(*Resipi oleh Chef Naqiuddin (Chef Naq))
Bahan-bahan:
200 gm isi dada ayam – dipotong dadu
1 biji tomato – dipotong dadu
½ batang timun – dipotong dadu
1 biji lada benggala – dipotong dadu
1 labu bawang kuning – dipotong dadu
1 helai daun bay
2 sudu besar minyak jagung
500 ml air pati ayam
3sudu besar pes tomato
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 biji tomato – dipotong dadu
½ batang timun – dipotong dadu
1 biji lada benggala – dipotong dadu
1 labu bawang kuning – dipotong dadu
1 helai daun bay
2 sudu besar minyak jagung
500 ml air pati ayam
3sudu besar pes tomato
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak jagung dan tumis bawang kuning, lada benggala, tomato dan timun.
- Selepas itu, masukkan isi dada ayam dan daun bay.
- Tumis sehingga ayam masak.
- Masukkan pes tomato dan gaul selama lima minit dengan api perlahan.
- Tuangkan air pati ayam dan biarkan selama 20 minit sehingga ia mendidih.
- Pekatkan kuah dengan air tepung jagung. Kacau kuah ini.
- Setelah mendapat tekstur kuah yang sesuai, padamkan api.
- Sup ini sedia dihidangkan. Lebih enak jika dimakan dengan roti bawang putih.