Sabtu, 24 Mei 2014

Lomak Daging Salai Belimbing Buluh

(* Resipi oleh Chef Azli Razali)

Bahan-bahan:

1.2 kg daging lembu
1 ½ biji santan
18 tangkai cili padi – ditumbuk
3 sm kunyit hidup – ditumbuk
2 batang serai – diketuk
150 gm belimbing buluh
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Mula-mula sediakan daging salai. Lumur rata daging dengan garam halus.
  2. Selepas itu, salai atas api atau bakar dalam ketuhar pembakar.
  3. Sementara menantikan daging salai masak, bolehlah sediakan rencah untuk kuah masak lomak.
  4. Ambil periuk dan campurkan kesemua bahan, kecuali belimbing buluh.
  5. Bolehlah masukkan daging salai yang sudah masak tadi.
  6. Didihkan sambil dikacau selalu di atas api yang sederhana.
  7. Apabila kuah mendidih, masukkan belimbing buluh.
  8. Bubuh garam secukup rasa.
  9. Masak sehingga belimbing buluh lembut dan kuah menjadi agak pekat.
  10. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih.