Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua resipi biskut moden yang paling ringkas dan mudah untuk anda buat sendiri di rumah.
Yang pasti ramai akan tertarik dengan biskut yang anda buat ini kerana ia berwarna warni. Jadi jom buat biskut lidah kucing pelangi yang dipetik dari Mingguan Wanita.
Bahan-bahannya:
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah
Loyang lidah kucing – disapu mentega
Cara Membuatnya:
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
- Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
- Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit.
- Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi. Terus simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
[Sumber foto: dara]
sumber resepi dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Ashraf Nasser | Tupai