Pasti ramai termasuk anda menggemari makanan laut terutamanya sotong.
Namun setiap kali memasak sotong, pasti ramai yang tidak berpuas hati
dengan hasilnya.
Hal ini berlaku kerana sotong yang dimasak menjadi agak liat dan kurang menarik iaitu tidak kembang dan putih seperti di restoran.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi petua yang dipetik dari sebuah portal yang boleh anda jadikan panduan yang boleh anda ikuti.
Mula-mula sekali, anda haruslah membersihkan kulit sotong yang meliputi bahagian luar sotong. Sotong dan semua jenis makanan laut tidak perlu di masak terlalu lama kerana ini akan menjadikan sotong liat seperti getah.
Jika sotong digunakan di dalam resepi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air dingin supaya sotong tidak liat.
Jika ingin menggoreng sotong, pastikan segala yang ada di dalam perutnya dibersihkan. Kemudian sotong dipotong bulat, digaul dengan serbuk gorengan dan digoreng di dalam minyak yang banyak.
Selamat mencuba!
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai