Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Cara:
Hidangan untuk 15 orang. Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.
Kiriman: Mariam Yusof
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Cara:
- Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.
- Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
- Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
- Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
- Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Hidangan untuk 15 orang. Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.
Kiriman: Mariam Yusof