Bahan-bahan:
1 bungkus spageti
4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
3 tangkai daun pasli – dicincang
600 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
3 tangkai daun pasli – dicincang
600 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Bahan-bahan untuk ditumis:
8 ulas bawang putih – dicincang
10 ekor udang
10 ekor udang
Cara menyediakan:
- Satukan spageti dan air dalam periuk. Rebus spageti dengan sedikit garam selama 15 minit atau sehingga spageti lembut.
- Angkat dan tuskan spageti.
- Kemudian, gaulkan spageti dengan sedikit minyak zaitun.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
- Tumiskan bawang putih sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan udang dan gaul sebati.
- Selepas itu, masukkan spageti dan garam secukup rasa. Gaul rata.
- Akhir sekali, taburkan lada hitam dan daun pasli.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.