Sabtu, 19 Oktober 2013

Ayam Golek Nasi Tomato

Resepi Ayam Golek/Ayam Percik 

Bahan2

1 ekor ayam
2 inci halia
4 inci lengkuas
3 batang serai
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ cawan santan pekat
sedikit madu
garam
serbuk kunyit 

Cara2 memasak.

  1. Ayam di basuh kemudian dilumurkan garam serta serbuk kunyit.
  2. Bahan lain (kecuali santan dan madu) di kisar sehingga halus (jangan guna air terlalu banyak. Cukup untuk memudahkan bahan tadi dikisar)
  3. Masukkan ayam ke dalam bekas atau periuk, tuangkan bahan2 yang dikisar ke atas ayam tadi. Masukkan santan, dan perapkan ayam sekurang-kurangnya selama 2 jam. Lebih lama lebih baik.
  4. Rebus atau kukus ayam yang diperap untuk membekukan darah didalam badan ayam.
  5. Lumurkan madu ke seluruh ayam.
  6. Panaskan minyak setengah kuali dan goreng ayam seekor-seekor sehingga masak (golden brown warnanya)
  7. Kalau suka boleh juga di panggang atas open fire (barbeque) atau di dalam oven.

Rendang Daging

Bahan-Bahan 

Lenkuas (lebih kurang 6 inci kalau di potong)
2 inci (1 atau 2 biji ) Kunyit hidup (optional – tak pakai pun tak apa)
3 inci Halia
4 batang Serai
10 – 15 biji Cili kering (+ 5 - 6 biji cili hidup)
5 or 6 bawang merah
3 or 4 bawang putih
1/2 liter Coconut milk yang pekat
Garam secukup rasa
1 kilo Daging Lembu potong kecil ( 1 inci persegi) Petua cut along the grain cepat empuk daging tu.
150 – 200 g kelapa goreng dibuat Kerisek
5 – 6 sudu makan Gula merah
Sedikit kicap ( 2 –3 sudu)
Sedikit air asam jawa (2 sudu kecil) 

Method/Cara

a) Prepare kerisik

  1. Goreng kelapa parut atau kelapa kering sampai it turn brown in colour (nice aroma). Mesti betul-betul brown colour, jangan sampai hangit pulak nanti pahit kuah rendang.
  2. Let it cool down before you put into the blender
  3. Blend kelapa goreng dalam blender kering (jangan masukkan air)
  4. Blend sampai halus dan berminyak

b) Cara-cara memasak rendang

  1. Soak the dried chillies in water to soften them.
  2. Cut the chillies open and take off the seed. With the seeds the chillies can be hotter & more spicy. Use less chillies if you do not want the gravy to be too spicy.
  3. Grind/blend all the ingredients, they are lengkuas (Galangal) + serai (lemongrass) + halia (ginger)+ bawang merah (shallots) + bawang putih (garlics)+ cili and kunyit (tumeric) until they are fine. (I usually cut them into smaller pieces and use the blender to grind them. If you use the blender be sure to add some water to the ingredients to be blended. If not they will not be fine enough) The Blender or grinder going to be yellow due to the tumeric.
  4. Heat some oil in the saucepan ( about 4 spoons). Kalau ada minyak sapi campurkan 1 sudu to the oil.
  5. Tumiskan daun pandan (kalau ada)
  6. Put all the grinded ingredients (now paste-like) into the saucepan.
  7. Stir the paste until it has a pleasant aroma. Not too dry not too wet. About 10 minutes or so.
  8. Put in the cutlet of beef , kerisek and add some water and let the beef get cooked or tender.
  9. Bila daging dah ¾ cook masukkan coconut milk into the saucepan.
  10. Let it boil and thicken. Biar rendang ni pecah minyak dan betul-betul pekat. Tapi kalau nampak kering tambah santan lagi.
  11. Add salt , kicap and air asam jawa to taste.
  12. Bila daging dah empuk, masukkan gula merah. Jangan masukkan gula merah sebelum daging empuk, nanti keras memanjang lah daging tu.
  13. If you can get fresh daun kunyit, potong halus dan masukkan ke dalam rendang, aroma yang mengancam ni. If not alternativenya daun celery/sadri/sup pun boleh jugak.
    Warna rendang akan menjadi merah kehitaman dan berminyak sedikit. Boleh tahan 2 – 3 hari without putting in fridge if rightly cooked. Rasa dia pedas dan sedikit manis. Mesti best di makan dengan nasik minyak or roti.

Nasi Lemak

a) Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak

  1. Basuh beras
  2. Sukat air, santan, garam
  3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
  4. Masak sehingga kering.
  5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
  6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur nasi lemak tu). Ubah nasi yang belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
  7. Hidang kan lah.

b. Nasi Lemak Bertumis

Bahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
  1. Potong bawang nipis2
  2. Potong halia nipis dan halus
  3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
  4. Tumis bawang dan halia
  5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
  6. Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
  7. Masak sampai nasi masak.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan

10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
4 ulas Bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Air asam jawa
1 cawan Santan kelapa ( optional)
1 ulas bawang besar di potong bulat.
100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

  1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
  4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
  5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
  6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
  7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Masukkan hirisan bawang besar
  10. Didihkan dan angkat dari stove.
Dah sedia untuk dimakan

Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.
Boleh jugak di buat dengan udang hidup atau ayam atau daging.
Selamat mencuba.

Nasi Minyak

Bahan-bahan

Bahan untuk nasi

5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.
Bahan untuk hiasan
Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
  1. Ayam/daging di basuh dan di potong
    Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
  2. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
  3. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
  4. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.

    Cara nak masak nasi

  1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
  2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
    Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
  3. Kalau ada daun pandan masukkan sekali, hanya untuk baunya saja, daun pandan juga bertindak sebagai tenderiser.
  4. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu.
  5. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
  6. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras.
  7. Masak macam biasa masak nasi.Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
  8. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
  9. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.

    Untuk hiasan

    Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
    Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
    Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
    Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
    Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Cara nak buat Sos Cili

  1. Blend 6 - 7 biji cili merah bersama 2,3 ulas bawang putih
  2. Masukkan ke dalam periuk, masukkan gula ( lebih kurang 3 sudu, atau secukup rasa), garam secubit dan cili sos (3 sudu besar). Didihkan dan angkat dari api.
  3. Sos ini boleh makan dengan ayam, daging atau cucur udang jugak tu.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Mee Kari

Bahan-bahan

1) Di celur

600 g mee kuning/basah
300 g taugeh

2) Di goreng

6 keping fish cake
1 packet fish balls
3 keping tahu

Simpan sedikit bahan-bahan yang di goreng ni untuk hiasan, dengan menghiris nipis2.

3) Di blender

2 batang serai
2 inci halia
1 ketul lengkuas (lebih kurang 3 - 4 inci)
20g udang kering
10 tangkai Cili kering (ikut suka nak rasa pedas atau tak)
3 - 4 ulas bawang merah
1 -2 ulas bawang putih

4) Untuk kuah

100 g udang basah ( dalam 10 ekor ke)
3 sudu rempah kari daging
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam secukup rasa
3 - 4 kacang panjang di potong lebih kurang 1 inci panjang
Sedikit sos tiram

Cara memasak

  1. Blend bahan-bahan yang perlu diblend.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  3. Masukkan bahan yang diblend. Goreng bahan yang diblend tu sampai pecah minyak.
  4. Bila dah naik bau tu, masukkan rempah kari.
  5. Goreng sampai agak kering dan pecah minyak, sos tiram
  6. Masukkan udang basah
  7. Masukkan santan, air, garam
  8. Masukkan Fishcake yang telah di potong (1/2 inci lebar)
  9. Masukkan fish ball yang di belah dua.
  10. Masukkan tahu yang dibelah 6.
  11. Masukkan kacang panjang.
  12. Didihkan kuah dan angkat dari api

Kalau suka, tumis sedikit bawang yang dimayang nipis dan masukkan semasa minyak panas-panas ke dalam kuah.

Untuk di hidang

  1. Masukkan mee kuning dan taugeh yang telah di celur ke dalam mangkuk
  2. Sendukkan kuah ke dalam mangkuk berisi mee
  3. Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang/daun saderi
  4. Taburkan kacang yang di tumbuk kalau suka
  5. Tabur fishcake, fish ball, tahu yang di goreng dan di hiris halus tu.
  6. Rebus telur ayam dan belah dua. Masukkan bersama mee.

Baked Beans

Bahan-bahan

1 tin baked beans
2 sudu cili paste (cili kering yang dah di blender lagi lah elok)
1 sudu jintan manis
garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu minyak sapi
1 sudu minyak masak biasa

Untuk Hiasan

1 biji bawang besar di potong dadu halus
bawang goreng yang di goreng dengan minyak sapi
hirisan timun (nipis dan halus, jika suka)
hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

  1. Panaskan minyak sapi & minyak masak
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih
  3. Masukkan cili paste, goreng sehingga agak garing
  4. Masukkan baked beans
  5. Jintan manis di tumbuk sedikit supaya pecah sahaja dan masukkan ke dalam kuali atau periuk
  6. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Bila dah mendidih angkat dan hiaskan dengan menabur bahan-bahan hiasan
Selain dari baked beans boleh jugak di masak dengan parpu/dhall. Tetapi kalau pakai dhall kenalah masukkan air lebih untuk memastikan dhall empuk secukupnya.

Cucur Udang

Cucur Udang

Bahan-bahan
500g tepung gandum
100 g taugeh
2 biji telur
300g udang basah (kalau suka bubuh banyak, kalau tak sikit saja lah)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (ini untuk lebih menarik warna cucur udang tu dan hilangkan bau hanyir udang basah tu)
daun bawang (dihiris lebih kurang 1 inci panjang)
1 labu bawang besar dia mayang nipis
20-30 g ikan bilis (Optional, kalau suka)
Air

Cara membancuh adunan.

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Tambah air jika nampak adunan keras atau melekat-lekat pada mangkuk.
  5. Adunan yang elok cukup pekat adalah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau dia scoop dgn sudu dan di biarkan jatuh semula, adunan tidak lah jatuh dengan deras/cepat. (Terlalu cair -tambah tepung) Kalau adunand tidak jatuh langsung, terlalu pekat - tambah air.
  6. Adunan akan berwarna kuning.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali, scoop satu sudu sekali, masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sampai tepung sudah masak.
Cucur udang boleh di cicah dengan kuah kacang atau sos cili (tengok resipi nasi minyak tu)

Untuk Kuah Kacang

Bahan-bahan

100 g Kacang tanah yang siap di goreng dan di tumbuk
Asam jawa (lebih kurang sebesar duit 50 sen) digoreng + dicampur air untuk keluarkan airnya.
5 tangkai cili kering di goreng dang di tumbuk halus
garam
gula
sedikit belacan (kalau suka - optional) digoreng and di tumbuk halus
sos cili (kalau suka)
sedikit kicap manis

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut di atas ke dalam mangkuk. Adjust air mengikut kelikatan yang diingini.

Kari Ikan Masin - GULAI IKAN KERING.

Bahan-bahan

500 g ikan masin (campur bahagian tulang dengan isi, dipotong kecil lebih kurang 2 - 3 in lebar)
4 sudu rempah kari ikan
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 biji nenas yang di kupas dan di hiris nipis
1 - 2 biji ubi keledek
5 utas kacang panjang di potong 1-2 inci panjang
1 biji terung panjang di potong 2 inci panjang
(atau 2 biji terung bulat di belah 4 )
2 biji tomato (yang tidak berapa masak)

Untuk menumis

10 ulas bawang merah dimayang nipis
2 tangkai daun kari
1 sudu jintan manis

Cara Memasak

  1. Rendam ikan masin di dalam air (jangan masukkan garam ke dalam air) selama 10-15 minit untuk buang hanyir ikan.
  2. Masukkan ikan masin yang telah di cuci ke dalam periuk, masukkan rempah kari dan sedikit air (setengah cawan).
  3. Masukkan ubi keledek ke dalam periuk
  4. Rebus atau masak sehingga kering air.
  5. Masukkan santan dan air ke dalam periuk
  6. Masukkan sayur-sayuran yang lain.
  7. Masak sehingga mendidih dan ubi telah empuk. Kemudian tutup api dapur atau angkat dari dapur.
  8. Kalau suka boleh masukkan 1 keping asam keping bersama rempah.
  9. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan.
  10. Tumis bawang, daun kari dan jintan manis.
  11. Bila bawang sudah garing, masukkan minyak panas dengan bahan tumis ke dalam periuk kari tadi.
  12. Tutup buat seketika dan hidangkan

Khamis, 17 Oktober 2013

Sardin Masala

Bahan-Bahan

1 tin sardin (I used Pertima Brand)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari ikan
1 biji ubi kentang
2 labu bawang besar
4 tangkai daun kari.
2 -3 sudu minyak masak.
1 sudu halba campur

Cara memasak

  1. Keluarkan ikan sardin dari tin, asingkan sos dengan ikan.
  2. Lengek ikan sardin sehingga agak kecil. Jangan sampai terlalu hancur.
  3. Hiris bawang merah dan bawang putih untuk menumis.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama 1 tangkai daun kari dan halba campur.
  5. Bila bawang sudah hampir garing, masukkan rempah kari ke dalam kuali.
  6. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu, biar sampai ubi empuk.
  7. Masukkan sedikit sos sardin dan air supaya rempah tidak hangus.
  8. Masukkan sardin, kacau, potong bawang besar dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan sedikit lagi sos sardin supaya tidak nampak terlalu kering.
  9. Masukkan daun kari yang selebihnya, garam secukup rasa.
  10. Kacau, biarkan mendidih dan angkat dari dapur.

Laksa Penang

Laksa Penang

Bahan-bahan untuk kuah

1 kg ikan kembung
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Belacan (lebih kurang 100 -150 g)
8-10 keping asam keping (kalau suka masam tambah lah)
Daun Kesum
1 tangkai bunga kantan

Untuk Laksa Beras.

1 packet tepung beras
Air panas yang mendidih

Untuk Hiasan

Timun dihiris nipis dan halus
Daun selom yang dihiris halus jugak
Telur ayam yang siap direbus (kalau suka)
Daun Pudina
Hirisan bunga kantan bahagian bunga
Nenas yang juga dia potong
Bawang besar yang di potong halus

Cara nak masak kuah laksa

  1. Ikan kembung dicuci dan di rebus. (Selalunya tak payah lah buang kepala dan ekor semasa merebus)
  2. Bila sudah mendidih, angkat dari api.
  3. Toskan ikan di dalam penapis (air rebusan jangan buang, biarkan sejuk)
  4. Asingkan isi ikan dan tulang.
  5. Lenyek sedikit isi ikan supaya halus sedikit tidak berketul terlalu besar.
  6. Masukkan cili, bawang dan belacan ke dalam blender, masukkan air rebusan ikan. Blend sehingga lumat.
  7. Selepas itu, blend tulang ikan yang diasingkan dari isi ikan tadi.
  8. Masukkan campuran cili yang di blend ke dalam periuk, masukkan isi ikan yang di lenyek de dalam periuk yang sama.
  9. Tapis tulang yang di blender masuk ke dalam periuk yang sama, masukkan lebihan air rebusan ikan (jika masih ada)
  10. Adjust kepekatan kuah ikut suka sendiri.
  11. Masukkan bunga kantan yang telah di belah 2, bersama batang sekali.
  12. Masukkan asam keping, daun kesum serta garam secukup rasa.
  13. Didihkan kuah laksa sehingga mencapai kepekatan atau rasa yang diingini.

Untuk laksa

  1. Kalau pakai laksa yang dalam packet tu, rendam laksa sampai lembut.
  2. Rebus sehingga empuk.

Laksa beras

  1. Tepung beras dicampur dengan air panas yang baru mendidih sedikit demi sedikit.
  2. Gaul air dan tepung sampai menjadi doh (jangan terlalu keras jangan terlalu lembik sehingga tidak boleh di tekan dari acuan)
  3. Didihkan air di dalam periuk.
  4. Apabila air sedang mendidih, tekan doh laksa terus ke dalam air yang sedang mendidih itu.
  5. Acuan untuk membuat laksa ni boleh di beli di kedai (macam yang buat cendol tu). Dibuat dari gangsa atau tembaga kalau tak silap. Atau pun tebuk tin susu yang kosong, ikut suka lobang besar mana, gunakan kayu atau sesuatu yang boleh dia buat tempat menekan doh laksa dari dalam tin yang di tebuk ke dalam air.
  6. Lagi satu cara yang paling senang - pergi beli di pasar laksa beras yang dah siap

Untuk hiasan

Setelah kuah siap, laksa di masukkan ke dalam mangkuk, sendukkan kuah ke atas laksa dan taburkan, segala merga sayur-sayuran yang telah di sediakan.

Sup Tulang

Bahan-bahan


Image hosted by Photobucket.com
(Rempah ratus sup tulang)

2 kilo tulang atau ekor
1 bungkus rempah sup tulang Adabi

Tambahan sedikit lagi rempah ratus kepada rempah Adabi tu. Atau sekiranya tak ada sup bunjut atau sup tulang Adabi, boleh gunnakan rempah2 di bawah
cuma double kan "dose"nya.

1 inci kulit kayu manis (cinnamon)
1 bunga lawang (star annise)
1 biji buah pelaga
sedikit ketumbar
Sedikit lada hitam (atau serbuk lada hitam atau putih pun boleh jugak)
2 inci halia (ginger) yang di buang kulitnya dan di ketuk
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa.

Untuk menumis

1 inci halia di potong halus
10 ulas bawang merah dia mayang nipis
3 - 4 ulas bawang putih
sedikit jintan manis

Cara nak masak

  1. Rebus tulang yang telah di basuh.
  2. Masukkan, rempah ratus yang tersebut di atas.
  3. Masukkan halia yang di ketuk, bawang besar yang di mayang kecil seperti dadu-dadu kecil
  4. Masukkan garam seukup rasa.
  5. Kalau suka boleh lah masukkan kentang dan carrot yang di potong 4 atau 6.
  6. Bila tulang dah empuk, dah cukup rasa kuah supnya, angkatlah dari dapur.
  7. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan jintan manis.
  8. Masukkan semua bahan-bahan yang di tumis bersama minyak panas yang dibuat menumis tu ke dalam periuk sup.
  9. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup (saderi) & daun bawang.
  10. Boleh di makan dengan roti atau nasi.

Rabu, 16 Oktober 2013

Gulai (Kari) Parpu (Dhall) Dengan Telur

Bahan-bahan

100 g kacang parpu ( direndam sampai kembang)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji ubi kentang di kupas dan di potong
2 atau 4 (ikut sizenya)3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (karapule kata orang utara)
Sedikit jintan manis
Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Toskan parpu yang di rendam tadi.
  2. Masukkan ke dalam periuk, campurkan serbuk kari ke dalam parpu.
  3. Masukkan air ke dalam periuk (2 cawan) dan rebuskan parpu bercampur serbuk kari sehingga parpu betul-betul kembang
  4. Masukkan setangkai daun kari ke dalam periuk rebusan. Masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
  5. Apabila parpu sudah agak kembang masukkan ubi kentang ke dalam rebusan parpu tadi.
  6. Potong atau cincang bawang besar dan "campakkan" ke dalam periuk.
  7. Apabila parpu sudah kembang (dah nampak pecah-pecah dah) masukkan santan pekat. Adjust kandungan kuah mengikut citarasa masing masing.
  8. Masukkan sedikit lagi air untuk membuatkan kuah agak cair sedikit dan agak sejuk (tidak panas menggelegak)
  9. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi, sebiji demi sebiji. Jangan kacau kuah untuk mengelakkan dari telur menjadi hancur dan membuatkan kuah menjadi terlalu pekat.
  10. Apabila sudah mendidih dan telur yang di masukkan sudah masak, tutup api dapur.

Cara-cara nak menumis kari

Cara ini di utara dipanggil tumisan darat - tomeh ataih daghat, kalau ikut loghat utara. Tak tau pulaklah kot mana mai term ni.Hiris bawang merah, bawang putih nipis-nipis. Halia di hiris halus memanjang.Panaskan minyak masak (3 atau 4 sudu). Lebih enak dan wangi sekiranya ditambah sedikit minyak sapi (ghee, marjerin atau butter).Goreng hirisan bawang, halia, jintan manis dan daun kari sehingga garing.Masukkan minyak yang mempunyai gorengan bawang tadi semuanya (dan panas-panas) ke dalam periuk kari parpu tadi.Tutup periuk kari sekejap.Dah boleh hidang dah kari ini untuk di makan bersam nasi atau roti canai atau roti paratha.Tambah enak kalau ada ikan masin goreng yang dimakan bersama kari ini.

Bergedil Daging

Bahan-bahan

1 paket daging/ayam cincang (500 gram rasanya)
8 - 10 biji ubi kentang
bawang merah atau bawang besar di mayang dan di goreng
daun bawang
daun saderi
serbuk lada
garam secukup rasa
minyak untukmenggoreng

Cara membuat bergedil

  1. Goreng daging cincang dengan sedikit minyak sehingga agak empuk
  2. Kupas kulit ubi kentang, basuh dan potong bulat (tak payah terlalu nipis)
  3. Goreng ubi kentangse hingga empuk.
  4. Lenyekkan ubi kentang sehingga lumat.
  5. Gaulkan ubi kentang yang di lenyek dengan daging cincang (jika tidak menggunakkan daging cincang, boleh juga terus gunakan daging atau ayam segar. Potong kecil-kecil dan goreng sehingga empuk, kemudian lenyek atau tumbuk atau blend sedikit supaya hancur sedikit)
  6. Hiris daun bawang dan daun saderi halus-halus dan campurkan sekali dengan daging dan kentang.
  7. Bawang dimayang nipis dan dia goreng jugak. Campurkan sekali dengan campuran daging tadi.
  8. Masukkan serbuk lada putih, garam secukup rasa.
  9. Gentelkan menjadi bulat dan leper.
  10. Pecahkan telur dalam mangkuk yang berasingan, kacau telur supaya kuning dan putih bercampur.
  11. Celupkan gentelan bergedil tadi dan goreng dalam minyak panas.
  12. Angkat bergedil apabila sudah nampak kuning keemasan. jangan sampai hangus pulak.

Ulam-ulaman

Image hosted by Photobucket.com
Daun Kunyit yang selalunya digunakan dalam rendang. Memberi bau harum dalam rendang. Menjadikan rasa ayam atau daging menjadi lebih enak rasanya. Daun kunyit tak di makan sebagai ulam, dimasukkan ke dalam makanan. Tapi kunyit tu ada yang buat ulam. Aku pernah hantar kat Malcolm (di UK), dia buat salad lagi. Kunyit hidup ada orang petua boleh ubatkan gastrik.

Image hosted by Photobucket.com
Daun kesum yang digunakan untuk laksa. Agak sama fungsi dengan daun kunyit dalam rendang, memberi aroma pada kuah laksa. Kurang pasti apakah fungsi lain daun kesum ni dalam masakan.

Image hosted by Photobucket.com
Yang kiri daun selom. Daun selom boleh dibuat sebagai ulam, di hiris dan di tabur ke dalam laksa atau dibuat kerabu,
Yang sebelah tu dipanggil kacang kelisa atau kacang botol. Boleh makan sebagai ulam atau dibuat kerabu.

Image hosted by Photobucket.com
Ini pucuk putat yang selalu orang tanya bila aku tulis aku buat ulam kat rumah. Ada yang pahit tapi yang kat rumah aku ni tak pahit, lemak-lemak kelat rasanya.

Image hosted by Photobucket.com
Kalau kat atas tu daun dan pucuk putat, ini buah dia. Yang dibuat ulam adalah yang muda sebab dia rapuh dan tak keras bersabut. Ada yang kelat ada yang lemak. Sedap dibuat ulam.

Image hosted by Photobucket.com
Pegaga banyak khasiat, elok untuk yang berpenyakit darah tinggi, awet muda jugak. Boleh dimakan sebagai ulam, dibuat kerabu atau di minum airnya (blend daun pegaga dan minum airnya) Sekarang dah ada jus pegaga secara komersil.

Image hosted by Photobucket.com
Ulam raja nama pokok ni. Aku tak berapa suka, tapi ramai yang suka. Rasa dia OK jugak tapi agak cengih baunya pada aku.

Image hosted by Photobucket.com
Daun kadok selalu orang bubuh sebagai salah satu daun dalam nasi kerabu yang original lah. Bentuknya macam daun sireh sikit, kadang-kadang orang-orang yang tak kenal daun ni akan tersalah anggap sebagai daun sireh.

Pelbagai Sambal Belacan

1) Sambal Belacan (The basic recipe)

Bahan-bahan

5 - 6 biji cili merah (yang segar)
1 - 2 sudu makan serbuk belacan (belacan ni selalunya aku bakar dulu dan dijadikan serbuk)
garam
air asam jawa atau air limau nipis
gula (kalau suka)

Caranya

  1. Basuh dan buang biji cili merah.
  2. Kalau suka pedas, boleh campurkan cili padi.
  3. Masukkan cili, belacan, garam ke dalam lesung penumbuk
  4. Tumbuk sehingga cili lumat. Kalau suka halus tumbuk lama sedikit.
  5. Kalau menggunakan blender (kurang sedap sebab tidak bergaul serata ditumbuk dengan lesung batu), gunakan blender untuk bahan kering sehingga lumat.
  6. Masukkan perahan air asam jawa (lebih kurang 2 - 3 sudu makan) kedalam lesung, gaul dengan rata dan sendukkan ke dalam mangkuk.
  7. Kalau nak campur sedikit gula (1 sudu kecil) boleh di campur sebelum memasukkan air asam jawa. Tumbuk sehingga gula hancur.

2) Sambal Bacang/Macang


Bahan-bahan

  1. Sambal belacan
  2. Buah bacang

Caranya

  1. Kalau nak buat sambal bacang (orang utara panggil buah macang), sediakan sambal belacan seperti dalam resipi 1.
  2. Kupas kulit buah bacang, kemudian hiris isi buah macang nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu kecil,tebal sedikit pun OK.
  3. Masukkan hirisan buah bacang kedalam lesung dan lenyekkan sedikit buah bacang dengan alu/anak lesung.
  4. Gaul sehingga sambal bercampur rata dan sendukkan ke dalam mangkuk
  5. Untuk sambal ini boleh kurangkan air asam jawa atau terus tidak digunakan.
  6. Tidak perlu gula.
  7. Selain dari bacang buah mangga yang masak juga boleh dicampur dengan sambal ini.
3) Sambal Kerisek

Sambal kerisek selalu dimakan untuk cicahan perut lembu (yang macam kain tuala tu) yang sudah di rebus, atau daging bakar.

Bahan-bahan

  1. Sambal belacan seperti resipi 1). Tetapi kurangkan belacan dan air asam jawa
  2. 3 sudu makan kerisek
  3. 4 - 5 sudu santan kelapa
  4. 1 biji bawang besar yang di mayang halus

Caranya

Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Kalau nak cairkan sedikit adjust santan.

4) Sambal Tomato (air asam tomato)

Bahan-bahan

  1. Sambal belacan seperti dalam basic recipe (tambah sedikit belacan)
  2. 1 - 2 biji buah tomato yang masak dihiris nipis
  3. 1 biji bawang besar yang dimayang nipis
  4. Air (kalau gunakan air rebusan daging atau ayam pun boleh bertambah sedap
  5. 3 - 4 sudu makan sos cili
  6. Gula secukup rasa

Caranya

Gaul sambal belacan dengan hirisan tomato, bawang besar, sos cili dan gula. Kalau nakk cair tambah air lebih. Ada juga yang menambah kerisek ke dalam air asam ini. Sedap untuk buat cicahan daging bakar, atau daging rebus makan dengan nasi minyak.

5) Sambal belacan durian

Yang ini yang paling senang sebab cuma perlu sambal belacan (jangan masukkan air asam jawa) kemudian di gaul dengan isi durian. Terus sahaja makan dengan nasi.

Selasa, 15 Oktober 2013

Gulai Ketam

Bahan-bahan

1 kg ketam
1/2 biji nenas
3 sudu rempah kari ikan
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 keping asam keping
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
garam secukup rasa

Untuk menumis

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan manis
2 tangkai daun kari

Cara memasak

  1. Cuci ketam
  2. Kupas nenas dah hiris nipis memanjang atau leper
  3. Masukkan ketam, nenas, asam keping, garam, halia dan serbuk kari kedalam periuk. Masukkan sedikit air ke dalam periuk ini untuk melarutkan rempah kari
  4. Masak bahan di atas sehingga rempah agak kering. Jaga jangan sampai hangus rempah tu, api janganlah terlalu kuat.
  5. Masukkan santan ke dalam periuk bersama air. Adjust sendiri kepekatan kuah kari tu.
  6. Kacau kuah semasa mendidih supaya santan tak berketul.
  7. Bila dah mendidih kuah kari tu boleh lah angkat dari dapur.
  8. Kemudian tumis atas darat menggunakan bawang yang di mayang halus, jintan manis dan daun kari.
  9. Goreng bahan-bahan menumis di dalam kuali, apabila bawang dah garing, masukkan minyak panas dengan bahan tumis tadi ke dalam periuk gulai ketam tadi. Tutup buat seketika, kemudian baru di ceduk ke dalam mangkuk.

Terubuk Belah Belakang

Bahan-bahan

1 ekor ikan terubuk yang telah disiang, dan di belah belakang (Suruh orang kat pasar lah belahnya, pisau depa tajam).
Garam
Serbuk kunyit
Asam jawa

Perap/lumur ikan terubuk yang telah bersih dengan garam, serbuk kunyit dan asam jawa.
Perap lebih kurang 1/2 jam.

Untuk sambal

10 tangkai atau lebih cili kering
2 - 3 biji cili merah kalau suka
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 sudu serbuk belacan (belacan yang dibakar atau digoreng tanpa minyak dan di lenyek sampai menjadi serbuk)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak sambal

  1. Blend cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Panaskan sedikit munyak di dalam kuali
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam kuali yang panas tadi.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat
  5. Tambahkan sedikit garam dan gula
  6. Potong bawang besar mendadu dan masukkan ke dalam sambal
  7. Goreng sambal sampai naik bau dan warna bertukar menjadi merah hati.
  8. Angkat dari api, masukkan sambal ke dalam badan ikan yang di perap tadi
  9. Goreng ikan ( deep fry ) sampai ikan garing atau masak
  10. Oleh kerana ikan telah di perap dengan asam, kulit ikan akan menjadi hitam semasa menggoreng. Jadi hati2 jangan sampai menjadi arang.
  11. Angkat dan hidangkan.

Cucur (cucuq) Ikan

Ikan di bersihkan, potong sikit kat ekor tarik ekor dengan tulang-tulang sekali.Perap dengan serbuk lada putih, garam dan kunyit.

Buat "batter" macam yang nak goreng pisang tu. Caranya gini:-

Campurkan tepung beras 1 cawan dengan sedikit (1/2 cawan) tepung gandum. Masukkan sedikit kapur, yang orang buat makan sireh tu lah (secubit saja). Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak menjadi terlalu cair.
Celupkan ikan yang telah di perap tadi dan gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.


 Ini lah hasilnya. Boleh di makan dicicah dengan sos.
Senang dan sedap.

Isnin, 14 Oktober 2013

Kanji Gandum

Bahan-bahan

300 g gandum biji (bukan tepung ye)
1 batang serai dititik
2 inci halia di kupas dan di ketuk
1 sudu makan halba
3 tangkai daun kari
100 g daging kisar (ayam atau daging mana2 pun boleh)
100 g udang basah
serbuk lada putih/lada hitam
2 cawan santan pekat
air
garam

Untuk menumis

Daun kari
10 ulas bawang merah di potong nipis
3 ulas bawang putih di potong nipis
1 inci halia di rincik halis
1 sudu jintan manis

Cara Nak Buat Kanji

  1. Basuh dan rebus gandum sehingga kembang
  2. Selalunya daging, udang, serai, halia dan daun kari (dengan tangkai sekali) di masukkan sekali semasa merebus tadi tu. Tapi kalau lambat sedikit pun tak apa. Cuma kalau pakai daging saja nak make sure daging empuk.
  3. Bila gandum dah kembang semuanya, dan bahan2 yang tadi dah naik bau, masukkan santan, air, serbuk lada dan garam. Adjust kepekatan untuk sesuaikan dengan cita rasa sendiri. Kalau suka pekat kurangkan air.
  4. Selalunya kanji ni pekat sedikit dari bubur yang manis tu.
  5. Biarkan sampai mendidih. Angkat dari dapur.
  6. Tumis kanji dengan cara tumis ataih darat yang aku selalu buat tu.
Caranya ialah dengan memanaskan minyak masak dan sedikit ghee ke dalam kuali. Goreng bahan2 memunis sehingga garing. Masukkan semua bahan2 yang di goreng berserta minyak sekali ke dalam periuk kanji tadi.

Untuk hiasan, taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun bawang/daun saderi.

Mee Kuah

Bahan-bahan

Mee dan perencah-perencahnya

1 kg Mee kuning
1/2 kg taugeh
2 keping tahu basah (di perap dengan garam, di goreng dan di potong nipis)
2 keping fish cake (kalau suka digoreng dan di potong halus halus)
Beberapa biji fish ball ( digoreng dan di potong halus)
Daun bawang, daun saderi di potong halus
Bawang Goreng
Telur rebus yang di potong juga
Ubi kentang (direbus hingga empuk dengan kulit, kupas kulit dan potong nipis)
Cucur udang yang nipis dan rangup kalau rajin lah.

Untuk Kuah

400 g daging kisar (ayam atau daging)
4 - 5 biji (bergantung kepada saiz ubi) Ubi keledek yang kecil
2 biji ubi kentang
2 biji tomato buah
3 -4 sudu makan cili kering yang telah di blend halus
Bawang merah, bawang putih (diblend bersama cili kering)
Sedikit sos tiram, kacang tanah yang dikisar dan kicap
Garam

Cara Memasak Kuah

  1. Ubi keledek dan ubi kentang di rebus dan di blend sehingga hancur lumat.
  2. Masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan cili dan bawang2 yang telah diblend sekali, kacang tanah.
  4. Masukkan daging kisar (kalau suka boleh tambah udang/ketam ke dalam kuah mee)
  5. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
  6. Rebus sehingga daging menjadi empuk
  7. Masukkan garam, sos tiram kalau ada dan sedikit kicap.
  8. Masukkan buah tomato yang telah di belah ke dalam kuah
  9. Angkat dari api apabila sudah mendidih dan daging telah empuk.
  10. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah mee.
  11. Boleh juga masukkan daun saderi ke dalam kuah untuk menambah rasa dan bau.

Menyediakan mee basah

Rendam mee buat seketika sebelum di basuh. Ini untuk membuang bau kimia pada mee kuning.
Rebus air di dalam periuk dan masukkan mee kuning
Apabila mee sudah lembut, tos kan air panas dan basuh mee tadi dengan air sejuk sehingga mee menjadi sejuk. Kanji dari mee akan keluar dan mee tidak melekat-lekat.
Hidang kan

Celur taugeh dalam air panas mendidih buat seketika.

Bila semua dah tersedia, masukkan mee, taugeh dan perencah-perencah mee tadi dan masukkan kuah. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang/saderi. Kalau suka tambah dengan cili muda yang di potong.

Mee Tomato

Bahan-bahan

ubi keledek kuning
daging
serai 3 batang
sos tomato Aminah Hassan (atau yang sama dengan nya)
fish ball. fish cake
bawang merah, bawang puteh, halia
cili kering di blend

mee
sawi, taugeh, (di celur)
telur rebus
cili besar di potong
daun sup/bawang mayang halus
bawang goreng

rebus ubi keledek sampai tender,
jgn buang air rebusan.simpan
blend/lenyek

Cara Memasak Kuah Mee

  1. Tumis bawang merah, bawang puteh dan halia.halia ni sikit je.
  2. Naik bau masukkan cili kering yg diblend tadi , daging ,serai yang diketuk,masukkan semua sekali
  3. Agak agak daging dan cili dah sebati masukkan ubi keledek yg di blend tadi+ air rebusan ubu keledek
  4. tunggu sampai gelegak, masukkan fish cake, fish ball..dan sos tomato tadi..kalau botol kecik dlm setengah botol la..( untuk periuk berdiameter 21cm)
    garam gula secukup rasa

Ahad, 13 Oktober 2013

Lontong

1. Sayur Lodeh

Bahan-bahan

Sayur-sayuran

Carrot
Kobis
Kacang panjang
Tahu basah
Soh hun (tanghun - kata orang utara)
Sayur fucuk
Terung

Untuk menumis

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
100 g udang kering (udang basah pun boleh)
sedikit minyak masak

Untuk kuah

Cili kering yang di blend sehingga halus
Garam
Serbuk kunyit
Santan
Air

Cara memasak

  1. Sayur-sayuran (kobis, karot, kacang panjang dan karot di potong)
  2. Soh hun dan sayur fucuk di rendam sehingga lembut. Sayur fucuk di potong supaya jangan terlalu panjang
  3. Tahu di potong empat atau enam bahagia setiap satu.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk
  5. Tumis bawang2, sehingga hampir garing, warna kekuningan.
  6. Masukkan udang kering/udang basah
  7. Masukkan cili yang telah diblend halus. Sukatan ikut suka tahap kepedasan. Original sayur lodeh tak masukkan cili.
  8. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air untuk kuah.
  9. Masukkan santan ikut kepekatan yang anda suka. Janag terlalu pekat.
  10. Masukkan garam, dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati.
  11. Masukkan sayur yang lambat untuk empuk, terung, karot, soh hun dan fucuk.
  12. Bila kuah sudah mendidih masukkan sayur-sayur yang lain, kobis dan kacang panjang.
  13. Masukkan tahu yang telah di potong. Didihkan.
Kalau ada tempe, boleh masukkan salah satu dari cara ini :-
  1. Perap tempe dengan bawang putuhyang telah di tumbuk halus, kemudian goreng. Potong menjadi square dan masukkan ke dalam kuah.
  2. Boleh juga di masukkan kemudian bersama nasi himpit.

2. Nasi Impit

  1. Paling senang, beli yang siap di jual dalam plastic, jenama berbagai (NONA, ADABI dan sebagai)
  2. Basuh plastik berisi beras dan rebus dalam air yang melitupi plastic beras untuk sekurang2nya 4 jam. Kalau air kurang, tambah lagi ke dalam periuk.
  3. Semasa di dalam periuk balik, balik kan kampit nasi supaya masaknya rata.
  4. Boleh di masukkan daun pandan dan garam ke dalam air rebusan
  5. Apabila sudah masak, angkat nasi impit, kemudian perlulah di sejukkan selama 12 jam sebelum dipotong. Jika tidak, nasi impit akan tidak menjadi manpat.
Kalau tidak ada nasi impit segera, cara nak buat nasi impit ni tak lah berapa susah.
  1. Basuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker. Campurkan sedikit garam.
  2. Masukkan air dalam sukatan yang berlebihan. Jika selalu 1 sukatan beras di tambah 1 sukatan air, kali ini gandakan sebanyak 2 kali sekurang kurangnya. Apabila nasi yang lembikk ni dah masak, lenyekkan dengan sudip sehingga nasik nampak pecah2 halus.
  3. Lapik kain linolin, atau kain cotton (putih) kedalam bekas atau acuan kek pun boleh.
  4. Masukkan nasi lembik tadi ke dalam kain dan lenyekkan lagi.
  5. Kemudian ratakan di dalam bekas, tekan untuk memanpatkan nasi tadi.
  6. Bila dah agak manpat, balut kain tadi, tutup bekas atau acuan dah tindihkan dengan susuatu objek yang berat. Lesung batu pun boleh. Biarkan sehingga sejuk. Potong bila dah cukup sejuk.
Apabila sudah masak nasik impit dan sayur lodeh, masukkan nasik impit yang telah di potong mendaduke dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah sayur lodeh. Untuk menambah kesedapan lontong, boleh tambah kuah kacang atau serunding semasa memakan lontong.

Kari Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak

  1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Kupas bawang merah dan bawang putih
  3. Potong nipis2 untuk menumis.
  4. Halia juga dihiris nipis2
  5. Panaskan minyak di dalam periuk
  6. Tumiskan bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kalau daun kari ada tumiskan sekali daun kari tu.
  7. Bila dah bawang dah nampak garing dan naik bau.
  8. Masukkan serbuk rempah kari ke dalam minyak. Kecilkan api, supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam setengah cawan)
  9. Masukkan ubi kentang yang telah di kupas dan di potong empat atau enam (ikut saiz ubi)
  10. Masukkan ayam ke dalam rempah tadi. Kacau supaya rempah jangan kering dan hangit. Biarkan begitu sampai rempah pecah minyak. Kalau rempah nampak terlalu kering tapi belum pecah minyak tu, masukkan sedikit lagi air.
  11. Masukkan garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa kalau suka
  12. Bila rempah dah pecah minyak dan ubi kentang serta ayam dah nampak empuk, masukkan santan dan air. Kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat dari api.

Note :

  1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
  2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam sedikit kari tu.
  3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa santan tu)

Chicken Chop

Bahan-bahan
Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak

  1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu. Tak pandai aku nak describe macam mana nak debone ayam ni. Mungkin boleh tengok kat website mana2.
  2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
  4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
  5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
  6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
  7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
  8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan-bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.

  1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
  2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
  3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, aku tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
  4. Potong mendadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
  5. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
  6. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Garam dan gula secukup rasa.

Sos Kacang Panggang (Baked Beans + Mix veggies)

Bahan-bahan

1 tin kacang panggang (Baked beans)
2 sudu cili kering yang diblend halus (dalam 4- 5 biji cili kering)
Mix veggie (kacang peas, jagung, karot dan lain-lain.
Garam dan gula secukup rasa.
Bawang besar
2- 3 sudu minyak masak

Cara membuat sos

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
  2. Tumis paste cili kering sehingga agak garing.
  3. Masukkan baked beans dari dalam tin tu.
  4. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan bwang besar yang telah didadukan, serta mix veggies tu.
  6. Didihkan dan boleh dah di sendukkan ke atas chicken chop.

Rendang Nogori

Bahan-bahan

1 1/2 kg ayam - potong kecil
garam

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak> cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah - hiris (kalau kat oversea tak ada bawang merah > cuma guna 1- 1.5 biji bawang besar)
6 ulas bawang putih - hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci> kunyit hidup)
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) -> (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit ( kalau tak jumpa di oversea> boleh guna daun limau purut atau daun parsley) 2 sudu besar kerisik - (di supermarket ada jual> 'sweet grated coconut' - goreng setengah bungkus -> tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian> ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan> minyak)
Perahan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran bahan-bahan yang telah dikisar serta kunyit.
  2. Panaskan api (med. hi) atau agak-agak (Rasanya anak dagang gunakan oven atau microwave masa memasak ni)
  3. Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
  4. Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak.
  5. Kacau sekali sekala sambil>masukkan garam sedikit (agak-agak)
  6. Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
  7. Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi.
  8. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium).
  9. Kalau nak kasi manis sikit boleh la letak gula merah (tapi orang Negeri tak campur gula )
  10. Selepas dalam 15 minit boleh la decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api (lo). dan boleh lah dimakan.