Sabtu, 26 April 2014

Ayam Masak Malaya Versi Mamak

AYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK (10-12 ORANG).

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong 16.
6 batang serai – 4 btg dihiris halus dan kisar. 2 btg lagi di ketuk.*
2 biji bawang labu merah sederhana besar.*
1 biji bawang dipotong hiris untuk menumis.
5 ulas bwg putih.*
15 tangkai cili kering cari haq kerinting. rebus .*
1 inci lengkuas.*
1 inci kunyit hidup.*
2 keping asam keping.
1 sudu besar serbuk ketumbar (gunakan serbuk ketumbar yang anda telah sediakan).
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil garam masala.
1 cawan santan pekat atau susu sejat.
1 btg kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 3- 4 buah pelaga, 2 bunga lawang.
garam dan gula pasir secukup rasa.
minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
  2. Kisar semua bahan-bahan bertanda *. Jadikan pes.
  3. Masukkan minyak, bila panas masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan lawang).
  4. Rempah keluarkan aromanya, masukkan pes kisaran. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
  5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
  6. Perlahankan api dapur, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  7. Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah jagus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16)

Resepi Burung Puyuh Panggang

Resepi Burung Puyuh Panggang

Bahan-bahan:

4 ekor burung puyuh, belah jadi 2-4
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 batang daun bawang, hiris halus
½ batang serai, hiris halus
1 sudu teh serbuk lada
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula pasir
½ sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis hingga kekuningan.

Masukkan daun bawang dan serai, kacau rata, tumis sampai layu, angkat, lalu masukkan serbuk lada, sos ikan, gula, dan garam, kacau rata, tutup api dan ketepikan sehingga sejuk pada suhu bilik.

Lumur setiap burung puyuh dengan bahan tadi hingga rata, perap sekurang-kurangnya selama 2 jam dalam peti ais.

Tusuk burung puyuh dengan lidi satay.

Panggang di atas bara api/di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius sampai masak sambil dipusing-pusing dan diolesi dengan minyak bijan. Angkat setelah masak. angkat.

Sajikan bersama-sama dengan garam, serbuk lada hitam, dan potongan limau nipis.

Bagota

Bagota

(* Resipi oleh Hakima Bakery, Kuantan, Pahang)

Bahan-bahan:

500 gm ubi kentang – digoreng dan dilecek
250 gm isi ayam – dipotong halus
50 gm daun sup – dipotong halus
50 gm daun bawang – dipotong halus
50 gm bawang goreng
2 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
Sedikit serbuk roti
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

  1. Dalam satu bekas, campurkan isi ayam, daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  2. Gaulkan bersama ubi kentang yang telah dilecek tadi.
  3. Bentukkan adunan menjadi bujur dan memanjang.
  4. Celupkan adunan tersebut ke dalam telur.
  5. Golekkan adunan dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak dalam kuali.
  7. Gorenglah bagota ini sehingga garing.
  8. Angkat dan tuskan minyaknya.
  9. Bolehlah hidangkan sebagai sajian pembuka selera.

Jumaat, 25 April 2014

Puding Roti Pelangi

Bahan-bahan:

3 keping roti
2 biji telur
½ cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
½ cawan gula
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna biru
Sedikit pewarna ungu
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan:

  1. Didihkan tiga cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula dalam periuk.
  2. Kacau sehingga serbuk agar-agar dan gula larut.
  3. Sementara itu, kisar roti, telur, susu pekat dan susu cair hingga halus.
  4. Masukkan ke dalam periuk yang berisikan agar-agar tadi.
  5. Masukkan mentega dan esen vanila.
  6. Kacau sehingga ia menjadi agak pekat.
  7. Tutup api dan bahagikan larutan agar-agar tadi kepada lima bahagian yang dituang dalam lima bekas berbeza.
  8. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berbeza iaitu biru, ungu, merah, kuning dan hijau.
  9. Sediakan loyang. Tuang lapisan pertama dengan larutan berwarna biru.
  10. Tuang pula lapisan kedua iaitu dengan larutan berwarna ungu.
  11. Diikuti lapisan berwarna merah, kuning dan hijau.
  12. Selepas itu, bolehlah sejukkan puding ini dalam peti sejuk.
  13. Apabila ia benar-benar sejuk, bolehlah potong puding ini dan hidangkan.

Dalca Daging

Bahan-bahan ( Satu family )

  • 200gm kacang dhal - direbus
  • 200gm daging lembu - dihiris
  • 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
  • 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang - dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam
  • Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.
oleh: Noreen

Resipi Chocolate Cupcake Gebu

Resipi Chocolate Cupcake Gebu

Sumber : Paula Deen

BAHAN-BAHAN:

2 1/4 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula castor
3/4 unsweetened cocoa powder 
1 1/2 sdk baking soda
1 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cawan minyak sayuran (boleh pakai canola ke jagung or minyak masak)
1 cawan air nescafe o sejuk (saya pakai 1 sdk nesc)
3 biji telur besar
1 bekas krim masam (boleh didapati di pasaraya...ada tulis Sour Cream, dekat area butter, yogurt, saya beli Natural Sour Cream dalam RM5.00++)
1 sdk esen vanilla

CARA-CARA

  1. Panaskan oven 170 darjah celcius and susun cawan kek.
  2. Kacau rata bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, gula, baking powder, soda bicarbonat dan garam)
  3. Kemudian masukkan telur, minyak, air nescafe and putarkan sehingga sebati.
  4. Masukkan krim masam dan esen vanilla.  Putar lagi (jgn over putar).
  5. Sudukan dalam acuan cawan kek 3/4 penuh (saya pakai scoop aiskrim).
  6. Bakar dalam 18-20 min.  Sejukkan and siap.
Bagi yang ada anak2..cubalah.  Memang sangat digemari.  Kalau nak letak chocholate ganache ke apa boleh la buat. Anak2 saya suka makan kosong jer...Selamat mencuba ya...


 

Ayam Berempah

Ayam Berempah

Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:

15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja       

Nasi Goreng Tom Yam / "Khao Pad Tom Yum"

NASI GORENG TOM YAM / “KHAO PAD TOM YUM”.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan nasi. (sila baca penyediaan nasi goreng posting mamak haji).
  • 5 tangkai cili kering.
  • 4 – 6 cili padi merah.
  • 2 sudu besar serai dihiris. Ambil bahagian putih saja.
  • 2 sudu besar lengkuas dihiris.
  • 4 helai daun limau purut, dibuang tulang tengah dan dihiris.
  • 2 sudu pes Nam Prik (sila baca posting mamak haji cara penyediaan).
  • 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
  • 1/2 cawan sayuran anda suka..lada bengala hijau dipotong dadu.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 2 sudu besar jus limau nipis.
  • 1 cawan isi daging dipotong kiub/ isi udang yang telah buang garis hitam di tengah.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • sedikit daun ketumbar, tomato, dan hirisan timun untuk hiasan.
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Cara menyediakan pes cili – kerat serong cili, rebus selama 10 minit. Bila sejuk, perah cili untu keluarkan air. Tumbuk cili ini bersama dengan cili api.
  2. Panaskan minyak, masukan pes cili yang telah sediakan, Nam Prik Pao, serai, lengkuas, daun limau purut dan goreng sekejap. Masukkan bawang hiris. Goreng layu bawang. Masukan sayuran goreng selama 3-4 minit.
  3. Masukkan udang segar atau daging ayam dan goreng dengan api kecil. Goreng hingga masak 3/4.
  4. Masukkan nasi dan besarkan sedikit api dapur. Masukkan sos ikan untuk keasinan. Jika kurang tambahkan 1/2 sudu kecil lagi sos ikan. Di akhir gorengan masukkan jus limau nipis. Goreng 1-2 minit..angkat dan hidangkan.
 sumber dari : http://balannambiar.wordpress.com/

Khamis, 24 April 2014

Resepi Bubur Pulut Hitam Durian

Resepi Bubur Pulut Hitam Durian

Bahan-bahan:

1 cawan pulut hitam - rendam beberapa jam
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
daun pandan - simpulkan
garam secukup rasa
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair

Cara penyediaan:

Rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air. Masukkan 2 cawan santan, daun pandan gula dan garam.

Kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sampai mendidih. Tutup api. Hidangkan dengan susu cair dan durian.

sumber dari : http://www.resepi4u.com/

UDANG GORENG SEDAP


UDANG GORENG SEDAP

Bahan-bahan:
1 kg udang bersaiz sederhana
1 sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1. Mula-mula, bersihkan udang dan tuskan.
2. Masukkan udang, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam dalam sebuah bekas.
3. Gaul bahan-bahan ini dan biarkan ia terperap selama 30 minit.
4. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali.
5. Masukkan udang yang sudah diperap tadi.
6. Goreng sehingga ia kekuningan.
7. Angkat udang dan tuskan minyaknya.
8. Udang goreng ini enak dimakan ketika ia masih panas.
9. Jika suka, cicah udang goreng ini dengan sos cili.

sumber dari : http://www.sajionline.my/

Rabu, 23 April 2014

Resepi Pizza Buat Sendiri

RESEPI PIZZA BUAT SENDIRI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:
  • 3 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 1/4 sudu kecil (tsp) yis segera.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 – 1/2 cawan air suam (gunakan secawan dulu).

CARA BUAT DOH:

  1. Yis dan gula satu sudu kecil digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.
  2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. Buat kolam tengah tepung dan isikan adunan yis.
  3. Uli tepung sehingga menjadi permukaan doh licin.
  4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda. Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi “pizza Stone”.
  5. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.
  6. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.
  7. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar. Cara buat topping pizza..next page.
  8. Sapukan tomato sos/puri dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos tomato dan cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan tomato sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Kalau guna cendawan butang dalam 2-3 biji dah cukup. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.
  9. Bakar dalam suhu 230 darjah C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap. Mamak haji ada tunjukkan kuali yang digunakan dan contoh permukaan bawah pizza yang dihasilkan.

RESPI: SOS ASAS PIZA.

Biasanya selepas kepingan doh piza di bentukan kita perlu sapu sos piza ke atas doh sebelum bubuh inti dan cheese Mozrella dan apa saja…kebiasaan orang kita cuma sapu sos tomato atau sos cili..ini yg jadikan piza kita kurang umpphhh!. Sos ini kena buat dulu..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 3 sudu besar minyak zaitun (olive oil kalau ada) minyak biasa pun boleh juga. Tujuannya tak bagi butter terbakar.
  • 1 sudu besar butter (kalau tak ada pakai majerin pun boleh..
  • 1/2 cawan bawang (kuning) dicincang.
  • 1/4 cawan celery cincang (1 batang).
  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 1 cawan sos tomato.
  • 3/4 cawan tomato puri.
  • 2 sudu besar cheese parmesan kalau adalah guna 1-2 keping cheese cedar pun boleh.
  • 1 sudu kecil daun herba oregano.
  • 1 sudu kecil daun basil kering (flake).
  • 1 helai daun kecil bay leaf atau daun salam.
  • secubit serbuk lada hitam yang kasar.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 sudu kecil biji jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil garam.

CARA MASAK:

  1. cairkan butter dan masukkan minyak. Masuk bawang putih, bila baunya naik masukkan bawang cincang..layukan bukan garingkan yea..masakan mat salleh semua main layu bawang..masakan mamak garingkan bawang. Pasal itu kita kena guna bawang kuning bau dia tak kuat.
  2. Masuk sos tomato dan pes puri tomato. Didihkan.
  3. Bila dah mula didih masukkan ke semua bahan-bahan itu. kecilkan apai dapur dan reneh selama 30 minit. Kita nak kurangkan kandungan air dan jadikan pes itu pekat. Bila siap keluarkan daun bay leaf.
  4. Sos piza dah sedia.
sumber dari : http://balannambiar.wordpress.com/

Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan

Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan

Bahan-bahan:

500 gram ayam (1/2 ekor ayam) - bersihkan & potong kecil
5 biji bawang merah
2.5cm halia
1.5cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 batang serai
3 helai daun limau purut - hiris halus
2 biji kentang - belah 4
1 sudu cili kisar (cili boh/cili giling)
300 mlm santan
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk goreng ayam & menumis)

Cara penyediaan:

Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup,buah keras dan serai bersama dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalamkuali untuk goreng ayam. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Gunakan kuali yang sama, masukkan kentang dangoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tutup api.

Dalam kuali / periuk lain, masukkan 4 sudu minyak masak dari kuali gorengan tadi. Panaskan minyak dan tumisbahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan cili kisar dan tumis lagihingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga rata.

Masukkan ayam dan kentang  yang telah digoreng tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga mendidih atau pekat.

Tutup api dan angkat untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun limau purut semasa dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Kari Kambing Oat


KARI KAMBING OAT
Written by Norimy Aimi

(* Resipi oleh Suwarsi M. Arukin)

Bahan-bahan:

800 gm daging kambing – dipotong kecil
300 ml susu rendah lemak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk badam
1 sudu besar oat – dipanggang dan dikisar halus
1 sudu kecil kas-kas
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar – dimayang halus
1 tangkai daun kari
2 biji tomato – dibelah lapan
3 biji ubi kentang – dibelah empat
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak sayur

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula, gaul rempah kari bersama daging. Perapkan selama 30 minit sehingga satu jam.
  2. Panaskan dua hingga tiga sudu besar minyak sayur dalam periuk.
  3. Tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  5. Bubuh juga tomato dan daun kari. Tumis lagi bahan-bahan ini.
  6. Tuangkan serbuk cili dan tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau rata.
  8. Didihkan sehingga daging empuk. Jika daging belum empuk, bolehlah tambah sedikit air.
  9. Sementara itu, rendamkan kas-kas dalam air panas dan tuskan.
  10. Satukan kas-kas tadi dengan serbuk badam, lada hitam dan lada sulah.
  11. Gaul sebati dan masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk.
  12. Masukkan ubi kentang, susu rendah lemak dan oat kisar. Kacau rata.
  13. Didihkan dengan api yang kecil sehingga kesemua bahan sebati.
  14. Bubuh garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda. Kacau lagi.
  15. Apabila sudah mendidih, angkat dan hidangkan kari kambing oat ini bersama nasi atau roti.

Selasa, 22 April 2014

Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Sumber: Buku Pandai Memasak 

Bahan-Bahan:

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)  
5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Resipi Quiche Loraine Berintikan Ikan Sardin

RESIPI QUICHE LORRAINE BERINTIKAN IKAN SARDIN

PENYEDIAAN PASTRY (DOH TEPUNG):

  • 200 gm tepung gandum.
  • 100 gm butter sejukbeku.
  • 1 biji kuning telur.
  • 2 sudu kecil air ais.

Cara Penyediaan:

  1. Potong butter bentuk kiub kecil dan masukkan bersama dengan tepung ke dalam blender dan adunkan. Kalau tak pandai gunakan blender boleh juga secara manual (tangan) tetapi kita takut, haba dari tangan akan cepat cairkan butter. Dalam proses pastry perlu ingat ialah tekstur tepung perlu berada dalam keadaan kering.
  2. Masukkan sebatian butter dan tepung dalam sebuah bekas. Bentukan kolam di tengah sebatian ini masukkan secubit garam, kuning telur dan 4 sudu kecil air ais (cold water). Adun dan bentukan doh seperti biasa. Jangan ambil terlalu lama kerana ditakuti butter akan cair.
  3. Doh itu segera balut dengan pembalut plastik dan masukkan dalam freezer sementara menyediakan intinya (filling).

PENYEDIAAN INTI / FILLING SARDIN:

  • 1 tin sardin (kalau dapat isi ikan yang besar terbaik). Keluarkan ikan dan buang tulang tengah ikan. Simpan 2-3 sudu besar sos sardin. Kita perlukan sardin yang agak kering.
  • 1 biji bawang kuning holland dihiris dadu.
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili.
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 atau 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar air limau atau lemon.
  • 1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan 1 sudu besar butter dan tumis layu hirisan kiub bawang. masukkan serbuk cili, serbuk jintan manis dan sardian bersama 2 sudu besar sos sardin. Masukkan sos cili dan garam.
  2. Masaka dalam 2 atau 3 minit dan tutup api dapur. Masukkan jus lemon dan kacau serata. Filling sardin anda telah siap.

PENYEDIAAN LAPISAN ATAS/ TOP FILLING:

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 biji telur dipukul rata.
  • 200 ml thick cream.
  • secubit lada hitam ditumbuk kasar.
  • 1/2 sudu kecil daun parsley kering (tidak kemestian).
  • 2 biji sausage dihiris tebal 1/2″ (tidak kemestian).
  • 1 biji bawang kuning holland dihiris bulat (tidak kemestian).
  • 1 pokok daun bawang dihiris halus – ambil yg daun saja.
  • 3/4 cawan Cheese Mozzarella.
  • 5 keping cheese cedar dicincang.

CARA-CARA:

  1. Pukul telur dan juga susu heavy krim, masukkan serbuk kasar lada hitam, daun parsley dan juga daun bawang.
  2. bahan – bahan lain untuk hiasan di atas.

PERINGKAT TERAKHIR PENYEDIAAN QUICHE:

  1. Keluarkan doh dari peti sejuk, gelek rata dalam saiz acuam anda. kalau melekat sapukan sedikit tepung di atas. Bila dah rata dan tebal dalam 1/8″, dan letak di atas acuan anda. Guna pelapik plastik lebih mudah untuk pindahkan doh dari papa ke acuan..
  2. Tekan doh itu dengan ibu jari mengikut alur pada acuan anda. doh yang berlebihan digunting lebih sedikit ketinggian acuan anda. Doh berlebihan simpan.
  3. Bentukan sedikit tebal di atas doh yang berada dalam acuan supaya ia lebih menarik. Tapak doh di permukaan bawah cucuk dengan garpu untuk doh tidak gelembung semasa bakar.
  4. setelah selesai segera balut dengan plastik dan simpan di peti sejuk. Simpan dalam 5 – 10 minit.
  5. Keluarkan doh dari peti sejuk, isikan rata inti sardin yang telah disiapkan.
  6. Tuang filling susu dan telur ke atas. Susun hirisan bawang bulat di atas dan di tengah isikan dengan hirisan sosej. Pre-heatkan oven pada suhu 200 darjah celsius.
  7. taburkan cheese di atas suka hati anda nak bubuh berapa banyak.
  8. Masukkan dalam oven dan bakar (200C) selama 40 minit. Sejukkan dan potong dan rasai lah kesedapannya ikut rasa Malaysia kita…hehehee!. Penerangan mamak haji yang panjang sebenarnya senang buatnya. Ini untuk orang pertama sekali buat pastry. Yang dah mahir jangan bosan yea..

Resepi Ayam Kampung Masak Hitam

Resepi Ayam Kampung Masak Hitam

Bahan-bahan:

300 gram ayam kampung - dipotong 5
2 ulas bawang putih – dihiris halus
2 biji bawng merah – dihiris halus
3 inci halia muda – dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Sedikit sos tomato
1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
Garam scukup rasa
Sedikit minyak zaitun untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawng merah sehingga naik bau.

Masukkan ayam kampung dan masak sehingga separuh masak.

Perlahankan api, masukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam dan sos tomato.

Teruskan memasak sehingga ayam masak dan kesemua bahan menjadi mesra.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Macaroni Gratin

Macaroni Gratin

Bahannya
  • 80gm macaroni ]rebus & toskan
  • *100gm isi ayam ]potong kecil
  • *50gm udang
  • *50gm scalop
  • *1/2 biji bwg besar ]dihiris halus
  • *50gm mushroom slice
  • *25 gm butter
  • *garam secukupnya
  • *lada hitam secukupnya
  • 600ml white sauce
  • 80gm natural cheese
  • sedikit olive oil

Bahan White Souce
  • 30gm butter
  • 30gm tepung gandum
  • 600gm susu segar
  • garam secukupnya
  • lada putih secukupnya
  • 1 helai daun laurier
  • sedikit serbuk pala
  • 1 s/b serbuk pati ayam

Cara Buat White Souce
  1. Panas butter hingga cair, masukkan tepung kacau rata kemudian masuk susu kacau hingga sebati 
  2. Masuk pati ayam, lada putih, daun laurier serbuk pala dan kacau hingga sebati. 
  3. Kacau dgn api perlahan sehingga souce nyer tu pekat. Perasa garam dan Siap. Padamkan api dan ketepikan.

Cara Buat Macaroni Gratin
  1. Rebus macaroni, hingga lembut dan toskan.
  2. Gaul Macaroni tadi dgn sedikit olive oil. Ketepikan.
  3. Masuk bahan bertanda * dalam bekas tahan panas, dan panaskan dalam microwave 600w selama 6 minit.
  4. Selepas itu masukkan macaroni gaul rata.
  5. Dalam bekas tahan panas lain, masukkan no 4 dgn separuh white souce tabur sebahagian cheese dan masuk lagi no 4 hingga habis dan baki whute souce tadi dan tabur lagi cheese.
  6. Kalau guna MV cam kiteorg just tekan button gratin... atau bakar dalam oven dgn suhu 170 darjah selama 20minit. Siap utk dihidang.
sumber dari : http://shshada.blogspot.com/

Isnin, 21 April 2014

Resepi Roti Bun Berinti Tuna / Sardin Bermayonis.

RESEPI: ROTI BUN BERINTI TUNA/SARDIN BERMAYONIS.

Jom kita tengok resepi..mamak haji terus ke resepi..kalau ada soalan bubuh pii kat comment nanti mamak haji balas..kalau segan bertanya email..kalau segan juga mai kat Fb.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • sudu besar Yis kering segera.
  • sudu besar air suam.
  • 1/2 cawan susu dutch lady penuh krim (beli kotak kecik je).
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 2 dan 1/4 cawan tepung berprotin tinggi.
  • 1 biji telur telah dipukul.
  • 1/4 cawan gula pasir.
Untuk hiasan di atas..bagi wangi, daun kering oregano (Flake) dan 1 biji telur ambil putih telur.

Bahan-Bahan Untuk Inti bun:

  • 1 tin sardin..cari yang paling murah..biasanya yang murah itu ikan dalamnya besar. Basuh kuah dia buang tulang jadikan Flake..
  • 1/2 cawan celery dihiris halus..beli sebatang dah cukup kat pasar.
  • 3 sudu besar mayonis..mamak pakai mayonis buatan mamak sendiri.
  • 1 biji bawang labu besar..di dadukan halus.
  • 1 sudu kecil mustard kalau ada ok..tak ada tak apa.
  • 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa masin anda.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada.
  • 1 biji cili merah buang bijinya.

Cara menyediakan inti:

Panaskan kuali masuk minya satu sudu besar..goreng bawang layu, masukan semua bahan lain kecuali mayonis. Goreng. Bila sejuk masukkan mayonis dan kacau. Kalau lebih simpan dan esok buat sandwich.

CARA MENYEDIAKAN DOH ROTI BUN:

Cairkan 1 sudu besar yis dengan 2 sudu besar air suam , 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung. Kacau serata supaya semua dia adun dengan baik. Biarkan selama 10 minit.
  1. Didihkan susu dan biarkan ia menjadi suam / yang kepanasan boleh rasa dengan jari. Masukkan 1/4 cawan gula, 1/2 cawan minyak dan garam. Adun campuran ini sehingga larut dan bentuk satu larutan. Bila gula telah larut masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit sehingga anda perolehi satu pes yang yang licin kilat yang tidak bergentel.
  2. Masukkan 1 biji telur yang pukul, yis dan kacau sebati. Masukkan tepung yang baki dengan sedikit demi sedikit untuk jadikan doh.
  3. Doh tadi melekit sapuan sedikit teung di kedua tapak tangan anda dan buat ulian. Uli dengan tapak tangan tekan ke bawah doh. Uli selama 10 minit. Ada akan dapat doh yang licin permukaan. Boleh tambah sedikit tepung masa ulian ini.
  4. Biarkan doh rehat selama 1 jam dengan di tutup dengan kain yang lembab. Biarkan doh naik 2 kali size asalnya.
  5. Bila doh dah naik selepas 1 jam, leper kembali ke asa dengan tekan lembut dengan tapak tangan pada doh tadi dan mula membahagikan doh kepada size yang dikehendaki dengan sama-rata. Mamak haji buat 10 biji bola.
  6. Seperti isi inti pau, leperkan bola doh tadi dan isi inti dan bulatkan kembali. Taburkan Daun kering oregano di atas permukaan doh yang telah isi inti.
  7. Membiarkan selama 20 minit.
  8. Panaskan oven pada 200 darjah C.
  9. Susun bun yang perlu di bakar di atas bekas pembakar dengan lapik dengan kertas minyak baking. Kita tak mahu keras sangat di bahagian bawah bun nanti. Set suhu oven 200C dan selama 10 minit.
  10. Bila permukaan bun mula bertukar warna perang, keluarkan tray dan sapu putih telur di permukaan bun. Dan masukkan kembali selama 2 minit dengan menggunakan pembakaran bawah oven.

Ayam Rica Rica

Ayam Rica Rica

Sumber : Mbak Ana & Lia INDONESIA

Bahannya
1 kg ayam ]dibersih dan dipotong ikut saiz yg diingini
5 ulas bwg putih]
1 biji bwg besar]
2 biji tomato]dikisar halus
2 cm halia]
3 batang serai]
2 biji cili padi(ikut kepedasan)]
10 helai daun limau purut]
garam secukupnya
pati ikan (tak mskkan pun takpe)
minyak utk menumis
lemon

Caranya

  1. Ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak,ketepikan.
  2. Tumis semua bahan yg dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering,rasa garamnya.
  3. Bila bahan dah agak kering,masukkan ayam tadi.Tudung kuali dan biar seketika.
  4. Bila dah kering,padam api dan perah limau nipis atau lemon.
  5. Siap utk dihidang.
  6. Sekiranya rajin,panggang sekali lg kmdn baru perah lemon.

Nasi Tomato

Nasi Tomato

Bahan-Bahan: 2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos

Cara:

Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

Sumber:Buku Resipi Selera Perantau

Ahad, 20 April 2014

Resepi Cakoi

RESEPI CAKOI.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 250gm. Tepung Gandum.
  • 1 cawan air suam.
  • 1/4 sudu kecil yis segera (mauripan).
  • 1/2 sudu kecil baking soda.
  • 3/4 sudu kecil Allum (tawas).
  • 1/2 sudu kecil garam amonia.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • 1 sudu kecil gara.
  • Minyak cukup untuk goreng, Sekurangnya 2-3 inci dalam kuali.
  1. Anda memerlukan dua mangkok untuk adunkan bahan-bahan ini. Dalam satu mangkuk anda isikan dua sudu besar air suam ( dari 1 cawan air). Isikan kristal allum dan cairkan menjadikan larutan. Kristal yang tak larut dibuang.
  2. Dalam satu mangkok yang lain anda masukan air suam dalam 2 besar (air suam dari 1 cawan), isikan baking powder, soda dan juga garam. Tindak balas akan berlaku menjadikan larutan ini berbueh. Masukkan sekali larutan allum yang disediakan dalam mangkok pertama garam amonia.
  3. Dalam bekas lain masukkan yis, gula dan 1 sudu besar air suam. Tunggu dalam 5 minit.
  4. Buatkan kolam ditengah tepung dan masukkan larutan dari mangkok Baking powder, soda, allum, garam dan garam amonia. dan juga yis dan gula. Kita buat proses ini untuk tepung tidak melekit semasa uli.
  5. Mulakan ulian. Ulian perlu cepat cuma dalam 2-3 minit saja kerana kita tidak mahu gas dibebaskan di udara. Sebenarnya kita perlu gas itu berada di dalam tepung sehingga kita goreng.
    6. Bila doh dibentuk..bahagikan kepada dua bahagian yang sama. Sapu minyak pada kedua-dua permukaan doh dan masukkan dalam bag plastik dengan ketat. Supaya gas dari tindak-balas tidak terkeluar. BIARKAN SELAMA 4 JAM. Sekali sekala dalam 30 minit picit-picitkan bekas plastik.

CARA PENYEDIAAN:

CAKOI CUBAAN PERTAMA

CAKOI CUBAAN PERTAMA

Jom kita sambung sikit lagi cara penyediaan doh untuk goreng:
  1. Selepas keluarkan dari bungkusan tarik doh itu jadikan 4 inci panjang dan 3 inci lebar. Kedua doh yea.
  2. Letak doh leper itu di papan golek dengan di salut tepung supaya bila golek tak melekat. Leperkan doh itu dengan pengolek ke 1/2 inci ketebalan, 4 inci lebar dan 12 inci panjang. Biarkan ia rehat dalam 10 minit dengan ditutup dengan kain yang lembab. Saiz sama juga sama dengan satu lagi doh.
  3. Panaskan minyak dalam kuali sekurang-kurang dalamnya 2-3 inci.
  4. Potong 3 keping secara lintang kedua doh yang telah leperkan pada 12 inci. Salatu doh yang leper itu bruskan dengan air. Dan tindihkan kedua-dua doh yang telah leperkan. Kita sebenarnya melekatkan kedua doh itu.
  5. Potong selebar 2 inci setiap potongan tadi. Anda akan perolehi 6 keping doh yang leper bersaiz 2 inci lebar, 4 inci panjang dan 1/2 inci tebal. Saiz terpulang anda. Potongan lebar dua inci itu, ambil sebuah lidi yang telah basah (kalau kayu penyepit lagi terbaik) dan tekan di tengah-tengah. Doh anda siap untuk digoreng.
  6. Sebelum goreng tentukan minyak di kuali betul-betul panas (180C). Tarek doh anda dari 4 inci kepada 8 inci dan masukkan dalam minyak panas. Apabila timbul saja gorengan anda cepat-cepat terbalikkan dia..begitulah seterusnya . Masa gorengan cuma 2-3 minit saja. Insha kali pertama mingkin bentuk tak berapa jadi..

Resepi Sup Ayam Bersama Kentang dan Lobak Merah

Resepi Sup Ayam Bersama Kentang dan Lobak Merah

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air

Cara penyediaan:

Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak. Masukkan air dan biarkan mendidih. Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.