Khamis, 15 Mei 2014

Tajin Daging

(* Resipi oleh Chef Adu Rahman)

Bahan-bahan A:

2.5 kg daging kambing bahagian paha atau bahu – dipotong dadu
1 cawan minyak argan atau minyak zaitun
3 labu bawang besar – dimayang kasar
7 ulas bawang putih – dititik
3 biji lobak merah – dipotong kasar
250 ml jus tomato
2 liter stok ayam
1 tin tomato cincang
1 ikat daun ketumbar – dihiris kasar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:

1 sudu besar serbuk kayu manis
1 sudu besar serbuk halia
1 sudu besar paprika
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar jintan putih
½ sudu besar serbuk kunyit
½ sudu besar lada hitam – ditumbuk

Bahan-bahan C:

1 cawan kismis
1 cawan buah kurma – dibuang biji dan dibelah dua
1 cawan aprikot kering – dipotong dua
1 cawan pic kering – dipotong dua
1 cawan buah prun kering – dipotong dua
1 cawan kacang badam – dibuang kulit dan dibelah dua

Cara menyediakan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Gorengkan permukaan daging kambing dengan api kuat hingga ia berwarna perang. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan minyak yang selebihnya. Perlahankan api ke tahap sederhana.
  4. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  5. Campurkan semua bahan B dengan sedikit air hingga menjadi pes.
  6. Tumis bersama bawang tadi dan kacau hingga rempah masak.
  7. Masukkan jus tomato, tomato cincang, lobak merah dan daging.
  8. Kacau rata, masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih.
  9. Masukkan kesemua bahan C.
  10. Kemudian tutup dengan foil aluminium dan ikat kuat dengan tali tahan ketuhar.
  11. Masukkan ke dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah Selsius dan masak selama satu jam setengah hingga ke dua jam sehingga daging empuk tapi tidak terlerai.
  12. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam secukup rasa dan taburkan daun ketumbar.
  13. Hidangkan dan nikmati Tajin Daging ini dengan nasi atau roti.