Sabtu, 18 Oktober 2014

Resepi Biskut Peanut Butter / Choc. Chips (Tanpa Tepung)

Ingredients
  • RCP 1 =) 260 g peanut butter (1 cwn) - akak guna yang crunchy
  • 1 biji telur
  • 150 g gula castor (2/3 cwn) - akak guna gula icing 150g
  • 1/2 sk esen vanilla (opt)
  • RCP 2 =) PEANUT BUTTER CHOC CHIPS TANPA TEPUNG :-
  • 260g peanut butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji telur - A
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 cawan choc. chips
Instructions
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau hingga rata dan sebati dengan senduk/spatula atau pukul dengan hand mixer hingga adunan lembut.
  3. Bulat2kan doh 1 sk dan susun atas dulang pembakar dan tekan dengan garfu Buat hingga habis.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 10-12min atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
  6. CARA2 UNTUK RCP 2 :-
  7. Satukan peanut butter dgn 5 bahan berikutnya dan gaul rata.Masukkan pula choc chips dan gaul sebati.
  8. Bakar seperti RCP 1 di atas.
Submitted Bykak fida

Jumaat, 17 Oktober 2014

Jom buat biskut lidah kucing pelangi

Kita selalunya akan tertarik dengan sesuatu makanan tersebut apabila baunya sedap ataupun nampak sedap. Biskut juga tidak terkecuali kerana pelbagai biskut terdapat di pasaran tetapi anda pasti akan memilih biskut tersebut jika ianya kelihatan menarik.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua resipi biskut moden yang paling ringkas dan mudah untuk anda buat sendiri di rumah.

Yang pasti ramai akan tertarik dengan biskut yang anda buat ini kerana ia berwarna warni. Jadi jom buat biskut lidah kucing pelangi yang dipetik dari Mingguan Wanita.
Bahan-bahannya:
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah
Loyang lidah kucing – disapu mentega

Cara Membuatnya:
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit.
  • Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi. Terus simpan di dalam bekas kedap udara.
Peringatan: Biskut ini cepat lemau jika dibiarkan terdedah lama. Tetapi anda boleh rangupkan kembali biskut yang lemau dengan hanya panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven.

Selamat mencuba!

[Sumber foto: dara]
sumber resepi dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Resepi Nasi Halia

BAHAN-BAHANNYA :

  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
  • 1 liter air
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1 1/2 inci halia, dihiris nipis
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka... 
sumber : http://shshada.blogspot.com/