Sabtu, 31 Mei 2014

Kerepek pisang simple

Bahan-bahan ( 1 bekas kecil )

  • 4 biji pisang tanduk
  • minyak utk menggoreng
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam didalamnya.
  2. Bila minyak dah panas sagat terus pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.
  3. Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.
  4. Sedia untuk dimakan.
sumber dari : oleh: mamiamin

Ubi goreng berempah

Bahan-bahan (sekeluarga)

  • Ubi kayu - kupas kulit, cuci dan dipotong
  • Bahan kisar:- bertanda *
  • * Cili kering
  • * Ketumbar
  • * Jintan
  • Serbuk kunyi
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ubi - kupas kulit, cuci dan dipotong mengikut size yg sesuai.
  2. Gaul rata ubi dan bahan2 yg telah dikisar, bersama sebuk kunyi dan garam.
  3. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga garing.
  4. Boleh dihidangkan bersama sos kicap cili padi.
sumber oleh : Lynne

Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan: Makes 12

Untuk doh pastri

125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila


Kaedah penyediaan:

1.Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2.Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3.Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4.Sementara itu sediakan bahan isian cheese.


Bahan Isian cheese:

250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya

*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.
Kaedah penyediaan:

  1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
  3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
  4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
  5. di tengah-tengahnya.
  6. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
  7. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
Sumber: FP Akak Rinnchan

Jumaat, 30 Mei 2014

Semperit Marble

Bahan
 
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad >> kite taruk tepung jagung juga
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
  1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
  3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
  5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
  6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
  7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
  8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
  9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.
Sumber : FP Hanieliza

Biskut Badam Berkismis

Bahan-Bahan:

1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus
½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum ikut lembut

Cara:

Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai. Terap ikut acuan disukai. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.

Sumber: Majalah Wanita November 2000

NestuMilo Ice Blended

Bahan-bahan ( 1 org aje/gelas saiz JUMBO )

  • 5 sudu besar milo - mumbung
  • 5 sudu besar nestum original (nestle) - mumbung
  • 3-4 sudu besar krimer manis
  • air sejuk dr icebox/250-300ml
  • 1 gelas ais kiub @ lebih

Cara-cara

  1. Blend semua bhn d atas, tuang dlm gelas...sedia utk d nikmati (bleh tabur nestum lgi), mudah aje...
  2. Selamat mncuba (✿◠‿◠)
  3. * mumbung tu, penuh tahap mksima/mmbukit.
oleh: DatinLulu

Khamis, 29 Mei 2014

Kuih Bangkit Santan

BAHAN-BAHANNYA :-) 

250 gram tepung sagu ubi
200 gram tepung sagu rumbia (boleh beli dikedai menjual bahan2 kek)
3 helai daun pandan, cuci dan lap kering
175 gram gula aising, diayak
3 kuning telur gred A
100 ml pati santan (perah tanpa air @ guna santan kotak)
Sedikit santan extra, jika perlu 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung sagu ubi dan sagu rumbia dalam kuali, daun pandan dipotong kecil dan masukkan ke dalam kuali. Goreng dengan api kecil sambil dikacau selalu, selama 15 minit atau hingga tepung ringan dan suam. Matikan api dan biar tepung tadi sejuk. Ayak tepung ke dalam bekas. Ketepikan.
  2. Putar gula aising dan kuning telur hingga berkrim dan tidak berbintil2. Masukkan pati santan dan kacau hingga sebati. Tuang sedikit demi sedikit bancuhan tadi ke dalam tepung sambil digaul rata hingga menjadi doh. Uli sekejap dan rehatkan 10 minit.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C, sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak (che mat alas dengan kertas minyak). Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 1/2 cm. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak (jika anda guna acuan seperti dalam gambar, kalau guna acuan biasa, boleh celup dalam tepung sagu sahaja). Terap adunan tadi dan alihkan ke dalam dulang pembakar, jarakkan sedikit. Buat hingga siap. Jika adunan mula berderai semasa dicanai, tambah sedikit santan 'extra' dan diuli sekejap..
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar selama 25 minit atau hingga bahagian bawah kuih bangkit perang dan kuih ringan (anda akan nampak kuih bangkit naik dan merekah sedikit). Letak loyang pembakar pada rak no.2 oven dari bawah. Bila masak, sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.....Selamat mencuba!!.

Baulu Contang

Bahan-Bahan:

4-5 cawan tepung kek
1 mangkuk gula
sedikit esen vanilla
1 ketul butter (golden churn)
9 biji kuning telur ayam
6 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat

Cara:

  1. Pukul butter dengan gula,masukkan susu pekat dan sn vanilla. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu pekat.
  4. Masukkan ke dalam cawa kertas dan bakar dalam oven hingga masak/kekuningan.
Cadangan Hidangan:

boleh disapu krim dan ditabur chocolate rice.

Kiriman: eina 

Nasi Goreng Belacan Special

Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )

  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
  • daun salad
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara-cara

  1. Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
  2. Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
  3. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
  6. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan
  7. Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap..
oleh: nor_67
 

Chocolate Oats Crips

Bahan

130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  2. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
  3. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung (kite sudukan dalam paper cup je). Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
 
sumber dari : Sumber : FP Maklang asal Koleksi Resipi Oats

Rabu, 28 Mei 2014

Biskut Semperit

Bahannya
  • 7 biji telur kuning
  • 1 tin tepung jagung cap kupu2 (dlm 400gm)
  • 1 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung gandum
  • 200 gm buttercup
  • 1 s/t esen vanilla
  • buah ceri utk hiasan
Caranya
  1. Gaul butter dan gula sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur, gaul rata. Masuk esen vanilla.
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum uli hingga jadi doh yg lembut.
  4. Bentuk ikut suke dan tatahnye ngan ceri.
  5. Bakar selama 20 minit bergantung oven memasing ya.
sumber dari : http://shshada.blogspot.com/

Bubur Lambuk

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 2 cawan beras
  • 3 ekor ikan selayang@ kembong yg sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • daun pucuk manis
  • daun kunyit
  • daun kesum
  • garam, gula secukup rasa
  • kiub ikan bilis or kiub ayam pun boleh
  • bawang goreng dan ikan bilis goreng

Cara-cara

  1. masak nasi hingga menjadi bubur dgn air yg secukupnya
  2. sementara itu bolehla di bakar ikan tadi. sejukkan dan kemudian ambik isi ikan yg di bakar tadi dan tumbuk sampai hancur.
  3. bila nasi sudah menjadi bubur bolehlah tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai hancur dan masukkan ke dalam bubur tadi.
  4. masukkan kiub ayam, isi ikan bakar yang di tumbuk tadi dan daun2 tadi. daun kunyit hendaklah dihiris halus mcm nak buat kerabu pun x pe.
  5. masukkan garam n gula secukup rasa. kalau dh cukup rasa n sedap tu. bolehla di tutup api..
  6. bolehlah di hidangkan dgn menabur bawang goreng dan ikan bilis goreng..:-))))
sumber dari : http://myresipi.com/
oleh: sygmama

Acar Timun Masak

ACAR TIMUN MASAK

Bahannya (Bhn nih main agak2 ya)
  • 1 brg timun (potong ikut citarasa)
  • 1 biji lada
  • lobak merah (potong ikut suka)
  • 1 inci halia (potong nipis)
  • 1 biji bwg besar (potong 8)
  • 1 s/b lada kisar (ikut pedas)
  • 2-3 sudu bwg kisar
  • 3 biji bwg putih (diketuk/ ptg 2)
  • cuka secukupkan (agak2 biar tenggelam timun)
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
Caranya
  1. Tumis lada hingga garing, masukkan bawang kisar dan goreng hingga garing.
  2. Masuk gula, garam dan cuka. Biar mendidih.
  3. Masuk lobak merah, bawang dan halia, masak seketika.
  4. Kemudian masukkan timun. Balik2 rata. Padam api tudung dan biar seketika sblm dihidang.
sumber dari : http://shshada.blogspot.com/

Sandwich Telur

BAHAN-BAHANNYA

3 biji telur rebus, dikupas kulitnya
1 1/2 camca besar mayonnaise
1 camca teh pes mustard
1/2 biji bawang besar, cincang
1/2 camca teh serbuk cili paprika (boleh ganti dengan lada hitam kisar)
1 biji jeruk gherkins, cincang halus
Sedikit garam
4 keping roti sandwich
Daun salad secukupnya
Hirisan timun secukupnya (dalam 8 keping)
Hirisan tomato secukupnya (dalam 8 keping)

CARA MEMBUATNYA
  1. Dua biji telur dilecek hancur, sebiji lagi dicincang kasar. Masukkan ke dalam bekas bersama bawang besar yang dicincang, jeruk gherkin, mayonnaise, pes mustard, serbuk cili paprika @ lada hitam tumbuk dan sedikit garam. Gaul rata dan sesuaikan rasa. Ketepikan sebentar.
  2. Bakar roti sandwich sekejap (yang ni ikut suka, takmo bakar pun boleh). Kemudian ambil sekeping roti, susun dengan daun salad secukupnya, timun dan tomato, 4 keping setiapnya. Sudukan 1/2 bahan no1 atasnya. Ratakan dan tutup dengan sekeping roti lagi. Buat kaedah sama dengan baki roti dan bahan2. Tekan sedikit dan kalau anda suka boleh dikerat 2 sandwich tadi sebelum dihidangkan.
sumber dari : http://www.tiffinbiru.com/

Selasa, 27 Mei 2014

Batang Buruk Popia Sarawak

Bahan-Bahan:

untuk kulit

satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng

untuk inti

½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung

Cara:

(kulit)

kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.

(inti)

kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.

Cadangan Hidangan:

inti lebih melekat pada kulit jika kulit masih panas semasa memasukkan inti.tepung kacang buatan sendiri lebih original daripada yang dibeli di pasaraya(ditambah tepung).

sumber dari : http://resepi.mesra.net/Detailed/12087.shtml
Kiriman: haszul      

Resepi Mabodofu

Bahannya

50 gm daging / ayam cincang 
2 keping tauhu jepun ]dipotong kecil
*3-4 ulas bawang putih ]disagat
*1 1/2 inci halia ]disagat
*4 s/b pes tobanchan
*2 s/b pes tenmenchan
*2 s/b minyak bijan
1 s/k pati ayam ]bancuh ngan sedikit air
1 s/b tepung jagung /katakuriko ]bancuh ngan sedikit air
air
minyak masak

***pes2 nama2 pelik tu rasanye leh adjust guna tauchu pedas + halia + cuka + pes lada...next time nak cuba guna tauchu lah plak... kalau2 balik m'sia nak wat, nak guna pes tu jenuh nak m'cari nanti...

Caranya
  1. Campur semua bahan bertanda ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masuk ayam dan goreng hingga masak. 
  3. Kemudian masukkan bahan bertanda dan pati ayam. Goreng rata.
  4. Dalam periuk lain didihkan air. Bila mendidih masukkan tauhu, biar sehingga tauhu timbul dan toskan masuk dalam no 3. Gaul rata dan masukkan bancuhan tepung. Masak sehingga pekat.
  5. Siap utk dihidang. Makan camtu je pon sodap.
sumber dari: http://shshada.blogspot.com/

Ayam Panggang Percik

Sumber : Shima UK asal Mamanya
dipetik dari : http://shshada.blogspot.com/

Bahannya

  • 1 ekor ayam ( i guna anak ayam saiz kecil) - belah 2 kalau suke
  • 3 ulas bwg putih - tumbuk
  • 1 inchi halia - tumbuk
  • garam
** gaul bahan2 tumbuk bersama ayam perap seketika & bakar dlm oven sampai 3/4 masak
Bahan Percik
  • 5 ulas bwg merah - kisar
  • 2 ulas bwg putih - kisar
  • 1 inchi halia - kisar
  • 2 inchi kunyit hidup - kisar
  • 1 inchi lengkuas - kisar
  • 2-3 btg serai - kisar
  • cili kisar
  • air asam jawa
  • santan pekat
  • garamgula perang
  • pati ayam (optional)
  • nampla (optional)
Caranya
  1. Panaskan minyak agak byk, goreng cili kisar sampai garing...
  2. Buh bhn2 kisar, tumis sampai naik minyak...
  3. Masukkan santan, air asam, garam & gula perang...adjust rasa
  4. Buh nampla & pati ayam..masak atas api perlahan sampai pekat & naik minyak..
  5. Tuangkan beberapa senduk kuah percik ke atas ayam...golekkan2 bg rata..bakar lg sampai ayam keperang2an..

Bahulu Raya

Sumber: Majalah Wanita Januari 1999

Bahan-Bahan:

10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

Cara:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
  3. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.

Isnin, 26 Mei 2014

Tips masak sotong supaya tidak liat

Pasti ramai termasuk anda menggemari makanan laut terutamanya sotong. Namun setiap kali memasak sotong, pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan hasilnya.

Hal ini berlaku kerana sotong yang dimasak menjadi agak liat dan kurang menarik iaitu tidak kembang dan putih seperti di restoran.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi petua yang dipetik dari sebuah portal yang boleh anda jadikan panduan yang boleh anda ikuti.

Mula-mula sekali, anda haruslah membersihkan kulit sotong yang meliputi bahagian luar sotong. Sotong dan semua jenis makanan laut tidak perlu di masak terlalu lama kerana ini akan menjadikan sotong liat seperti getah.

Jika sotong digunakan di dalam resepi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air dingin supaya sotong tidak liat.

Jika ingin menggoreng sotong, pastikan segala yang ada di dalam perutnya dibersihkan. Kemudian sotong dipotong bulat, digaul dengan serbuk gorengan dan digoreng di dalam minyak yang banyak.

Selamat mencuba!

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Acar Nenas

Bahannya

800 ml tomato sos
5 s/b lada kisar [
kite punye pedas]
5 senduk kecik gula [
bergantung kemanisan]
garam secukupnya
4 biji nenas kecil [
potong kecil]
2 biji bwg besar [
potong nipis]
Caranya
  1. Masukan tomato sos, lada, gula dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebati dan mengelegak sedikit.
  2. Padam api dan biar sejuk.
  3. Bila dah sejuk campur nenas dan bwg hiris tadi. Biar seketika. Siap utk dimakan.
  4. Sedap dimakan bersama, nasi beriani, nasi minyak, nasi arab dan seangkatannya.

Ahad, 25 Mei 2014

Kari Ayam Black Pepper

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 500g - 800g ayam (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (chopped)
  • 2 tomato (chopped)
  • 4 ulas bawang putih & 2 inci halia (blend bersama)
  • 1 sudu besar Serbuk Cili (saya guna Baba's)
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu besar serbuk black pepper (boleh di tumbuk sendiri)
  • 1 sudu besar jus limau (saya guna limau nipis)
  • 1 inci kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 helai Bay leaf (daun biryani)
  • 1 sudu kecil jintan putih (jintan besar)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 cawan air
  • Garam - Secukup rasa
  • Daun Ketumbar - 1 gengam

Cara-cara

  1. Perap ayam bersama serbuk cili, bawang putih & halia yang diblend, serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam selama 30 minit.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis rempah ratus - kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bay leaf dan jintan besar. Pastikan rempah ratus yg ditumis tidak hangit.
  3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan tumis sehingga tekstur bawang lembut. Masukkan daun kari dan gaul bersama.
  4. Masukkan tomato yg dicincang kecil, masak sehingaa tomato hancur dan sebati bersama bawang yg ditumis. Pastikan guna api yg kecil semasa menumis.
  5. Once tomato telah hancur, masukkan serbuk ketumbar dan gaul sebati. Kemudian masukkan 1/4 cawan air kedalam masala.
  6. Gaul bersama. Tutup periuk dan masak dalam api yg sedang selama 3 - 5 minit.
  7. Bukak tutup periuk, pastikan minyak naik atas permukaan. Jika tidak, masak lagi dalam 1-2 minit lagi.
  8. Masukkan ayam yang diperap kedalam masala. Gaul sebati. Anda akan nampak moisture dari ayam akan sebati dengan kuah masala. Masukkan garam.
  9. Tutup periuk dan masak ayam dalam 8-10 minit mengunakan api sedang.
  10. Bukak tutup periuk, pastikan ayam telah masak sepenuhnya. Jika tidak, masak lagi dalam 2-3 minit (tak perlu tutup periuk).
  11. Once ayam sudah masak sepenuhnya, masukkan serbuk black pepper dan gaul sampai sebati.
  12. Tutup api dan masukkan jus limau nipis dan gaul rata.
  13. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Bahulu Kampung

Kiriman: Faizah Sulaiman.

Bahan-Bahan:

1 mangkuk telur ayam.
1 mangkuk gula pasir.
setengah kg. tepung gandum.
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

Cara:

Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.Masak sehingga selesai.

Cadangan Hidangan:

Sesuai juga dimakan pada masa minum petang.