Sabtu, 2 November 2013

Ikan tongkol goreng kicap

Bahan-bahan ( - )

  • >>Bahan untuk rebus

  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap

  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram

Cara-cara

  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Asam Pedas Ikan Duri

Bahan-bahan

  • 2/3 ekor ikan duri atau nak guna ikan pari pun boleh gak (basuh dengan air asam )
  • 1 keping halia ~ hiris 3 ulas bawang kecil(merah)~hiris nipis 2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 1 batang serai ~ ketuk
  • sedikit lada hitam yang biji~tumbuk halus, sedikit serbuk kunyit, sedikit halba
  • 1 biji tomato ~ potong 4, 5 batang bendi ,1 ikat daun kesum
  • air asam jawa secukupnya, air secukupnya, garam ,minyak masak
  • 3 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, bawang mearah, serai dan halia sehingga kekuningan dan naik bau
  2. Masukkan lada hitam, kunyit, halba, serbuk cili dan tumis lagi sampai garing dan pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan mendidih
  4. Masukkan ikan, daun kesum, daun limau purut , tomato, garam secukupnya
  5. Biarkan sekejap sehingga ikan empuk
  6. Masukkan bendi, biarkan sekejap dan boleh hidangkan dengan nasi panas

Ikan Talapia Masam Manis

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan talapia saiz kecik
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 4 potong nenas ( dlm tin )
  • 1 bj capsicum hijau
  • 4 btg jagung ( dlm tin )
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.
  8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung **

Ikan kukus

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan saiz besar
  • ** Bahan tumbuk**
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • ** Bahan hiris **
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1/2 bunga kantang
  • ** Bahan-bahan lain **
  • 1 labu bawang jeruk- potong 4
  • 2-3 tangkai daun sadri
  • 5 biji limau kasturi-ambik airnya
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • garam
  • gula
  • bahan perisa - (optional)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2-3 biji cili padi
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris.
  3. Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong.
  4. Kukus sehingga masak.

Ikan bakar air asam

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
  2. [ Persediaan untuk air asam ]
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

Ikan bakar

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 sudu kicap
  • garam
  • gula
  • 2 tangkai daun thyme
  • sehiris lemon

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Kemudian perap dengan semua bahan di atas
  2. Bakar sehingga masak

Nasi Goreng Black Pepper

Bahan-bahan

  • 3 cawan Nasi Putih
  • Bebola ikan
  • Sayur campur
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar kicap
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar serbuk lada hitam
  • Bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 sudu besar minyak
  • Bawang goreng, Daun bawang dan daun sup utk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan sayur campur dan bebola ikan. Biarkan sayur dan bebola ikan masak sedikit.
  3. Masukkan nasi. Gaul rata.
  4. Pukul telur bersama kicap, lada hitam dan garam. Masukkan telur ke dalam nasi . Kacau rata. Biarkan nasi dan telur masak bersama
  5. Hiaskan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta cili merah dan hijau.
  6. Sedap dimakan dgn grilled fish beserta tartar sauce.

Nasi goreng Kampung

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1 mangkuk nasi (mangkuk yg mmg utk hidang nasi)
  • 5 biji cili hidup (sederhana)
  • Ikan bilis (byk mana yg suka)
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (kecil)
  • Sos tiram
  • Garam + gula secukup rasa
  • Kangkung - seikat dan siangkan

Cara-cara

  1. Tumbuk cili hidup, sehingga hancur, bawang, diikuti dgn ikan bilis (jgn hancur sgt)
  2. Panaskan kuali. Tuang minyak. Apabila minyak panas, tumiskan bhn yang ditumbuk (1) tadi sehingga naik bau & cili agak2 garing. (Tp jgn sampai hangit ye).
  3. masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. (boleh masukkan pati ikan bilis sikit, kalau suka). If kering sgt, letak air sikit. (jgn byk sbb nanti, sayur kan berair. Tak sedap). Tunggu dlm 2 minit.
  4. Masukkan sayur kangkung. Dah agak2 layu, masukkan nasik dan kacau rata.
  5. Rasa secukupnya. Angkat dan hidangkan. Boleh makan berulamkan timun juga, kalau suka. Tp jgn campur masa masak tau.

Bendi Goreng

Bahan-bahan

  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telor - dipukul
  • Bahan kisar
  • 2 - 3 cili merah dibuang biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • * sedikit garam & perasa
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
  3. Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
  4. Siap utk dihidang.. senangkan

Jumaat, 1 November 2013

Nasi Tomato Senang

Bahan-bahan

BAHAN A

  • 2 cawan beras
  • secubit garam
  • air secukupnya

BAHAN B

  • untuk menumis:
  • 1 camb. marjerin @ minyak sapi
  • 2 ulas bawang merah
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis

BAHAN C

  • untuk dikisar:
  • 1 biji tomato sederhana besar
  • 1 labu bawang besar
  • 1-2 camb. susu pekat

Cara-cara

  1. Beras di basuh bersih-bersih kemudian masukkan bahan yang dikisar kedalam beras yang telah dibersihkan tadi.
  2. Masukkan juga bahan-bahan yang telah di tumis agak garing ke dalam beras tadi.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Barulah dimasukkan air ke dalam beras yang telah siap diadun tadi ikut lembut.
  4. Dan akhir sekali jangan lupa meng`on' kan periuk letrik anda.Kemudian hidangkan bersama-sama lauk pauk pilihan anda.
  5. sedap dimakan bersama ayam goreng

Kari ikan utara

Bahan-bahan ( 1 family )

600 gm ikan- apa2 jenis je la, ikut suka
3 sudu besar rempah kari- (babas)
1 sudu besar serbuk cili
4 biji bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
2 biji tomato
2 biji cili merah
4-5 biji bendi
1/4 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar pes asam jawa, garam
bahan tumis:
2 biji bwg merah-mayang
2 ulas bwg putih- mayang
1/2 sudu kecil herba campur
1 tangkai daun kari

Cara-cara

  1. satukan rempah kari, serbuk cili, dan bwg tumbuk, bersama sedikit air. di dalam periuk, panaskan 2 sudu minyak masak. tumis bahan2 tumis hingga garing dan wangi.
  2. masukkan pes rempah kari td. ambil sebiji tomato belah 4, dan sebiji cili merah belah2, masukkan bersama tumisan. masukkan 2 3 sudu air jika perlu, tutup tudung periuk, kecikkan api dan biar selama 2-3 mnt atau sehingga rempah masak dan pecah minyak
  3. kemudian masukkan santan, air, garam, air asam jawa dan ikan. biarkan mendidih sekejap.
  4. masukkan tomato yg dibelah 4, bendi, cili merah. biarkan mendidih. tutup api.

Nasi beriani pengikat kasih

Bahan-bahan ( 7 oarang makan )

  • 1 kg beras basmati
  • 1.5 liter air
  • 40g mentega
  • 40g minyak sapi
  • 1 biji tomato- potong dadu
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 5 ulas bwg putih- dihiris
  • 1 inci halia- dihiris
  • 200g susu cair
  • garam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. panaskan mentega dan minyak sapi. tumis bahan yang dihiris.
  3. masukkan air dan susu. biar hingga mendidih
  4. bila mendidih masukan beras dan tomato. biarkan nasi masak. masa menghidang bolehla di tabur bawang goreng jika suka

sayur lemak kucai bertelur

Bahan-bahan

  • segenggam kucai agak2 dlm seringgit
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • beberapa hirisan cili merah
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus soun
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. soun direndam terlebih dahulu bawang merah dan bawang putih dihiris spt biasa..masukkan sekali dgn santan tetapi separuh shj..dan sedikit air apbl mendidih masukan telur biarkan shgga masak kemudian masukkan kucai serta hirisan bawang,last sekali br masukn lebihan santan garam dan gula dan kacau jgn biarkan mendidih terlalu lama takut pecah minyak

Ayam Bakar BBQ dan Salad Kentang

Bahan-bahan

  • 6-8 ketul ayam bahagian peha dan kepak(ikut kesukaan)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos masam manis atau sos tomato
  • 5-6 sudu besar sos BBQ (saya suka sos bbq brand masterfoods)
  • 4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1-2 sudu besar blackpepper serbuk (ikut kesukaan)
  • Bahan salad kentang pula :
  • 3-4 kentang yg telah direbus dan dipotong dadu (buang kulit atau tidak ikut kesukaan)
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus dan juga sedikit daun bawang.
  • Perahan lemon (ikut kesukaan)
  • Garam, gula, dan blackpepper secukup rasa.
  • Tomato cerry (kalau suka, letak)
  • Brocolli yg telah dicelur (kalau suka, letak)

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan bahan-bahan sos tadi (sos cili,sos tomato,sos BBQ,garam,gula,blackpepper). Perap dalam 30min. Kalau nak perap semalaman lagi bagus.
  2. Bakar ayam dalam masa 30-45 minit di dalam grill oven dgn suhu 180 darjah celcius.
  3. Kalau nak dapatkan ayam yg lagi berkilat dan sedap, setiap 7-8 minit, sapukan lebihan mixture sos pada ayam. Kemudian bakar lagi. Dan sapu lagi. Dan sambung bakar lagi. (Kalau rajin buatlah macam ni)
  4. Untuk salad kentang pula. Gaulkan semua bahan untuk salad (bawang putih cincang, daun bawang, perahan lemon, gula,garam,blackpepper) dan juga tomato cerry & brocolli tadi.
  5. Selepas ayam masak, hidangkan bersama salad kentang tadi. Salad kentang ni sedap kalau sejukkan dalam peti sejuk dulu.

Nasi lemak kukus

Bahan-bahan

  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Ayam Masak Padang

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • Bahan-bahan utk dikisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili api
  • sedikit kunyit hidup

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air)
  3. Hidangkan


Khamis, 31 Oktober 2013

Masak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ikan Patin (Sederhana) - potong ikut cara masing2
  • 15 biji Cili Padi (Merah) ditumbuk- ikut pedas masing2
  • 2 inci Kunyit Hidup ditumbuk
  • 1 helai Daun Kunyit dicarik/ disimpul
  • 2 sudu makan Tempoyak dibancuh asing dengan sedikit air
  • 2 kuntum Bunga Kantan dibelah dua ATAU atau DAN 1/2 biji Timun dibelah dua dan serong
  • 3 - 4 pucuk Daun Kesum
  • 1 Keping Asam Keping
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan air (ikut sukatan masing2), masukkan Tempoyak, Daun Kunyit, Daun Kesum dan Asam Keping ke dalam periuk atau kuali. Masak sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan Ikan Patin (basuh dan bersihkan dengan asam jawa terlebih dahulu), guna api yang sederhana kecil (jangan terlalu kacau supaya ikan tidak hancur), biarkan sehingga ikan masak secukupnya.
  3. Masukkan Bunga Kantan, Timun (jika suka) sehingga kuah tidak terlalu pekat. Tambahkan garam secukupnya.
  4. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.


Nasi baryani Batu Pahat

Bahan-bahan ( 4org )

  • 3 cwn beras basmathi
  • sedikit rempah tumis
  • *6 ulas bwg merah (blend)
  • *5 ulas bwg putih (blend)
  • *2"halia (blend)
  • setengah biji bwg besar (hiris)
  • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
  • 2-3 tbsp minyak sapi
  • 1tsp garam
  • sedikit pewarna kuning
  • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2tbsp rempah baryani
  • 4 setengah cwn air
  • setengah cwn susu cair

Cara-cara

  1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. masukkan air..tunggu sampai didih
  4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
  6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

Resepi Kuah Daging Baryani

Bahan-bahan ( 4 org )

  • setengah kg daging lembu (potong kiub)
  • setengah biji bawang besar (hiris)
  • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt

Cara-cara

  1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
  4. masukkan daging..gaulkan.
  5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  11. buleh la di hidang bersama nasi baryani...

Ayam Goreng Sweet Sour

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ulas bawang kecil,2 ulas bawwan putih&sedikit halia-racik
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • Minyak
  • Garam&Air

Cara-cara

  1. Goreng semua ayam,ketepikan.
  2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bawang2 dan halia.Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan kedua2 jenis sos.Kacau&masukkan air secukupnya.Masukkan bawang besar.
  4. Masukkan kesemua ayam yg telah digoreng tadi..gaul.Siap.

Nyonya style fried fish

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 ekor ikan (ape2 jenis)-gaul garam dan tepung jagung sket, goreng garing.

bahan2 sos:-

  • #5 sudu besar jus limau
  • #4 cili merah-tumbuk
  • #4 cili api-tumbuk
  • #2 sudu besar sos plum
  • #1 sudu besar sos cili
  • #1/2 sudu besar belacan
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • serbuk msg (jun x isi ni)
  • 2 helai daun limau purut-hiris

Cara-cara

  1. campurkan sume bahan bertanda #. panaskan minyak dan tumis bahan2 # tadi.
  2. masukkan gula, garam dan serbuk msg. didhkan sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi. taburkan daun limau purut.

Maggi Kungfu

Bahan-bahan

  • Sebungkus maggi (blh buat dua bahagian)
  • Dua biji telur (pakai sebiji pn boleh)
  • Siew pak choi/sawi pon boleh je
  • Kobis bunga
  • Kiub pati ayam
  • Fishball/fishcake
  • Sos tiram
  • Garam n perasa secukupnye
  • Tepung jagung (optional)
  • Bawang merah dan bawang putih (dicincang)
  • Cili padi (dihiris/diketuk)
  • Bawang goreng (garnishing)

Cara-cara

  1. Rebuskan maggi dan toskan
  2. Pecahkan telur letak sedikit garam dan campurkan bersama maggi dan goreng then angkat dan ketepikan. (banyak pulak dan..whatever la)
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,merah dan cili padi.
  4. Masukkan sos tiram dan kobis bunga. Masak sebentar dan tambah sedikit air.
  5. Setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam
  6. Masukkan segala sayur n fishcake/fishball
  7. Tutup api dan campurkan telur. Pastikan sentiasa mengacau ketika memasukkan telur.
  8. Tuangkan kuah di atas maggi yg dah goreng td.
 p/s: sy tak guna tepung jagung sbb dah ckp pekat walaupun guna telur.

Rabu, 30 Oktober 2013

Sambal Kentang

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang
  • * 3 tangkai Lada masak
  • * 5 tangkai cili api (sape nak pedas letak la banyak sikit)
  • * 1 ulas bawang merah
  • Asam Keping
  • Garam & sedikit perisa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Blender bahan-bahan yang bertanda ( * )
  2. Goreng Kentang dan ketepikan
  3. Masukkan minyak dan masukkan bahan yang di blender tadi..
  4. Masukkan Asam Keping,garam & sedikit perisa
  5. Agak-agak cili dah masak masukkan bawang merah & masukkan kentang tadi..Gaul
  6. Sedia untuk dihidangkan..

Nasi goreng cendawan

Bahan-bahan ( 1org )

  • dihiris: 1/4 bj bwg besar dan 2 bj bwg putih
  • 4 kpg cendawan dipotong
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis (ikut suka)
  • 1 pinggan nasi putih
  • 1 bj telur
  • lada sulah dan garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • lbh krg segenggam udang atau 1 potong ayam dipotong dadu
  • cili api ikut pedas ( dipotong bulat)

Cara-cara

  1. tumis kedua2 jenis bwg. Bila dh garing, masukkn udang(atau ayam) dan gorengkan lagi selama beberapa minit
  2. masukkan sos tiram dan cendawan. Kacau lagi dan masukkan kicap dan cili api.
  3. Masukkan telur, kacau utk ratakan telur dan masukkan nasi.
  4. lengkapkn rasa dgn lada sulah dan garam. Padamkan api dan hidang segera.

Nasi Jagung

Bahan-bahan

  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
  2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
  6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

Nasi Pilau Pakistan

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmati
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji bawangh besar dihiris
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan sayur campuran
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi
  3. Goreng bawang yang dihiris hingga naik bawa dan layu
  4. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar
  5. Masukkan beras dan kacau rata
  6. Masukkan susu serta air dan masak nasi hingga nasi agak kering baru masukkan sayuran campur.

Selasa, 29 Oktober 2013

Mee campak

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 600 gm atau sekati mee kuning
  • 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
  • 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air untuk jadikan kuah
  • Bahan untuk kisar:
  • 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
  • Bahan untuk sambal kicap:
  • 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!

Cara-cara

  1. Basuh mee kuning tadi dan toskan
  2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil
  3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
  5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!
  6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air
  7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
  8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

Udang Masak kunyit

Bahan-bahan

  • 15 EKOR UDANG (Sederhana Besar)
  • 1 BIJI CILI BESAR - hiris
  • 1 BIJI BAWANG BESAR - hiris
  • 3 BIJI CILI PADI - tumbuk
  • 1 BIJI BAWANG BESAR - tumbuk
  • 1 CM KUNYIT HIDUP - tumbuk
  • SEDIKIT ASAM JAWA - tumbuk
  • SEDIKIT KETUMBAR - tumbuk
  • PERASA - GARAM,GULA,RAS

Cara-cara

  1. TUMISKAN BAHAN TUMBUK, SEHINGGA WANGI
  2. MASUKKAN UDANG
  3. TAMBAH AIR SEDIKIT UNTUK LEBIH BERKUAH
  4. PERASAKAN DGN SEDIKIT GARAM,GULA, SERBUK RASA
  5. MASUKKAN HIRISAN BAWANG & CILI BESAR
  6. TUTUP API SETELAH MENDIDIH
  7. BOLEH DIHIDANGKAN DENGAN NASI PANAS....
  8. SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Jejari Ubi Keledek Goreng Sadur Gula

Bahan-bahan

  • 1 ubi keledek size lebih kurang sebesar botol cocacola 500ml
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sb mumbun gula - ikut manis
  • 3 sb air
  • sedikit bijan (optional)

Cara-cara

kupas kulit ubi keledek, basuh, potong nipis macam french fries, panaskan minyak penuh secukupnya untuk menggoreng ubi keledek, goreng-gorengkan, alih-alihkan, masak hingga secukup masak, angkat, ketepikan, dengan mengggunakan kuali yang sama tuang minyak dari kuali goreng ubi tadi ke dalam tempat letak minyak, masukkan gula dan air didikan hingga berbuih dan sedikiti sederhana pekat terus tuang ubi goreng tadi, sadurkan gula hingga berkilat dan apabila ia mula sedikit kering dan mula bertali, tutup api, cadangan hidangan, dihidang begitu sahaja atau taburkan sedikit bijan

Nasi Beriani Ringkas

Bahan-bahan

  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garan secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Isnin, 28 Oktober 2013

Nasi goreng ala jepun

Bahan-bahan

  • 2 mangkuk nasi
  • 1/3 batang carrot-dihiris panjang
  • 1/4 capsicum-dipotong2 (kalau nak pedas..leh guna cili api yg diketuk2)
  • 1 ketul isi ayam/daging- dihiris
  • 5 biji cendawan butang-dihiris2
  • 1/2 biji bawang besar-dihiris
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • minyak (jun guna garlic butter campur sedikit minyak)
  • 1 sudu teh garlic salt (jun x isi..x d stok, tu sbb guna garlic butter)
  • garam dan pepper (jika perlu)
  • 2 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Goreng telur da hancurkan seperti membuat scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak (jun guna campuran minyak dan garlic butter). Masukkan isi ayam dan sayur2an termasuk bawang.
  3. Masukkan garlic salt dan serbuk perasa. Masukkan nasi dan kacau.
  4. Masukkan telur, kicap cair. Masukkan garam dan pepper jika perlu. Gaul rata dan angkat.

Nasi 3 warna

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras (saya guna beras basmati)
  • 3 cawan air
  • pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
  • satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan margerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

Cempedak Kering

Bahan-bahan ( Size hidangan bergantung kepada individu )

  • Cempedak
  • gula

Cara-cara

  1. Kopek isi cempedak, buang biji kemudian jemur sehingga kering air( dalam 2 hari jemur)
  2. Selepas kering taburkan sedikit gula kemudian simpan didalam bekas kedap.Simpan dalam peti sejuk.
  3. Bila nak makan cempedak goreng, just celup dalam tepung goreng seperti biasa dan goreng. Siap untuk makan.
  4. Boleh tahan lama....yang ni saya buat tahun lepas, still elok. Rasanya lagi sedap bila digoreng sebab tak berair.

Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan

  • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
  • **1 ekor ayam
  • **1/2 ulas halia
  • **3 ulas bawang putih
  • **kayu manis
  • **Daun Pandan dan sedikit garam
  • >> Sos Ikan
  • >> 5 biji Cili Merah
  • >> 1 ulas Halia
  • >> 5 ulas Bawang Putih
  • >>Sedikit air perahan limau/lime
  • >>Gula,garam dan cuka
  • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
  • @1 1/2 liter air
  • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
  • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
  • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
  • @1 - 1.5 sudu kecik garam
  • @1 biji bawng besar (potong separuh)

Cara-cara

  1. Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
  2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
  3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
  4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
  5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
  6. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
  8. Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
  9. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
  10. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
  11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
  12. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
  13. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
  14. Ok dah boleh makan :D

Nasi daging

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras
  • 1/2 daging direbus untuk diambil air rebusan nya
  • daun pandan
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • @@untuk menumis:
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bawang merah (ditumbuk/hiris)
  • bawang putih (ditumbuk/hiris)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan semua bahan untuk ditumis
  3. Setelah semua bahan yang ditumis menjadi kekuningan,masukkan air rebusan daging
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Setelah air mendidih,masukkan beras.
  6. Tunggu sehingga masak

Tauhu Sumbat Sardin

Bahan-bahan

  • 3 ketul tauhu
  • 1 tin kecil sardin (230gm) ~ ikan dan 3 sb sosnya
  • 2 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana) ~ dicincang
  • 3 biji cili padi ~ boleh sub ngan cili hijau
  • sedikit daun ketumbar ~ dicincang
  • garam secukup rasa
  • 1 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Gorengkan tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, sikit je cukup. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan sardin bersama 3sb sosnya, kacau dan hancurkan ikan. Masak hingga sedikit kering.
  4. Masukkan garam dan daun ketumbar, kacau mesra. Tambah jus limau kasturi, kacau sebati. Padamkan api.
  5. Ambil seketul tauhu, potong segitiga. Belah ditengah dan sumbatkan inti sardin ke dlm hingga padat.
  6. Sedia dihidang. *boleh juga tambah hirisan timun

Ahad, 27 Oktober 2013

Nasi tomato

Bahan-bahan

2 cawan beras basmati
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

## Bahan tumis ##

2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

## Hiasan ##

Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Nasi minyak hujan panas

Bahan-bahan

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Kari Daging


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )


  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Burger ramen

Bahan-bahan

1 paket mi ramen
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
1 daging 'patty'
Kicap soya
Minyak bijan
1 daun bawang, dicincang
Keju

Cara-cara:

'Roti' ramen: Ini merupakan komponen burger paling penting sekali dan ia sangat mudah untuk dibuat.
  1. Rendam ramen dengan air panas sehingga lembut dan toskan. Kemudian, campurkan dengan telur. Bahagikan ramen kepada 2 bahagian untuk menjadikannya pengapit untuk daging. Seeloknya, letakkan ramen tadi di dalam bekas atau mangkuk yang bulat. Selepas itu, ambil mangkuk yang lebih kecil atau apa-apa yang anda boleh gunakan untuk menekan ramen tadi supaya berbentuk bulat dan padat seperti roti burger. Setelah siap untuk kedua-dua bahagian ramen tadi, simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 15 minit.
  2. Setelah 15 minit, panaskan minyak dalam kuali dan goreng kedua-dua 'roti' ramen tadi sehingga masak dan berwarna keperangan. Siap, dan ketepikan dahulu. Tiba masa pula untuk menyediakan daging 'patty' seperti yang anda suka. Anda boleh mevariasikan rasa dengan menggunakan kicap soya atau kicap bijan atau apa-apa perasa yang anda inginkan pada daging.
  3. Letakkan daging 'patty' yang telah dimasak diantara kedua-dua ramen tadi supaya ia kelihatan seperti burger biasa namun kelainannya cuma roti yang digantikan dengan ramen. Selain itu, anda juga bole menambah daun bawang atau keju atau telur untuk menyedapkan lagi burger ramen buatan sendiri anda ini.
Senang dan mudah bukan?!