Bahan-Bahan:
2 cawan beras basmati dibilas air.
8 cawan air.
1 biji kentang yang besar, di potong kulit dan di hiris tipis.
8 cawan air.
1 biji kentang yang besar, di potong kulit dan di hiris tipis.
1¼ sudu teh garam.
¼ sudu teh gula.
6 sudu besar mentega yang dicairkan.
¼ teh kas-kas (saffron), direndam dgn 2 sudu teh air panas.
¼ sudu teh gula.
6 sudu besar mentega yang dicairkan.
¼ teh kas-kas (saffron), direndam dgn 2 sudu teh air panas.
Cara:
Masukkan beras, air dan 1 sudu teh garam
didalam saucepan dan masak atas api yang sedang. Bila mendidih, tutup
dan biarkan mendidih selama 8 minit. Kacau beberapa kali. Pisahkan air
dengan nasi setengah masak tadi. Sementara itu, campurkan kas-kas, gula,
4 sudu besar mentega dan sisa garam didalam periuk casserole.
Campurkan hirisan kentang dan gaulkan semuanya. Rapikan kentang untuk
memenuhi dasar periuk casserole tadi. Campurkan nasi di atas kentang
dan tuang sisa mentega keliling nasi. Bakar nasi didalam ketuhar
setinggi panas 180 darjah Celsius selama 50 minit.
Cadangan Hidangan:
Tuang nasi di atas piring besar atau
dulang kecil. Aturkan kentang diatas nasi. Taburkan daun pudina diatas
kentang. Dikeliling nasi boleh aturkan hidangan daging atau dalca
sayur mengikut cita rasa.
Tambahan:
Nasinya cukup untuk 6 orang. Sedap dihidangkan degan lauk kari, daging masak merah atau dalca sayur. Sila cuba.
Kiriman: Adli