Jumaat, 16 Mei 2014

Ayam Takari

RESEPI HIDANGAN NEPAL: AYAM MASAK TAKARI.
1 kg. daging ayam telah dibersihkan.
1/2 cawan bawang labu yang telah dihiris.
1 cawan yogurt (mamak haji guna santan saja).
1/2 sudu  besar (tbsp) bawang putih dihiris.
1/2 sudu besar (tbsp) halia dicincang.
1 sudu besar serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam (ditumbuk kasar).
2 cawan air stok ayam atau dua kiub chicken stock dicairkan dengan 2 cawan air suam.
5 kuntum cengkih.
5 biji bauh pelaga.
1 ” kayu manis.
2 helai daun salam India/ daun beriani.
1/4 sudu kecil (tsp) biji buah pala yang ditumbuk.
3 sudu besar (tbsp) daun ketumbar yang dihiris untuk ditaburkan.

CARA-CARA MASAKAN:

  1. Peramkan daging ayam yang telah bersihkan lada hitam, serbu kunyit dan garam lebih kurang 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak, masukkan cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun salam.
  3. Masukkan bawang dihiris, goreng sehingga bertukar warna kuning keemasan. Masukkan bawang putih telah hiris, halia, serbuk jintan putih, serbuk cilidan biji  buah pala.
  4. Masukkan dengan segera ketulan ayam kedalam rempah dn gaulkan serata sehingga warna ayam bertukar kepada warna perangan sedikit..
  5. Masukkan santan, air stok ayam.  Kecilkan api dapur dan reneh (simmer) sehingga ketulan ayam masak sempurna.
  6. Hidangkan ketulan ayam dengan taburkan hirisan daun ketumbar. Semat mencuba. Jangan terlalu terkejut dengan rempah yang digunakan. Rempah-rempah ini sepatutnya ada di dapur anda bila ingin cuba resepi-resepi nasi kandar atau pun resepi dari benua kecil India.  Sediakan botol-botol yang bersesuain dan tandakan nama dan tarikh dimasukan rempahrempah tersebut. Rempah-rempah serbuk boleh gorengkan kering rempah biji dan kisar dan simpan dalam bekas yang kedap udara. Ia akan memberi aroma yang wangi dari rempah-rempah serbuk yang dibeli. Rempah-rempah ini bukan saja murah tetapi tidak ada campuran tepung beras dan kualiti rempah yang tersangat rendah. Wassalam.