Sabtu, 24 Mei 2014

Lomak Daging Salai Belimbing Buluh

(* Resipi oleh Chef Azli Razali)

Bahan-bahan:

1.2 kg daging lembu
1 ½ biji santan
18 tangkai cili padi – ditumbuk
3 sm kunyit hidup – ditumbuk
2 batang serai – diketuk
150 gm belimbing buluh
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula sediakan daging salai. Lumur rata daging dengan garam halus.
  2. Selepas itu, salai atas api atau bakar dalam ketuhar pembakar.
  3. Sementara menantikan daging salai masak, bolehlah sediakan rencah untuk kuah masak lomak.
  4. Ambil periuk dan campurkan kesemua bahan, kecuali belimbing buluh.
  5. Bolehlah masukkan daging salai yang sudah masak tadi.
  6. Didihkan sambil dikacau selalu di atas api yang sederhana.
  7. Apabila kuah mendidih, masukkan belimbing buluh.
  8. Bubuh garam secukup rasa.
  9. Masak sehingga belimbing buluh lembut dan kuah menjadi agak pekat.
  10. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Jumaat, 23 Mei 2014

Resepi Ikan Bawal Pedas

Bahan:

500 gr bawal, bersihkan, kerat ekornya
1 sdm jus limau nipis
1 sdt garam
200 ml air
- - minyak goreng

Paste:

15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api merah
5 bh bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdt garam

Cara Membuat:

  1. Lumuri ikan dengan garam dan jus limau nipis, diamkan sebentar. Panaskan minyak, goreng bawal hingga kering dan masak, angkat, toskan.
  2. Panaskan minyak goreng, tumis paste hingga harum. Masukkan air, masak hingga mendidih, masukkan ikan bawal, masak hingga masak dan bumbu meresap. Angkat dan sajikan.

Gulai Lemak Keladi dan Ikan Kering

Bahan-bahan:

2 rumpun batang keladi serta isinya
5 keping tulang ikan kering
10 tangkai cili api – ditumbuk
1 ulas bawang kecil - dihiris
3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit - ditumbuk
1 batang serai – dititik

Cara menyediakan:

  1. Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk.
  2. Angkat dan tuskan airnya.
  3. Masukkan ikan kering, cili api, bawang hiris, serai, kunyit, santan dan garam di dalam periuk.
  4. Biar ia menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  5. Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi.
  6. Biarkan ia mendidih sekejap.
  7. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas.
sumber dari : http://www.sajionline.my/
Written by  Norimy Aimi

Khamis, 22 Mei 2014

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Bahan-bahan ;
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2- hana goreng dulu ngan garam n kunyit.nih kite ikut cara akak hana gak
  • 3sb gula
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk 
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & lada hijau - potong menyerong -kite guna cili padi 3 biji potong 2

Cara-cara ;
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap.
  3. Masukkan ayam & bawang.
  4. Lepas 5minit masukkan serai & lada.
  5. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata.
  6. Jika kering masukkan sedikit air.
  7. Rasa & adjust apa2 yg terkurang.
  8. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Rabu, 21 Mei 2014

Satey Ayam

Sumber : Blog Akak Hana asal...kena pi sekodeng sane lah ya... ;)

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu,
  • 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • hana tambah bwg merah
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang
Sumber : Blog SL

Bahan
  • 1 cawan kacang tanah ~~ digoreng tanpa minyak hingga garing dengan api perlahan 
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula merah
  • sedikit garam
  • segenggam lada kering **
  • 3 labu bawang merah **
  • 2 ulas bawang putih **
  • 2 batang serai **
  • 1" lengkuas **
  • 1" halia **
  • 1" belacan / udang kering **

Cara membuatnya:
  1. kisar kacang tanah separuh halus.. separuh lagi kisar kasar
  2. kisar bahan yang bertanda **
  3. panaskan minyak dalam kuali.. tumis bahan kisar hingga naik bau..
  4. masuk air asam jawa, garam dan gula.
  5. biar mendidih.. kemudian masukkan kacang yang di kisar tadi.
  6. biarkan hingga pecah minyak. gaul sekali sekala.. kang hangus kuah kacang tu..
  7. kalau pekat.. tambah sedikit air..

Sup Ayam Simple

Bahannya
  • 1/2 kg  ayam
  • 1 s/k rempah bonda
  • 1 s/k pati ayam [tak taruk pon tak pe bergantung kepada kesegaran ayam]
  • 3 ulas bwg merah ] dimayam
  • 1 inci halia ] dihiris
  • 1 s/k serbuk lada hitam ]bergantung
  • garam
  • air
  • minyak

Bahan Tumis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kuit kayu manis
  • 3-4 biji buah pelaga

Caranya
  1. Rebus ayam bersama pati ayam hingga agak2 empuk. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tumis bahan tumis dan bawang merah serta halia hingga wangi. 
  3. Masukkan no 2 ke dalam no 1. Hidupkan api no 1.
  4. Masuk rempah dan lada hitam serta garam. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk.
  5. Siap.

Selasa, 20 Mei 2014

Ayam Goreng Sos Halia

Bahannya
  • 1/2 kg ayam potong kecil ]gaul garam & kunyit & pati ayam
  • *4 ulas bwg putih
  • *3 ulas bwg merah
  • *2 biji cili (ikut tekak masing2 ekk-dak aqil tak mkn pedas)
  • 1 biji tomato ]dipotong dadu
  • 1/2 labu bwg besar ] mayam
  • 1 inci halia ] mayam halus
  • carrot ]mayam halus
  • minyak
  • sedikit air
Caranya
  1. Goreng ayam hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk bahan bertanda *. 
  3. Tumis bahan bertanda* hingga naik minyak. 
  4. Kemudian masuk halia, carrot dan tomato serta sedikit air. Biar m'didih seketika.
  5. Masukkan ayam tadi dan perasa garam. Siap.

Nasi Halia & Ayam Masak Merah

Sumber : Cik Mat & Kak Ummi Kuantan

BAHAN-BAHANNYA :


  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
  • 1 liter air
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1 1/2 inci halia, dihiris nipis
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka... (tak sempat nak cari-malas noi nak g pasar hujan2 nih)

Ayam Masak Merah


Sumber : Cik Ani

Bahannya
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 3-4 helai daun pandan
  • 3-4 s/b lada kisar bergantung
  • 2-4 s/b bwg kisar
  • 3 s/b sos tomato
  • sebesar ibu jari belacan
  • gula/nisan secukupnya
  • garam secukupnya
  • 1 kg ayam (digoreng garam + kunyit 1/2 msk)
Caranya
  1. Tumis halia, bwg putih dan daun pandan hgg naik bau.
  2. Masukkan lada kisar, tumis hgg garing. (kalu tak garing katenye sakit perut)
  3. Masukkan pula bwg kisar, goreng hgg sebati.
  4. Masukkan sos tomato, gaul rata dan diikuti sedikit belacan, gula dan ayam.
  5. Perasa garamnye siap.

Isnin, 19 Mei 2014

Kung Poa Chicken

Bahan A
  • Isi ayam - potong tecik2
  • Tepung jagung
  • Garam
Cara
  1. Gaul isi ayam ngan tepung jagung dan garam....gorengkan sekejap

Bahan B
  • Kacang gajus - gorengkan (kalo taknak pun takpe) -kite takde stok
  • Cili kering - dikerat2
  • Bwg besar kaler kuning - potong dadu
  • Bwg putih } tumbuk halus
  • Halia }
  • Cili capsicum/benggala - hiris panjang2
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sedikit air
Cara
  1. Panaskan sedikit myk, goreng cili kering hingga garing...ketepikan
  2. Masukkan halia dan bwg putih, tumis hingga wangi
  3. Masukkan cili kering goreng, capsicum, ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air biar berkuah sedikit dan garam ciput
  4. Last masukkan kcg gajus jika suka.

Ahad, 18 Mei 2014

Ayam asam Manis

Bahan Kisar
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 biji bwg merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji lada besar
  • 1 btg serai (diracik)
  • air asam jawa
Bahan
  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak
  • lada paprika
Caranya
  1. Goreng ayam setengah masak, angkat dan tinggal sedikit minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Goreng rata dan masukkan ayam serta biar seketika.
  4. Perasa garam dan masukkan lada paprika. Siap.

Ayam Masak Asam Kicap

Bahannya
  • 5-6 ketul ayam (gaul garam+serbuk kunyit+serbuk bwg putih)
  • 1 biji bwg besar yg warna kuning ] dimayam
  • 3 ulas bwg putih ] diketuk
  • 2 s/b lada kisar
  • 2 s/b bwg kisar
  • 1 s/b halia kisar
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 2-3 s/b kicap manis
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 s/b kicap masin
Caranya
  1. Goreng ayam setengah masak, ketepikan.
  2. Tumis bwg besar bersama bwg putih sehingga naik bau. Masuk sos tiram dan cili kisar, goreng rata.
  3. Masuk kicap dan diikuti air asam jawa.
  4. Masukkan ayam dan goreng hingga kuah pekat. Perasa garam. [hati2 ya ayam tu dah masin]
  5. Siap. Simple kan.