Sabtu, 17 Mei 2014

Briyani Sindhi

Bahan-bahan:

2 ulas bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
2 paket Rempah Briyani Sindhi
1 kg ayam 
Tomato
Chili hijau
Daun ketumbar
Kentang

Cara Penyediaan:

Tumis bawang hingga layu dan caramelize.  Masukkan ayam dan kentang.  Goreng sekejap. Masukkan rempah Briyani dan kacau rata.  Masukkan daun ketumbar, cili hijau dan kentang. Tutup periuk dan biar masak dalam 7 minit atau sehingga ayam masak.  Maukkan tomato yang dipotong dadu.   Jika ingin berkuah, masukkan susu cair.

Nasi:

Tanak beras Basmathi yang telah direndam sekejap.Seterusnya, lapik loyang kukusan dengan daun pisang.  Sendukkan nasi dan ratakan.  Masukkan ayam Briyani dan bawang2 dalam kuah Briyani. Titikkan pewarna kuning telur di beberapa spot, tapi jangan dikacau. Lapik lagi dengan nasi dan ulang hingga habis nasi.

Tidak perlu curah kuah banyak, cukup letak rempah ratus dalam kuah tu je.  Nanti jadi bubur lak..haha.Susun telur rebus sebagai lauk tambahan.  Kukus nasi dan lauk selama 15 hingga 20 minit.  Setelah masak baru di gaul manja2 je nasi dan spot pewarna tadi.

Selamat mencuba.

Gulai Ketam Cili Api

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor ketam(belah dua)
  • 5 biji cili padi (kisar)
  • 1biji bwg besar,3 ulas bwg putih,1 inci halia,kunyit hidup(kisar)
  • daun kunyit,serai(diketuk)
  • 1 biji kelapa parut(santan)
  • garam,serbuk perasa,sedikit gula
  • nenas/tomato

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang telah dikisar,sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan santan,daun kunyit
  3. Biar santan mendidih;tambahkn garam,serbuk perasa
  4. Masukkan tomato dan tutup api..Siap utk dihidang..makan bersama nasi putih panas

Resepi Kari Parpu / Dal

BAHAN-BAHAN:
250gm kacang parupu/dal.
1 cawan santan jika dikehendaki.
3 cili hijau dibelah dua.
1 sudu kecil halia dicincang.
3 biji cili kering.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1  sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
1/2 sudu  kecil (tsp) biji jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) Garam Masala (sekiranya ada).
1 sudu kecil (tsp) gula.
secubit Astafeida – tidak kemestian
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masak kacang parupu dengan 2 cawan (cup) air, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasaka boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah masak secukup dan asingkan parpu yang telah masak.
  2. Panaskan periok atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis. Bila minyak panas masukkan cili kering,   biji jintan putih dan manis,  sekiranya suka boleh masukkan daun kari sedikit dan halia cicang. Bila biji rempah mula meletop, masukkan cili hijau.
  3. Masukkan “serbuk astofeida” sekirana suka pada baunya tapi mamak haji tak galakan orang melayu gunakan astofeida menjadi bau harum rakyat bangla…hahahaha. Jangan ambil hati yea..bergurau saja.  Astofeida ini bentuk serbuk yang diperbuat dari bawang putih dan halba. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pulak kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi kedalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah tadi.
  4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran (labu air), kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak secukup. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan mamak haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.
  5. Masukkan santan dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki, biasanya rak yat India tidak gunakan santan. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehinnga mendidih untuk tidak cepat basi. Keluarkan dari dapur dan hidangkan. Kari parupu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada ingin menjaga diet dalam makanan. Selamat mencuba.

Nasi Kuning Udang DiRaja

(*Resipi oleh Chef Kamarul – www.chefkamarul.net)

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmati – dibasuh dan dituskan
6 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu besar serbuk kunyit
2 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
3 sm halia – dihiris
1 tangkai daun kari
5 gm gula batu
3 sudu besar mentega
3 tangkai daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Bahan-bahan rempah tumis:
4 sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakan:

  1. Panaskan mentega, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
  2. Masukkan bahan rempah tumis dan daun kari.
  3. Kemudian, masukkan udang dan kacau seketika.
  4. Tuangkan air dan susu cair.
  5. Masukkan pula garam, gula batu dan serbuk kunyit.
  6. Biarkan ia mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan beras basmati.
  7. Tanak nasi sehingga masak.
  8. Apabila hendak menghidangkannya, taburlah bawang goreng dan daun ketumbar di atasnya.

Jumaat, 16 Mei 2014

Ayam Takari

RESEPI HIDANGAN NEPAL: AYAM MASAK TAKARI.
1 kg. daging ayam telah dibersihkan.
1/2 cawan bawang labu yang telah dihiris.
1 cawan yogurt (mamak haji guna santan saja).
1/2 sudu  besar (tbsp) bawang putih dihiris.
1/2 sudu besar (tbsp) halia dicincang.
1 sudu besar serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam (ditumbuk kasar).
2 cawan air stok ayam atau dua kiub chicken stock dicairkan dengan 2 cawan air suam.
5 kuntum cengkih.
5 biji bauh pelaga.
1 ” kayu manis.
2 helai daun salam India/ daun beriani.
1/4 sudu kecil (tsp) biji buah pala yang ditumbuk.
3 sudu besar (tbsp) daun ketumbar yang dihiris untuk ditaburkan.

CARA-CARA MASAKAN:

  1. Peramkan daging ayam yang telah bersihkan lada hitam, serbu kunyit dan garam lebih kurang 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak, masukkan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun salam.
  3. Masukkan bawang dihiris, goreng sehingga bertukar warna kuning keemasan. Masukkan bawang putih telah hiris, halia, serbuk jintan putih, serbuk cilidan biji  buah pala.
  4. Masukkan dengan segera ketulan ayam kedalam rempah dn gaulkan serata sehingga warna ayam bertukar kepada warna perangan sedikit..
  5. Masukkan santan, air stok ayam.  Kecilkan api dapur dan reneh (simmer) sehingga ketulan ayam masak sempurna.
  6. Hidangkan ketulan ayam dengan taburkan hirisan daun ketumbar. Semat mencuba. Jangan terlalu terkejut dengan rempah yang digunakan. Rempah-rempah ini sepatutnya ada di dapur anda bila ingin cuba resepi-resepi nasi kandar atau pun resepi dari benua kecil India.  Sediakan botol-botol yang bersesuain dan tandakan nama dan tarikh dimasukan rempahrempah tersebut. Rempah-rempah serbuk boleh gorengkan kering rempah biji dan kisar dan simpan dalam bekas yang kedap udara. Ia akan memberi aroma yang wangi dari rempah-rempah serbuk yang dibeli. Rempah-rempah ini bukan saja murah tetapi tidak ada campuran tepung beras dan kualiti rempah yang tersangat rendah. Wassalam.

Kek Batik Badam Berkrim

(* Resipi oleh Sherson Lian)

Bahan-bahan:

150 gm coklat masakan gelap – dicincang kasar
428 gm biskut krim kraker – dipatah empat
250 gm mentega
½ cawan gula perang
¾ cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 biji telur – dipukul
1 sudu besar esen vanila
½ cawan serbuk badam
Kepingan badam – disangai
125 ml krim putar
1 paket Nescafe 3 dalam 1

Cara menyediakan:

  1. Cairkan mentega dan gula dalam periuk. 
  2. Kemudian masukkan coklat. Kacau hingga cair.
  3. Dalam periuk lain, panaskan susu cair menjadi sedikit suam.
  4. Ketepikan buat seketika.
  5. Tambahkan telur sedikit demi sedikit sambil terus pukul supaya tidak berketul-ketul.
  6. Setelah sebati, campurkannya ke dalam adunan coklat tadi. 
  7. Tambahkan susu pekat dan esen vanila. Masak hingga sebati dan likat.
  8. Masukkan serbuk badam dan biskut yang telah dipatah-patahkan.
  9. Salut rata biskut dengan coklat dan bolehlah padamkan api.
  10. Seterusnya, masuk dan padatkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
  11. Taburkan kepingan badam hingga menutupi permukaan biskut. 
  12. Sejuk dan keraskan ia dalam peti sejuk.
  13. Untuk krim, pukul krim putar bersama Nescafe 3 dalam 1 hingga kembang.
  14. Hidangkan krim ini bersama kek batik.

Resepi Rendang Ayam Berempah

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) di potong 10 bahagian. Bersihkan dan lumurkan dengan 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan 1/2 sudu kecil garam. Daging ayam yang dijual pasar adalah terlalu lembut dan cepat penyek atau hancur bila di masak jangka masa yang lama. Untuk elakan ini kita perlu goreng sedikit permukaan daging untuk tujuan kerasakan. Sekiranya gunakan ayam kampung, proses ini tidak perlu dilakukan kerana sememangnya daging ayam kampung keras.
  • 1 cawan santan pekat, kalau gunakan buah kelapa, 1 biji dengan 2 cawan santan diperah.
  • 1/2 cawan kerisik. Sekiranya gunakan kelapa parut, goreng kering sehingga perang dan ditumbuk denganguna  batu lesung sehingga lumat dan minyak dikeluarkan.
  • 4 helai daun salam (Indonesia)  atau 2 helai daun kunyit.
  • 1 btg serai diketuk.
  • 2 keping asam keping/gelugor.
  • 1 keping gula melaka.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk kari daging/boleh tambah 1 sudu lagi kalau ingin lebih berempah.
  • satu senduk kecil minyak masak.
  •  Garam secukup.
Bahan tumis untuk dikisar:
  • 3 biji bawang labu sederhana besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 batang serai dihiris halus.
  • 2 inci lengkuas dihiris.
  • 1 inci kunyit hidup dibuang kulit dan dihiris.
  • 15 tangkai cili kering direndam dalam air panas.
  • 10 biji cili api.
Kisar bahan-bahan di atas dengan kadar 1:1 air.

CARA MEMASAK:
  1. Panasakan kuali, masukam minyak masak, bila panas masukan 1 batang serai yang telah diketuk. Masukkan bahan kisaran dan asam keping, kacau rata. Biarkan api dapur pada sederhana.  Bila perencah ini mula pecah minyak (minyak akan timbul di sekeliling tumisan), Masukkan gula melaka dan dua sudu rempah kari. Biarkan gula Melaka larut dalam tumisan (bumbu).
  2. Masukkan santan dan biarkan ia masak secukup (Ini bertujuan rendang anda tidak basi dan baik dalam jangka waktu yang lama).
  3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan ketulan ayam dan kecilkan api. Kerap kali kacau ayam ini supaya dipermukaan bawah tidak hangus. Sekiranya terlalu pekat anda boleh gunakan air panas untuk cairkan sedikit. Ini masakan rendang bukan kari, maka rendang yang kering dan lembab  diselaputi dengan ketulan ayam paling enak dimakan.
  4. Rendang yang terbaik adalah rendang yang telah pecah minyak. Minyak perlu timbul  dan menjadi selaput yang melindungi  dari bakteria yang boleh basikan rendang ayam. Ini juga cara yang sama digunakan dalam masakan resepi nasi kandar.

Khamis, 15 Mei 2014

Resepi Bawal Masak Sweet Sour

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
½ botol sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

  1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
  2. Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi.
  7. Hiaskan dgn daun sup & bawang

Tajin Daging

(* Resipi oleh Chef Adu Rahman)

Bahan-bahan A:

2.5 kg daging kambing bahagian paha atau bahu – dipotong dadu
1 cawan minyak argan atau minyak zaitun
3 labu bawang besar – dimayang kasar
7 ulas bawang putih – dititik
3 biji lobak merah – dipotong kasar
250 ml jus tomato
2 liter stok ayam
1 tin tomato cincang
1 ikat daun ketumbar – dihiris kasar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:

1 sudu besar serbuk kayu manis
1 sudu besar serbuk halia
1 sudu besar paprika
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar jintan putih
½ sudu besar serbuk kunyit
½ sudu besar lada hitam – ditumbuk

Bahan-bahan C:

1 cawan kismis
1 cawan buah kurma – dibuang biji dan dibelah dua
1 cawan aprikot kering – dipotong dua
1 cawan pic kering – dipotong dua
1 cawan buah prun kering – dipotong dua
1 cawan kacang badam – dibuang kulit dan dibelah dua

Cara menyediakan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Gorengkan permukaan daging kambing dengan api kuat hingga ia berwarna perang. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan minyak yang selebihnya. Perlahankan api ke tahap sederhana.
  4. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  5. Campurkan semua bahan B dengan sedikit air hingga menjadi pes.
  6. Tumis bersama bawang tadi dan kacau hingga rempah masak.
  7. Masukkan jus tomato, tomato cincang, lobak merah dan daging.
  8. Kacau rata, masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih.
  9. Masukkan kesemua bahan C.
  10. Kemudian tutup dengan foil aluminium dan ikat kuat dengan tali tahan ketuhar.
  11. Masukkan ke dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah Selsius dan masak selama satu jam setengah hingga ke dua jam sehingga daging empuk tapi tidak terlerai.
  12. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam secukup rasa dan taburkan daun ketumbar.
  13. Hidangkan dan nikmati Tajin Daging ini dengan nasi atau roti.

Rabu, 14 Mei 2014

Resepi Croquette Kentang dan Sardin

Bahan-bahan:

1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.

Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.

Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.

Pukul telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.

Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.

Sup Ayam Bercili

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin (Chef Naq))

Bahan-bahan:

200 gm isi dada ayam – dipotong dadu
1 biji tomato – dipotong dadu
½ batang timun – dipotong dadu
1 biji lada benggala – dipotong dadu
1 labu bawang kuning – dipotong dadu
1 helai daun bay
2 sudu besar minyak jagung
500 ml air pati ayam
3sudu besar pes tomato
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak jagung dan tumis bawang kuning, lada benggala, tomato dan timun.
  2. Selepas itu, masukkan isi dada ayam dan daun bay.
  3. Tumis sehingga ayam masak.
  4. Masukkan pes tomato dan gaul selama lima minit dengan api perlahan.
  5. Tuangkan air pati ayam dan biarkan selama 20 minit sehingga ia mendidih.
  6. Pekatkan kuah dengan air tepung jagung. Kacau kuah ini.
  7. Setelah mendapat tekstur kuah yang sesuai, padamkan api.
  8. Sup ini sedia dihidangkan. Lebih enak jika dimakan dengan roti bawang putih.

Selasa, 13 Mei 2014

Resepi Nasi Beriyani Masak Udang

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm beras basmathi ( di cuci )
  • 500gm  udang besar ( bersihkan misai dan tanduk tajam dgn mengunting (kepala jangan buang). Kopek kulit tengah badan dan belah belakang buang urat.
Bahan-bahan untuk peram udang:
  • 1 biji limau nipis atai 1/2 biji lemon perah jusnya.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • garam secukup rasa.
4 biji bawang besar dihiris halus. Bahagikan sama rata kuantiti bawang hirisan ini kepada 3 bahagian.
1 helai daun pandan ( disimpul ),
3 biji tomoto di potong kiub kecil.
 
Bahan-bahan untuk menyediakan rempah/ masal kering.
  • 4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 1 sudu besar biji kas-kas.
  • 2 inci kayu manis.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.
Kesemua rempah di atas panaskan kuali dan masukkan. Goreng kering  sehiingga sedikit kehitaman dan asap mula dikeluarkan oleh rempah. Jangan sampai hangus. Buah pelaga itu kopek kulit, cuma mabil bijinya. kulit buang. Kisar semua rempah ini diblender kecil atau coffee blender sehingga halus.  Kta jangan pulak guna rempah beriani kerana udang dan daging atau ayam lain pula jenis rempahnya. Kalau beli rempah tersedia seperti baba’s atau adabi tentukan anda beli jenis  serbuk kari untuk daging atau ayam lain dengan ikan atau masakan kari hasil laut.
Bahan-bahan untuk menyediakan masala atau rempah basah:
  • 2 batang cili hijau.
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus.
  • 1/2 cawan daun pudina.
  • 1 sudu besar (tbsp) safron strands atau dalam bahasa kita stigma bunga kum-kum. Safron ini sangat mahal dan berikan rasa yang sangat pesona dengan warna yang ghairah, Kalu payah nak cari gunakan warna oren merah sedikit.
  • 3-5 sudu besar (tbsp) susu panas.
  • 5-7 sudu besar miinyak masak untuk goreng.
  • Sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
PENYEDIIAAN BERAS BASMATHI:
  1. Basuh beras cuma sekalii atau dua. Toskan dan masukkan ke dalam air panas. Rendam selama 15-20 minit. Toskan dan simpan tepi dalam penapis.
  2. Masak beras dalam periok nasi seperti biasa (kadar nisbah air dan beras 1:1) dengan masukkan sedkit garam dan 1/2 sudu kecil gula bersama dengan satu sudu kecil (tsp) minyak sapi. Masukkan susu bersama denga safron atau warna oren merah. Mamak haji ingin jadikan nasi beriani berwarna oren merah. Tetapi nasi beriayani tidak perlu diwarnakan cuma safron sudah cukup.
  3. Masak nasi ini perlu takat masak nasi cukup masak saja. Bila switch rice cooker tendang terus matikan suisnya. Tak perlu ia ditanak sehingga kering keluarkan nasi yang masih berair itu dan tapiskan.Maksudnya ia cuma masak dalam lebih sedikit 3/4 bahagian beras.
PENYEDIAAN UDANG MASALA UNTUK NASI BERIYANI:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng udang dalam suhu panas untuk dapatkan warna kemerahan kulit udang. Tujuannya ia lah sekiranaya kita masukkan begitu saja udang, warna kulit udang cuma putih atau kuning dan tdak menarik. Selama 3 minit sudah mencukupi. Keluarkan udang yang telah goreng dan simpan.
  2. Panaskan periok, goreng satu bahagian bawang hirisan dari tiga bahagian tadi. Goreng sehingga bawang ranggup dan kuning keemasan. Keluarkan kesemua bawang goreng dan tapiskanminyak dan diletakan diatas kertas tuala dapur. Minyak gorengan bawang kita perlu gunakan kembali. Bawang goreng rangup untuk hiasan diatas hidangan nasi beriyani kelak nanti.
  3. Dengan minyak gorengan bawang tadi, masukkan lagi 1 bahagian lagi bawang hirisan. kali ini kita layukan saja bawang ini.
  4. Masukkan rempah basah bersama dengan daun pandan. Goreng sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi kedalam periok. Masukkan sekali rempah kerng yang telah disediakan. Goreng sehingga udang anda masaqk cukup. Jangan terlalu lama nanti udang anda jadi kecut, kerana dalam ansi pun udang ini pasti masak lagi. dalam 4-5 minit cukup.
PENYEDIAAN TERAKHIR HIDANGAN NASI BERIYANI UDANG:
  1. Sapukan minyak sapi sekeling perik bahagian dalam (mamak haji katakan periok kalau tebal dibahagian bawah amat sesuai seperti periok pressure cooker). Masukkan separuh dari nasi yang telah disediakan, dikuti dengan hidangan masala dan diatas sekali kembali nasi separuh yang lagi.
  2. Masak nasi ini perlu berhati-hati, kita perluakan  setiap wap dihasilkan untuk masak nasi kali terakhir dengan sempurna. Maka anda perlu tutupkan setiap rongga dengan gam tepung. Inilah dipanggil nasi beriani gam. Ambil kain yang panjang , rendamkan dalam air tepung gandum yang pekat dan salut tudung diatas periok.
  3. Sekiranya takut nasi jadi hangit kerana api kecil dapur gas adalah mungkin keras bagi masak nasi beriani ini, lapikan dengan kuali leper dibawah periok anda. Bagi peniaga yang punyai Baine Mary boleh masak nasi ini dengan guna tray di atas pemanas makanan ini. Kalau payah juga gunakan ketuhar / oven masak nasi ini dalam suhu pemanas makanan 60-70 C.
Akhir selamat mencuba dengan sabar…hahaha!.

Resepi Botok Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
Kukus selama 30 minit.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Hidangan Pencuci Mulut Parfait

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin (Chef Naq))

Bahan-bahan:

2 skup aiskrim vanila
4 keping biskut wheatmeal
3 sudu besar emping jagung (cornflakes)
3 sudu besar krim putar
100 ml susu penuh krim
1 gelas air sejuk
100 ml sos coklat
1 potong epal hijau
4 biji strawberi
1 potong oren
1 biji ceri jenis Maraschino

Cara menyediakan vanila ice blended:

  1. Masukkan aiskrim vanila, biskut wheatmeal, susu penuh krim dan 1 gelas air sejuk ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar selama 20 hingga 30 saat.
  3. Ketepikan bahan kisaran atau vanilla ice blended ini.

Cara menyediakan parfait:

  1. Ambil sebuah bekas.
  2. Mulakan dengan lapisan pertama iaitu dengan meletakkan sos coklat.
  3. Diikuti dengan lapisan kedua iaitu dengan meletakkan vanila iced blended yang sudah disediakan tadi.
  4. Untuk lapisan ketiga pula, letakkan emping jagung.
  5. Lapisan keempat pula merupakan bahagian ‘topping’nya yang mana dihias dengan hirisan buah-buahan iaitu epal hijau, strawberi, oren dan ceri Maraschino.
  6. Potonglah Parfait ini mengikut kreativiti anda.
  7. Sedia untuk dinikmati sebagai hidangan pencuci mulut.

Gulai Ketam Cili Api

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor ketam(belah dua)
  • 5 biji cili padi (kisar)
  • 1biji bwg besar,3 ulas bwg putih,1 inci halia,kunyit hidup(kisar)
  • daun kunyit,serai(diketuk)
  • 1 biji kelapa parut(santan)
  • garam,serbuk perasa,sedikit gula
  • nenas/tomato

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang telah dikisar,sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan santan,daun kunyit.
  3. Biar santan mendidih;tambahkn garam,serbuk perasa.
  4. Masukkan tomato dan tutup api..Siap utk dihidang..makan bersama nasi putih panas.
oleh : Malia lajat

Isnin, 12 Mei 2014

Nasi Bukhari Ayam

BAHAN-BAHAN:

PENYEDIAAN AYAM:

  • 1 ekor ayam yang berat 1.6 -1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek.  Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.
  • Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

Bahan-Bahan untuk Tumis Ketulan Ayam

  • 1 sudu kecil (tsp) biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 1 kpg 2″ kayu manis.
  • 6 biji buah pelaga.
  • 6 kuntum bunga cengkih.
  • 1/4 sudu kecil lada hitam.
  • * 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Sagai semua bahan-bahan tersebut kecuali serbuk kunyit dan kisar halus untuk dijadikan rempah
  • 2 biji bawang labu sederhana besar di hiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 2 helai daun shaiba.
  • 2 btg karot dihiris.
  • 2 btg karot disagat.
  • 6 biji tomato cherry dibelah dua.
  •  pes tomato puri
  • 2 helai daun beriani/salam.
  • 1/2 sudu kecil teh (tsp) garam atau cukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1 sudu besar stok ayam (maggi)
CARA PENYEDIAAN:
  1. Gunakan minyak yang sama goreng ayam dan ditambah 1 sudu minyak sapi (itu pun kalau suka) dipanaskan kembali, masukkan hirisan bawang, goreng hingga layu (jangan sampai garing), masukan lobak hingga layu.
  2. Masukkan semua rempah dan garam. Kemudian masukan pes halia bawang putih. Goreng sehingga bau haruman rempah dikeluarkan. Masukkan ketulan ayam tadi. Tutup periok anda dan perlahan api untuk ayam separuh masak.
  3. Bila ketulan ayam masak 1/2 , masukkan puree tomato, dan susu cair. Tambahkan kiub ayam, perlahankan api dapur. Biarkan kuah nya menjadi pekat (pes). Keluarkan ketulan ayam saja. Biarkan kuahnya.
  4. Masukan air (air untuk masak beras basmathi ialah nisbahnya 1:1 bermakna masukan beras dalam bekas dan ratakan paras dan tandakan paras beras. Sukatan air adalah sama dengan paras beras. Jangan lupa sukatan ini walau pun anda masak jumlah yang besar. Ini formulanya. Biarkan air mendidih dan masukkan beras yang ditapis kering. Untuk sedap lagi anda boleh masukkan  1-2 kiub ayam dan sedikit gula kedalam kuahnya. Rasa airnya untuk kemasinan yang sesuai biasanya 1/2 sudu kecil garam sudah memadai untuk resepi ini.

Penyediaan Nasi:

  1. kg basmathi di basuh dan direndam selama 1/2 jam ( mamak haji suka rendam dalam bekas air panas selama 3-4 minit, kacau rata dan terus toskan air untuk mempercepatkan lagi proses rendaman ini, cara ini lebih baik dari rendam beras). Tentang basmathi ini ramai pengunjung blog bertanyakan jenama terbaik. Kualiti beras basmathi terletak pada size panjang atau pendek. Kalau panjang harga pun lebih panjang dan tinggi. Maka terpulanglah pada anda untuk memilihnya. Masukan beras bila air mula mendidih. Bila nasi mula masak kacau perlahan-lahan (jangan sampai butir nasi pecah).
  2. Bila nasi mula sejat kecilkan api dapur ke minima supaya nasi tidak hangus. Titiskan pewarna oren merah di tiga atau empat tempat dimana gelembung udara dibebaskan. Ini bertujuan warna ini ke dasar nasi. Cara warna ini untuk ada butir-butir nasi berwarna oren dan mencantikan hidangan. Ia juga mengelakan keseluruhan nasi bertukar warna dari warna asli masakan. Segera tutup tudung periok dan tentukan tiada wap terkeluar  dengan menggunakan gam tepung gandum atau lilit kain di sekeliling periok (seperti menyediakan nasi beriani gam Johor). Setelah masak terbalikan nasi supaya bahagian nasi yang belum masak akan ke bawah dan bahagian bawah nasi naik keatas dengan menggunakan sudip.  Ratakan kembali nasi dan taburkan buah kismis dan buah badam yang telah goreng tadi ke atas permukaan nasi.
  3. Bila nasi telah siap anda boleh hidangkan dengan ketulan ayam sekali. Selamat mencuba.
Nota: anda bolehlah ubah cara masak dengan terus gunakan rempah kurmak atau pun dengan rempah sup atau kari. Kalau mengikut resepi asal tomato segar di kisar dan guna yogurt. Rempah di atas sebenarnya rempah kurma yang sedia dijual. Wassalam.

Resepi Nugget Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

150 gram isi ikan tenggiri
50 gram tepung ubi
2 biji telur ayam
1 sudu bawang putih goreng
50 gram cendawan telinga, cincang kasar
garam secukup rasa
1 sudu teh gula
serbuk lada sulah secukup rasa
150 gram serbuk roti
100 gram tepung gandum
1 liter minyak masak

Cara Penyediaan :

Kisar isi ikan tenggiri. Masukkan tepung ubi, bawang putih dan 1 biji telur. Gaul hingga rata.
Tambahkan cendawan, garam, gula dan lada sulah. Gaul hingga mesra.

Masukkan adunan ke dalam loyang beralas plastik. Ratakan adunan dan kukus sehingga masak. Angkat, potong 1.5 x 3 cm Salut potongan nugget dengan tepung gandum, celupkan dalam telur, golekkan diatas serbuk roti.

Panaskan minyak, goreng nugget ikan hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Sajikan dengan sos cili atau sos tomato.

Ayam Panggang dengan Selada Kentang

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin)

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
1 biji ubi kentang jenis Russet – dipotong dadu
1 sudu kecil mayonis
½ sudu kecil mustard
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 sudu kecil daun bawang - dihiris

Bahan-bahan A:

1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar minyak jagung
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Lumurkan bahan A tadi pada ayam.
  3. Perapkan ayam ini selama 30 minit dan simpan ia di dalam peti sejuk.
  4. Sementara itu, rebuskan kentang hingga lembut dan toskan airnya hingga kering.
  5. Gaulkan kentang rebus ini bersama mayonis, mustard, garam, serbuk lada hitam dan daun bawang.
  6. Ketepikan selada kentang tersebut.
  7. Panaskan ketuhar pembakar kepada suhu 160 darjah selsius.
  8. Ambil ayam yang telah diperap tadi.
  9. Bakar ayam ini selama 40 minit.
  10. Apabila ayam masak, keluarkan dari ketuhar pembakar.
  11. Biar ia sejuk seketika, barulah dihidangkan bersama selada kentang.

Ahad, 11 Mei 2014

Coklat Chips Cookies..

Bahan-bahan:

Untuk ayak:

2 cwn tepung
1/4 cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder

1 1/2 cwn brown sugar
1 cwn butter
1 biji telr
1 sudu kecil vanilla
1 cwn coklat chips

Pukul gula dan butter hingga sebati. Tidak perlu terlalu lama. Masukkan telur dan esen vanilla. Diikuti tepung dan uli hingga jadi doh. Bentukkan dan bakar selama 15 minit pada suhu 170oC.

Sambal Goreng

Bahan-bahan ( Hidangan untuk 5 orang makan )

BAHAN KISAR

  • 7 tangkai cili kering
  • 100gm udang kering
  • 3 biji cili padi atau lebih terpulang jika nak pedas menyengat
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • halia tua sebesar ibu jari

BAHAN ASAS UNTUK DIGORENG

  • 500gm udang basah
  • 5/6 ketul hati ayam dipotong2x ikut saiz kegemaran
  • 3 Ketul tauhu basah (dipotong & diasingkan)
  • 1 keping tempe dipotong nipis (dipotong & diasingkan)
  • 3 biji cili hijau besar (dihiris2x)
  • Kicap masin atau manis bagi menghitamkan sambal goreng
  • Lobak merah - optional
  • kacang panjang ikut suka nak letak berapa banyak (tapi ikut gambar tok kacang panjang dah habis hehehe) so takde
  • Bahan bertanda * digoreng dan diasingkan

BAHAN RENDAMAN

  • Suhun & Fucuk

Cara-cara

Tumis bahan kisar sehingga kering kemudian masukkan bahan bertanda * bersama suhun & fucuk yg sudah kembang, dan tambahkan kicap hitam atau kicap manis dan sayur2 optional. Campakkan gula & garam ~ tadaaaaaaaaa siap dah...leh mencekik bersama nasik putih panas & sambal belacan..

Resepi Bamia

BAHAN-BAHAN PERLUKAN:

  • 1/2 kg. Daging lembu atau kambing dipotong dadu.
  • 1/2 kg. kacang bendi dibuang tangkai, sekiranya panjang.
  • 1 biji bawang besar dibelah enam (vedges).
  • 1/2 lada hitam ditumbuk kasar.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk cili. (ikut kepedasan yang anda kehendaki- boleh juga gunakan cili kering kisar dalam 15 biji. Tetapi untuk complexion warna mamak haji pilih cili serbuk.)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar – goreng biji ketumbar dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih (sekinya tidak ada pes, gunakan 3 biji bawang putih dan 2cm halia ditumbuk halus).
  • 1 sudu kecil tomato puree.
  • 1/2 tin sup tomato (250gm).
  • 1/2 tin susu cair.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  • 2 biji bawang dikisar dan jadikan 2 cawan air bawang.
Bahan untuk tumis: (sekiranya anda punyai garam masala, gunakan 1/2 sudu kecil dan tak perlu gunakan rempah penumis seperti dibawah ini.
  • 2 kuuntum bunga lawang.
  • 1 keping kulit kayu manis.
  • 5 bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh daging dan potong kiub. Lumurkan daging bersama dengan sedikit garam, lada putih dan 1/2 sudu besar pes halia bawang putih. Biarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Basuh kacang bendi dan potong tangkainya kalau terlalu panjang potong dua.
  3. Sediakan kuali. Bila kuali panas, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga. Bila rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan baki halia bawang putih dan bawang yang telah dipotong vedges. Layukan bawang.
  4. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili (peskan serbuk cili dengan sedikit ait sebelum masukkan, kacau sebati daging dengan rempah sehingga bangkit bau harum rempah. AWAS jangan sampai terbakar rempah.
  5. Masukkan segera daging yang telah peram. Kacau sebati daging. Kecilkan api dapur dan biarkan daging masak dengan air dagingnya. Tutup dengan penutup. Sekali sekala buka tudung dan kacau. Sekiranya air kurang untuk masak daging itu tambahkan. Masak daging ini dengan cara simmering/renehan. Sekiranya anda punyai “pressure cooker atau slow cooker” ia amat mudah lakukan.
  6. Bila daging telah masak 3/4, masukkan air bawang dan didihkan kembali. Air bawang adalah untuk dijadikan kuah. Bila air bawang mula didih dan daging sudah masak secukup, masukan sup tomato, susu cair dan garam secukup. sekiranya anda inginkan kuah pekat dan berlemak boleh tambah 100gm santan pekat dalam kuah tersebut. Biarkan kuah mereneh/simmering dan jadikan kuah pekat. Awas dengan daging. Sekiranya anda takut daging akan lerai, mulakan dengan daging 3/4 masak.
  7. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan masak dengan api dapur kecil selama 10 minit lagi. Bamia anda telah siap. Anda boleh hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar diatas hidangn anda. Wassalam.
semua

Resepi Serunding Ikan

Bahan-Bahan:

1 kg ikan tenggiri/kembung/sardin
1 ½ biji kelapa (ambil 1 ½ cawan pati santan)
2 keping asam gelugur
2 camca kecil garam
2 camca kecil gula

Bahan giling/kisar:

15 tangkai cili merah
4 sm halia
15 bawang merah atau 5 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

Kukus ikan hingga masak dan sejukkan pada suhu bilik. Asingkan dari tulang isinya kemudian dilecek sedikit.

Satukan kesemua bahan dalam kuali. Masak atas api sederhan selama 5 minit sambil dikacau. Kecilkan api dan kacau berterusan sehingga betul-betul kering.

Sedia untuk dihidangkan.

Spageti Oliu Udang

Bahan-bahan:

1 bungkus spageti
4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
3 tangkai daun pasli – dicincang
600 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk ditumis:

8 ulas bawang putih – dicincang
10 ekor udang

Cara menyediakan:

  1. Satukan spageti dan air dalam periuk. Rebus spageti dengan sedikit garam selama 15 minit atau sehingga spageti lembut.
  2. Angkat dan tuskan spageti.
  3. Kemudian, gaulkan spageti dengan sedikit minyak zaitun.
  4. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih sehingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan udang dan gaul sebati.
  7. Selepas itu, masukkan spageti dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  8. Akhir sekali, taburkan lada hitam dan daun pasli.
  9. Angkat dan hidangkan panas-panas.