Rabu, 3 September 2014

Laksa Lemak Kedah

Resepi:

1 paket laksa direbus hingga lembut ( saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)
Bahan2 sampingan:
Timun-di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi

Bahan2 untuk kuah:

1 kilo ikan selayang/sardin-direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
2 cawan santan
3 cawan air rebusan ikan
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 batang bunga kantan
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih
Daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga layu.
  2. Masukkan pes serbuk kari ..tumis hingga pecah minyak..api jangan kuat tau...
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.
  4. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan..
  5. Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula...rasa dan jika ok boleh tutup api..dan sedia dihidangkan..selamat mencuba..
sumber : http://resepimingguini.blogspot.com/