Isnin, 3 November 2014

Nasi Ayam Chinese Style Favourite

Bahan-Bahan:

Untuk ayam
Ayam - seekor (dipotong kecil)
Sedikit kicap
Minyak bijan
Sedikit garam

Untuk nasi:

beras - dibasuh dan ditus
½ biji bawang besar (potong bulat)
1 inci halia - kisar
1 biji bawang putih-kisar
marjerin

Untuk sambal:

5 biji lada merah
1 biji bawang putih
Sedikit cuka (boleh juga diganti dengan limau nipis)
Sedikit gula dan garam
Untuk sup:
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
Tulang ayam (leher, kaki)
Daun saderi
Bawang goreng
Sedikit karot

Cara:
  1. Didihkan air, setelah mendidih masukkan ayam, matikan api dan gaul beberapa minit.
  2. Asingkan air rebusan dengan ayam tadi.Bahagikan air rebusan kepada 2 bahagian.Separuh untuk nasi dan separuh untuk sup.
  3. Perap ayam dengan kicap, minyak bijan dan sedikit garam.Biarkan selama satu jam.
  4. Tumiskan bawang besar dengan marjerin.Masukkan bahan kisar lain seperti baang putih dan halia kemudian.
  5. Setelah naik minyak, masukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan tadi.Masukkan juga air rebusan ayam dan sukat air mengikut jumlah beras yang ingin dimasak (seperti memasak nasi biasa).
  6. Masak beras di atas api sehingga separuh masak, pindahkan ke dalam rice cooker.
  7. Bila nasi hampir masak, campurkan beberapa titik minyak bijan dan diagaul bersama nasi (optional).
  8. Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng sehingga masak.
  9. Untuk sup: tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  10. Masukkan air rebusan ayam dan bahagian tulang ayam.
  11. Rebus sehingga mendidih dan tambahkan hirisan karot.
  12. Hidangkan bersama daun saderi dan bawang goreng.
  13. Untuk sambal:blendkan lada merah, bawang putih dan halia.
  14. Perisakan dengan cuka, gula dan garam.
Cadangan Hidangan:

Nasi ayam ini elok juga dihidangkan bersama daun salad, potongan timun dan tomato.

Tambahan:

Seelok-eloknya kalau inginkan nasi yang sedap, gunakan beras basmathi.Sesuai untuk mereka yang gemarkan Chinese style yang menggunakan minyak bijan.

Kiriman: Syikin Shamsuddin