Bahan-bahan
1 paket mi ramen
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
1 daging 'patty'
Kicap soya
Minyak bijan
1 daun bawang, dicincang
Keju
Cara-cara:
'Roti' ramen: Ini merupakan komponen burger paling penting sekali dan ia sangat mudah untuk dibuat.- Rendam ramen dengan air panas sehingga lembut dan toskan. Kemudian, campurkan dengan telur. Bahagikan ramen kepada 2 bahagian untuk menjadikannya pengapit untuk daging. Seeloknya, letakkan ramen tadi di dalam bekas atau mangkuk yang bulat. Selepas itu, ambil mangkuk yang lebih kecil atau apa-apa yang anda boleh gunakan untuk menekan ramen tadi supaya berbentuk bulat dan padat seperti roti burger. Setelah siap untuk kedua-dua bahagian ramen tadi, simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 15 minit.
- Setelah 15 minit, panaskan minyak dalam kuali dan goreng kedua-dua 'roti' ramen tadi sehingga masak dan berwarna keperangan. Siap, dan ketepikan dahulu. Tiba masa pula untuk menyediakan daging 'patty' seperti yang anda suka. Anda boleh mevariasikan rasa dengan menggunakan kicap soya atau kicap bijan atau apa-apa perasa yang anda inginkan pada daging.
- Letakkan daging 'patty' yang telah dimasak diantara kedua-dua ramen tadi supaya ia kelihatan seperti burger biasa namun kelainannya cuma roti yang digantikan dengan ramen. Selain itu, anda juga bole menambah daun bawang atau keju atau telur untuk menyedapkan lagi burger ramen buatan sendiri anda ini.
Senang dan mudah bukan?!