ROTI GULUNG SARDIN
(* Resipi oleh Asiah Hashim dari Asiah Food & Beverage, A-27-GB,
Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor)
Bahan-bahan untuk kulit:
1 buku roti putih – dicanai nipis
Sedikit putih telur
Sedikit putih telur
Bahan-bahan untuk inti:
1 tin sardin (bersaiz besar) – ambil isi ikan sahaja.
4 labu bawang besar – dipotong dadu.
2 sudu kecil cili kisar.
2 sudu kecil minyak.
Sedikit jus limau.
Sedikit cili api – dihiris nipis.
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa secukup rasa.
4 labu bawang besar – dipotong dadu.
2 sudu kecil cili kisar.
2 sudu kecil minyak.
Sedikit jus limau.
Sedikit cili api – dihiris nipis.
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa secukup rasa.
Cara menyediakan:
- Untuk bahan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan isi ikan sardin dan bahan-bahan lain. Gaul sebati.
- Ambil sekeping roti dan letakkan inti sardin.
- Gulung kemas dan gamkan bahagian roti itu dengan putih telur.
- Akhir sekali, goreng roti tersebut.
- Setelah kekuningan, roti itu bolehlah diangkat dan dihidangkan.