Sabtu, 6 September 2014

Nasi kerabu perantau

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

@@ Nasi @@
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning
2-3 helai daun limau purut(optional)
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
@@ Sambal Tumis @@
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka
 
@@ Sambal ikan @@
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia
@@ Kerabu @@
kubis
timun
taugeh
daun kesum
@@ Bahan lain- optional @@
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara

  1. ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
  5. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  6. ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  8. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  13. @@ Kerabu @@
  14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  15. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap.
oleh: yani

Jumaat, 5 September 2014

talam kacang hijau

Bahan-bahan ( 12 potong )

  • 130 gram kacang hijau
  • 4 biji telur ayam
  • 75 gram gula pasir
  • 1/8 sudu teh serbuk vanila
  • 1/4 sudu teh garam
  • 75 ml santan daripada sebiji kelapa

Cara-cara

  1. untuk membuat tepung kacang hijau, sangai terlebih dahulu kacang hijau selama 20 minit di atas api kecil. Sejukkan. kisar sehingga benar2 halus.
  2. pukul telur dan gula hingga kembang selama 10 minit.
  3. masukkan tepung kacang hijau sambil diayak dan dikacau rata.
  4. masukkan vanilla, garam dan santan. kacau rata.
  5. tuang dlm loyang 18 cm yg disapu minyak dan dialas plastik.
  6. ukus selama 15 minit dgn api sederhana... 
oleh : nuqli95

Khamis, 4 September 2014

ღ♥ Soto Daging Kambing ♥ღ

mudah, ringkas, cepat dan sedap....


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

Bahan A

Daging kambing secukupnya ( di potong kecil )
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
** semua bahan A di hiris halus 

Bahan B

4 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci kunyit
3 sudu besar rempah kurma
** semua bahan B di kisar 

Bahan C

4 biji buah keras
2 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji lada hitam (sukatan ikut kepedasan masing2 ye)
** kesemua bahan di atas hendaklah di sangai (di goreng tanpa minyak) dan di tumbuk halus
7 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan daging kambing. Tunggu sampai daging kambing bertukar warna. macam separuh masak gituh.
  2. Bila daging kambeng tersebut dah separuh masak, masukkan air secukupnya.
  3. Di kuali lain, tumiskan bahan B hingga naik bau dan masukkan kesemua bahan C. Tumiskan hingga pecah minyak.
  4. Selepas ini barulah masukkan rempah ratus yang ditumis tuh ke dalam sup kambing tadi dan kacau. Masak hingga daging kambing tu empuk dan lembut. Perasakan garam dan gula. Dah siap..
  5. boleh hidangkan bersama nasi impit/bihun serta pelengkap soto yang lain seperti :- ~ begedil daging ~ daun sup ~ daun bawang ~ kacang tanah goreng ~ suhun goreng ~ kicap cili ~ bawang goreng ~ taugeh.

    oleh: ez_2901

Ikan Bawal Masak Cuka

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 3 ekor bawal (boleh guna ikan lain pon ok,kembung ke)
  • 3 biji cili hijau/merah-dibelah 2
  • 1 biji bawang besar-belah 4
  • sedikit halia dimayang
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 3 ulas bawang merah-dimayang
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji timun
  • 1 cawan cuka
  • 4 cawan air
  • gula&garam

Cara-cara

  1. ikan bawal di basuh dan digoreng.ketepikan
  2. masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah dah halba sehingga naik bau
  3. masukkan air,bawang besar,cili,mentimun.kemudian tuang cuka,gula dan garam.
  4. biarkan sehingga mendidih.masukkan ikan.tutup api
  5. sedia untuk di hidang.enak dimakan dengan nasi panas 
oleh: adrianie

Apam Ice Cream Soda With Lemon Filling

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 3 biji telur
  • 200gm tepung gandum
  • 250gm gula kastor - (aku letak 200gm)
  • 1 sudu teh ovalette
  • 150ml ice cream soda (jenama F & N or Mirinda or apa-apa jer)
  • Pewarna - Ikut suka
  • Filling Lemon Secukupnya - kalu xde blh letak jam strawberry ke, blueberry ke atau apa2 jer ikut selera
  • Mini Paper Cup

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula serta ovelatte hingga putih dan gebu
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan pukul hingga pekat
  3. Masukkan ice cream soda dan gaul sebati
  4. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna dan kacau lagi. (saya guna warna kuning dan oren)
  5. Masukkan paper cup kedalam acuan dan paipkan adunan kuning dan oren tadi dan letakkan filling lemon serta seterusnya tuang lagi adunan hingga penuh
  6. Kukus sehingga masa
oleh: zalieda_a2

Rabu, 3 September 2014

Laksa Lemak Kedah

Resepi:

1 paket laksa direbus hingga lembut ( saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)
Bahan2 sampingan:
Timun-di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi

Bahan2 untuk kuah:

1 kilo ikan selayang/sardin-direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
2 cawan santan
3 cawan air rebusan ikan
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 batang bunga kantan
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih
Daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga layu.
  2. Masukkan pes serbuk kari ..tumis hingga pecah minyak..api jangan kuat tau...
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.
  4. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan..
  5. Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula...rasa dan jika ok boleh tutup api..dan sedia dihidangkan..selamat mencuba..
sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/

Resepi Sup Daging ala Utara

Bahan-bahan:

2 kilo tulang dan 1 kilo daging (cheq guna daging ja, depends on hangpa noh)
*2 biji bwg besar
*10 biji bwg putih
*5 inci halia
-2 inci halia
-2 biji putih
-8 biji bwg merah
2 peket kecil rempah sup
4 inci lengkuas diketuk sekali
2 peket sup bunjut tulang
4 btg daun sup
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan (*) dikisar manakala (-) dimayang halus
Additional : Kentang, tomato and kentang (sesuai dengan nasi panas+sambal belacan+Telur masin)

Cara-cara:

1.Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik baunyer,kemudian masuk bahan sup,sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan.
2.Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak.
3.Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnyer dan hilang warna darahnyer.
4.Keluarkan sup bunjut. Buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah bunjut, dan isi air penuh blender sehingga 3x.
5.Masukkan lengkuas dan batang sup.
6.Tambah air secukupnyer,masak sehingga 2jam atau sehingga daging benar-benar empuk.
7.Setelah daging empuk baru dimasuk garam dan perasa.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

*Kalau nak makan dengan sambal kicap pun boleh la buat ikut resepi kat bawah ni, mudah jek.
Blender 30biji cili padi dan 3 ulas bwg putih,campurkan dengan kicap manis

Thanks for Viewing!!!

Apam Snow White

BAHAN BAHAN :

 3 CAWAN TEPUNG BERAS
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 CAWAN GULA PASIR
 1 BUNGKUS IBU ROTI
 2 CAWAN NASI SEJUK
 3 CAWAN AIR

 CARA CARA:

  1. BLENDER NASI DENGAN AIR SAMPAI BETUL BETUL HANCUR
  2. KEMUDIAN CAMPURKAN NASI TADI DENGAN BAHAN BAHAN YANG LAIN.
  3. GAUL ATAU BLENDER SEKALI LAGI SAMPAI SEMUANYA  SEBATI.
  4. PERAP SAMPAI NAIK. PANASKAN KUKUSAN.BILA AIR DAH MENDIDIH PANASKAN ACUAN LEBIH KURANG 5 MINIT.
  5. LEPAS ITU MASUKKAN ADUNAN TADI DAN KUKUSLAH  ANTARA 10 - 15 MINIT.
  6. DAH MASAK HIDANGKAN DENGAN KELAPA YANG DI CAMPURKAN  SEDIKIT GARAM.
sumber : http://hasiahhashim.blogspot.com/

Selasa, 2 September 2014

Resipi ayam panggang ala Kenny Rogers!

Anda teringin menyediakan hidangan ayam panggang seakan-akan sama rasanya dengan juadah yang disediakan di restoran Kenny Rogers?

Nah, ini lah masanya untuk anda mengasah bakat dengan memasak ayam panggang yang dijamin rasa istimewa dan enak khas buat keluarga di kala makan malam bersama.

Dipetik dari Amie's Little Kitchen, jom kita ikuti apakah bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan ayam panggang ini!

Bahan utama:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan 'dressing' ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 ½ sudu teh garam halus

Bahan lain:
Sedikit air untuk kisar bahan
Sedikit mentega

Cara-cara menyediakannya:
  1. 1. Campurkan kesemua bahan 'dressing' dengan sedikit air dan kisarkan.
  2. 2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. 3. Perap selama satu setengah jam (perap semalaman untuk rasa yang lebih lazat).
  4. 4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan sedia untuk dibakar atau dipanggang.
  5. 5. Panggang selama satu setengah jam atau sehingga ayam dimasak dengan sempurna.
  6. 6. Semasa membakar, selepas setengah jam pertama sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering dan 'moist'.
  7. 7. Untuk hidangan sempurna, hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar ataupun boleh juga dihidangkan bersama nasi mentega.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Asam pedas utara

Bahan-bahan ( family )

  • 4 ekor ikan
  • 7 tangkai cili kering
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 ulas bwng putih
  • daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 keping asam keping
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • 4 gelas air
  • 2 batang serai

Cara-cara

  1. blender cili kering,bwng besar,bwng putih n belacan sampai hancur.
  2. masukkan air dlm periuk n bhn yg di blender td bersama daun kesum,serai n bunga kantan yg dah siap dibelah 2.
  3. rebus hingga air sedikit didih.
  4. bila dah didih masukkan ikan n asam keping tadi.
  5. last skali msukkan garam n kacau sekali lalu.
oleh: salwa850710

Beriani Johor

Bahan-Bahan:

8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau

10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)

Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang


Cara:
  1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.
  2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
  3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
  4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
  5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
  6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 15 orang. Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.

Kiriman: Mariam Yusof

Isnin, 1 September 2014

Beriani Bolognese

Bahan-Bahan:

2 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
½ camca teh oregano
1 camca teh puri tomato
50 ml air panas
1 ketul pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

300 gm beras Basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
100 gm isi ayam, dicincang
1 batang saderi, dicincang
25 gm cendawan butang (berkaleng), dicincang.


Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil. 43

Ahad, 31 Ogos 2014

Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat.
  • **1 ekor ayam
  • **1/2 ulas halia
  • **3 ulas bawang putih
  • **kayu manis
  • **Daun Pandan dan sedikit garam
  • >> Sos Ikan
  • >> 5 biji Cili Merah
  • >> 1 ulas Halia
  • >> 5 ulas Bawang Putih
  • >>Sedikit air perahan limau/lime
  • >>Gula,garam dan cuka
  • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
  • @1 1/2 liter air
  • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
  • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
  • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
  • @1 - 1.5 sudu kecik garam
  • @1 biji bawng besar (potong separuh)

Cara-cara

Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
  1. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
  2. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
  3. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
  4. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
  5. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  6. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
  1. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
  2. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
  3. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
  4. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
  5. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
  6. Ok dah boleh makan
oleh: queen_mother

Nasi Mentega Iran

Bahan-Bahan:

2 cawan beras basmati dibilas air.
8 cawan air.
1 biji kentang yang besar, di potong kulit dan di hiris tipis.
1¼ sudu teh garam.
¼ sudu teh gula.
6 sudu besar mentega yang dicairkan.
¼ teh kas-kas (saffron), direndam dgn 2 sudu teh air panas.

Cara:

Masukkan beras, air dan 1 sudu teh garam didalam saucepan dan masak atas api yang sedang. Bila mendidih, tutup dan biarkan mendidih selama 8 minit. Kacau beberapa kali. Pisahkan air dengan nasi setengah masak tadi. Sementara itu, campurkan kas-kas, gula, 4 sudu besar mentega dan sisa garam didalam periuk casserole. Campurkan hirisan kentang dan gaulkan semuanya. Rapikan kentang untuk memenuhi dasar periuk casserole tadi. Campurkan nasi di atas kentang dan tuang sisa mentega keliling nasi. Bakar nasi didalam ketuhar setinggi panas 180 darjah Celsius selama 50 minit.

Cadangan Hidangan:

Tuang nasi di atas piring besar atau dulang kecil. Aturkan kentang diatas nasi. Taburkan daun pudina diatas kentang. Dikeliling nasi boleh aturkan hidangan daging atau dalca sayur mengikut cita rasa.

Tambahan:

Nasinya cukup untuk 6 orang. Sedap dihidangkan degan lauk kari, daging masak merah atau dalca sayur. Sila cuba.

Kiriman: Adli