Selasa, 29 Oktober 2013

Jejari Ubi Keledek Goreng Sadur Gula

Bahan-bahan

  • 1 ubi keledek size lebih kurang sebesar botol cocacola 500ml
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sb mumbun gula - ikut manis
  • 3 sb air
  • sedikit bijan (optional)

Cara-cara

kupas kulit ubi keledek, basuh, potong nipis macam french fries, panaskan minyak penuh secukupnya untuk menggoreng ubi keledek, goreng-gorengkan, alih-alihkan, masak hingga secukup masak, angkat, ketepikan, dengan mengggunakan kuali yang sama tuang minyak dari kuali goreng ubi tadi ke dalam tempat letak minyak, masukkan gula dan air didikan hingga berbuih dan sedikiti sederhana pekat terus tuang ubi goreng tadi, sadurkan gula hingga berkilat dan apabila ia mula sedikit kering dan mula bertali, tutup api, cadangan hidangan, dihidang begitu sahaja atau taburkan sedikit bijan