Bahan-bahan
1 paket kaoy teaw (selalunya dalam 1/2 kilo atau 300 g)
150 g taugeh
100 g isi kerang (beli yang dah di buang kulitnya, ada kat pasaraya)
100 g udang basah (AN suka campur udang jugak)
2 sudu besar sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
2 biji telur
2 paket perencah bihun/nasi goreng ADABI
10 biji cili kering dikisar atau 2 sudu cili paste yang sudah dikisar.
5 ulas bawang merah (3 untuk di kisar bersama cili kering, 2 untuk ditumis)
4 ulas bawang putih (2 ulas untuk dikisar bersama cili kering, 2 ulas untuk ditumis)
Kucai yang di potong lebih kurang 1 inci panjang
2 biji tahu
10 biji fish ball
2 keping fish cake
Gula, kicap dan garam secukup rasa.
Daun saderi dan daun bawang di potong halus untuk hiasan
Cara-cara nak goreng
- Tahu dibersih dan di perap dengan sedikit garam. Kemudian goreng.
- Fish cake dan fish ball juga di goreng.
- Tahu, fish ball dan fish cake ini di potong nipis untuk hiasan.
- Cili kering di kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Kalau nak kisar cili sahaja pun OK.
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali.
- Hiris bawang putih dan bawang merah dan tumis di dalam minyak.
- Apabila sudah kekuningan, masukkan udang basah, isi kerang. Goreng sehingga udang nampak sudah masak.
- Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili pecah minyak atau agak garing. Kalau kurang garing mungkin terlalu pedas. Masukkan perencah ADABI, sos tiram, sos cili.
- Pecahkan telur ke dalam sambal tadi. Kacau.
- Masukkan garam, gula, sedikit kicap.
- Masukkan taugeh, kucai dan akhir sekali koayteaw.
- Kacau sehingga semua adunan sebati.
- Bila dah semua sebati dan yakin sudah masak, bolehlah dikaut ke dalam pinggan.
- Hias dengan daun saderi & daun bawang, fish cake, fish ball dan tahu yang telah dihiris.
Selamat mencuba. Jangan marah dengan AN kalau mak mentua lalu korang buat tak tahu je... hehehe.