Khamis, 4 September 2014

ღ♥ Soto Daging Kambing ♥ღ

mudah, ringkas, cepat dan sedap....


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

Bahan A

Daging kambing secukupnya ( di potong kecil )
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
** semua bahan A di hiris halus 

Bahan B

4 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci kunyit
3 sudu besar rempah kurma
** semua bahan B di kisar 

Bahan C

4 biji buah keras
2 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji lada hitam (sukatan ikut kepedasan masing2 ye)
** kesemua bahan di atas hendaklah di sangai (di goreng tanpa minyak) dan di tumbuk halus
7 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga naik bau dan masukkan daging kambing. Tunggu sampai daging kambing bertukar warna. macam separuh masak gituh.
  2. Bila daging kambeng tersebut dah separuh masak, masukkan air secukupnya.
  3. Di kuali lain, tumiskan bahan B hingga naik bau dan masukkan kesemua bahan C. Tumiskan hingga pecah minyak.
  4. Selepas ini barulah masukkan rempah ratus yang ditumis tuh ke dalam sup kambing tadi dan kacau. Masak hingga daging kambing tu empuk dan lembut. Perasakan garam dan gula. Dah siap..
  5. boleh hidangkan bersama nasi impit/bihun serta pelengkap soto yang lain seperti :- ~ begedil daging ~ daun sup ~ daun bawang ~ kacang tanah goreng ~ suhun goreng ~ kicap cili ~ bawang goreng ~ taugeh.

    oleh: ez_2901