Khamis, 23 Oktober 2014

Labu Kuning Goreng

Bahan-bahan:

1 biji labu kuning sederhana besar | direbus dan dipotong dadu
150gm udang sederhana besar
2 biji cili merah | dibelah dua dan buang bijinya
2 ulas bawang putih
1sm halia
5 ulas bawang merah | dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
4 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk bersama cili merah hingga naik baunya.
  2. Masukkan daun kari, serbuk kunyit serta udang. Kacau hingga rata.
  3. Kemudian masukkan labu yang direbus sekejap dan biarkan masak hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
sumber : http://koleksiresepimama.blogspot.com/

Ayam Panggang Dangdut (paling mudah tapi enak)

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam
  • 2 sudu teh rempah sup (idah pakai jenama adabi)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar kicap
  • secubit garam
  • sebuah radio yang memasang lagu-lagu dangdut (Optional)

Cara-cara

  1. pasang lagu dangdut sambil membuat kerja memasak
  2. lumurkan rempah sup dan garam pada ayam
  3. kisarkan bawang putih dan halia bersama kemudian lumurkan juga pada ayam
  4. lumurkan pula kicap dan perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk
  5. selepas itu keluarkan nya dari peti sejuk dan bolehlah memanggang selama 25 atau 30 minit tp dgn api yang kecil (idah guna pemanggang ajaib are ikan tu je)
  6. apabila siap memasak bolehlah di hidangkan bersama nasi
 Submitted By

Rabu, 22 Oktober 2014

Asam Pedas Ikan Keli Berlada Hitam

Bahan-Bahan:

5 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir)

Bahan A

15 biji lada kering
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
½cm halia
1 inci kunyit
20 biji lada hitam
15 helai daun kesum
kesemua bahan A dikisar

bahan B

100 ml minyak
sedikit gula
400 ml air
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
perisa penyedap rasa
20 helai daun kesum

Cara:

panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.

Cadangan Hidangan:

bergantung kepada saiz ikan keli jika kecil boleh lah dimasak begitu sahaja tanpa di potong adalah lebih enak dihidangkan dengan nasi panas sungguh menyelerakan terangkat!!sampaikan mertua lalu tak nampak..

Kiriman: zulaiha binti sabtu

petang dengan lempeng pisang enak!

Apabila tiba waktu minum petang mesti juadah yang dihidangkan adalah daripada juadah yang manis-manis ataupun cucur udang dan banyak lagi.

Pernahkah anda pernah mencuba lempeng pisang? Lempeng pisang ini memang sedap dan sesuai dijadikan juadah petang yang pasti akan membuatkan anak-anak dan suami suka.

Jadi di sini kami ingin kongsikan resipi mudah menghasilkan

lempeng pisang yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan - dilenyek
1 ketul gula Melaka – diracik halus
½ biji kelapa parut
Sedikit tepung
Secubit garam

Cara Membuat:
• Lenyek pisang hingga lumat kemudian gaulkan dengan gula Melaka.
• Masukkan tepung dan garam secukupnya. Tambahkan kelapa parut dan gaul rata.
• Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak. Tuangkan bancuhan tadi di atas kuali. Apabila sudah masak atau kekuningan terbalikkan dan angkat.
• Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis.

Selamat mencuba!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Resipi mudah paru goreng kunyit

Apabila bercakap mengenai paru goreng kunyit, pastinya ramai yang terliur kerana keenakkannya. Paru goreng kunyit ini bukan sahaja menjadi kegemaran ketika bersarapan bersama nasi lemak, malah ia juga boleh dimakan tidak kira waktu dan masa.

Oleh itu, juadah paru goreng kunyit ini sentiasa menjadi pilihan, namun ada juga yang gemar makan tetapi tidak tahu memasaknya.

Tidak mengapa kerana kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah memasak makanan kegemaran anda ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 kg paru – direbus & dipotong nipis
1 mangkuk kecil cili kisar
1 senduk kecil rempah kurma
1 senduk kecil rempah daging
2 labu bawang Holand - dibelah 4
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
5 tangkai daun kari
1 sudu serbuk kunyit
1 mangkuk sos cili
Sedikit minyak

Cara Membuat:
  • Ambil paru yang dipotong nipis, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  • Tumis cili kisar, rempah kurma, rempah daging, serbuk kunyit dan sos cili. Tambahkan sedikit air.
  • Biarkan mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan paru, bawang Holand, cili merah, cili hijau dan daun kari.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

sumber : http://www.tupai.com.my/
Posted by : Ashraf Nasser

Selasa, 21 Oktober 2014

Jangan Asem Tempe

Bahan-Bahan:

1.Tempe 5 biji potong dadu
2.Lengkuas sebesar ibujari diketuk
3.Cili Kering 5 biji ditumbuk kasar
4.Asam Jawa sebesar ibujari
5.Garam
6.Air 1 liter

Cara:

1.Panaskan periuk.
2.Masukkan air...tempe dan kesemua bahan-bahan tersebut.Garam secukup rasa.Masak sehingga mendidih.

Cadangan Hidangan:

Dimakan dengan nasi panas-panas pada waktu tengahari.

Tambahan:

Kalau tekak tak lalu nak makan tempe....boleh tukarkan dengan benda lain seperti....kacang bendi...kacang buncis...terung...dan batang keladi

sumber : Sumber: Menu Orang Jawa

Beriani Bolognese

Bahan-Bahan: 

2 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
½ camca teh oregano
1 camca teh puri tomato
50 ml air panas
1 ketul pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
300 gm beras Basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
100 gm isi ayam, dicincang
1 batang saderi, dicincang
25 gm cendawan butang (berkaleng), dicincang

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil. 43    

Isnin, 20 Oktober 2014

Popiah Basah

BAHAN BAHAN ;

4 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 BIJI PUTIH TELUR
2 SUDU MAKAN CUKA
2 SUDU MAKAN MINYAK
GARAM
AIR SECUKUPNYA
  1. DALAM SATU BEKAS MASUKKAN TEPUNG GANDUM, PUTIH TELUR, CUKA, MINYAK DAN GARAM.
  2. GAUL RATA DAN MASUKKAN AIR SEDIKIT SEDIKIT  ADUNAN DIBANCUH MACAM NAK BUAT JEMPUT JEMPUT.
  3. JANGAN CAIR SANGAT. KEMUDIAN PERAP SELAM 2 ATAU 3 JAM.
  4. PANASKAN KUALI DENGAN API YANG KECIL.
  5. KUALI TAK PAYAH SAPU MINYAK. KEMUDIAN AMBIL SEDIKIT ADUNAN
  6. DAN BUATLAH KULIT NYA SAMPAI HABIS

BAHAN UNTUK INTI ( terpulang pada kehendak masing2)

2 BIJI TELUR
300 GM SENGKUANG
300 GM TIMUN
300 GM LOBAK MERAH
300 GM KACANG TANAH-( yg dah siap di goreng dan dikisar)
100 GM CILI KISAR
100 GM CILI SOS
50 GM KISMIS - KISAR
2 BIJI BAWANG BESAR
DARAM, GULA DAN PERASA.
  1. PANAS MINYAK TUMIS BAWANG, MASUKKAN TELUR DAN  KACAU HINGGA HANCUR.
  2. MASUKKAN SENGKUANG, TIMUN, LOBAK MERAH,  GARAM DAN PERASA, GAUL RATA DAN ANGKAT.

SOS

  1. KACANG DIKISAR.
  2. PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG, MASUKKAN CILI KISAR  KACAU RATA, MASUKKAN PULA KISMIS, KACANG TANAH, CILI SOS, GULA DAN GARAM.
  3. MASAK SAMPAI PEKAT, DAN SEJUKKAN.
BILA KULIT, INTI DAN SOS SUDAH SIAP,  AMBIL SEKEPING KULIT POPIAH SAPUKAN SOS  LETAK INTI DAN GULUNG . BUAT LAH SAMPAI HABIS. BOLEH LAH DIHIDANGKAN.  BAGI YANG TAK RAMAI BUAT LAH SEPARUH ADUNAN.  INTI BOLEH DI PELBAGAIKAN, BOLEH JUGA LETAK  BAWANG GORENG DAN UDANG KERING YANG DI SANGAI  TANPA MINYAK KEMUDIAN KISAR HALUS. KEMUDIAN, AMBIL KULIT POPIA,SAPU SOS LETAK INTI  TABUR BAWANG GORENG DAN UDANG KERING GULUNGLAH  MACAM BIASA.

sumber : http://hasiahhashim.blogspot.com/

Resepi Udang Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:
 
250 gram udang - dibuang kulitnya jika suka
200 gram tepung goreng campuran 
3 biji kuning telur masin yang telah direbus - dicincang halus
1 tangkai daun kari - dipotong halus
3 biji cili padi - dipotong halus
100 gram marjerin
1 sudu gula 
Sedikit air
Minyak untuk goreng udang.
 
Cara penyediaan:
 
Panaskan minyak. Sementara itu bancuh tepung goreng campuran dengan sedikit air dan gaulkan sebati.
Ambil udang dan celupkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan atas tisu. Lakukan sehingga udang habis.
Cairkan marjerin di dalam kuali dan masukkan kuning telur. Kacau hingga garing. Masukkan daun kari, cili padi, gula dan sedikit air. Gaulkan rata. Akhir sekali masukkan udang dan kacau hingga sebati. Angkat dan hidangkan.
 
sumber :  http://www.resepi4u.com/

Resepi Bihun Sup Tulang ala Utara

Ingredients

  • 1/2 paket bihun-rendam dgn serbuk kunyit
  • 1kg tulang-bersihkan
  • 300g daging/ikut suka kuantiti-potong
  • 1 paket sup bunjut
  • *1 batang kayu manis,2 biji bunga lawang,4 biji bunga cengkih&2 biji buah pelaga
  • 2 batang selery-potong serong
  • 2 keping fisgcake-potong
  • 2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah-racik
  • 1 sudu/k lada hitam
  • Minyak utk menumis
  • Air & Garam secukupnya

Instructions

  1. Rebus daging&tulang dlm periuk dgn air yg mencukupi..masukkan sup bunjut&bahan2 bertanda *
  2. Rebus sehingga daging masak&empuk,kalau air agak kering tambahkan air.
  3. Masukkan garam secukup rasa.Masukkan salery&fishcake yg telah dipotong.
  4. Masukkan lada hitam.
  5. Di kuali yg lain,panaskan dgn sedikit minyak & tumis bawang putih&bawang merah bersama sehingga naik bau & kekuningan.Kemudian masukkan bwng & minyak nye ke dlm sup tadi.
  6. Celur bihun dgn air panas & toskan.
  7. Hidang bihun bersama sup&hias dgn bawang goreng&daun sup kalau ada.
Submitted Byfarihafaizal

Resepi MANGGA BOI

Ingredients

  • 3 BIJI MANGGA MUDA
  • 15 BIJI ASAM BOI[ASAM BOI MASIN]
  • 5 BIJI CILI API
  • 3 CAWAN GULA

Instructions

  1. HIRIS BUAH MANGGA MUDA HALUS-HALUS
  2. HIRIS ASAM BOI
  3. HIRIS CILI API HALUS-HALUS
  4. MASUKAN HIRISAN MANGGA,ASAM BOI,CILI API DAN GULA
  5. GAUL SEMUA SEKALI DAN HIDANG *BOLEH DISIMPAN DI PETI AIS..UNTUK LG SEDAP.. SELAMAT MENCUBA('-')
Submitted Byrinuar

Ahad, 19 Oktober 2014

Gulai Ayam Masakan Utara

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (disiang & dipotong besar-besar)
2 sudu garam
1 sudu besar kicap cair
1 ½ sudu gula merah
3 cawan pati santan

Bahan Giling:

10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2.5 lengkuas
1.2 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
2 labu sedang bawang besar (dibelah empat)
cawan daun pudina cincang
2.5 kunyit hidup
10-15 batang lada merah

Cara:

Perapkan ayam dalam campuran sos selama
20-30 minit. Campurkan santan & bahan giling dalam sebuah periuk. Kacau perlahan-lahan hingga endidih,kemudian masukkan ayam & bahan perasanya selebihnya.Gaulkan rata-rata & masukkan bahan-bahan selebihnya,kecuali daun pudina.Didihkan perlahan-lahan hingga ayamnya empuk & kuah menjadi sangat pekat. Sesuaikan rasanya & masukkan daun pudina.Angkat dari api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih & sayur-sayuran. 

Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Resepi cekodok/jemput2 rangup

Bahan-bahan :

350gm tepung gandum
8gm yis mauripan
1biji bawang besar(mayang)
15gm ikan bilis(tumbuk)
sedikit garam
minyak utk mengoreng
300ml air
 
Cara-Cara :
  1. Bancuh yis ngan air letak dlm gelas, kacau hgga sebati.
  2. Msukkan tepung dlm bekas, cmpur ngan sedikit garam, gaulkan.
  3. Masukkan yis yg dibancuh ngan air kedalm tepung,lepas tu msukkan air sedikit demi sedikit. Jngan pekat sangat @ cair sangat..biarkan sederhana pekat, cmpurkan bwg besar yg dimayang dan ikan bilis kedlm adunan tadi...
  4. Biarkan adunan td selama 20minit
  5. Goreng adunan td hgga kuning keemasan. Hidangkan bersama kopi.. Selamat memcuba..
Submitted Bynita rosli