Sabtu, 19 April 2014

SUP KAMBING MAMAK PENANG.

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG:

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm Daging kambing.
  • 1kg tulang kambing dijadikan “broth” atau air rebusan untuk sup.
  • 4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
  • 2 keping kayu kayu manis (2″).
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang (star annise).
  • 1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
  • 3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
  • 2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
  • Bawang goreng untuk hiasan juga.
  • Garam secukup rasa.
Nota:  Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan  dengan goreng kering dan dikisar halus  supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma  150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan “broth”. Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
  2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.
  3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
  4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. Mamak haji memberi penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda. Selamat mencuba.
Nota: kalau diperhatikan mamak haji tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti mamak haji katakan variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.
 

Resepi Kari Ayam dengan Daun Kemangi

Resepi Kari Ayam dengan Daun Kemangi

Bahan-bahan:

Bahan I:
½ ekor ayam, potong 10 bahagian
2 batang daun bawang, potong 1 cm
2 genggam daun kemangi
3 tangkai lada hijau, hiris halus
10 tangkai lada api merah
½ labu bawang bombay, potong dadu kecil
2 batang serai, ambil putihnya, ketuk
2 helai daun salam
5 helai daun limau
400 ml santan pekat

Bahan II (kisar) :
4 ulas bawang putih
4 tangkai bawang merah
5 cm kunyit hidup
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar
2 tangkai lada merah
4 sudu makan minyak masak untuk menumis


Cara Penyediaan:

Masukkan bahan I dalam periuk. Ketepikan.
Tumis bahan II hingga naik bau, kemudian masukkan ke dalam periuk bahan I, didihkan, tutup rapat dan diamkan hingga masak selama lebih kurang 3 jam.
Angkat, hidangkan.

Mabodofu

MABODOFU

Bahannya
  • 50 gm daging / ayam cincang
  • 2 keping tauhu jepun ]dipotong kecil
  • *3-4 ulas bawang putih ]disagat
  • *1 1/2 inci halia ]disagat
  • *4 s/b pes tobanchan
  • *2 s/b pes tenmenchan
  • *2 s/b minyak bijan
  • 1 s/k pati ayam ]bancuh ngan sedikit air
  • 1 s/b tepung jagung /katakuriko ]bancuh ngan sedikit air
  • air
  • minyak masak
***pes2 nama2 pelik tu rasanye leh adjust guna tauchu pedas + halia + cuka + pes lada...next time nak cuba guna tauchu lah plak... kalau2 balik m'sia nak wat, nak guna pes tu jenuh nak m'cari nanti...

Caranya
  1. Campur semua bahan bertanda ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masuk ayam dan goreng hingga masak. 
  3. Kemudian masukkan bahan bertanda dan pati ayam. Goreng rata.
  4. Dalam periuk lain didihkan air. Bila mendidih masukkan tauhu, biar sehingga tauhu timbul dan toskan masuk dalam no 3. Gaul rata dan masukkan bancuhan tepung. Masak sehingga pekat.
  5. Siap utk dihidang. Makan camtu je pon sodap.
**Tujuan rebus tauhu supaya tauhu tak hancur dan teksturnye tu kenyal2...

Pes Tobanchan

Pes Tenmenchan

Gado-gado

Sumber : Bro Rozzan

Bahan Untuk Membuat Kuahnya

  • 450 gm kcg tanah ]digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar
  • secukup air asam (kira-kira 6-8 mata,digaulkan dgn 1/2 cwn air)
  • 70 gm gula melaka
  • 8 sudu mkn (bumbung) gula pasir
  • 3 1/2 - 4 cwn air
  • 1-2 s/k garam (atau secukup rasa)

Bahan Kisar

  • 25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
  • 15 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 1 ibu jari lengkuas
  • 2 btg serai
  • 2 cm cekur/kencur (saya tak taruk,sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
  • Secukupnya minyak utk menumis

Bahan-Bahan Lain

1 btg lontong ]dipotong dadu
3 biji kentang ]direbus & potong dadu
4 peket tempeh ]goreng dan potong kecil2
4 kpg tauhu saiz kecil ]goreng dan potong ikut suka
250 gm kacang panjang ]dipotong anggaran 1 inci dan direbus separuh masak
250 gm kobis ]dihiris halus dan dicelur sebentar
1 biji timun ]dihiris 
5-6 biji telur rebus ]dibelah 4
keropok ikan, udang dan belinjau goreng

Cara Menyediakan Kuah

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut hingga garing dan wangi.
  2. Bila terbit minyak, masukkan kaang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan kacau rata. Sesuaikan rasa. Biar mendidih sekali lagi sebelum dipadamkan api. Kuah gado-gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.

Cara menghidang Gado-Gado

Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh,tauhu dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.

Kung Pao Chicken

KUNG PAO CHICKEN

Perapkan bersama 15minit:
  • 2 sudubesar sos tiram
  • 1 sudukecil tepong jagung
  • sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
  • 1/4 cawan air pati ayam
  • 1 sudubesar kicap manis
  • 2 sudubesar sos cili bawang putih
  • 1 sudubesar gula - hana gune madu- aishah pon
  • 1 sudukecil garam
  • 1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
  • 1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
  • 8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
  • 2 biji bawang putih*
  • Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
  • 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang
Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Puding Roti

Puding Roti

Bahan-Bahan:

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara:

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Jumaat, 18 April 2014

Resepi Nasi Bukhari Ayam Mamak Penang

RESEPI NASI BUKHARI ALA MAMAK PENANG.

BAHAN-BAHAN:

PENYEDIAAN AYAM:
  • 1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek.  Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.
  • Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.
Bahan-Bahan untuk Tumis Ketulan Ayam
  • 1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 1 kpg 2″ kayu manis.
  • 6 biji buah pelaga.
  • 6 kuntum bunga cengkih.
  • 1/4 sudu kecil lada hitam.
  • * 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sagai semua bahan-bahan tersebut kecuali serbuk kunyit dan kisar halus untuk dijadikan rempah
  • 2 biji bawang labu sederhana besar di hiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 2 helai daun shaiba.
  • 2 btg karot dihiris.
  • 2 btg karot disagat.
  • 6 biji tomato cherry dibelah dua.
  •  pes tomato puri
  • 2 helai daun beriani/salam.
  • 1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1 sudu besar stok ayam (maggi)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak hingga layu.
  2. Masukkan semua rempah dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam separuh masak.
  3. Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuah nya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.
  4. Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan  1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini.
Penyediaan Nasi:
  1. kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus toskan air untuk mempercepatkan lagi proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).
  2. Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar  dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip.  Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.
  3. Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.
  4. Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurmak atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Mamak haji tak mahu ia terlalu masam nasi ini. Rempah di atas sebenarnya rempah kurma yang sedia dijual. Wassalam.

Resepi Passembur (Kuah) Mamak Penang.

Resepi Passembur (Kuah) Mamak Penang.

RESEPI KUAH PASSEMBUR:
  • 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada,  kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
  • 125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak se gumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
  • 125gm.  kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.
  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam.  Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake.  kisar sekali dengan kacang tanah tadi.
  • 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
  • 2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah  (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.
  • Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
  • Anda mesti rasa pelik bukan kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak “oil free” ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.
  • Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pearna magic mamak.
  • Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini “salad” mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan. Wassalam.
sumber dari: http://balannambiar.wordpress.com/category/resipi-nasi-kandar-asli/

Resepi Ayam Goreng Extra Crispy

Resepi Ayam Goreng Extra Crispy

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong mengikut saiz pilihan anda
6-8 cawan shortening

Bahan Salut:

1 biji telur, pukul
1 cawan susu
2 cawan tepung serbaguna
2 ½ sudu teh salt
¾ sudu teh pepper
¾ sudu teh MSG
1/8 sudu teh serbuk bawang putih
1/8 sudu teh Baking Powder

Cara penyediaan:

Bersihkan ayam dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap air basuhan ayam.

Panaskan shortening dalam deep-fryer pada suhu 350 degree.

Satukan telur dan susu di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar.

Satukan bahan-bahan salut lain yang tinggal ke dalam mangkuk yang lain.

Ambil ketulan ayam satu per satu. Celup ke dalam adunan telur, kemudian golek-golekkan dalam adunan tepung. Celup sekali lagi ke dalam adunan telur dan golek-golekkan sekali lagi ke dalam adunan tepung untuk memastikan ayam tersalut sepenuhnya. Susun ayam yang telah disalut di atas pinggan sebelum digoreng.

Setelah shortening panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Goreng sebelah bahagian selama 12-15 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Balikkan dan goreng sebahagian lagi sehingga masak dengan sempurna.

Setelah masak dan garing, angkat dan toskan di atas tisu.

Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Bakar Padang

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, belah empat
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun limau
1 helai daun kunyit
800 ml santan
3 sudu makan minyak masak

Bahan kisar:

4 buah lada merah
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
3 biji buah keras
½ sudu teh lada putih
1 sudu teh biji ketumbar
½ sudu teh jintan kasar
½ sudu teh jintan halus
2 cm halia
3 cm kunyit

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar 200° C.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kayu manis, cengkih, daun limau dan daun kunyit , panaskan hingga masak.

Masukkan ayam dan biarkan hingga ½ masak. Tambahkan 300 ml santan, masak dengan api kecil hingga santan berkurang menjadi 2/3.

Masukkan baki santan dan masak terus hingga kuah kering.

Bakar dalam ketuhar yang sudah panas sambil sesekali diolesi baki kuah yang mengering hingga ayam kekuningan. Angkat dan sajikan dengan nasi putih.

Khamis, 17 April 2014

Acar Nenas

Sumber : Bonda

Bahannya

800 ml tomato sos
5 s/b lada kisar [
kite punye pedas]
5 senduk kecik gula [
bergantung kemanisan]
garam secukupnya
4 biji nenas kecil [
potong kecil]

2 biji bwg besar [potong nipis]

Caranya

  1. Masukan tomato sos, lada, gula dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebati dan mengelegak sedikit.
  2. Padam api dan biar sejuk.
  3. Bila dah sejuk campur nenas dan bwg hiris tadi. Biar seketika. Siap utk dimakan. 
  4. Sedap dimakan bersama, nasi beriani, nasi minyak, nasi arab dan seangkatannya.

Selasa, 15 April 2014

Resepi Mee Jawa Berkrepek

RESEPI MEE JAWA BERKREPEK

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 Kg. Mee Kuning.
  •  1 kg udang kapas.
  • 1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
  • 50 gm. gula melaka/ gula merah.
  • 200 gm taugeh.
  • 2 cawan santan.
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis.
  • 2 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah.
  • 3 liter air
  • 2 sudu besar rempah kari daging.
  • Garam secukup rasa.
Bahan-Bahan untuk Hiasan:
  • 5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
  • 6 biji cili hijau dhiris.
  • 5 biji cili merah dihiris.
  • 10 biji limau kasturi dibelah dua.
  • 6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
  • 12 cawan baang goreng.
  • 1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
  • 1 cawan daun salad bunga dihiris.
Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:
  • 3 batang serai dihiris.
  • 15 biji bawang merah (kecil).
  • 6 biji ulas bawang putih.
  • 4 inci lengkuas.
  • 2 inci halia.
  • 15 tangkai cili kering direbus.
  • Sedikit air asam jawa.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bersihkan udang, goreng udang sehingga kulitnya menjadi merah. Kemudian rebus udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukan.  Kisar uadang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.
  2. Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan air rebusan udang tadi.
  4. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.
  5. Masukkan serbuk rempah kari dan santan.  Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih.
  6. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalag. kacau sebati. Jika anda ingin kepekatan kuah, boleh tambah cairan tepung jagung.
  7. Tambah garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.
  8. Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit. Keluarkan mee dan masukkan kedalam bekas air untuk hilangkan haba. Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and seperti segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara asingan. Hidangan mee serta bahan hiasan diatas mee jawa anda.
  9.  Selamat mencuba.
RESEPI KEREPEK :
Mee Jawa ini tanpa kerepek seperti tidak ada yang kena, dengan itu Mamak Haji tambah resepi ini untuk cuba sama-sama.
Bahan-Bahan:
  • 250gm tepung beras.
  • 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour).
  • Minyak untuk goreng.
Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
  • 1 biji telur.
  • 50 ml santan cair.
  • Garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
  2. Cairkan  tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
  3. Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur (kitchen toel paper) untuk menyerap minyak.
  4. Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas  hidangan mee jawa anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan mee jawa anda.
sumber dari: http://balannambiar.wordpress.com/

Asam Keladi Daun Kesum

Bahan-bahan:

4 batang keladi
150 gm udang segar – dibuang kulit
5 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
3 batang serai – diketuk
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

20 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
Sedikit belacan

Cara menyediakan:

  1. Batang keladi disiang kulit lembutnya dan dipotong pendek.
  2. Selepas itu, rebus batang keladi dengan asam gelugur sehingga empuk.
  3. Setelah batang keladi empuk, tuskan airnya.
  4. Ambil periuk dan masukkan keladi.
  5. Masukkan juga bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  6. Diikuti udang, daun kesum, serai dan asam gelugur.
  7. Tuangkan air dan bubuh garam mengikut cita rasa anda.
  8. Gaul kuah ini dan biarkan ia mendidih.
Bolehlah angkat dan hidangkan.

Resepi Kerutub Ayam

Resepi Kerutub Ayam

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

sumber:http://www.resepi4u.com/

Acar Timun Masak

ACAR TIMUN MASAK
Sumber : My Mom

Bahannya (Bhn nih main agak2 ya)
  • 1 brg timun (potong ikut citarasa)
  • 1 biji lada
  • lobak merah (potong ikut suka)
  • 1 inci halia (potong nipis)
  • 1 biji bwg besar (potong 8)
  • 1 s/b lada kisar (ikut pedas)
  • 2-3 sudu bwg kisar
  • 3 biji bwg putih (diketuk/ ptg 2)
  • cuka secukupkan (agak2 biar tenggelam timun)
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
Caranya
  1. Tumis lada hingga garing, masukkan bawang kisar dan goreng hingga garing.
  2. Masuk gula, garam dan cuka. Biar mendidih.
  3. Masuk lobak merah, bawang dan halia, masak seketika.
  4. Kemudian masukkan timun. Balik2 rata. Padam api tudung dan biar seketika sblm dihidang.

Isnin, 14 April 2014

Chicken Chop

Chicken Chop

Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:

1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
 

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan. 

Tom Yam Ayam

Tom Yam Ayam

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

Nasi Dalca Ekonomi "Ala Mamak Haji"

NASI DALCA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI:

MASAKAN UNTUK 50 ORANG.

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
  • 5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
  • 1 tin kimball soup besar.
  • 1/2 tin tomato puri.
  • 200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
  • 50 gm buah janggus.
  • 100 gm buah kismis.
  • 1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 sudu besar (tbsp)  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar  (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 2 biji bawang labu besar di kisar halus.
  • 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
  • 1 sudu besar garam masala.
  • 3 helai daun panda disimpul.
  • 2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
  • Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.
CARA MEMASAK:
  1. Beras yang dibasuh ditoskan.
  2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula  rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini  sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.
  3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.
  4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat.  Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.
  5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.
dipetik dari: http://balannambiar.wordpress.com/

Ahad, 13 April 2014

Ayam Goreng Tiram

Ayam Goreng Tiram

Bahan-bahan (untuk 2-6 orang):
  • 6 ketul kepak ayam (bersihkan, kerat 2 & kelar-kelar)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu garam halus
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu ladahitam - ditumbuk kasar
  • 1 sudu minyak bijan (jika suka)
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara Penyediaan:

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga halus.Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk goreng. Gaul hingga mesra dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sempurna. Anggaran selama 10 minit atas api sederhana.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

dipetik dari: http://www.resepi4u.com/

Kari Ayam Nyonya Kapitan

Kari Ayam Nyonya Kapitan

Bahan-bahan:

500 gram ayam (1/2 ekor ayam) - bersihkan & potong kecil
5 biji bawang merah
2.5cm halia
1.5cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 batang serai
3 helai daun limau purut - hiris halus
2 biji kentang - belah 4
1 sudu cili kisar (cili boh/cili giling)
300 mlm santan
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk goreng ayam & menumis)

Cara penyediaan:

Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup,buah keras dan serai bersama dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalamkuali untuk goreng ayam. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Gunakan kuali yang sama, masukkan kentang dangoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tutup api.

Dalam kuali / periuk lain, masukkan 4 sudu minyak masak dari kuali gorengan tadi. Panaskan minyak dan tumisbahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan cili kisar dan tumis lagihingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga rata.

Masukkan ayam dan kentang  yang telah digoreng tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga mendidih atau pekat.

Tutup api dan angkat untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun limau purut semasa dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Resepi Upma Rava ( Suji )

Resepi ini berasal dari Selatan India yang digemari untuk sarapan pagi. Diperbuat dari tepung suji. Resepi amat mudah untuk disediakan. Pada satu masa sangat sinonim di rumah orang-orang India tetapi kini semakin pupus di telan arus pengaruh barat. Ramai anak-anak muda dari kalangan orang India di negara sudah lupa atau pun tak pernah menjamah…mamak haji berikan resepi ini untuk kenang kembali masa kecil dulu, arwah Ibu sebulan tiga atau empat kali sediakan sarapan ini untuk bekalkan ke sekolah…Ia tidak mudah basi dan sarapan yang paling sukai..tak tahulah kenaa resei ini telah menghilang di rumah-rumah orang India di negara ini. 

RESEPI UPMA RAVA (SUJI).

Bahan-Bahan diperlukan:
  • 1 cawan tepung suji (rava). Masukkan dalam kuali panas sederhana, goreng sehingga tepung bertukar ke kuning keperangan sedikit. Asingkan.
  • 2 hingga 2 1/2 cawan air.
  • 1 biji bawang besar (labu) dihiris.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 1 sudu kecil halba campur.
  • 1/2 inci halia dicincang.
  • 8 biji buah janggus.
  • 1 ranting daun kari (dlm 10 helai).
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 2 sudu besar minyak masak / sapi.
  • Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK:
  1. Masukan minyak masak dalam kuali yang panas.
  2. Masukkan halba campur, bila halba campur mula meletop-letop masukkan biji janggus goreng sehingga bertukar warna keemasan kuning.
  3. Masukkan hirisan bawang dan cuma layukan saja.
  4. Masukkan cili hijau, haliadan daun kari goreng cuma 1 minit.
  5. Masukkan air dengan segera dan mendidihkan.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Masukkan sedikit demi sedikit tepung suji (dlam kadar 2 sudu besar) dan kacau rata (supaya teung tidak bergentel). Begitulah sehingga semua tepung dimasukkan dalam air mendidih.
  8. Sentiasa kacau rata adunan ini sehingga tepung tidak lagi melekat di permukaan kuali menandakan tepung telah masak dan sedia untuk hidangan.
  9. Hidang upma ini dengan sambal kelapa atau dengan gula. Mamak Haji lebih suka dengan gula di taburkan di atas hidangan ini.
Selamat Mencuba.

Rojak Keling

KUAH SATAY

Bahannya
  • 1 cawan Kacang (goreng) >> kite gune peanut butter
  • 1 inci Lengkuas
  • 3/4 batang Serai
  • 5 ulas Bawang merah
  • 1/2 inci Kunyit
  • 6 tangkai Cili kering
  • Gula melaka
  • Garam
  • 1 sudu kecil Serbuk kopi (untuk aroma kuah satay)
  • Santan (sebiji kelapa) >> kite taruk 100ml santan pekat
  • >> 2 kpg asam keping (kite tambah nih)
Caranya
  1. Lengkuas, serai, bawang merah, kunyit dan cili kering dikisar
  2. Kemudian tumis semua bahan kisar,hingga naik bau.
  3. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kopi.
  4. Letak santan, gula melaka, asam keping dan garam secukup rase.
  5. Lepas tu masukkan kacang goreng yg dah dikisar.
  6. Masuk sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
sedia dihidang....

Sumber : FP Mariam

Resepi Ayam Panggang Teriyaki

Resepi Ayam Panggang Teriyaki

Bahan-bahan:

4 keping dada ayam tanpa tulang dan kulit
1 cawan sos teriyaki
1/4 cawan jus lemon
2 sudu teh bawang putih kisar
2 sudu teh minyak bijan

Cara penyediaan:

Lumur ayam dengan kesemua bahan hingga mesra dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup bekas dan perap ayamtersebut ke dalam peti ais selama 24 jam. Gaul-gaulkan perapan sekali sekala.

Panaskan pemanggang dan panggang ayam sehingga masak. Anggaran selama 6 hingga 8 minit setiap sisi, boleh cucuk dengan garfu untuk uji ayammasak sepenuhnya.

Sedia untuk dihidangkan.

dipetik dari: http://www.resepi4u.com/