Isnin, 28 April 2014

Resipi Bendi Berlada

Resipi Bendi Berlada

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 batang bendi (potong serong time nak masuk dlm kuali..jgn ptg awal2)
  • 5-6 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang merah*
  • 2-3 cili besar merah*
  • Sejemput ikan bilis*
  • 1 sdb sos tiram
  • Air asam jawa (sikit jer)
  • Garam and gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya.

*dikisar

CARA-CARA:

1. Tumis bahan kisar hingga masak (pecah minyak)
2. Masukkan sos tiram.  Kacau rata.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Masukkan bendi.  
5. Masukkan air asam jawa.  Biarkan sekejap.
6. Siap.

Tips:

  1. Bendi tu potong hujung2 masa nak masukkan dalam tumisan sbb nak elakkan lendir keluar banyak.
  2. Gula tu letak sikittttttt je untuk balancekan rasa.
  3. Sedap dimakan bsama ikan goreng garing2...yummy...
  4. Air asam jawa tu, selain jadi agen pemasam, juga untuk mengurangkan lendir.  
  5. Masak bendi ni, jangan duk beria nak kacau once bendi dah masuk...nnt blendir sangat tak lalu nak makan.  (sape ada tips kurangkan lendir bendi, ckp yer...)