Khamis, 6 November 2014

Nasi Beriani Udang

Bahan-Bahan:


600 gm. udang yang sederhana besarnya
2 tin susu beras siam
2 tin susu air
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar (dimayang halus)
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat.
2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm.
2 ulas bawang merah (dimayang halus
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga.

Cara:


Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama halia, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Apabila telah naik baunya, masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah ditumbuk tadi dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian masaklah seperti memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik. Gorengkan udang di dalam kuali yang berasingan sehingga separuh masak, kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke dalam nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan periuk nasi. Apabila nasi telah kering masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama sebarang acar.

Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia   

Rabu, 5 November 2014

Ayam masak tomato

Ingredients

  • 1 biji bawang besar(belah 6)*goreng
  • 1 biji bwg bsr,3 ulas bwg putih,1/2 inci halia,10 tgkai cili kering yg direbus dulu(kisar)
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato& 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato(belah 6)
  • 1 ekor ayam(potong 12)
  • Daun sup(di racik)
  • Garam,gula&perasa

Instructions

  1. Goreng ayam(muda-separuh garing).angkat,tos& asingkan.goreng pula bawang yg dibelah 6 hingga garing.angkat dan satukn bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dr gorengan tadi,tumis bahan2 yang dikisar sehingga betul2 garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram,sos cili&sos tomato bersama separuh cawan kecil air..biar mndidih,tambah garam,perasa&gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato& bawang yg digoreng td.gaul sebati dan tabur daun sup.gaul lg daun sup biar wangi.
Submitted By

Selasa, 4 November 2014

Resepi RENDANG DAGING MINANG

Ingredients

  • 1kg daging lembu/ayam/kambing dipotong
  • 1 kotak kecil santan kara
  • 3 serai diketuk
  • 3 daun limau purut disiat
  • 3 daun salam x taruk pun xpe
  • 1 daun kunyit disiat
  • 3sdm kerisik
  • Bahan dikisar:
  • 2 ketul kecil gula melaka+garam secukup rasa
  • 10 cili kering rendam dulu
  • 1sk ketumbar disangar dulu kalau M xpayah
  • 4 bawang besar+5 ulas bawang putih+3 buah keras
  • 3cm halia+3cm lengkuas
  • 10 biji cili padi

Instructions

  1. Masuk daging,santan,dedaun,serai,bahan kisar,gula melaka dan air secukupnya didalam periuk dan masak hingga daging empuk.
  2. Kalau kering tapi daging belum empuk mestilah tambah2 air.Sudah empuk masuk kerisik dan garam.Masak hingga ikut selera masing2 nak berkuah atau agak kering
  3. Makan ngan pulut enak sekali!

    Submitted By

Nasi Beriani Jagung

Bahan-Bahan:


4 cawan beras panjang
2 cawan jagung
4 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
2 helai daun pandan
6 cawan air
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Jagung dalam tin


Cara:


Bawang merah & bahan-bahan lain dihiris halus. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang & rempah-rempah. Masukkan air, beras & garam. Bila sudah kering, barulah masukkan jagung & tutup sehingga
masak. Bila nasi masak padatkan dalam acuan berbunga kemudian dikeluarkan dari acuan & hias dengan bawang goreng.


Sumber: Majalah Jelita November 1987

Daging cincang berempah

Description

1 kg daging cincang ( saya pakai daging cincang Ramly Burger )
3 biji bawang besar ( di potong dadu )
3 biji bawang putih di cincang sedikit buah pelaga
remapah tiga serangkai ( bunga lawang , kayu manis, cengkih)
rempah kari ( saya pakai rempah daging adabi )
kentang rebus ( di potong mengikut wedges )
kacang peas
serbuk lada hitam
yogurt sedikit
dan garam secukupnya.

Cara memasaknya.

Tumis bahan buah pelaga , bunga lawang, kayu manis dan cengkih bersama bawang dan bawang putih masukan rempah kari dan sedikit air masukan pula daging cincang masukan pula yogurt dan rasa garamnya setelah agak pekat boleh di hidangkan bersama roti atau nasi.

Submitted By

Isnin, 3 November 2014

Nasi Ayam Chinese Style Favourite

Bahan-Bahan:

Untuk ayam
Ayam - seekor (dipotong kecil)
Sedikit kicap
Minyak bijan
Sedikit garam

Untuk nasi:

beras - dibasuh dan ditus
½ biji bawang besar (potong bulat)
1 inci halia - kisar
1 biji bawang putih-kisar
marjerin

Untuk sambal:

5 biji lada merah
1 biji bawang putih
Sedikit cuka (boleh juga diganti dengan limau nipis)
Sedikit gula dan garam
Untuk sup:
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
Tulang ayam (leher, kaki)
Daun saderi
Bawang goreng
Sedikit karot

Cara:
  1. Didihkan air, setelah mendidih masukkan ayam, matikan api dan gaul beberapa minit.
  2. Asingkan air rebusan dengan ayam tadi.Bahagikan air rebusan kepada 2 bahagian.Separuh untuk nasi dan separuh untuk sup.
  3. Perap ayam dengan kicap, minyak bijan dan sedikit garam.Biarkan selama satu jam.
  4. Tumiskan bawang besar dengan marjerin.Masukkan bahan kisar lain seperti baang putih dan halia kemudian.
  5. Setelah naik minyak, masukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan tadi.Masukkan juga air rebusan ayam dan sukat air mengikut jumlah beras yang ingin dimasak (seperti memasak nasi biasa).
  6. Masak beras di atas api sehingga separuh masak, pindahkan ke dalam rice cooker.
  7. Bila nasi hampir masak, campurkan beberapa titik minyak bijan dan diagaul bersama nasi (optional).
  8. Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng sehingga masak.
  9. Untuk sup: tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  10. Masukkan air rebusan ayam dan bahagian tulang ayam.
  11. Rebus sehingga mendidih dan tambahkan hirisan karot.
  12. Hidangkan bersama daun saderi dan bawang goreng.
  13. Untuk sambal:blendkan lada merah, bawang putih dan halia.
  14. Perisakan dengan cuka, gula dan garam.
Cadangan Hidangan:

Nasi ayam ini elok juga dihidangkan bersama daun salad, potongan timun dan tomato.

Tambahan:

Seelok-eloknya kalau inginkan nasi yang sedap, gunakan beras basmathi.Sesuai untuk mereka yang gemarkan Chinese style yang menggunakan minyak bijan.

Kiriman: Syikin Shamsuddin

Ahad, 2 November 2014

Lontong

Bahan-Bahan:

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih

Cara:

Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja

Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977     

Kari Kepala Ikan

Bahan2:( 2 orang makan )
  • 1 keping kepala ikan ( saya guna ikan nyok2)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili* (* dibancuh dengan sedikit air )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji tomato-potong 4
  • 1 labu bawang besar-potong 4
  • 1 biji cili hijau-belah 2
  • 5-6 batang bendi
  • 1 sudu besar santan pekat (optional )
  • Air secukupnya
  • 5 ulas bawang merah-Di mayamg halus
  • 3 ulas bawang putih- Di mayang halus
  • 1 sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
Cara2:
  • Kepala ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam jawa selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan pes serbuk kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan santan dan air secukupnya, masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kepala ikan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan pula bendi,tomato bawang besar dan cili hijau.
  • Bila dh masak, rasa dan jika ok bolehla tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas....

    sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/