tumiskan bawang putih, cili padi & sedikit bawang besar yg dipotong tadi.
  2. Biar hingga garing dah kemudian masukkan sedikit air dan masukkan kiub tomyam. Kacau rata.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan daun limau purut. (Jika suka masam letakkan asam keping).
  4. Masukkan semua sayur-sayuran yang dipotong tadi bersama baki bawang besar.
  5. Apabila semua bahan tadi telah hampir masak, bolehlah masukkan mee tadi.
  6. Setelah mendidih (jgn tunggu sampai mee terlalu lembik), angkat dan hidangkan. Taburkan daun sadri, daun bawang & sedikit bawang goreng. (Jika suka boleh letak sedikit lada sulah untuk menambah perisa)

Mee hokkien

Bahan-bahan

  • B.Putih 3 ulas ditumbuk
  • Udang, daging
  • 3 sudu kicap tiram
  • 3 sudu kicap cair
  • Mee kuning

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan basah, udang + daging. Biarkan 5-10 minit sampai daging masak.
  3. Masukkan mee kuning yg telah dicelur. Kacau. Jika suka boleh masukkan sawi.

Mee Hailam

Bahan-bahan ~ Hidangan untuk 4 org

1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (sedang)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 sudu besar cilibo
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus 'baby corn'
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
Sos cili dan sos tomato Kicap
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

sup ayam express!

Bahan-bahan

  • 5-6 ketul ayam
  • halia sebesar ibu jari diketuk
  • bawang putih 3-4 ulas pon diketuk
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • lada hitam ikut suka
  • carrot potong ikut suka. saya prefer potong bentuk bunga
  • cili api. ikut suka.
  • tomato sebiji belah 4
  • air 2 cawan / ikut ngam2 paras ayam dalam periuk.
  • kentang 2 biji potong kecik2. saya selalunya belah 8.

Cara-cara

  1. Letakkn ayam, kentang, halia dan bawang putih dalam periuk. Masukkan juga air ikut ngam2 paras ayam.
  2. Biarkan mendidih. Bila mendidih, masukkan tomato, garam n lada sulah. masukkan sekali carrot, lada hitam n cili api. Kacau n biarkan mendidih. masukkan air secawan dua jika mahu kuah lebih.
  3. Bila suda mendidih lagi, boleh tutup api. n sedia hidang. Jimat masa, tenaga n mudah! selamat mencuba!

Meehoon Goreng Daging

Bahan-bahan

2 keping mee hoon (rendam dgn air panas)
daging kisar secukup rasa
fish ball secukup rasa
cili kisar secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
2 sudu sos tiram
kicap secukup rasa
bawang putih untuk menumis

Cara-cara

  1. Panas kan minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik aroma
  2. Masukkan cili kisar goreng hingga masak.
  3. Masukkan daging kisar. Biarkan hingga daging masak dan masukkan fish ball. Biarkan seketika.
  4. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam dan biarkan mereneh
  5. Masukkan mehoon dan kicap. Gaulkan hingga sebati.
  6. Kalau ade taugeh/ kucai boleh masukkan juga.. Seperti yang rakan tau umah saya bahan tak cukup :)
  7. Siap digaul boleh laa dihidangkan. SELAMAT MENCUBA

Asam Pedas Salmon Fish Head

Bahan-bahan

1 kepala ikan salmon (ikut suka nak ptong berapa besar)
*1 sudu besar jintan kecil
*1 sudu besar jintan besar
1 sudu besar halba
*1 biji buah keras
*2 inci halia
*2 inci lengkuas
*1 inci kunyit
*3 ulas bawang putih
*7 ulas bawang merah
5 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
segenggam daun kesum
1 sudu besar cili giling
minyak masak utk menumis
garam secukup rasa
air secukupnya.

Cara-cara

  1. bersihkan kepala ikan salmon
  2. tumbuk/ kisar bahan *
  3. panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, cili giling dan halba sehingga naik minyak
  4. masukkan air dan masak sehingga mendidih
  5. masukkan kepala ikan, asam keping, asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. masukkan daun kesum dan biarkan mendidih seketika. Sedia di hidang.

Isnin, 21 Oktober 2013

Sambal Goreng Betawi

Bahan-bahan

1/2 kg hati lembu direbus sebentar dipotong dadu dan digoreng
4 bungkus tempe (8 keping) potong dadu dan digoreng
5 keping tahu dipotong dadu dan digoreng
15 btg lada merah dibuang biji dan dikisar--jgn terlalu halus
20 bawang kecil *
4 btg serai *
8 bawang putih *
halia 1" *, lengkuas 1" *, kunyit basah 1" *
1 biji buah pala ditumbuk sikit supaya senang dikisar *
11/2 sm lada hitam *
1 keping kecil belacan hitam *
2 sm asam jawa diramas dgn 1/2 cwn air
6 sm kicap manis
2 serai diketuk , 1 ibujari lengkuas diketuk
6 helai daun limau
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. kisar bahan bertanda * kemudian dicampurkan dgn lada merah yg dah dikisar tadi, gaul rata.
  2. tumis bahan kisar hingga garing kemudian masukkan gula , garam , air asam , dan kicap manis...goreng sebentar.
  3. masukkan serai dan lengkuas yg diketuk , juga daun limau...masak sebentar cukupkan rasanye.
  4. akhir sekali masukkan hati , tahu , tempe dan gaul rata....masak lagi dgn api yg kecil sehingga bahan dan rempahnye mesra, baru matikan api.

Udang goreng berempah

Bahan-bahan

600 gm udang
bahan a:
1/2 sudu teh serbuk kari ikan
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
bahan b: (satukan dan campur nagn air)
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
bahan hiris:
2 ulas bwg putih, 1 labu bwg besar, 1/2 biji lobak merah, cili merah, daun bwg- semua di hiris

Cara-cara

  1. perap sebentar udang ngan bahan A kemudia goreng sekejap, sampai udang tukar kaler merah, terus angkat. ketepikan
  2. tumis bwg, kemudia masukkan bahan b. pastikan api kecik. masukkan air skit ja..jgn byk, nti x sedap. sekali lg diingatkan, api kecik ja, kalau tak, rempah cepat hangit sbb air sikit. kemudian masukkan lobak merah..kacau2 jap. kalau perlu tambah skit air, tp jgn byk.
  3. pastu masukkan udang td bersama cili dan daun bwg yg telah dihiris, garam dan serbuk perasa, gaul jap, tutup api.

Roti Jala Berinti Sardin

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Bahan Inti:-
1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara


  1. Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
  2. Untuk Inti - Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.
  3. Inti Sardin:-


Mee kuah

Bahan-bahan

500g mee 5 cawan air rebusan tulang ayam
udang, daging, isi ayam
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
sawi
taugeh
tomato
bawang goreng
sos tomato- jika suka
sos cili- jika suka
kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
sedikit minyak untuk menumis
garam
gula
ajino -jika suka
limau nipis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  5. Celur mee dalam air mendidih.
  6. Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  7. Taburlah dengan bawang goreng.
  8. Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.


Ahad, 20 Oktober 2013

Fruity Ice Cream

Bahan-bahan

3 scoop ice cream (beli or buat snirik..terserah anda..)
2 biji pisang (apa2 jenis pisang dipotong dua atau dihiris2)
betik dihiris dadu
nenas dlm tin..atau apa2 jenis buah..
chocolate rice
2 sudu susu cair

Cara-cara

  1. Letakkan 3 scoop ice cream atas pinggan/ gelas
  2. Letakkan buah2an di sekeliling ice cream
  3. Tabur chocolate rice atas ice cream tadi..
  4. Curah susu cair atas buah2an..okey..dh siap utk dimakan..

Ayam goreng crispy

Bahan-bahan

6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

ketam bercili

Bahan-bahan ( 4 org )

1 kilo ketam-dibersihkan,
2 sudu besar serbuk kunyit,
2 biji tomato - potong dadu,
3 sudu besar sos cili,
2 sudu besar sos tomato,
3 sudu sos tiram,sedikit air Bahan tumis:
3 labu bawang merah(ditumbuk)
3 bawang putih } ditumbuk,
3 sudu cili boh,
2 cm halia
1 batang serai } dititik
1 labu bawang besar } dibelah besar
3 tangkai cili padi ditumbuk -utk yg suka pedas garam dan perasa secukupnya minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Gaulkan ketam,garam dan serbuk kunyit,biarkan 30minit
  2. Panaskan kuali, masukan minyak. Setelah minyak panas, gorengkan ketam.
  3. Toskan ketam dan ketepikan.
  4. Gunakan minyak gorengan ketam tadi untuk menumis bhn tumis.Setelah naik baunya. masukan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukan air. Setelah mengelegak masukan bahan perasa dan garam berserta dengan buah tomato.
  5. Masukan ketam. biarkan selama 2 minit. Biarkan sekejap dan tutup apinya.
  6. Boleh dihidangkan dengan nasi panas2 atau makan begitu saja SELAMAT MENCUBA! 

Kerang masak kicap

Bahan-bahan ( 4org )

  • kerang(dibersihkan dahulu,toskan)
  • bahan tumbuk:
  • 3 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • sebesar ibu jari halia
  • 2 biji cili
  • bahan lain:
  • 1 biji cili besar(buang biji dipotong memanjang
  • 1 batang serai(di titik)
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • garam/perasa/gula secukup rasa
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. tumiskan serai dahulu,kemudian bhn tumbuk.biar naik bau dan sedikit kekuningan.masuk kerang,gaul seketika.barulah di masukkan sos tiram,kicap pekat dan cili yg dah dipotong tadi.selepas itu masukkan garam,perasa dan garam.biar kuah sedikit pekat dan kerang masak.boleh dihidangkan..selamat mencuba..sedap!


Puding Karemel

Bahan-bahan

5 biji telur (saiz besar)
1 tin (405 g) susu cair (Ideal yang terbaik lah)
1/2 tin (1/2 dari 500 g) condense milk
7 - 8 sudu besar gula
1 tin jagung (cream style)2 sudu besar tepung kastard1 tin air (gunakan tin susu cair)

Cara-cara membuatnya

a) Cara membuat gula hangus.

  1. Keringkan tin pembakar kek (lebih kurang 9 in diameter dan 3 in tebal)
  2. Ambik 2 sudu gula, masukkan ke dalam tin pembakar kek.
  3. Letakkan ke atas api yang perlahan untuk cairkan gula seningga gula menjadi kuning kekuningan.
  4. Ratakan gula hangus ke sekelilng tin pembakar.
  5. Angkat dari api biarkan gula sejuk dan membeku.

b) Cara membuat Puding

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang agak besar.
  2. Kacau telur supaya telur merah dan putih tu bercampur rata. Jangan kacau sehingga kembang telur
  3. Masukkan cusu cair dan kondense milk ke dalam telur tadi
  4. Larutkan tepung kastard ke dalam air
  5. Masukkan gula, larutan tepungkastard dan jagung ke dalam mangkung yang berisi telur dan susu.
  6. Kacau supaya semua rata.
  7. Masukkan adunan cecair ini ke dalam tin pembakar yang mempunyai gula hangus beku.
  8. Masukkan bekas ke dalam steamer dan kukus lebih kurang selama 30 minit sehingga 45 minit. Api jangan kuat nanti dia jadi bersarang. Slow fire and slightly longer is better.
  9. Bila sudah masak, tak nampak cair dah adunan tu, angkat dan sejukkan.
  10. Bila dah sejuk terbalikkan puding ke atas pinggan.
  11. Hiaskan dengan mix fruit atau sliced peaches yang dalam tin tu (I like peaches ni).