Isnin, 21 Oktober 2013

Sambal Goreng Betawi

Bahan-bahan

1/2 kg hati lembu direbus sebentar dipotong dadu dan digoreng
4 bungkus tempe (8 keping) potong dadu dan digoreng
5 keping tahu dipotong dadu dan digoreng
15 btg lada merah dibuang biji dan dikisar--jgn terlalu halus
20 bawang kecil *
4 btg serai *
8 bawang putih *
halia 1" *, lengkuas 1" *, kunyit basah 1" *
1 biji buah pala ditumbuk sikit supaya senang dikisar *
11/2 sm lada hitam *
1 keping kecil belacan hitam *
2 sm asam jawa diramas dgn 1/2 cwn air
6 sm kicap manis
2 serai diketuk , 1 ibujari lengkuas diketuk
6 helai daun limau
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. kisar bahan bertanda * kemudian dicampurkan dgn lada merah yg dah dikisar tadi, gaul rata.
  2. tumis bahan kisar hingga garing kemudian masukkan gula , garam , air asam , dan kicap manis...goreng sebentar.
  3. masukkan serai dan lengkuas yg diketuk , juga daun limau...masak sebentar cukupkan rasanye.
  4. akhir sekali masukkan hati , tahu , tempe dan gaul rata....masak lagi dgn api yg kecil sehingga bahan dan rempahnye mesra, baru matikan api.