Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak
1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
- Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
- Kupas bawang merah dan bawang putih
- Potong nipis2 untuk menumis.
- Halia juga dihiris nipis2
- Panaskan minyak di dalam periuk
- Tumiskan bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kalau daun kari ada tumiskan sekali daun kari tu.
- Bila dah bawang dah nampak garing dan naik bau.
- Masukkan serbuk rempah kari ke dalam minyak. Kecilkan api, supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam setengah cawan)
- Masukkan ubi kentang yang telah di kupas dan di potong empat atau enam (ikut saiz ubi)
- Masukkan ayam ke dalam rempah tadi. Kacau supaya rempah jangan kering dan hangit. Biarkan begitu sampai rempah pecah minyak. Kalau rempah nampak terlalu kering tapi belum pecah minyak tu, masukkan sedikit lagi air.
- Masukkan garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa kalau suka
- Bila rempah dah pecah minyak dan ubi kentang serta ayam dah nampak empuk, masukkan santan dan air. Kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat dari api.
Note :
- Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
- Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam sedikit kari tu.
- Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa santan tu)