1. Sayur Lodeh
Bahan-bahan
Sayur-sayuran
Carrot
Kobis
Kacang panjang
Tahu basah
Soh hun (tanghun - kata orang utara)
Sayur fucuk
Terung
Kobis
Kacang panjang
Tahu basah
Soh hun (tanghun - kata orang utara)
Sayur fucuk
Terung
Untuk menumis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
100 g udang kering (udang basah pun boleh)
sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih
100 g udang kering (udang basah pun boleh)
sedikit minyak masak
Untuk kuah
Cili kering yang di blend sehingga halus
Garam
Serbuk kunyit
Santan
Air
Garam
Serbuk kunyit
Santan
Air
Cara memasak
- Sayur-sayuran (kobis, karot, kacang panjang dan karot di potong)
- Soh hun dan sayur fucuk di rendam sehingga lembut. Sayur fucuk di potong supaya jangan terlalu panjang
- Tahu di potong empat atau enam bahagia setiap satu.
- Panaskan minyak di dalam periuk
- Tumis bawang2, sehingga hampir garing, warna kekuningan.
- Masukkan udang kering/udang basah
- Masukkan cili yang telah diblend halus. Sukatan ikut suka tahap kepedasan. Original sayur lodeh tak masukkan cili.
- Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air untuk kuah.
- Masukkan santan ikut kepekatan yang anda suka. Janag terlalu pekat.
- Masukkan garam, dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan sayur yang lambat untuk empuk, terung, karot, soh hun dan fucuk.
- Bila kuah sudah mendidih masukkan sayur-sayur yang lain, kobis dan kacang panjang.
- Masukkan tahu yang telah di potong. Didihkan.
Kalau ada tempe, boleh masukkan salah satu dari cara ini :-
- Perap tempe dengan bawang putuhyang telah di tumbuk halus, kemudian goreng. Potong menjadi square dan masukkan ke dalam kuah.
- Boleh juga di masukkan kemudian bersama nasi himpit.
2. Nasi Impit
- Paling senang, beli yang siap di jual dalam plastic, jenama berbagai (NONA, ADABI dan sebagai)
- Basuh plastik berisi beras dan rebus dalam air yang melitupi plastic beras untuk sekurang2nya 4 jam. Kalau air kurang, tambah lagi ke dalam periuk.
- Semasa di dalam periuk balik, balik kan kampit nasi supaya masaknya rata.
- Boleh di masukkan daun pandan dan garam ke dalam air rebusan
- Apabila sudah masak, angkat nasi impit, kemudian perlulah di sejukkan selama 12 jam sebelum dipotong. Jika tidak, nasi impit akan tidak menjadi manpat.
Kalau tidak ada nasi impit segera, cara nak buat nasi impit ni tak lah berapa susah.
- Basuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker. Campurkan sedikit garam.
- Masukkan air dalam sukatan yang berlebihan. Jika selalu 1 sukatan beras di tambah 1 sukatan air, kali ini gandakan sebanyak 2 kali sekurang kurangnya. Apabila nasi yang lembikk ni dah masak, lenyekkan dengan sudip sehingga nasik nampak pecah2 halus.
- Lapik kain linolin, atau kain cotton (putih) kedalam bekas atau acuan kek pun boleh.
- Masukkan nasi lembik tadi ke dalam kain dan lenyekkan lagi.
- Kemudian ratakan di dalam bekas, tekan untuk memanpatkan nasi tadi.
- Bila dah agak manpat, balut kain tadi, tutup bekas atau acuan dah tindihkan dengan susuatu objek yang berat. Lesung batu pun boleh. Biarkan sehingga sejuk. Potong bila dah cukup sejuk.
Apabila
sudah masak nasik impit dan sayur lodeh, masukkan nasik impit yang telah
di potong mendaduke dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah sayur lodeh.
Untuk menambah kesedapan lontong, boleh tambah kuah kacang atau
serunding semasa memakan lontong.