Rabu, 14 Mei 2014

Resepi Croquette Kentang dan Sardin

Bahan-bahan:

1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.

Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.

Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.

Pukul telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.

Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.