Selasa, 13 Mei 2014

Hidangan Pencuci Mulut Parfait

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin (Chef Naq))

Bahan-bahan:

2 skup aiskrim vanila
4 keping biskut wheatmeal
3 sudu besar emping jagung (cornflakes)
3 sudu besar krim putar
100 ml susu penuh krim
1 gelas air sejuk
100 ml sos coklat
1 potong epal hijau
4 biji strawberi
1 potong oren
1 biji ceri jenis Maraschino

Cara menyediakan vanila ice blended:

  1. Masukkan aiskrim vanila, biskut wheatmeal, susu penuh krim dan 1 gelas air sejuk ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar selama 20 hingga 30 saat.
  3. Ketepikan bahan kisaran atau vanilla ice blended ini.

Cara menyediakan parfait:

  1. Ambil sebuah bekas.
  2. Mulakan dengan lapisan pertama iaitu dengan meletakkan sos coklat.
  3. Diikuti dengan lapisan kedua iaitu dengan meletakkan vanila iced blended yang sudah disediakan tadi.
  4. Untuk lapisan ketiga pula, letakkan emping jagung.
  5. Lapisan keempat pula merupakan bahagian ‘topping’nya yang mana dihias dengan hirisan buah-buahan iaitu epal hijau, strawberi, oren dan ceri Maraschino.
  6. Potonglah Parfait ini mengikut kreativiti anda.
  7. Sedia untuk dinikmati sebagai hidangan pencuci mulut.