Isnin, 12 Mei 2014

Ayam Panggang dengan Selada Kentang

(*Resipi oleh Chef Naqiuddin)

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
1 biji ubi kentang jenis Russet – dipotong dadu
1 sudu kecil mayonis
½ sudu kecil mustard
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 sudu kecil daun bawang - dihiris

Bahan-bahan A:

1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar minyak jagung
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Lumurkan bahan A tadi pada ayam.
  3. Perapkan ayam ini selama 30 minit dan simpan ia di dalam peti sejuk.
  4. Sementara itu, rebuskan kentang hingga lembut dan toskan airnya hingga kering.
  5. Gaulkan kentang rebus ini bersama mayonis, mustard, garam, serbuk lada hitam dan daun bawang.
  6. Ketepikan selada kentang tersebut.
  7. Panaskan ketuhar pembakar kepada suhu 160 darjah selsius.
  8. Ambil ayam yang telah diperap tadi.
  9. Bakar ayam ini selama 40 minit.
  10. Apabila ayam masak, keluarkan dari ketuhar pembakar.
  11. Biar ia sejuk seketika, barulah dihidangkan bersama selada kentang.