Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad >> kite taruk tepung jagung juga
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]
Cara
- Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
- Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
- Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
- Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
- Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
- Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
- Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.