Jumaat, 20 Mei 2016

Resepi Ayam Percik


Resepi Ayam Percik berkuah merah Kelantan style.

Ditulis oleh :

Masa: Penyediaan: 20 | Memasak: 30 | Keseluruhan: 50 minutes
Jumlah Hidangan : 4

Khamis, 19 Mei 2016

Resepi Ayam Goreng Kunyit


Resepi ayam goreng kunyit yang simple dan sedap. Sesuai dihidangkan bersama sambal belacan, pasti lazat sekali

Ditulis oleh :

Masa: Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Rabu, 18 Mei 2016

Resepi Ayam Kuzi Istimewa


Resepi Ayam Kuzi istimewa, dimasak menggunakan rempah briyani. Resepi asal dari Chef Wan, rasanya memang sangat sedap. Saya memang ikut satu per satu bahan dan langkah yang terdapat dalam resepi cuma bahan mengikut anggaran sendiri. Kalau tak salah, Resepi Ayam Kuzi ni sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Dimakan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada musim perayaan.

Ditulis oleh :

Masa: Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Selasa, 17 Mei 2016

Resepi Ayam Masak Merah Nek Som

Resepi ayam masak merah istimewa dari nenek. Menggunakan cili merah fresh sebagai bahan utama.
Ditulis oleh :  

Masa: Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit 
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
  • 6 biji cili merah segar
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 3 sudu besar cili kisar

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  3. Tuang bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan air asam jawa kemudian masak sehingga ayam dan kuah sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan rasa manis. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Ayam Kung Pao


Resepi Ayam Kung Pao, masakan ala Cina yang sedap.

Ditulis oleh :  

Masa: Penyediaan: 40 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 50 minit 
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
  • sedikit daun bawang
  • 2 sudu minyak masak
Bahan untuk perapan:
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
  • 1 sudu besar kicap pekat berkaramel
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit
  2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.
  3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Tips:
Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.

Ahad, 15 Mei 2016

Resepi Ayam Sweet Sour


Resepi Ayam Sweet Sour atau Ayam Masam Manis

Ditulis oleh :  

Masa: Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit 
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 300g dada ayam, potong dadu
  • 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Nenas, potong dadu (pilihan anda)
  • Daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
  2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
  4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.