RESIPI QUICHE LORRAINE BERINTIKAN IKAN SARDIN
PENYEDIAAN PASTRY (DOH TEPUNG):
- 200 gm tepung gandum.
- 100 gm butter sejukbeku.
- 1 biji kuning telur.
- 2 sudu kecil air ais.
Cara Penyediaan:
- Potong butter bentuk kiub kecil dan masukkan bersama dengan tepung ke dalam blender dan adunkan. Kalau tak pandai gunakan blender boleh juga secara manual (tangan) tetapi kita takut, haba dari tangan akan cepat cairkan butter. Dalam proses pastry perlu ingat ialah tekstur tepung perlu berada dalam keadaan kering.
- Masukkan sebatian butter dan tepung dalam sebuah bekas. Bentukan kolam di tengah sebatian ini masukkan secubit garam, kuning telur dan 4 sudu kecil air ais (cold water). Adun dan bentukan doh seperti biasa. Jangan ambil terlalu lama kerana ditakuti butter akan cair.
- Doh itu segera balut dengan pembalut plastik dan masukkan dalam freezer sementara menyediakan intinya (filling).
PENYEDIAAN INTI / FILLING SARDIN:
- 1 tin sardin (kalau dapat isi ikan yang besar terbaik). Keluarkan ikan dan buang tulang tengah ikan. Simpan 2-3 sudu besar sos sardin. Kita perlukan sardin yang agak kering.
- 1 biji bawang kuning holland dihiris dadu.
- 1/4 sudu kecil serbuk cili.
- 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 atau 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar air limau atau lemon.
- 1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan 1 sudu besar butter dan tumis layu hirisan kiub bawang. masukkan serbuk cili, serbuk jintan manis dan sardian bersama 2 sudu besar sos sardin. Masukkan sos cili dan garam.
- Masaka dalam 2 atau 3 minit dan tutup api dapur. Masukkan jus lemon dan kacau serata. Filling sardin anda telah siap.
PENYEDIAAN LAPISAN ATAS/ TOP FILLING:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 biji telur dipukul rata.
- 200 ml thick cream.
- secubit lada hitam ditumbuk kasar.
- 1/2 sudu kecil daun parsley kering (tidak kemestian).
- 2 biji sausage dihiris tebal 1/2″ (tidak kemestian).
- 1 biji bawang kuning holland dihiris bulat (tidak kemestian).
- 1 pokok daun bawang dihiris halus – ambil yg daun saja.
- 3/4 cawan Cheese Mozzarella.
- 5 keping cheese cedar dicincang.
CARA-CARA:
- Pukul telur dan juga susu heavy krim, masukkan serbuk kasar lada hitam, daun parsley dan juga daun bawang.
- bahan – bahan lain untuk hiasan di atas.
PERINGKAT TERAKHIR PENYEDIAAN QUICHE:
- Keluarkan doh dari peti sejuk, gelek rata dalam saiz acuam anda. kalau melekat sapukan sedikit tepung di atas. Bila dah rata dan tebal dalam 1/8″, dan letak di atas acuan anda. Guna pelapik plastik lebih mudah untuk pindahkan doh dari papa ke acuan..
- Tekan doh itu dengan ibu jari mengikut alur pada acuan anda. doh yang berlebihan digunting lebih sedikit ketinggian acuan anda. Doh berlebihan simpan.
- Bentukan sedikit tebal di atas doh yang berada dalam acuan supaya ia lebih menarik. Tapak doh di permukaan bawah cucuk dengan garpu untuk doh tidak gelembung semasa bakar.
- setelah selesai segera balut dengan plastik dan simpan di peti sejuk. Simpan dalam 5 – 10 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, isikan rata inti sardin yang telah disiapkan.
- Tuang filling susu dan telur ke atas. Susun hirisan bawang bulat di atas dan di tengah isikan dengan hirisan sosej. Pre-heatkan oven pada suhu 200 darjah celsius.
- taburkan cheese di atas suka hati anda nak bubuh berapa banyak.
- Masukkan dalam oven dan bakar (200C) selama 40 minit. Sejukkan dan
potong dan rasai lah kesedapannya ikut rasa Malaysia kita…hehehee!.
Penerangan mamak haji yang panjang sebenarnya senang buatnya. Ini untuk
orang pertama sekali buat pastry. Yang dah mahir jangan bosan yea..