Ini kami orang utara panggil buah belinjau. Belinjau muda warna hijau
macam ni lah. Kalau belinjau yang dah masak (tua) kulit luar tu warna
merah, selaput tengah warna hitam dan biji dia warna putih. Belinjau tua
selalu orang buat kerepek/keropok belinjau. Sekarang ni senang nak beli
kerepek belinjau dari supermarket sebab banyak di import dari
Indonesia.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya buat kari.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya buat kari.
Bahan-bahan
Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa
Untuk menumis darat
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.

Untuk menumis
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.

Hasil akhir kari belinjau ni macam dalam gambar ni.
Selain dari belinjau, kari macam ni boleh dibuat dengan buah ramunggai, pisang muda dan nangka muda.
Gambar dan resipi dari Dapur makcik Kampung
*Kalau saya biasanya untk ikan bilis sy guna rempah ikan, kalau udang atau apa2 seafood guna rempah kari daging dan lebih halia.