Sabtu, 3 Mei 2014

Rendang Ayam Rempah biji

Kiriman: syamieda

Bahan-Bahan:

seekor ayam
Bahan A
10 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan B

minyak untuk menumis
5 sudu kerisek
5 sudu kicap
garam secukup rasa
daun kunyit dimayang halus

Cara:

Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.

Tambahan:

Boleh dimakan bersama nasi, atau lemang, ketupat dan roti.

Chicken Tikka

BAHAN-BAHAN:
1 kg. daging ayam bahagian dada. Buang kulit dan potong dadu size: 2-3cm.
1 cawan yogurt.
1 cawan daun ketumbar. (daunya digunakan utuk tabur dia atas, batangnya digunakan untuk jadikan pes).
3 sudu besar (tbsp) pes halia – bawang putih.
3-4 sudu besar garam masala.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1/2  sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1/2 sudu kecil perwarna merah oren.
3 sudu besar jus limau nipis atau lemon.
1 biji limau nipis / lemon dipotong wedges untuk hidangan.
1 biji bawang dihiris bulat untuk hiasan.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
  1. Cincang halus daun ketumbar atau masukkan dalam food processor dan dikisar.  Batang daun ketumbar dikisar halus jadikan pes.  Adunkan dengan yogurt dan jadikan ia seperti pes.
  2. Masukkkan semua rempah dan bahan-bahan tadi dalam pes ini dan masukkan ketulan daging ayam yang telah sediakan. Tutup bekas pemerapan ini dan masukkan dalam peti sejuk untuk pemerapan semalaman. Rendam lidi satay dalam air selama 30 minit. Dan mulakan cucuk ketulan daging ayam ini pada lidi satay seperti penyediaan satay dengan jarak diantara satu ketul daging dengan yang lain dalam jarak 1cm. Boleh gunakan skews (batang besi) juga.  Cara kayu satay ini lebih sesuai dibakar dengan api terdedah seperti satay. Sekala-sekala terbalikan bakaran inidengan merenjiskan sedikit minyak ke atasnya. Biasanya dalam 15 minit ketulan ayam ini boleh masak.
  3. Sekiranya bakar di oven anda perlu gunakan skews ia itu batang besi yang digunakan untuk bakar atau grill. Panaskan oven pada 200 C darjah, susun skew anda di tapak grill disediakan untuk grill,  tentukan anda tempatkan perangkap minyak berlebihan di bawah tapak grill dlm oven anda. Sekala sekala sapukan minyak keatas daging ayam dan terbalikan. Daging ayam biasanya dalam boleh masak dalam 30 – 40 minit.
  4. Hiaskan Chicken tikka anda dengan bawang dihiris halus bulat dan wedges limau atau gunakan salad.

Resepi Sup Kentang Berkrim

Bahan-bahan:

1 sudu mentega atau marjerin
1 sudu tepung serbaguna
½ cawan susu
2 biji telur – ambil kuning sahaja
4 - 5 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu
3 cawan air rebusan ayam
¼ bawang besar - dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu krim (jika suka)
1 tangkai daun bawang – dicincang untuk taburan

Cara penyediaan:


Isikan ¾ penuh air dalam sebuah priuk yang besar. Masukkan kentang dan nyalakan api besar. Tutup dan biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, buka penutup dan biarkan mereneh selama 10 minit. Kemudian tutup api, tapis kentang yang telah masak dan buang air rebusan. Masukkan semula kentang ke dalam periuk bersama bawang dan air rebusan ayam.

Sementara itu, masukkan mentega atau marjerin ke dalam sebuah mangkuk yang besar dan cairkan ke dalam microwave anggaran selama 30 saat. Keluarkan mangkuk dari microwave dan masukkan tepung bersama susu. Kacau hingga mesra. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga mesra. Masukkan adunan ini ke dalam periuk tadi.

Panaskan sup sambil dikacau hingga mendidih pada kepanasan tinggi. Setelah mndidih, berhenti kacau dan biarkan mereneh selama seminit. Kecilkan api pada kepanasan sederhana dan masukkan krim (jika suka). Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 10 minit. Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun bawang.

Masak Lemak Labu Bilis

Bahan-bahan:

500 gm labu
2 biji bawang besar – dimayang
15 tangkai cili padi – dikisar
2 sm kunyit – dikisar
2 batang serai
1 biji kelapa – diparut dan diperah santannya
50 gm ikan bilis – dibersihkan dan dituskan
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula, potong labu mengikut kesukaan anda.
  2. Bersihkan dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan bawang besar, bahan-bahan yang dikisar, serai dan ikan bilis.
  4. Kemudian, masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
  5. Bubuh garam dan masak selama 30 minit sehingga labu menjadi empuk.
  6. Bolehlah hidangkan bersama nasi putih.

Jumaat, 2 Mei 2014

Resipi Daging Goreng Kunyit Lembap

BAHAN-BAHAN:

500g daging batang pinang.
1 biji bawang besar* (lebih jadikan satu setengah labu pun OK).
3-4 ulas bawang putih*.
Kunyit (secukupnya).
Garam (secukupny).
1 sdk gula.
2 sdb Sos Tiram (ahkak pakai jenama Nona).
Cili padi (optional).

*Dimayang/hiris

CARA-CARA:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. 
  3. Masukkan gula dan kacau rata.
  4. Masukkan garam and kunyit secukupnya.
  5. Masukkan sos tiram.  Kacau rata.
  6. Masukkan cili padi yang dipotong atau sebijik2 utk kes yang ada anak kecik cam I ni.
  7. SIAP!

Tips:

  1. Untuk dapatkan kelembapan tu, masukkan sedikit air and kacau rata utk pastikan daging tu versi tak kering sangat.  
  2. Tapi kalau suka kering, then tak payah letak air.
  3. Daging batang pinang cepat masak.  That's y saya tak goreng daging dulu sbb nanti kemanisan daging akan hilang (bagi saya la).  Tambah air jika perlu (if daging liat).
  4. Kalau siat2kan daun limau purut lagi sodap.  Baunya naik betul.
  5. Boleh masukkan sudu semasa memasak untuk cepat empukkan daging.
  6. Sedap dimakan dengan tomyam ni...nyum nyum
SELAMAT MENCUBA

Koktel buah-buahan sempoi

Bahan-bahan ( satu family )

  • 1 tin koktel buah-buahan campuran (ikut suka)
  • 1 tin susu sejat
  • air batu

Cara-cara

campurkan semua bahan-bahan tadi. dan bolehlah di makan.kalau di makan time petang lagi best.

oleh : mirza_izz

Lasagna Daging / Ayam

BAHAN-BAHAN: Buat Inti Merah.
  • 600gm daging cincang (MH guna Azmy).
  • 1 tin cendawan butang dlm tin (MH tak guna kerana anak-anak tak suka).
  • 1 biji bawang labu kuning diptg dadu (Mat salleh suka bawang ini).
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan cincang halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) butter dan 1/2 sudu besar minyak masak..takut butter terbakar pulak nanti.
  • 1 sudu besar keju Mozarella bagi wangi sikit.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) lada hitam kasar.
  • 1/2 sudu kecil serbuk oregano kering..MH pakai herba thymine kering/jemuju je dari baki buat muruku.
CARA-CARA MEMBUAT SOS:
  1. Mcm biasa panaskan kuali, masukan minyak lepas itu butter. Minyak untuk mengelakan butter terbakar dari pengelaman guna minyak sapi.
  2. Masukkan bawang putih diikuti dgn bawang dan tumis layu saja. Masakan mat salleh tak garing cuma layukan saja.
  3. Masukkan daging cincang, mcm biasa goreng sehingga air daging hilang dan timbul minyak daging dari lemak daging. MH borink dgn daging cincang ready made ini pasal tipu dibuatbdgn 1/4 bhg. lemak daging. Kalau boleh buang sedikit minyaknya. Hindarkan minyak berlebihan.
  4. Bila daging cincang agak masak tuang tomato puri dan cili sos.
  5. Kalau nak pakai cendawang masukan. Masukan lada hitam dan serbuk oregano dan garam secukup rasa. Bila masak agak pekat dan ketepikan.
CARA-CARA BUAT SOS PUTIH:

BAHAN-BAHAN:
  • 2 sudu besar (tbsp) butter dan sedikit minyak masak.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 3 kpg Cheese.
  • 250 ml susu penuh krim dutch lady.
  • Garam secukup rasa.
CARA-CARA MEMBUAT SOS PUTIH.
  1. Panaskan kuali dgn api sederhana, masukan butter dan minyak masak. Bila butter naik panas, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Cara ini utk hilangkan bau tepung je.
  2. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan cheese dan kacau sebati sehingga cheese cair. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Kacau sehingga sos jadi pekat. Sekiranya pekat sgt, tambahkan susu lagi dan kacau.
  4. Angkat dari dapur dan tepikan.
Cara lapik lasagna:
  1. Loyang empat segi yg bersesuain, bubuh sedikit butter. Susunkan lapisan terbawah ini dgn kepingan lasagna yg telah celup air. Susunkan rapat-rapat. Potong ikut size loyang anda.
  2. Ratakan sos merah dan selepas itu tuangkan pula sos putih.
  3. Taburkan Parmesan dan keju mozerella diats sos putih tadi.
  4. Ulang balik cara yg sama sehingga tiga lapisan..Ingat ye last sekali mesti cuma sos putih dan morzerella cheese yg di taburkan lagi banyak lagi best.
  5. Panaskan oven dulu pada 180C dan bakar selama 40 minit. Keluarkan dan sejukan dulu sebelum potong. Dah siap Lasagna Daging anda ..selamat mencuba.

Resepi Sup Kambing Daha

Bahan-bahan:

500 gram daging kambing, potong dadu, bakar hingga matang
1500 ml santan
5 sudu makan makan kicap manis
5 helai daun limau
3 helai daun salam
3 sudu makan makan minyak masak

Bahan Pelengkap:

150 gram taugeh, bersihkan
150 gram kobis, hiris halus
3 batang daun seleri, hiris halus
3 sudu makan makan bawang putih goreng
5 sudu makan makan bawang merah goreng
3 biji limau nipis
6 sudu makan teh sambal cili api

Kisar halus:

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan teh lada hitam
1 sudu makan teh ketumbar
½ sudu makan teh jintan
1 sudu makan garam (atu secukup rasa)
1 sudu makan gula merah
Seruas jari kunyit
Seruas jari halia
Seruas jari lengkuas

Cara Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masak. masukkan santan, daun limau dan daun salam diikuti daging kambing. Masak hingga bahan kisar meresap. Angkat dan ketepikan seketika.

Satukan taugeh dan kobis dalam mangkuk. Tuang kuah panas panas tadi. Taburkan bawang putih goreng, bawang merah goreng dan daun seleri sebelum disajikan.

Sajikan segera selagi panas dangan kicap, sambal lada api, dan potongan limau nipis.

Lempeng Daging Cincang

Bahan-bahan untuk lempeng:

2 biji telur
125 gm tepung gandum
300 ml susu segar
2 sudu besar mentega cair
120 gm keju mozzarella – disagat

Bahan-bahan untuk inti daging cincang:

1 labu bawang merah – dicincang
1 ulas bawang putih – dicincang
180 gm tomato puri
80 gm lada benggala hijau – dicincang
80 gm lada benggala merah – dicincang
200 gm daging cincang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan inti daging cincang:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Barulah masukkan tomato puri dan daging cincang.
  3. Apabila daging agak masak, masukkan pula lada benggala hijau dan merah.
  4. Bubuh garam dan kacau sebati.
  5. Apabila inti masak, angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan lempeng daging cincang:

  1. Ambil sebuah bekas. Masukkan telur, tepung gandum, susu segar dan mentega cair.
  2. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali ' non stick' leper dan tuangkan satu senduk adunan.
  4. Pastikan adunan lempeng ini nipis.
  5. Apabila sudah kekuningan, angkat lempeng ini dan letakkan di atas bekas pembakar.
  6. Tuangkan inti daging cincang yang sudah dimasak tadi di atas lempeng.
  7. Gulung lempeng berinti daging ini.
  8. Kemudian taburkan keju mozzarella yang sudah disagat tadi.
  9. Angkat bekas pembakar dan masukkan bekas berisikan lempeng ini ke dalam ketuhar pembakar.
  10. Bakar pada suhu 150 darjah Selsius selama 20 minit.
  11. Kemudian, lempeng ini siap untuk dinikmati.
sumber dari : http://www.sajionline.my/

Khamis, 1 Mei 2014

Resipi Sambal Sardin Cili Padi

BAHAN-BAHAN:

1. 1 tin sardin (Cap Ayam yang gemuk pendek tu)
2. 5-6 ulas bawang merah*
3. 2 ulas bawang putih*
4. 5-7 biji cili padi*
5. 1 sdb cili kering dikisar
6. 1-2 biji terung dibelah 4
7. 5-6 biji tomato ceri
8. 1 asam keping/air asam jawa 
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 1/4 cawan air (utk bagi terung tadi masak sket)
*dikisar

CARA-CARA:

  1. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan cili kering yang dikisar dan gula (anggaran 1 sdk). Masak sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan terung and kacau hingga separuh masak (masukkan air sikit jika perlu)
  4. Masukkan sardin.  Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula (if tak cukup).  Perasakan.
  6. Masukkan tomato ceri.  Kacau dan biarkan seketika.
  7. SIAP

Tips:

  1. Terung kena masuk awal sbb ambil masa utk masak.
  2. Kalau rasa dah cukup masam, keluarkan asam keping tu sbb makin lama akan jadi makin masam plak nanti.
  3. Spt biasa, bawang tu kena betul2 masak, kalau tak..x sedapp..

Laksa Mee Pangkor Original

Kiriman: ida  

Bahan-Bahan:

Bahan A

  1. laksa mee (selalu ada kat kedai ubt cina) kalau takde ganti ngan mee kuning.

Bahan B

Untuk sup

  1. ikan kembung/ketam.
  2. sayur sawi
  3. daun sup
  4. bawang putih
  5. bawang merah

Bahan c

Untuk sayur

  1. kacang panjang
  2. lobak masin
  3. sotong kering
  4. bawang putih
  5. bawang merah
  6. kicap masin /manis

Bahan D

Untuk sambal

  1. cili giling.
  2. bawang putih

Cara:

cara-caranya:

membuat kuah

panaskan minyak, masukkan bawang puti dan merah tumis sehingga garing, masukkan air, masukkan ketam, bila mendidih masukkan sayur ,garam dan perasa.

membuat sayur


panaskan minyak ,masukkan bawang puting dan merah goreng garing masukkan lobak masin,sotong kering,kacang dan kicap manis.

membuat sambal

panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili gilang goreng sehingga garing ,masukkn garam secukup rasa.

rebus mee seperti biasa dan hidangkan

Tambahan:

sotong kering menambah rasa sedap sayur.     

Ayam Masak Kuzi

RESEPI: AYAM MASAK KUZI.

Bahan-Bahan  Perlukan:
  • 1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg – dipotong 12 bahagian.
  • Sedikit saffron.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
  • 1 tin susu sejat.
  • 1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
  • 1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
  • 60 gm kismis hitam.
  • 50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 1 biji bawang besar di hiris halus.
  • 1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
  • garam dan gula secukup rasa.
Penyediaan Rempah Kuzi:
  • 1 sudu besar biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil biji jintan manis.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil biji lada putih.
  • 1/2 sudu halia kering.
  • 1/4 sudu kecil kayu manis.
  • 1/2 sudu serbuk kunyit.
Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
  1. Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus  kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.
CARA MEMASAK:
  1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.
  2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.
  3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehinnga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.
  4. Goreng bawang dalam minyak gorenga ayam tadi. Bila bawang gorengan mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.
  5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masaka sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.

Resepi Dhal Kambing

Bahan-bahan:


2 biji Terung Bulat ~ belah 8
1 inci Halia ~ hiris nipis
3 ulas Bawang Putih ~ ketuk hancur
2 biji Bawang Merah Kecil ~ hiris nipis
2 biji Bawang Merah Besar ~ belah 4
2 biji Buah Tomato ~ belah empat
2 biji Kentang ~ potong kiub-kiub kecil
1 batang Lobak Merah ~ hiris kasar
1 mangkuk kecil Kacang Dhal kecil
1 bungkus kecil (50gram) Serbuk Kari Ikan
3 Bunga Lawang
1 sudu Serbuk Kunyit
2 batang Kayu Manis
1 kg Daging Kambing ~ potong mengkut saiz yang disukai
1.5 liter Air
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
sedikit halba
Daun ketumbar ~ dicincang untuk hiasan

 

Cara Penyediaan:


Masukkan bawang merah, buah tomato, kentang, lobak merah, kacang dhal, daging kambing dan halia ke dalam kuali. Masukkan air dan tutup. Masak atas api kecil sehingga daging dan kacang dhal empuk, anggaran selama 45 minit. Setelah empuk masukkan terung.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Biarkan sehingga naik bau, kacau dan masukkan bunga lawang, kayu manis, serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau sebati dan masak hingga naik aroma. Tutup api dan masukkan ke dalam kuali pertama tadi. Kacau hingga mesra. Taburkan sedikit halba dan tutup semula. Biarkan selama 10minit.

Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga mesra. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk hidangan, senduk dalca ke dalammangkuk dan taburkan daun ketumbar di atasnya. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti.

Sotong Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

300 gm sotong (saiz sederhana)
15 ml minyak masak
30 tangkai cili padi – ditumbuk
1 sm kunyit hidup – ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 labu bawang besar – dihiris
2 tangkai cili merah – dihiris
20 gm asam jawa – dibancuh bersama air
20 gm gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan sotong dan ketepikan buat seketika.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis cili padi, kunyit hidup dan bawang merah yang telah ditumbuk.
  3. Apabila tumisan naik bau, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.
  4. Kemudian, masukkan sotong, air asam jawa, gula dan garam.
  5. Kacau rata kesemua bahan.
  6. Biarkan sehingga sotong masak.

Rabu, 30 April 2014

Resepi Ayam Bumbu Bali

Bahan-Bahan Perlukan:RESEPI

  • 1 ekor ayam potong 16 bahagian.
  • 3 helai daun limau purut dibuang urat daun tengah.
  • 3 biji tomato dipotong 8 bahagian.
  • 2 sudu kicap manis ABC.
  • 1 inci lengkuas dicincang halus.
  • 2 helai daun salam Indonesia.
  • 2 sudu besar air limau nipis / lemon.
  • 1 sudu besar gula melaka.
  • 1 sudu besar jus asam jawa.
  • 2 kiub pati ayam / 1 liter air stok ayam.

Bahan-Bahan Untuk sambal dikisar halus:

  • 10 tangkai cili merah dibuang biji.
  • 5 tangkai cili api
  • 1 keping belacan bakar bersaiz 1″ X 1″.
  • 3 butir buah keras.
  • 5 ulas bawang putih.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan ayam dan lumurkan sedikit garam dan jus lemon. Peram sekurang-kurang 30 minit.
  2. Goreng daging ayam setengah masak.
  3. Tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
  4. Masukkan lengkuas, daun salam, daun limau purut, tomato dan kicap manis. Masukkan juga gula melaka dan juga air asam. Sekiranya pekat sangat masukkan air stok ayam atau 2 kiub stok ayam bersama 1 liter air atau sukatan air untuk kepekatan yang anda perlukan.
  5. Perlahankan api dapur, masukkan ketulan ayam. Tutup tudung bekas masak. Biarkan ayam masak separuh lagi. Apabila ayam telah secukup masak tutup api dapur. Keluarkan ayam dan hidangkan. selamat mencuba.

Ayam Masak Kurma dari Bangladesh

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 ekor ayam dipotong 10-12 bahagian.
  • 2 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 2 sudu besar pes bawang putih halia.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar. (sediakan serbuk ketumbar sendiri).
  • 3/4 cawan yogurt .
  • 1 kpg kulit kayu manis 2″ panjang.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 helai daun salam India.
  • 4-5 kuntum cengkih.
  • 4 tangkai cili hijau.
  • 2 sudu besar buah badam direndam air dan tumbuk lumat.
  • 2 sudu besar biji janggus.
  • 2 sudu besar buah kismis.
  • 1 sudu kecil gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar minyak sapi.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan ayam dan tos. Masukkan yogurt , pes halia bawang putih dan serbuk ketumbar – adunkan sama rata dan peram sekurang-kurangnya 1 jam.
  2. Panaskan kuali masukan minyak. Masukan hirisan bawang dan goreng keemasan dan masukan biji janggus, kismis, kayu manis, pelaga, cengkih dan daun salam sentiasa kacau sehingga naik baunya.
  3. Masuk segera ketulan ayam yang telah peram dan garam ke dalam kuali. Masak ayam ini dalam api sederhana besar (medium). Kacau sekali sekala ayam. Proses ini kita cuma ingin mengaringkan sedikit permukaan ayam supaya keras sedikit dan bila masak tak mudah hancur.
  4. Masukkan 2 1/2 cawan air (kalau dapat stok ayam lagi sedap) dan buah badam yang ditumbuk halus. Reneh masakkan ini dengan api dapur kecil dan tutup dengan tudung. Sekali-sekala kacau adunan ini.
  5. Masukkan gula, minyak sapi dan cili hijau. Rasa masakan ini kemasaman yogurt dan gula telah dimbangkan. Sekiranya masam tambah gula 1 sudu besar lagi. Nasak sehingga ketulan ayam masak sempurna. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.
Nota: sekira anda suka tambah 1/2 kecil serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbuk cili untuk pedas sedikit.

Resepi Telur Bistik

Bahan-bahan:

Bahan untuk telur-

3 biji telur
3 sudu makan daging kisar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng telur

Bahan untuk Sos-

2 ulas bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia. dimayang
1 batang lada merah, dihiris halus
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis, potong kecil
Sedikit lobak merah, potong nipis
1 biji tomato, dibelah 8
1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara penyediaan:


Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra.
Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan

Untuk sos:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra.
Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra.
Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.

Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.
Enak dihidangkan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng cina.

sumber dari : http://www.resepi4u.com/

Puding Labu Gula Melaka

(* Resipi oleh Chef Shafie, Chef Pastri, Hotel Equatorial, Bangi, Selangor)

Bahan-bahan:
50 gm labu
100 ml santan
10 gm gula
10 gm serbuk agar-agar
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya

Cara menyediakan:
1. Mula-mula, bersihkan labu dan potong dadu.
2. Selepas itu, rebuskan labu yang telah dipotong dadu.
3. Apabila labu sudah masak, angkat dan tuskan. Ketepikan.
4. Masak agar-agar bersama santan.
5. Kacau sehingga serbuk agar-agar larut.
6. Perasakan agar-agar dengan garam.
7. Selepas itu, masukkan agar-agar ke dalam gelas.
8. Masukkan pula labu yang telah dimasak tadi ke dalam gelas.
9. Kemudian, masukkan pula santan.
10. Sejukkan puding ini dalam peti sejuk.
11. Ketika hendak menikmati puding ini, curahkan gula melaka di atasnya.
12. Puding labu ini sedia untuk dinikmati.

Tomyam Campur

Bahannya

200gm daging [potong kecik2]
3 btg serai [diketuk]
5 ulas bwg putih [diketuk]
3-4 biji cili padi ikut masing2 selera [dibelah]
bunga kubis ]
kobis ]potong ikut suka
carrot ]
putik jagung [takde]
2 pek tomyam putih adabi
sedikit garam
air secukupnya
sedikit daun ketumbar
daun limau purut
jus limau nipis secukupnya

Caranya

  1. Rebus daging hingga empuk, masuk bwg putih, cili padi, serai dan perencah tomyam. Masak hingga mendidih.
  2. Masuk sayur yg keras dulu. Biar seketika dan taruk sayur kobis.
  3. Masuk daun limau, jus limau, garam secukupnya. Biar mendidih seketika lagi.
  4. Akhir sekali tabur daun ketumbar sblm dihidang. Siap.

Selasa, 29 April 2014

Udang 1000 Rasa

Udang 1000 Rasa

Kiriman: Izah

Bahan-Bahan:

Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak

Bahan 2

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam

Cara:

  1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.
  4. Hidangkan di dalam pinggan.

Cadangan Hidangan:

Hidangan ini enak dimakan bersama nasi dan roti.      

Ayam Masak Kapitan atau Nyona Chicken Curry

AYAM MASAK KAPITAN ATAU NYONYA CHICKEN CURRY.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 Kg. ketulan ayam (3 keping peha ayam penuh).
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk kunyit.
  • 200ml santan pekat.
  • 5-6 sudu besar minyak masak.
  • 2 helai daun limau purut yg dibuang urat tengah.
  • 1 biji limau nipis diperah jus.
  • garam secukup rasa.

PENYEDIAAN PES TUMISAN / DIKISAR:

  • 3 tangkai Cili merah yang agak panjang dan dibuang biji.
  • 10-15 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan).
  • 8-10 biji bawang merah kecil.
  • 1 bawang merah labu sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 3 btg serai.
  • 4 kpg lengkuas bersaiz kuku ibu jari.
  • 2 kpg halia bersaiz kuku ibu jari.
  • 2 kpg kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari.
  • 2 sudu besar (tbsp) belacan bakar.
  • 1 sudu besar (tbsp) puri tomato/ sos tomato.
  • 1 sudu besar gula (kalau nak pedas kurangkan). 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar semua bahan-bahan tumis halus dan jadikan pes.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis pes sehingga pecah minyak. Masukan ayam dalam tumisan goreng 5-6 minit sehingga kulit ayam garing sedikit.
  3. Masukkan santan (kalau nak kuah lebih tambahkan air tapi ingat ayam juga keluarkan airnya maka awas jangan sampai kuah anda terlau cair), masuk daun limau purut dan kecilkan api dapur. Biarkan dalam keadaan reneh sehingga daging ayam masak – ambil masa lebih kurang 30 minit.
  4. Masukkan gula dan garam dan jus limau secukup rasa.
  5. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng di atas hidangan.
  6. Hidangan di Pulau Pinang disediakan dengan telur rebus ayam sekali, anda boleh masukkan telur ayam semasa tumis pes. Selamat mencuba.

Resepi Bergedel Kentang & Daging

Resepi Bergedel Kentang & Daging

Bahan-bahan:

300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

Sambal Goreng Kulit Lembu

Sambal Goreng Kulit Lembu

Bahan-bahan:

500 gm kulit lembu – dihiris dan direbus hingga lembut
500 gm perut lembu – dihiris dan direbus hingga lembut
2 labu bawang besar – dihiris
10 ulas bawang merah – dihiris
6 ulas bawang putih – dihiris
1/3 sm belacan
3 sudu besar cili kisar
10 tangkai cili merah – dihiris
10 tangkai cili hijau – dihiris
2 batang serai – dititik
2 sudu besar udang kering – direndam dan dikisar
2 keping tempe – dihiris dan digoreng
4 keping tauhu – dihiris dan digoreng
15 gm suhun – direndam
½ cawan air
1 cawan santan
Caram secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih, udang kering kisar, belacan dan cili kisar sehingga garing.
  2. Masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau hingga agak garing.
  3. Masukkan kulit lembu dan air. Masak selama 10 minit.
  4. Kemudian, masukkan perut lembu, tempe, tauhu, suhun, serai dan santan.
  5. Bubuh juga garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masak sebentar sehingga mendidih dan agak kering.
  7. Bolehlah diangkat dan hidangkan.

Isnin, 28 April 2014

Resipi Bendi Berlada

Resipi Bendi Berlada

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 batang bendi (potong serong time nak masuk dlm kuali..jgn ptg awal2)
  • 5-6 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang merah*
  • 2-3 cili besar merah*
  • Sejemput ikan bilis*
  • 1 sdb sos tiram
  • Air asam jawa (sikit jer)
  • Garam and gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya.

*dikisar

CARA-CARA:

1. Tumis bahan kisar hingga masak (pecah minyak)
2. Masukkan sos tiram.  Kacau rata.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Masukkan bendi.  
5. Masukkan air asam jawa.  Biarkan sekejap.
6. Siap.

Tips:

  1. Bendi tu potong hujung2 masa nak masukkan dalam tumisan sbb nak elakkan lendir keluar banyak.
  2. Gula tu letak sikittttttt je untuk balancekan rasa.
  3. Sedap dimakan bsama ikan goreng garing2...yummy...
  4. Air asam jawa tu, selain jadi agen pemasam, juga untuk mengurangkan lendir.  
  5. Masak bendi ni, jangan duk beria nak kacau once bendi dah masuk...nnt blendir sangat tak lalu nak makan.  (sape ada tips kurangkan lendir bendi, ckp yer...)

Ayam Masak Merah Berempah

Ayam Masak Merah Berempah

Bahan-bahan ( untuk satu family )

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • *1/2 inci halia
  • *4 ulas bawang putih
  • *5 ulas bawang merah
  • *1 biji bawang besar (kuning)
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • Cili giling (sukatan tu ikut suka. kalau nak kuah lebih, lebihkan cili giling)
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam, bersihkan dan toskan. Kemudian, tumbuk atau blend kunyit hidup dan seulas bawang putih beserta garam secukup rasa. Perapkan ayam tersebut dengan kunyit yg ditumbuk tadi. Kemudian goreng. Ketepikan dulu ayam yg dah siap digoreng tadi.
  2. Blendkan bahan-bahan yg bertanda *. Gunakan minyak tadi untuk menumis. Tumis kesemua bahan-bahan yg diblend tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Selang beberapa minit, masukkan cili giling.
  3. Agak2 cili giling tu dah masak, masukkan sos cili dan sos tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  4. Agak2 kuah tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata. Dah pun siap resepi ayam masak merah berempah.

Hokkien Mee Udang Pulau Pinang

HOKKIEN MEE UDANG PULAU PINANG

A. PENYEDIAAN STOK/SUP GUNA KEPALA UDANG DAN UDANG KERING.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kg. udang sedang.
  • 200gm udang kering.

CARA-CARA

  1. Kopek udang dan asingkan kepala dan kulit udang. Kulit udang asingkan untuk kegunaan buat stok dengan ikan bilis pula nanti.
  2. Panaskan kuali dan masukkan dua sudu minyak masak. Maukkan udang kering dan goreng selama 7-8 minit, kemudian masukkan kepala udang dan goreng sekali. Bila kepala udang bertukar kepada kemerahan. Keluarkan gorengan ini.
  3. Gunakan 2 liter air untuk mengisar halus gorenagan di atas. Panaskan periok atau stock-pot dan masukkan hasil kisaran ini. reneh selama 45 minit. Matikan api dapur dan biarkan rebusan ini semalaman untuk seluruh patinya diserap air rebusan.

B. PENYEDIAAN SAMBAL CILI:

  • 20 tangkai cili kering, di rebus dan dikisar halus bersama 1″ x 1″ belacan bakar bersama dengan sedikit air asam jawa. Tumis ambal ini dengan 2 sudu besar minyak sehingga sambal terbit minyak.

C. PENYEDIAAN STO/SUP IKAN BILIS DAN KULIT UDANG.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 200 gm. ikan bilis .
  • 2 inci halia yang diketuk.

CARA-CARA:

  1. Panaskan stock pot/ periok. Masukkan 2 liter air. Masukkan ikan bilis dan halia ketuk. Reneh stok ini selama 45minit – 1 jam. Selepas selesai tapis airnya dan simpan untuk memulakan langkah seterusnya.

D. PERINGKAT TERAKHIR PENYEDIAAN SUP HOKKIEN MEE UDANG (dengan menggunakan dua jenis stok yang telah disiapkan).

Bahan-bahan Diperlukan:
  •  3 sudu besar stok kiub ayam.
  • 50 gm gula batu.
  • 1/2 cawan sambal cili ( ikut kepedasan anda).
  • Tambahan air untuk jadikan keseluruhan sup sebanyak 4 liter.

CARA-CARA:

  1. Tapis kedua-dua stok ini dan masukan dalam periok. Mendidihkan sup ini.
  2. Masukkan gula batu, stok kiub ayam, dan sambal cili. Rasa garamnya kalau perlu tambahkan. Didihkan sup ini. Semasa sup ini mendidih masukkan isi udang (yang telah digunakan kepala dan kulit udang) sedikit demi sedikit dan masak dua atau tiga minit saja dan keluarkan dengan menggunakan penapis, toskan dan sediakan untuk hiasan di atas hidangan nanti. Selepas masak semua isi udang, kecilkan api dapur dan renehkan sup ini sehingga digunakan.
  3. tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan 4 liter sup. Sup anda telah sedia.

E. PENYEDIAAN TERAKHIR UNTUK HIDANGAN:

BAHAN-BAHAN:

  • isi udang yang telah disediakan.
  • 1/2 kg. Sayur Kangkong.
  • 150 gm.taugeh.
  • 5 kpg. Fishcake.
  • 1 kg. Mee Kuning.
  • Bawang Goreng.

CARA-CARA:

Bila tiba buat hidangan, kumpulkan mee, taugeh dan kangkong dalam mangkuk dan isikan air panas mendidih selama 1/2 minit untuk menghilang bau alkali mee. Toskan dan kembalikan latakan didalam mangkok hidangan. Hidang diatas isi udang, fish cake tuang sup dan tuang kembali. Lakukan dua kali. Kali ketiga terus hidang dengan taburkan bawang goreng dan telur masak..bersama sos cili. Selamat Mencuba.

Resepi Loaf Daging Bungkus

Resepi Loaf Daging Bungkus

Untuk pastri:

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum
125 gram mentega- sejukkan dan cincang
1 biji telur
1sudu makan air sejuk

Cara penyediaan:

Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Gaul dengan senduk kayu sehingga campuran menyerupai serbuk roti.

Pukul telur dan 1 sudu makan air sejuk dalam mangkuk sehingga sebati, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Gaul sehingga adunan membentuk doh.

Letakkan doh di atas papan. Uli perlahan-lahan dan bentukkan seperti batang kayu empat segi yang panjang. Bungkus denganplastik dan masukkan ke dalamperti ais semalamanatau sekurang-kurangnya 2 jam.

Loaf Daging Bungkus

Bahan-bahan:

500 gram daging kisar
50 gram serbuk santan
2 biji ubikentang - potong kiub kecil-kecil
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili benggala - potong dadu
1 sudu besar campuran hirisan daun kucai dan daun selasih
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar serbuk roti
60ml susu segar
Garam secukup rasa
Pastri yang telah disediakan

Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali pastri. Gaul sehingga rata.

Gris tin pembakar pembakar berbentukloaf dengan minyak masak. Masukkan adunan daging ke dalamnya dan padat-padatkan.

Masukkan ke dalamketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40-50 minit atau sehingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Sementara itu gelek pastri untuk bungkus bahan yang dibakar.

Bungkus bahan yang telah dibakar dengan pastri dan bakar lagi pada suhu 180 darjah C selama 15-20 atau sehingga warnapastri keemasan.

Sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong.

Sedia untuk dihidangkan.

Roti Gulung Sardin


ROTI GULUNG SARDIN

(* Resipi oleh Asiah Hashim dari Asiah Food & Beverage, A-27-GB, Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor)

Bahan-bahan untuk kulit:

1 buku roti putih – dicanai nipis
Sedikit putih telur

Bahan-bahan untuk inti:

1 tin sardin (bersaiz besar) – ambil isi ikan sahaja.
4 labu bawang besar – dipotong dadu.
2 sudu kecil cili kisar.
2 sudu kecil minyak.
Sedikit jus limau.
Sedikit cili api – dihiris nipis.
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa secukup rasa.

Cara menyediakan:

  1. Untuk bahan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar sehingga naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan isi ikan sardin dan bahan-bahan lain. Gaul sebati.
  3. Ambil sekeping roti dan letakkan inti sardin.
  4. Gulung kemas dan gamkan bahagian roti itu dengan putih telur.
  5. Akhir sekali, goreng roti tersebut.
  6. Setelah kekuningan, roti itu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ahad, 27 April 2014

Nasi Mandy Lahm (Daging) Misry

Nasi Mandy Lahm (Daging) Misry

Kiriman: Wana

Bahan-Bahan:

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI

  • 1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging.1
  • 5 biji buah pelaga.
  • 15 kuntum bunga cengkih.
  • 15 biji lada hitam.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 1 biji buah pala (diketuk).
  • 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam.
  • 1 inci halia (diketuk)

PENYEDIAAN NASI

  • 3 cawan beras basmathi.
  • 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi).
  • 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun.
  • 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu).
  • 1 biji tomato yang kecil (potong dadu).
  • 4 biji buah pelaga.
  • 4 kuntum bunga cengkih.
  • 5 biji lada hitam.
  • garam secubit 

PENYEDIAAN SALATAH

  • 2 biji tomato.
  • 2 cili merah.
  • ½ biji bawang besar.
  • sedikit daun ketumbar.
  • lemon.
  • garam & gula secukup rasa

Cara:

  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
  2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
  3. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
  4. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging).

Sotong Kangkong “Ju Her Eng Chai”

SOTONG KANGKONG. 

Cara buat Sotong Rendam:

  1. Sotong kering direndam semalaman dengan air biasa.
  2. Pada esoknya, tukar air rendaman sotong dengan air ais yang ditambah dengan 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar serbuk soda masakan.
  3. Apabila sotong kering anda bertukar saiz dua kali dari saiz asal ia bermakna sotong kembang anda telah sedia.
  4. Keluarkan sotong, buang airnya dan diganti dengan air baru. Biarkan sotong kembang ini berada dalam rendaman air.
  5. Setiap 2 jam tukar airnya untuk hilangkan bahan kimia yang diguna rendam.

RESEPI SOTONG KANGKONG – PENYEDIAAN SOS DAN HIDANGAN:

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

- 250gm sotong kembang.
- 1 cekak kangkung yang telah basuh dan bersihkan.

Cara Penyediaan: 

Celurkan kedua dalam air mendidih selama 2-3 minit dan celurkan kembali dalam air sejuk supaya haba dapat dihilangkan. Toskan dan potong ikut size yang anda suka. Sotong jangan masak lama yea..nanti jadi liat seperti tayar good year.

PENYEDIAAN SOS:

  •  4 sudu besar sos Hoi Sin”.
  •  3 sudu besar pes otak udang/ petis yang berwarna kehitaman.
  • 2 sudu kecil sambal belacan (biasa kita buat).
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 biji limau kasturi – perahan airnya.
Cara menyediakan: Adunkan semua bahan-bahan itu jadikan pes.
Bahan untuk hiasan hidangan:
  • 1 sudu kecil bijan yang goreng kering.
  • 1 sudu besar kacang goreng tumbuk kasar.

Resepi Steak Daging dengan Mentega Bawang Putih

Resepi Steak Daging dengan Mentega Bawang Putih

 

Bahan-bahan:


2 sudu besar Mentega
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1 ulas bawang putih, dicincang
500gram daging lembu batang pinang, potong jadi 2 kepingan steak
garam dan serbuklada hitam secukup rasa

 

Cara penyediaan:


Panaskan pemanggang.

Sementara itu, cairkan mentega dalam periuk kecil dengan api sederhana-rendah. Masukkan serbuk bawang putih dan bawang putih cincang. Gaul rata, tutupapi dan ketepikan.

Lumur kedua-dua belah steak dengan garam dan serbuk lada hitam. Panggang 4-5 minit setiap bahagian, atau sehingga masak seperti yang diingini.

Setelah steakmasakpada kedua-dua belah, pindahkan ke atas pinggan. Berus setiap bahagian steak dengan campuran mentega tadi. Biarkan selama 2 hingga 3 minit sebelum dihidangkan.

Mi Rebus Muar

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning
200 gm tauge - dicelur
3 keping tauhu – digoreng dan dibelah memanjang
5 biji telur – direbus dan dibelah dua
10 biji limau kasturi – dibelah dua
3 tangkai cili hijau – dihiris
Bawang goreng
Daun sup - dihiris

Bahan-bahan untuk kuah:


½ kg tulang daging
300 gm daging
300 gm udang basah – dikisar
250 gm keledek – direbus dan dikisar
1 tin tomato puri
2 batang serai – diketuk
2 jag air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:


6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
50 gm taucu
50 gm rempah kari daging

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi.
  2. Masukkan serai, tulang daging dan daging.
  3. Tuangkan dua jag air dan renehkan sehingga daging menjadi empuk.
  4. Tidak perlu risau jika daging akan terlebih empuk kerana ia akan memberikan rasa enak yang lebih kepada kuah.
  5. Selepas itu, masukkan tomato puri dan udang basah yang telah dikisar . Kacau rata.
  6. Masukkan pula keledek yang telah dikisar.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat. 
  8. Bubuh garam dan gula. Kacau sebati.
  9. Bolehlah hidangkan mi yang sudah dicelur, tauge, tauhu, telur rebus limau kasturi dan cili hijau.
  10. Tuangkan kuah di atas mi dan kemudian taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
  11. Mi Rebus Muar ini sedia untuk dinikmati.