Jumaat, 5 September 2014

talam kacang hijau

Bahan-bahan ( 12 potong )

  • 130 gram kacang hijau
  • 4 biji telur ayam
  • 75 gram gula pasir
  • 1/8 sudu teh serbuk vanila
  • 1/4 sudu teh garam
  • 75 ml santan daripada sebiji kelapa

Cara-cara

  1. untuk membuat tepung kacang hijau, sangai terlebih dahulu kacang hijau selama 20 minit di atas api kecil. Sejukkan. kisar sehingga benar2 halus.
  2. pukul telur dan gula hingga kembang selama 10 minit.
  3. masukkan tepung kacang hijau sambil diayak dan dikacau rata.
  4. masukkan vanilla, garam dan santan. kacau rata.
  5. tuang dlm loyang 18 cm yg disapu minyak dan dialas plastik.
  6. ukus selama 15 minit dgn api sederhana... 
oleh : nuqli95