Sabtu, 12 Oktober 2013

Kerabu

Resipi 1.

Sesuai untuk ulam-ulan dedaun seperti pucuk kadok, cekur, selom, pucuk paku dan sebagainya. Juga sesuai untuk kekacang seperti kacang botol, kacang panjang atau kacang buncis.
Taugeh pun sesuai.

Bahan-bahan

Ulam-ulam yang perlu di potong halus-halus. Ada yang boleh di makan secara mentah ada juga yang perlu di celur sedikit seperti kekacang dan taugeh.

30 - 40 g Kerisek
Cili merah (5 - 7 biji) Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.
Belacan
Bawang besar dimayang nipis
1/2 inci halia yang di mayang halus
Udang basah dalam 5 -6 ekor. Di rebus denganair yg sedikit.
2-3 sudu Air asam jawa dan garam secukup rasa.

Cara membuat kerabu.

  1. Kalau ulam-ulam yang di gunakan perlu di celur sila celurkan dulu dan potong halus2.
  2. Tumbuk cili, garam dan belacan seperti membuat sambal belacan.
  3. Bila dah siap masukkan udang basah, kerisik, bawang besar dan halia. Gaulkan dengan rata campuran sambal itu. Masukkan air asam
  4. Gaulkan Ulam-ulaman yang telah di potong tadi sehingga menjadi sebati dan rata.
  5. Dah boleh di hidang dah ni.

Resipi 2

Resipi ni aku selalu buat sama ada guna ulam kacang botol/kacang kelisa atau daun selom.

Bahan-bahan


Ulam ( 5 -6 tangkai daun selom atau 3 -4 biji kacang botol)
1 kumtum Bunga kantan, di rincik halus-halus
1 biji limau nipis
3 - 5 biji cili merah
3 -4 ekor udang basah yang di rebus (air rebusan jangan banyak hanya sekedar untuk masakkan udang saja) Kalau ada air rebusan boleh masukkan dalam kerabu biar basah2 sikit.
Garam
1 labu bawang besar yang di mayang halus

Cara membuatnya

  1. Tumbuk cili sampai lumat bersama garam dan udang yang telah di rebus tadi tu
  2. Gaulkan bahan-bahan ini. Masukkan sedikit air perahan limau nipis.
  3. Gaulkan semua ulam, bunga kantan dan bawang besar ke dalam campuran sambal tadi tu.
  4. Gaul hingga rata
  5. Dah siap untuk di makan

Asam Pedas

Bahan-bahan

1 kg ikan kembung (aku selalu buat dengan ikan kembung)
11 biji cili merah (kata orang kalau nak pedas mesti kuantiti yang ganjil)
Belacan
6 - 7 ulas bawang merah
3 - 4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 genggam daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 genggam (10 - 15 keping) asam keping (boleh di substitute dengan air asam jawa)
sedikit serbuk kunyit atau 1/2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa.

Cara-cara memasak

  1. Bersihkan ikan
  2. Blend cili merah, bawang dan belacan
  3. Masukkan ikan ke dalam periuk, masukkan bahan yang telah di blend
  4. Masukkan air sebanyak mana yang rasanya mencukupi sebagai kuah (kat rumah kami kuah kena banyak sebab nak di makan dengan mee segera tu :-) )
  5. Masukkan asam keping, serai yang di titik, bunga kantan dan daun kesum
  6. Masak semua bahan-bahan yang telah berada di dalam periuk sehingga mendidih.
  7. Kalau suka boleh jugak di tambah bendi ke dalam asam pedas ni.

Sayur Campur

Bahan-bahan

50 g sayur fucuk (soya beans strips yang kering tu)
30 g soh hun (tang hun bagi orang utara) atau glass noodles (kalau tak silap aku)
4-5 keping cendawan butang yang dikeringkan
4-5 keping cendawan hitam (black mushroom/fungus)
1 batang lobak merah
100 g Bunga kobis
1 packet jagung muda
Lain-lain sayuran yang suka untuk ditambah seperti celery, broccoli dan lain-lain
3 biji kentang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 ekor udang basah/udang kering
Serbuk lada putih
Garam
Kicap
Minyak masak
Air
Daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak

  1. Rendam bahan-bahan kering (fucuk, cendawan butang, cendawan hitam, soh hun) sampai kembang. Kadang-kadang ada yang dijual dalam paket yang sudah bercampur semua sayuran ini. 
  2. Potong fucuk dan cendawan mengikut saiz yang anda suka, selalunya fucuk tu lebih kurang 1-2 inci panjang. Cendawan butang dipotong 2 atau 4 terpulang pasa saiz. Cendawan hitam pun di potong supaya tidak terlalu besar saiznya.
  3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak di dalam periuk
  4. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bawang2 di dalam minyak panas sehingga kekuningan.
  5. Masukkan udang basah yang telas dibuang kulit dan dibasuk bersih.
  6. Masukkan air dalam setengah periuk. Masukkan garam, serbuk lada putih.
  7. Kupas kulit ubi kentang, potong menjadi 4 atau 6 ( ikut saiz ) dan masukkan ke dalam periuk.Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit empuk.
  8. Masukkan fucuk yang telah kembang, cendawan, lobak merah, bunga kobis, jagung muda soh hun dan lain-lain sayuran yang ingin ditambah.
  9. Potong cili merah dan masukkan ke dalam periuk sup.
  10. Tambahkan 1-2 sudu kicap dan biarkan mendidih. 
  11. Bila ubi sudah empuk, dan kuah sudah mendidih, bolehlah diangkat. Taburkann hirisan daun sup/daun bawang ke atas sup.

Kari Udang Dengan Kentang

Bahan-bahan

1/2 kilo udang besar atau sederhana besar
2 sudu serbuk rempah kari ikan (kari daging pun boleh kalau suka)
10 g kerisik (kalau suka - optional lah)
1/2 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1-2 tangkai daun kari
2 cawan air (kalau tak nak terlalu pekat lebihkan sikit air ni, atau kurangkan santan)
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Boleh jugak dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis yang di potong lebih kurang 1 inci panjang.

Cara nak masak

  1. Bersihkan udang, kalau tak buang kulit pun tak apa. Aku selalu potong kepala sedikit, ekor san kaki saja.
  2. Panaskan minyak dalam periuk
  3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dia potong halus serta daun kari.
  4. Bila dah naik bau dan bawang dah kekuningan, masukkan serbuk kari ke dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya rempah tak rentung.
  5. Masukkan kerisik, kentang yang telah dikupas dan dipotong 4 atau 6. Kemudian masukkan garam.
  6. Masukkan udang dan kacau.
  7. Biarkan rempah mendidih dan menjadi pecah minyak sedikit.
  8. Bila kentang dah agak empuk (lembut) masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai.
  9. Perlahankan sedikit api dan kacau sehingga kuah mendidih.
  10. Kalau nak masukkan kacang panjang/kacang buncis boleh dimasukkan selepas masukkan santan supaya sayur tak terlalu masak (overcooked)

Home made Char Koay Teaw

cooking tradisional resepi, charkoay teow

Bahan-Bahan

1 kg Koay Teaw
500 g Taugeh
200 g Sayur Kucai
1 kg Udang Basah (Sederhana atau Besar)
Isi kerang (jika ada)
100 g Cili kering
4 - 5 biji Bawang Putih
6 - 7 biji Bawang Merah
4 senduk Kicap Sotong (kicap ini boleh didapati dalam botol -diperbuat dari exctract sotong & ikan bilis)
4 senduk sos ikan
1/2 botol Sos Tiram
1 botol Kicap Cair
Telur
Minyak Masak
Garam

Cara-cara Menyediakan cili

  1. Rendam atau rebus cili kering
  2. Kisar bersama bawang putih & bawang merah
  3. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat

Cara Menyediakan Sos Kicap

  1. Didihkan 1.5 liter air di dalam periuk. 
  2. Masukkan garam dalam air tadi
  3. Masukkan sos tiram, kacau
  4. Masukkan sos ikan dan kicap sotong.
  5. Masukkan kicap cair
  6. Tambahkan sedikit bahan perasa (jika suka)
  7. Sos kicap yang lebih boleh di simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa kali gorengan lagi. Kalau nak gunakan untuk goreng mee goreng basah pun sedap jugak.
Penyedian Bahan-Bahan Char Koay Teaw
  1. Kaoy Teaw dileraikan suapaya tidak melekat sesama sendiri. Jika perlu, gaulkan sedikit minyak masak kepada kaoy teaw tersebut. Biarkan di dalam bekas.
  2. Udang, dibuang sesungutnya dan dipotong ekornya sedikit. Basuh dan masukkan ke dalam bekas.
  3. Basuh telur, dan taugeh.
  4. Kucai di basuh dan di potong lebih kurang 1 inci panjangnya.
  5. Jika ada kerang buang kulit dan dibersihkan.

Cara Menggoreng

  1. Panaskan 3 - 4 sudu minyak masak dengan api yang besar.
  2. Masukkan 4 - 5 ekor udang (ikut sukalah kalau nak lebih tu) dan goreng sehingga udang masak. Kecilkan api.
  3. Kaut minyak yang berlebihan dari dalam kuali. hanya biarkan lebih kurang 1 sudu sahaja bersama udang yang digoreng tadi.
  4. Masukkan 2 sudu cili (jika suka pedas lebihkan cili)
  5. Masukkan sedikit kuah kicap yang telah dicampur tadi. Goreng sehingga cili agak masak.
  6. Masukkan kerang jika ada.
  7. Masukkan taugeh, sayur kucai.
  8. Masukkan 3 senduk sos kicap, besarkan api. Kacau, dan masukkan koay teaw.
  9. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan tutup api.
  10. Kaut ke dalam pinggan. Dah sedia untuk dimakan.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Koay Teaw Kerang / Koay Teaw Goreng

Bahan-bahan

1 paket kaoy teaw (selalunya dalam 1/2 kilo atau 300 g)
150 g taugeh
100 g isi kerang (beli yang dah di buang kulitnya, ada kat pasaraya)
100 g udang basah (AN suka campur udang jugak)
2 sudu besar sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
2 biji telur
2 paket perencah bihun/nasi goreng ADABI
10 biji cili kering dikisar atau 2 sudu cili paste yang sudah dikisar.
5 ulas bawang merah (3 untuk di kisar bersama cili kering, 2 untuk ditumis)
4 ulas bawang putih (2 ulas untuk dikisar bersama cili kering, 2 ulas untuk ditumis)
Kucai yang di potong lebih kurang 1 inci panjang
2 biji tahu
10 biji fish ball
2 keping fish cake
Gula, kicap dan garam secukup rasa.
Daun saderi dan daun bawang di potong halus untuk hiasan

Cara-cara nak goreng

  1. Tahu dibersih dan di perap dengan sedikit garam. Kemudian goreng. 
  2. Fish cake dan fish ball juga di goreng. 
  3. Tahu, fish ball dan fish cake ini di potong nipis untuk hiasan. 
  4. Cili kering di kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Kalau nak kisar cili sahaja pun OK. 
  5. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali. 
  6. Hiris bawang putih dan bawang merah dan tumis di dalam minyak. 
  7. Apabila sudah kekuningan, masukkan udang basah, isi kerang. Goreng sehingga udang nampak sudah masak. 
  8. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili pecah minyak atau agak garing. Kalau kurang garing mungkin terlalu pedas. Masukkan perencah ADABI, sos tiram, sos cili. 
  9. Pecahkan telur ke dalam sambal tadi. Kacau. 
  10. Masukkan garam, gula, sedikit kicap. 
  11. Masukkan taugeh, kucai dan akhir sekali koayteaw. 
  12. Kacau sehingga semua adunan sebati. 
  13. Bila dah semua sebati dan yakin sudah masak, bolehlah dikaut ke dalam pinggan. 
  14. Hias dengan daun saderi & daun bawang, fish cake, fish ball dan tahu yang telah dihiris.
Selamat mencuba. Jangan marah dengan AN kalau mak mentua lalu korang buat tak tahu je... hehehe.

Ayam Masak Serai Lengkuas

Resipi ni resipi tradisi mak aku. Setiap tahun kami akan masak ni masa raya. Selain dari ayam, boleh lah jugak guna daging. Tapi masukkan daginf lebih awal sedikit dari ayam untuk empukkan daging tu.

Bahan-bahannya

1 ekor ayam dipotong 12 (atau ikut suka kalau nak besar ke kecik lagi)
1 batang lengkuas kalau yang tua sikit tu. Dalam 3 inci panjang
3 - 4 batang serai
2 inci halia
2 inci/ulas kunyit hidup
10 biji cili kering
6 - 7 ulas bawang merah
2 -3 ulas bawang putih
1 cawan santan pekat
1 paket (40 - 50 g) kerisik
1 keping asam gelugor (atau sedikit air asam jawa)
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
Garam & sedikit gula secukup rasa.
Daun kunyit

Cara-cara Memasak 

  1. Bersihkan ayam dan toskan 
  2. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
  3.  Panaskan api, masukkan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.
  4. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.
  5. Masukkan kerisik dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. Harum semerbak bau dia tau.
  6. Bila campuran yang ditumis dah pecah minyak masukkan ayam ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga sebati. Biarkan sekejap (dalam 5 minit).
  7. Masukkan santan dan 2 cawan air (atau ikut suka nak pekat mana kuah nya tu)
  8. Masukkan, garam dan sedilit gula (1 sudu pun dah OK, lebih elok kalau gula merah), asam keping dan hirisan daun kunyit ke dalam masakan dan biarkan mendidih.
  9. Bila ayam dah empuk, kuah dah pekat ikut kesukaan anda, boleh lah di angkat.
Kalau ada masakan ini yang tak habis di makan, boleh dikeringkan dan dibuat serunding. Sedap tau kalau dimakan dengan roti, ketupat, lemang dll.

Khamis, 10 Oktober 2013

Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya

Cara:

Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )
Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.

Cadangan Hidangan:

Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap

Tambahan:

Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak.

Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang.
Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah )

PINDANG TELUR IKAN DAUN KUNYIT

Bahan – bahannya :-

100 gm telur ikan
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 paket santan
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya:- 

  • Tumbuk bawang merah , bawang putih , cili padi dan kunyit . 
  • Masukkan garam , gula dan bahan perasa .
  • Masukkan santan dalam kuali serta rempah iaitu bahan tumbuk tadi .
  • Masukkan asam keping dan daun kunyit yang telah dihiris halus .
  • Masak hingga mendidih .
  • Sedia untuk dihidangkan .

Gulai Belinjau dengan udang

cooking tradisional resepi - Gulai Belinjau dengan Udang
Ini kami orang utara panggil buah belinjau. Belinjau muda warna hijau macam ni lah. Kalau belinjau yang dah masak (tua) kulit luar tu warna merah, selaput tengah warna hitam dan biji dia warna putih. Belinjau tua selalu orang buat kerepek/keropok belinjau. Sekarang ni senang nak beli kerepek belinjau dari supermarket sebab banyak di import dari Indonesia.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya buat kari.

Bahan-bahan

Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa

Untuk menumis darat

cooking tradisional resepi - Gulai Belinjau dengan Udang
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak

Cara memasak

1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.
Untuk menumis
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.
Hasil akhir kari belinjau ni macam dalam gambar ni.
cooking tradisional resepi - Gulai Belinjau dengan Udang
Selain dari belinjau, kari macam ni boleh dibuat dengan buah ramunggai, pisang muda dan nangka muda.
Gambar dan resipi dari Dapur makcik Kampung
*Kalau saya biasanya untk ikan bilis sy guna rempah ikan, kalau udang atau apa2 seafood guna rempah kari daging dan lebih halia.

PAIS IKAN SEMBILANG PUCUK PAKU

Bahan – bahannya :-

5 ekor ikan sembilang
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
3 biji buah keras
1/2 sudu belacan
1 inci kunyit
5 biji cili padi
5 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar
1 sudu the lada hitam
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya :-

  • Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, lada hitam,serai, dan cili merah hingga lumat .
  • Masukkan bahan rempah dan air asam jawa ke dalam ikan .
  • Kemudian , masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup rasa .
  • Gaul hingga rata dan sebati .
  • Hiris daun kunyit halus – halus .
  • Letak pucuk paku ke atas ikan tadi dan balut dengan daun pisang .
  • Masak ke dalam ketuhar selama 20 minit .
  • Sedia untuk dihidangkan

Rabu, 9 Oktober 2013

Rendang Ayam Daun Maman

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam kampung
2 cekak pucuk maman
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
5 batang serai     3 biji kelapa
30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Sedikit kerisik

Cara:

Ayam dipotong dan dibersihkan. Cili padi, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus. Gaulkan dengan ayam dan masukkan dalam kuali. Biarkan di atas api hingga daging ayam kecut dan kering airnya. Masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak. Kemudian tambahkan pucuk maman, asam gelugur dan gaul rata. Masukkan kerisik dan biarkan kering di atas

Resepi -RENDANG MAMAN

Bahan-bahan;

1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

  1. Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah,
  2. Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
  3. Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi.
  4. Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.
  5. Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
  6. Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
  7. Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
  8. Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
  9. Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.

RENDANG DAUN MAMAN

1-2 ikat daun maman
1/2 ekor ayam (boleh juga udang atau ikan bilis)
5 – 10 biji cili api (boleh tambah lagi kalau suka pedas)
kunyit hidup (cukup untuk menguningkannya, tapi terlebih kunyit takut maung rasanya)
4-5 ulas bawang merah (boleh tambah lagi kalau suka)
2-3 ulas bawang putih (boleh tambah lagi kalau suka)
santan kelapa pekat secukupnya
asam keping
garam secukup rasa

Cara-caranya:

tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang merah + bawang putih sampai lumat. nak cepat lumat campurkan sedikit garam semasa menumbuk
jerang santan + ayam + bahan tumbuk + asam keping atas api. Biarkan hingga nampak kuah jadi pekat n hampir kering. Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan daun maman tersebut. Jangan kacau kerap. Sebaiknya biarkan hingga ia sebati. Rasalah garamnya. Ini untuk mengelakkan rasanya jadi pahit nanti.
Terserah pada anda untuk jadikan santan tu kering betul macam rendang atau ada sedikit kuah.
p.s. Pastikan lauk lebih banyak daripada daun maman, sebab takut terlebih daun, gulai akan pahit.

Asam Pedas Ayam Daun Pudina

Bahan-Bahan:

 


1 ekor ayam (potong 8)
5 biji buah keras (dikisar)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 tangkai cili merah (dikisar)
2 labu bawang besar
4 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
2 biji tomato
2 biji terung
5 batang bendi
2 kelopak lobak masin
Sedikit air asam jawa
4 keping asam keping
3 ikat daun kesum
4 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula & garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Apabila telah wangi, masukkan air asam jawa, asam keping, daun kesum & daun pudina. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Masukkan garam
& gula secukup rasa, masak ayam hingga naik bau. Apabila ayam sudah hampir setengah masak masukkan terung, kemudian masukkan bendi, lobak masin, lebihan daun pudina & akhir sekali taburkan bunga kantan di atasnya.

Selasa, 8 Oktober 2013

Ayam masak halia bersantan

Bahan-Bahan:

 


1 ekor ayam dipotong kecil.2 cawan santan pekat
1 inci halia.4 ulas bawang merah.3 ulas bawang putih.4 biji cili merah.semua bahan-bahan ini tumbuk.[tidak terlalu lumat dan perap bersama ayam.]

Cara:

santan dimasak hingga pecah minyak kemudian masukkan ayam yang telah diperap dengan garam gula serta bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.gaul rata,kecilkan api ,masak selama 5 minit tambahkan air jika kuahnya agak kering.rasakan garam gulanya dan biarkan kuahnya agak pekat baru angkat.bolehlah dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan bersama nasi putih     

Ayam 1000 Rasa

Bahan-Bahan:

 




1 ekor ayam (sederhana besar)
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering 

Cara:

  1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.
  2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.
  4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang     

Ayam Goreng Nam Yee

Bahan-Bahan:

 


500 gm Daging Ayam (Bahagian dada)

Bahan A

2 sudu besar Minyak bijan
1 sudu besar Stok pekat ayam maggi
2 keping Tahu Jeruk (Nam Yee)Ada di jual di Pasaraya
sedikit Lada sulah 

Bahan B

2 Biji Telur Ayam
4-5 sudu besar Tepung jagung

Cara:

Ayam Dipotong kecil dan di gaulkan dgn bahan A sehingga sebati. Perapkan selama 4 jam (kalau nak cepat perap 1-1/2 jam pun boleh). Apabila hendak menggoreng gaulkan dengan telur dan tepung jagung tadi. Goreng sehingga ayam kekuningan , goreng dgn api kecil supaya ayam tidak hangus.

Cadangan Hidangan:

Ayam goreng ini sedap dimakan dengan sos cili Thai.

Tambahan:

Selamat mencuba 

    

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:

600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus:

15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Cara:

Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.   

Isnin, 7 Oktober 2013

Barbeku Pari

Bahan-Bahan:

 

 
200 gm ikan pari
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah2 gm jus limau
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:

4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara:

Potong ikan dan bersihkan. Perasakan dengan bahan-bahan rempahan. Panggang mengikut citarasa anda. Hidangkan panas-panas. 

Acar Daging Cincang Bersos

Bahan-Bahan:





600 gm daging cincang
2 sudu serbuk kunyit
3 sudu jintan manis biji
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar gula melaka yang dihancurkan
1 cawan tairu
1 ½ sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
3 cm halia muda
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
½ cawan minyak
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:

Daging dipotong kecil, diperap dengan jintan biji dan serbuk kunyit. Tuang minyak masak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus bersama hirisan bawang besar. Bila bahan tumisan menjadi kuning. tuangkan daging dan biarkan sehingga airnya kering. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka. Gaul hingga rata, tuangkan 2 cawan air dan masukkan garam secukup rasa. Bila air menjadi keringdan dagingnya empuk tuangkan tairu serta lada putih yang ditumbuk halus dan gaul sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.   

Ahad, 6 Oktober 2013

Lontong Daun Pisang

Bahan-Bahan:

 


Beras (Dibasuh dan tos)
Daun pisang abu atau pisang batu
(selebar 16 inci)

Batang Paip selebar 2 atau 2 ½ inci (sebagai acuan)
Lidi dipotong serong 1 ½ inci
atau Dawai (dipotong 4 ½ inci)

Cara:

Basuh beras dan toskan
 
Daun pisang digulung menggunakan batang paip sebagai acuan, kelepet atau matikan hujungnya /ikat hujung daun pisang menggunakan dawai atau lidi.
keluarkan batang paip.
 
isikan beras ke dalam daun pisang sebanyak 1/3.
 
rebus dalam air yang banyak selama 6 hingga 8jam.
 
api sederhana.
 
setelah masak angkat dan susun berdiri. biarkan sejuk.

Cadangan Hidangan:

boleh dimakan bersama kuah lodeh atau serunding kelapa.      

Ayam Arsik

Bahan-Bahan: 

 

1 ekor ayam, dipotong 12
Sedikit garam
2 biji tomato, dikisar
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
Sedikit daun salam
½ camca teh cuka
Sedikit gula

Bahan dikisar:-

9 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
1 camca besar ketumbar
1 camca teh lada sulah

Cara:

Perap ayam bersama garam, tomato dan kicap setengah jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan daun salam. Kecilkan api dan tutup kuali. Kacau sekali-sekala. Apabila kuah pekat, masuklah cuka, gula dan kicap. Kacau rata. hias dan hidangkan.   

Ayam Bakar Istimewa

Bahan-Bahan: 



1 ekor ayam muda
600 gm bawang goreng
1 camca besar sos tomato
20 biji badam, dibakar dan dibuat hiasan
Minyak sapi untuk menumis
4 cawan air
60 gm kismis, digoreng
1 tin susu cair
3 biji limau kasturi

Bahan-bahan dihiris:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan digiling:

1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada sulah
3 biji pelaga
4 kuntum cengkih
2.5 sm halia
2.5 sm kulit kayu manis
2.5 sm kunyit hidup
3 hiris lengkuas

Cara:

Ayam dibakar hingga kuning. Ketepikan. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan bahan giling hingga wangi. Campurkan air limau kasturi bersama susu dijadikan tairu. Campurkan bersama bahan tumis. Kacau rata. Masukkan tomato sos dan air. Kacau lagi. Masak hingga pekat kemudian tuang di atas ayam bakar.

Cadangan Hidangan:

Hias ayam menggunakan badam bakar, kismis dan bawang goreng.



JANGAN LUPE KLIK IKLAN-IKLAN YANG ADA DALAM BLOG INI..CUKUP LAH HANYA SEKALI...TERIMA KASIH... Please Click the advertisment. Once is enough. thank You