Sabtu, 7 Jun 2014

Pumpkin muffin

Bahan-bahan ( 15~18 biji )

  • 150g butter
  • 150g gula halus
  • 200g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 80ml susu segar
  • 50ml krim segar
  • *200g labu(yg dah dibuang kulit)
  • *15g butter
  • *20g gula halus
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Kupas kulit labu dan potong kecil-kecil. Masakkan dengan microwave sehingga lembut.
  2. Keluarkan labu dari microwave, masukkan bahan yg bertanda * ke dalam labu. Lenyek-lenyekkan. Ketepikan. Panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih
  4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati.
  5. Ayak tepung dan baking powder. Dalam bekas lain pula campurkan susu segar dengan krim segar
  6. Masukkan tepung yg diayak berselang seli dengan campuran susu dan krim tadi sambil dikacau.
  7. Akhir sekali masuklah labu yang telah dilenyek tadi. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam muffin cups. Isilah 2/3 penuh.
  8. Bakar selama 30 minit.
oleh: yani

Cara rangupkan kacang badam

Pasti ramai di antara anda yang menghadapi masalah untuk merangupkan kacang badam apabila hendak membuat biskut bukan?

Ini kerana biskut pasti akan lebih enak sekiranya badam yang dibakar bersama turut rangup.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua bagaimana mahu merangupkan kacang badam.

Mula-mula pastikan badam yang anda bakar benar-benar rangup dan sejuk sebelum membalutnya dengan doh biskut.

Caranya adalah dengan memanaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius, seelok-eloknya api atas dan bawah.

Ratakan badam di dalam tin pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Kacau dengan senduk kayu setiap ½ minit supaya rata masaknya.

Jangan terlebih bakar kerana badam mudah pahit. Apabila membakar biskut pula hendaklah benar-benar masak, barulah dibiarkan sejuk sebelum dititiskan dengan coklat.

Diharap dengan petua ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Jumaat, 6 Jun 2014

Corn 'n' Coconut

Bahan-bahan ( berapa orang makan pun boleh )

  • 2 cawan biji jagung
  • 3/4 cawan kelapa parut + garam
  • Gula perang (secukup rasa)

Cara-cara

  1. Kukus biji jagung selama 20 minit.
  2. Sementara itu, gaulkan kelapa + garam dengan gula perang.
  3. Setelah jagung masak, gaulkan dengan campuran kelapa dan gula tadi.
  4. Enak dimakan panas2.

Tauhu Sumbat

Bahan-bahan(4-5 orang makan)

  • 10 keping tauhu lembut
  • 1/2 batang timun
  • 200 gram tauge
  • *bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili giling
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. gorengkan tauhu dan biarkan sejuk...timun dipotong halus memanjang...tauge dibuang ekornya dan dicelur...
  2. gaulkan timun dan tauge...tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga...kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan tauge tadi...
  3. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  4. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat.
oleh: lizacomel
 

Chicken Chop Simple

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 4 keping ayam boneless (peha)
  • minyak masak goreng terendam
Bahan perap:
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • 1 sudu kecil garam
Tepung untuk menggoreng:
  • 6 sudu besar breadcrumb
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
Bahan sos black pepper:
  • 3/4 cawan air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam biji
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. potong sekeping ayam kepada 2 bahagian (atau tak payah potong. ikut suka masing-masing). bersihkan ayam.
  2. campurkan kesemua bahan perap dengan ayam dan perap sekurang-kurangya 3 jam. seeloknya semalaman.
  3. campurkan kesemua bahan tepung untuk menggoreng kecuali telur.
  4. pecahkan telur dan pukul sedikit. celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur.
  5. kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung untuk menggoreng.
  6. goreng ayam dalam minyak terendam sehingga masak (coklat kekuningan). tuangkan sos black pepper ke atas ayam dan hidangkan.
  7. SOS BLACK PEPPER: tumiskan bawang putih dengan butter sehingga wangi. masukkan bawang besar dan lada hitam biji yang telah dikisar. tumis lagi sehingga pecah minyak. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, air dan tepung jagung. masak sehingga kuah pekat.

Bebola Berwalnut

Bahan-Bahan:

125 gm keju krim.
1 sudu besar hirisan daun bawang.
2 sudu teh puri tomato.

50 gm walnut bakar (dicincang halus).
Acuan cawan kertas secukupnya.


Cara:

Putar keju krim bersama daun bawang dan puri tomato hingga ia sebati. Simpan ia di dalam peti sejuk, 30 minit. Bentuk adunan tadi menjadi bebola kecil. Golekkan bebola di dalam walnut. Buat hingga adunan habis. Simpan ia semula di dalam peti sejuk, sebentar. Bubuh bebola di dalam cawan kertas. Hidangkan.   

Khamis, 5 Jun 2014

Cendol Sagu Jagung Berkrim

Bahan-bahan ( 10 Orang )

  • Sago (1 Cawan)
  • Santan Kelapa ( 1 Biji )
  • Makaroni ( Agak Sendiri )
  • Tepung Beras (setengah cawan)
  • Pewarna (Hijau - atau apa2 warna saja)
  • Perasa Pandan
  • Gula ( Ikut Selera )
  • Jagung Berkrim ( 1 Tin )

Cara-cara

  1. Sediakan santan kelapa asli.
  2. Rebus terlebih dahulu sago dan makaroni secara berasingan.
  3. Tepung beras cairkan (jangan terlalu cair ), letakkan pewarna dan juga perisa pandan.
  4. Panaskan santan kelapa asli. Setelah panas, masukkan sago dan makaroni yang telah di rebus sebentar tadi.
  5. Kacau campuran tadi. Masukkan tepung beras yg telah dicairkan dengan menggunakan penyaring yg berlubang bulat atau apa2 saja. Gaul.
  6. Masukkan jagung berkrim. Teruskan menggaul supaya tidak hangit.
  7. Tunggu sehingga mendidih. Masak.
  8. Bolehlah dihidangkan.
sumber oleh: Lwanria

Beef Steak

Bahan
  • 500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan] 
  • 1 s/b kicap pekat 
  • 1 s/k madu/gula 
  • 1 s/b sos plum 
Bahan kisar
  • 1 s/b lada hitam 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 ulas bawang 
  • 1 inci halia 
Cara
  1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci]. 
  2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam. 
  3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung. 
  4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut. 
  5. Angkat daging dan sediakan sos. 
SOS LADA HITAM
Bahan
  • 1 s/b lada hitam 
  • 2 s/b tepung jagung ] 
  • 1 cawan air ] bancuhkan 
  • 1 s/b sos tomato 
  • 1 s/b kicap pekat 
Cara
  1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi. 
  2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi. 
  3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan. 
SAYURAN  (kite ade tomato n timun je...ahaks)
  • Salad bulat[potong kecil] 
  • tomato segar [potong baji/nipis] 
  • kentang goreng [potato chips] 
  • baked beans[ panaskan sikit] 
Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

Kek Kurma

Bahan-bahan :

200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (tukar kepada susu segar pun boleh)

Cara :
  1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek(tak perlu terlalu hancur..)
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
  4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
  5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
  6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit..

Rabu, 4 Jun 2014

Bangkit Santan

Bahan-Bahan:

340 g tepung ubi.
95 g tepung gandum.
37 g gula halus.
3 biji kelapa (santan pekat).
3 helai daun pandan.
2 biji telur.
Sedikit garam.

Cara:

Masak santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Satukan tepung ubi dan tepung gandum. Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati. Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

Sumber: Koleksi Mingguan Wanita

Sotong Percik Ramadhan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 8 ekor sotong yang besar.
  • 10 biji cili kering (**).
  • 5 biji cili padi (**).
  • 5 biji cili merah (**).
  • 1 labu bawang besar (**).
  • 2" halia (**).
  • 2" lengkuas (**).
  • 2 batang serai (**).
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus.
  • 4 helai daun limau purut - dihiris halus.
  • 1 batang serai - dititik.
  • 1 sudu besar air asam.
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!
oleh: rossitamz
 

Apam Lenggang

Bahan-bahan

  • 300 gm tepung beras.
  • 240ml-270ml santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (mariam tambah jadikan 300ml).
  • 3/4 sudu kecil yis.
  • 3/4 sudu kecil garam.
  • 60 gm gula castor (mariam tambah sikit lagi).
  • 1/2 cawan nasi.
  • 1 biji telur(mariam tambah).
Cara-cara
  • Kisar semua bahan-bahan dan kacau rata.
  • Tutup adunan dan rehatkan selama 45-60 minit.
  • Tuangkan sesenduk ke dalam kuali yang telah disapu minyak dan lenggangkan adunan.
  • Guna api yang kecil,masak selama 2-3 minit.

Daging Goreng Merah

Bahannya
  • 500gm daging ]dipotong nipis 
  • 1 inci halia ]*
  • 1 biji bwg besar (nak kuah byk leh taruk lebih) ]* dikisar
  • 1 ulas bwg putih ]*
  • 2 sudu lada kisar (bergantung)
  • 1 keping asam keping
  • gula/gula melaka/nisan
  • kicap secukupnya
  • garam
  • minyak
Caranya
  1. Masuk semua bhn kisar,cili,daging dan asam keping ke dalam kuali. Hidupkan api,masak sehingga garing.
  2. Setelah garing,masukkan minyak dan biar sehingga minyak panas kemudian masuk garam, kicap, guladan gaul rata. Goreng sehingga minyak sebati dgn rempah dan rempah garing. Siap.

Selasa, 3 Jun 2014

Bahulu Kemboja

Bahan-Bahan:

10 biji telur ayam
200 gm gula pasir
500 gm tepung gandum
3 cawan pati santan
1 sudu teh garam
1 cawan jus daun pandan
100 gm bijan
Minyak sapi secukupnya

Cara:

Pukul telur dengan gula hingga hancur dan sebati. Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati rata. Sapukan acuan dengan minyak sapi kemudian panaskan di dalam ketuhar seketika. Tuangkan adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan secukup rata dia tasnya dan bakarlah hingga masak.

Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994

Chocolate chip scones

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 150g strong white bread flour
  • 100g flour
  • 50g butter
  • 100cc fresh milk
  • 50g plain yogurt
  • 20g sugar
  • 1sudu besar baking powder
  • 20g coklat chips

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, butter dan gula. Gaul biar jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan coklat chips.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan yogurt. Uli biar sebati.
  3. Bahagikan kepada 10 bahagia. Buatlah bentuk bulat.
  4. Bakar pada suhu 200 degree selama 10-15 minit.
oleh: choppy

Daging Goreng Jintan Manis

Bahannya
  • 500 gm daging batang pinang (daging lembut)
  • 2 s/b serbuk jintan manis
  • 1 s/k serbuk kunyit (guna kunyit hidup pon tak pe)
  • 1 inci halia (ditumbuk)- lebih sikit pon takpe
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit minyak
Caranya
  1. Bersih daging dan potong kecil.
  2. Kemudian gaul rata semua bahan kecuali minyak dan garam. Biar seketika.
  3. Panas minyak dan goreng semua bahan yg digaul.
  4. Goreng seketika dan masukkan air secukupnya. Goreng sehingga kering dan daging empuk.
  5. Siap. Sedap dimakan begitu sahajaatau dengan nasi panas2.

Jagung Kukus

Bahan

2 biji jagung
1/2 cawan air
1/2 cawan kelapa muda
3 sudu gula
sedikit garam

Cara Membuat

  1. Jagung diperisikan bijinya [boleh juga hiris kasar]
  2. Masukkan jagung, air dan sedikit garam ke dalam peamanggang ajaib, Tutup pemanggang.
  3. Masakkan selama 5 minit dengan api perlahan.
  4. Masukkan jagung, kelapa muda dan gula ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Hidangkan.

Isnin, 2 Jun 2014

Popia koinobori

Bahan-bahan ( 10 batang )

  • ikut resepi popia goreng oleh Makyong
  • mayonis dan kismis utk mata
  • sos tomato untuk sisik ikan

Cara-cara

  1. Buat popia macam biasa. Cuma tambah bahagian ekor.
  2. Untuk ekor- bahagikan kulit popia kepada 3 bahagian. Lekatkan pada popia yang telah siap digulung. Potonglah biar jadi bentuk ekor.
  3. Goreng macam biasa.
  4. Bila dah siap, hiaslah biar jadi bentuk ikan.
oleh: fendi75

Kerabu Taugeh dan Kacang Panjang

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 batang kacang panjang (dipotong & direbus)
  • 30 gm taugeh (dibuang ekornya dan dicelur)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
  • 3-4 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering (digoreng tanpa minyak dan dikisar/ditumbuk halus)
  • sedikit daun kesum (diracik)
  • 1-2 batang serai (dihiris)
  • gula secukupnya

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas dan dinginkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
  2. ***boleh tambah garam jika perlu
oleh: dayang_jack
 

Apam Gandum n Donut

Bahan-bahan (loyang 10x10x3 inc.)

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam(mariam kukus biasa je)

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.

Resepi Donut

Bahan-bahan

140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
6 gm susu tepung
40 gm marjerin
5 gm yis

Cara-cara

  1. Adun semua bahan hingga jadi doh yang kenyal.
  2. Canai dan terap.
  3. Biar doh naik 2 kali ganda, kemudian goreng dengan api yang kecil.
  4. Salut dengan gula atau topping kegemaran anda.

Ahad, 1 Jun 2014

Biskut Badam Rapuh

Bahan-Bahan:

180 gm mentega tanpa garam.
240 gm tepung serba guna.
120 gm gula aising.
Secubit garam.
½ cawan badam hiris.
1 biji limau susu, diambil airnya serta diparut kulitnya.
Sedikit gula halus.
Gula aising sebagai hiasan.

Cara:

Gaul mentega bersama tepung, gula aising, garam dan badam hingga rata. Masukkan perahan limau susu, kulit limau susu dan gaul hingga sebati. Gulung adunan memanjang dan golek-golekkan adunan pada gula halus. Bungkus adunan di dalam plastik dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Keluarkan adunan dan potong bulat-bulat atau sesuka hati. Susun adunan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 8-10 minit pada suhu 200'C. Jika suka, sapu kuning telur pada permukaan biskut sebelum dibakar. Kemudian sejukkan biskut baru diayak sedikit gula aising di atasnya.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil. 42

Cendawan Shitake Ala Malaya

Bahan-Bahan

Cendawan Shitake Kering - 7 pcs.
Tauhu Jepun - 1 paket.
Bawang Besar - 1 labu.
Bawang Putih - 8 ulas.
Stok Ayam - 1 cm.
Sos Ikan Thailand - 3 sudu besar.
Cuka Epal - 1 sudu besar.
Serbuk lada hitam - 2 sudu teh.
Sos Tiram - 4 sudu besar.
Jus Limau - 2 sudu teh.
Tepung jagung - 2 camca teh.
Minyak Jagung.
Garam - 2 camca teh.
Daun Bawang - 3 helai.

Cara Memasak
  1. Basuh dan rendam cendawan dlm air selama 20 minit. Potong-potong cendawan tersebut.
  2. Tos kan air dari cendawan dan goreng dlm kuali dengan 5 sudu minyak jagung.
  3. Taburkan lada hitam dan goreng sehingga kulit luar cendawan sedikit garing.
  4. Keluarkan dari kuali.
  5. Potong tauhu jepun dan goreng sehingga permukaan luar nya sedikit garing.
  6. Keluarkan dari Kuali.
  7. Bahan Perencah - Bawang besar, bawang putih cincang halus goreng sampai warna kuning.
  8. Lepas tu tambah air dan masukkan sos ikan, sos tiram, stok ayam dan tepung jagung.
  9. Bila mendidih tambah cuka epal.
  10. Masukkan tauhu jepun dan cendawan yang telah digoreng tadi.
  11. Tunggu kuah separuh kering dan adjust garam.
  12. Untuk rasanya jadi 'tajam' tambahkan jus limau.
  13. Angkat dan tabur hirisan daun bawang.
  14. Siap.
Kalau nak best lagi tabur biji bijan yang dah digoreng.

oleh: mt4biz

Apam Dot-dot

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur.
  • 275 gm tepung gandum.
  • 200 gm gula halus (mariam kurangkan pada 150gm).
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat.
  • 3 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh ovallete.
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
    Pewarna & Esen Vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan putarkan dalam kelajuan tinggi selama 6-8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik.
  6. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah.
  10. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  11. Selamat Mencuba.
sumber dari : http://mariamsayutiy.blogspot.com/

Devil Chocolate Cake

Bahan-bahan:-
  • 1 cawan tepung
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 3/4 sk bicarbonate soda
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan gula kastor 
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 65 gm butter
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sk esen vanilla 
  • 1/4 cawan buttermilk- (homemade - 1/4 cawan susu segar + 1/2 sk cuka, biarkan selama 20 minit)
  • 1/2 cawan air suam
Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada 170'C dan sediakan tin pembakar (saya guna loyang bulat saiz 8inci).
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bicarbonate, dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul butter dengan gula hingga ringan dan kembang. Tambahkan telur.
  4. Bila semua dah sebati, masukkan bahan ayak dan bahan basah (buttermilk + air suam) dalam 3 bahagian, kemudian masukkan vanilla.
  5. Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:-
  • 125 g Philadelphia cheese 
  • 63 gm butter 
  • 1/4 cawan gula icing 
  • 1/2 sk esen vanilla
  • Sedikit jus lemon
Cara-caranya:
  1. Pukul cheese dan butter hingga berkrim. 
  2. Tambahkan gula icing, vanilla dan jus lemon. 

Chocolate Ganache

Bahan-bahan:-
  • 80ml whipping cream
  • 125 gm dark chocolate
  • Sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Dengan cara double boiling, panaskan krim hingga hampir mendidih.
  2. Tambahkan dark chocolate dan garam dan dikacau hingga coklat cair.
  3. Angkat dari dapur dan teruskan mengacau hingga elok sebati.
  4. Bila kek sudah sejuk, paipkan adunan cheese dan coklat ganache di atasnya.
Sumber : Kak Nor Secubit Garam, Kak Mieza, Lona