Jumaat, 23 Mei 2014

Gulai Lemak Keladi dan Ikan Kering

Bahan-bahan:

2 rumpun batang keladi serta isinya
5 keping tulang ikan kering
10 tangkai cili api – ditumbuk
1 ulas bawang kecil - dihiris
3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit - ditumbuk
1 batang serai – dititik

Cara menyediakan:

  1. Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk.
  2. Angkat dan tuskan airnya.
  3. Masukkan ikan kering, cili api, bawang hiris, serai, kunyit, santan dan garam di dalam periuk.
  4. Biar ia menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  5. Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi.
  6. Biarkan ia mendidih sekejap.
  7. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas.
sumber dari : http://www.sajionline.my/
Written by  Norimy Aimi