Khamis, 1 Mei 2014

Resepi Dhal Kambing

Bahan-bahan:


2 biji Terung Bulat ~ belah 8
1 inci Halia ~ hiris nipis
3 ulas Bawang Putih ~ ketuk hancur
2 biji Bawang Merah Kecil ~ hiris nipis
2 biji Bawang Merah Besar ~ belah 4
2 biji Buah Tomato ~ belah empat
2 biji Kentang ~ potong kiub-kiub kecil
1 batang Lobak Merah ~ hiris kasar
1 mangkuk kecil Kacang Dhal kecil
1 bungkus kecil (50gram) Serbuk Kari Ikan
3 Bunga Lawang
1 sudu Serbuk Kunyit
2 batang Kayu Manis
1 kg Daging Kambing ~ potong mengkut saiz yang disukai
1.5 liter Air
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
sedikit halba
Daun ketumbar ~ dicincang untuk hiasan

 

Cara Penyediaan:


Masukkan bawang merah, buah tomato, kentang, lobak merah, kacang dhal, daging kambing dan halia ke dalam kuali. Masukkan air dan tutup. Masak atas api kecil sehingga daging dan kacang dhal empuk, anggaran selama 45 minit. Setelah empuk masukkan terung.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Biarkan sehingga naik bau, kacau dan masukkan bunga lawang, kayu manis, serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau sebati dan masak hingga naik aroma. Tutup api dan masukkan ke dalam kuali pertama tadi. Kacau hingga mesra. Taburkan sedikit halba dan tutup semula. Biarkan selama 10minit.

Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga mesra. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk hidangan, senduk dalca ke dalammangkuk dan taburkan daun ketumbar di atasnya. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti.